Selasa, 29 Jun 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PIALA DUNIA : UNTUK MENANG PERLU MENYERANG

Posted: 28 Jun 2010 09:56 PM PDT

Piala Dunia 2010 sedang berlangsung di Afrika Selatan. Sudah pasti semua pasukan yang bertanding berhajat untuk memeluk piala yang prestig dalam sukan bola sepak. Tentu sekali untuk mencapai tjuan tersebut mestilah menang. Team yang kalah kena mencuba empat tahun lagi.

Sehingga kini hanya beberapa negara sahaja pernah mengucup piala tersebut selain dari Brazil juara lima kali, Jerman, Argentina, Perancis dan Itali. Kali ini penulis nak sentuh pasukan Perancis yang tersingkir dalam pusingan pertama lagi.

Sebagai bekas juara, Perancis dengan senarai pemain yang ada nama di dunia bukanlah satu team yang lemah. Dengan kata lain di atas kertas team ini pernah menjadi juara. Malangnya ketika di Afrika Selatan, pasukan ini kalah kepada pasukan yang selama ini tidak diletakkan harapan.

Salah satu punca kekalahan adalah kekurangan dari segi menyerang. Dengan pemain-pemain yang telah berusia, strategi menyerang pasukan ini mudah dibaca oleh pihak lawan. Serangan berterusan tidak dapat di lancarkan kerana pemain kekurangan stamina. Akhirnya pasukan ini balik awal ke negara nya.

Dalam permainan bolasepak, teknik bertahan sahaja tidak cukup dan bukanlah satu langkah terbaik dalam bolasepak moden yang mementingkan kelajuan, kecekapan menghidu peluang dan tidak dinafikan kadang-kadang gol jaringan sendiri juga menyebabkan team kalah.

Jika kita lihat satu masa dulu, pasukan Brazil dengan tektik samba nya telah pun berubah strategi permainan. Ini kerana main cantik sahaja tidak menjamin kemenangan. Maka soal serangan telah dilakukan dan dipertingkatkan oleh jurulatih dan juga perlu ada penyerang yang cekap demi untuk menjaringkan gol.

Kemenangan dalam bolasepak adalah dikira daripada jumlah gol yang dapat dijaringkan. Lagi banyak gol dijaringkan semakin bersemangat pemain dan jurulatih macam Portugal belasah Korea Utara 7-0. Bagaimana pun pasukan ini tidak bernasib baik bila diundi bertemu dengan pasukan Spain dalam pusingan kedua yang berkonsepkan kalah mati.

England yang di war-warkan akan menjadi team pilihan terpaksa bungkus apabila kalah dengan Jerman. Walau pun rekod sebelum ini memihak kepada England. Semangat dan disiplin pemain Jerman begitu memuncak dan beroleh kemenangan bergaya. England gigit jari.

Bercakap soal serangan pula kini pelbagai tektik digunakan. Tidak cukup dengan dua penyerang, team menambah penyerang jadi tiga orang malah ada yang buat 'back-up striker' pula. Semuanya bertujuan untuk menjaringkan gol.

Bila sebut soal bola ni, teringat penulis ucapan Dato Seri Najib Razak ketika membentangkan usul RMK 10 di Dewan Rakyat tempoh hari. sudah tentu ada kaitannya antara bola sepak dengan dasar tersebut. bekerja dalam satu team untuk mencapai matlamat.

Begitu juga dalam PRU 13, kena bekerja dalam satu team iaitu team BN. Kena buat strategi serangan yang viariasi agar musuh terperangkap. Kena juga buat counter attack, serang hendap dan berbagai lagi. Jangan lah asyik nak berebut jawatan sahaja. tapi kerja tak mahu buat.  akhirnya janganlah kita cuma JUARA ATAS KERTAS SAHAJA"

EKSKLUSIF PKR SELANGOR : KHALID KENA BERUNDUR.

Posted: 28 Jun 2010 09:10 PM PDT










Laporan terbaru yang menyatakan 15 ahli Parlimen parti berkenaan mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor telah membuktikan bahawa PKR yang sebelum ini sudah dilumuri pelbagai masalah dalaman kini ibarat sedang menuju ke lembah kehancuran sebagai sebuah parti politik.

Selama lebih dua tahun ini, mereka lebih gemar menunjukkan nafsu kekuasaan. Projek dan program lebih banyak dihitung dari untung dan rugi, bukan idealisme untuk mengabdi kepada rakyat.

Bekas seorang ahli korporat dan bekas peneraju konglomerat Guthrie Berhad - gagal mengurus kekuasaan itu. Malah Abdul Khalid, 64, anak Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor kini berada di persimpangan jalan. Menteri Besar Selangor ke-14 yang sudah sebati dengan Selangor ini, yang pernah mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya untuk ke sekolah di Kampung Kuantan, tidak lagi berada di puncak kuasa.

'Pelucutan' Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor sudah menjadi bukti bahawa percaturan merebut kuasa dalam parti berkenaan semakin ketara. Tempat Khalid di Selangor diganti oleh Azmin Ali manakala Datuk Zaid Ibrahim menggantikan Azmin di Wilayah Persekutuan. Tanpa jawatan tersebut Khalid dilihat sebagai seorang yang berkuasa tetapi tiada negeri pemerintahan. Atau pun selalu diberi gelaran BONEKA. Walau bagaimana pun saperti biasa PKR akan memutarkan isu tersebut kepada perkara lain pula.

