Sabtu, 26 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


The Star Cuba Bakar Api Perkauman

Posted: 26 Jun 2010 05:51 AM PDT

The Star sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang dikendalikan oleh ketua pengarang cina dan india bersilih ganti sering kali dilihat membangkitkan api perkauman antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kita banyak kali melihat akhbar The Star yang rata-rata dibaca oleh masyarakat cina bandar membangkitkan sentimen perkauman secara halus seperti yang dilihat dalam isu kepulangan Chin Peng, pembinaan kuil di Seksyen 23 dan terbaru memutar belit kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Wee Ka Siong berkenaan isu pemberhentian biasiswa JPA untuk meneruskan pelajaran ke luar negara.

Di dalam kes Wee Ka Siong, beliau tidak sepatutnya menuduh Ibrahim Ali memutar belitkan kenyataannya kerana Ibrahim Ali sekadar mengulas apa yang ditulis oleh The Star. The Star lah yang bertanggungjawab membuang beberapa perkataan yang disebut Ka Siong bagi menjadikannya bersifat perkauman.

Komunis sudah lama ghaib dari bumi Malaysia dan The Star cuba mengambil alih peranan itu dengan mencetuskan perasaan tidak senang antara masyarakat majumuk di negara kita.

Akhbar-akhbar berbahasa cina akan membakar perasaan masyarakat cina peringkat pertengahan manakala The Star akan mengambil alih bagi peringkat muda dan remaja terutama di bandar. Kehilangan banyak kerusi BN di kawasan bandar mesti berkaitan dengan adu domba bersfat perkauman yang ditulis oleh The Star..

Pihak KDN perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penerbitan The Star, api perkauman yang mereka mainkan jika tidak dikawal boleh menyebabkan satu lagi peristiwa berdarah 13h bMei melanda negara semula.

Bagi semua pembaca, gunakan kuasa anda dengan memulaukan akhbar ini.

(Oleh: adamyan)

Tiada ulasan:

Pengikut