Sabtu, 26 Jun 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


UPSR dan PMR dimansuhkan ?

Posted: 26 Jun 2010 02:05 AM PDT




Kajian Menyeluruh Sebelum Dilaksanakan

1.Kementerian Pelajaran bercadang untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan merpakan satu tindakan bijak dan berani dalam arus pendidikan nasional.

2. Aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

3. Apa yang dilaksanakan sekarang terlalu berorientasikan pencapaian individu hingga menyebabkan ibu bapa hilang tumpuan dan terlalu mendesak dalam memastikan anak-anak mereka memperoleh keputusan terbaik dalam UPSR dan PMR.

4. Peperiksaan yang dijalankan itu telah mematikan'kebermaknaan pendidikan dan membunuh keseronokan dan 'kemeriahan' alam persekolahan sehinggakan sekolah dilihat sebagai institusi yang hanya berperanan menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan semata-mata.

5. Tumpuan yang terlalu tinggi sesetengah sekolah untuk mencapai peratusan kecemerlangan dalam peperiksaan utama sedikit sebanyak menyebabkan peranan sebenar sekolah dan guru tersasar daripada landasannya.

6. Kak Midah beranggapan ujian peringkat sekolah dan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah atau yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-negeri diadakan untuk menilai kemampuan pelajar di penghujung tahun.

7. Walau bagaimanapun satu kajian menyeluruh perlu dilakukan dengan melihat acuan pendidikan negara lain yang bersesuain dan pandangan tokoh-tokoh akademik pendidikan. Kita tidak mahu anak-anak kita menjadi bahan ujikaji bagi setiap dasar yang berubah.

Kak Midah
Bt Gajah

Tiada ulasan:

Pengikut