Mungkin untuk menyedapkan hati, Khalid menyatakan ia bertujuan memberikan beliau lebih banyak masa bagi menumpukan perhatian kepada pentadbiran negeri. Tetapi usaha untuk menyingkirkan Khalid bukan perkara baru terutamanya hubungan dinginnya dengan Azmin.

Mengulas perkara ini satu sumber yang rapat dengan PKR mempertikaikan pandangan Khalid bahawa beliau tidak pandai dalam politik. ''Apa maksudnya? Jawatan Menteri Besar merangkumi kedua-dua, politik dan pentadbiran. Jika tidak, ia tidak ubah seperti berperang tetapi tidak sanggup membunuh atau menjadi doktor tapi tak sanggup melihat darah.

Percaturan yang diatur oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor ini akan memakan mangsanya iaitu tidak lain Abdul Khalid. Politikus naif ini kini menunggu waktunya sahaja untuk melepaskan jawatan Menteri Besar. Desakan sama ada secara halus dan terang-terangan akhirnya nanti akan melumpuhkan semangatnya. Percaturan yang diatur oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor ini akan memakan mangsanya iaitu tidak lain Abdul Khalid.


Dengan politik dipegang oleh Azmin, hal ekonomi dikuasai Anwar, apa lagi yang tinggal untuk Abdul Khalid sebagai seorang Menteri Besar? Beliau bakal menjadi korban baru percaturan rakus Anwar Ibrahim. Sekali lagi, kegagalan Abdul Khalid adalah juga gambaran kegagalan pakatan rakyat untuk mengabdi kepada rakyat.


 

EKSKLUSIF FELDA ANTARA FAKTA DAN AUTA

Posted: 28 Jun 2010 08:27 PM PDT

onday, June 28, 2010

Isu Felda Bankrap : Antara Jawapan Ahmad Maslan dan 'Auta' Husam !!!


1. Alhamdulillah pagi ini Panglima sempat membuat beberapa kira-kira matematik tentang isu Felda dengan membandingkan antara jawapan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Ahmad Maslan ( klik sini ) dan jawapan bertaraf 'auta' oleh YB Datuk Hussam (di sini). Ternyata memang patut Felda menyaman pembangkang yang terbukti memutar belit fakta dan menggunakannya untuk menghasut peneroka Felda.

2. Apabila pembangkang memutarbelitkan fakta maka sudah tentu peneroka-peneroka FELDA akan marah. Saperti biasa bila marah senanglah pihak pembangkang masuk jarum untuk terus memburukkan kerajaan seterusnya mempercayai dan mengundi pembangkang pada PRU 13.

KUALA LUMPUR 28 Jun - Felda akan tetap menyaman akhbar Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah biarpun ia mendapat kritikan daripada pemimpin parti itu.

4.Fakta kedua ialah Felda telah membelanjakan RM6.71 billion untuk kebajikan peneroka Felda dengan butirannya anda boleh lihat seperti gambar di atas. Bahkan jika ditolak pendapatan dengan perbelanjaan Felda maka kita masih gagal mendapat angka baki 2009 sebanyak Rm1.35. Kecuali apabila kita mencampurkan info Ahmad Maslan yang menyatakan Felda mendapat keuntungan RM 6.6 billion ditambah RM1.35 (baki 2009)= RM7.95. Baki yang akan diperolehi ialah lebih kurang RM1.24 billion jika ditolak perbelanjaan Felda RM6.71 billion dari 2004 hingga 2009. Kalau tak reti juga kira entahlah apa nak kata....

5. Persoalan kita sekarang ialah kenapa dalam blog Husam Musa, segala perbelanjaan yang dibuat oleh Felda yang dibentangkan oleh Ahmad Maslan sebanyak RM 6.71 billion tidak dipaparkan semua ? Kenapa hanya RM3.51 billion sahaja disiarkan ? Sila lihat bukti di sini dan disiar oleh Tranungkite di sini atau gambar di atas. Apa motif mereka berbuat demikian? Fikirlah sendiri?

6. Jelas bahawa jika dicampur baki pada 2009 dengan anggara pendapatan yang dikemukan Husam sebanyak RM5.2 billion maka kita akan memperolehi angka yang jauh berbeza seperti yang ditulis oleh beliau bahawa Felda kehilangan RM8 billion wang tunainya.

7.Amat jelas sekali taktik mengelirukan rakyat dengan memanipulasi angka telah dibuat dengan sengaja dan patutlah kenapa Felda patut menyaman Suara Keadilan seperti laporan Mstar di sini

8.Kepada Husam Musa dan pemimpin pembangkang yang lain, bersedialah untuk membayar segala penipuan dan fitnah anda kepada Felda !!! Patutlah kisah meletakkan serbuk penaik (buat fitnah) ini memang kerja PAS seperti pendedahan bekas pegawai kesayangan beliau Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com

Pandangan Penulis : Satu lagi pembohongan oleh pembangkang dengan hasrat untuk menjatuhkan imej PM di kalangan peneroka. Kita semua tahu bahawa PM sendiri yang menbantu FELDA agar segala yang dirancangkan demi untuk pembangunan masyarakat FELDA tercapai. Nak tanya pembangkang juga, selama ini tak pun mereka perihatin dengan peneroka tiba-tiba sahaja jadi begitu. Tak ada angin masakan pokok bergoyang>>>>

Tiada ulasan:

Pengikut