Selasa, 29 Jun 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Cabar Musa Hassan bertanding PRU ; Syed Ali sifatkan Guan Eng bongkak

Posted: 28 Jun 2010 08:54 PM PDT

LIM Guan Eng mula menunjukkan sikap angkuh apabila mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyertai politik dan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee sebagai melampau dan menghina kewibawaan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Guan Eng semakin biadap dan bongkak apabila mencabar Musa menyertai politik, kenyataan itu seolah-olah beliau beranggapan apa yang dibuat semuanya betul," tegasnya.

Menurutnya, jika pihak polis termasuk Musa mengingatkan mana-mana pemimpin supaya tidak mengamalkan politik perkauman dan mengutamakan ketenteraman awam bukan bermakna polis mencampuri urusan politik.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang dan semua pihak termasuk pemimpin politik dan menteri atau Ketua Menteri perlu mematuhuinya.

"Tidak ada mana-mana pemimpin politik termasuk Ketua Menteri atau Menteri Besar yang kebal daripada undang-undang, mereka perlu mematuhinya sebagai mana rakyat menghormati prinsip tersebut," tambahnya.

Oleh sebab itu katanya, apabila Guan Eng mencabar Musa supaya bertanding pada PRU akan datang bermakna pemimpin DAP itu tidak boleh menerima sebarang teguran.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas cabaran Guan Eng terhadap Musa sepertimana disiarkan oleh saluran berita stesen penyaiarabn swasta malam tadi.

Tambah beliau lagi, kenyataan Guan Eng itu juga cuba mengalih perhatian umum terutama di Pulau Pinang berikutan kegagalan DAP membela nasib rakyat di negeri tersebut.

"Hari ini pengundi yang menyokong DAP di Pulau Pinang mula berasa kesal kerana janji-janji pembangkang untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat gagal ditunaikan," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan perlantikan bekas Senator, Datuk Zaid Ibrahim sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan tidak memberi sebarang kesan kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

"Siapa dia Zaid ? pemimpin politik yang tidak konsisten dalam perjuangan, menyertai politik kerana kemaruk jawatan dan gila kuasa," tegasnya.

Sambil menyifatkan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu bankrap politik, beliau berkata Zaid hanya menjadi kuda tunggangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Zaid sudah ditolak oleh rakyat Kelantan dan sekarang 'mengembara' mencari dahan politik untuk terus bergayut dan kebetulan mendapat simpati Anwar.

Perlantikan Zaid itu juga jelas Syed Ali, mengesahkan bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja dalam PKR walaupun cara kuku besinya tidak disenangi penyokong PKR.

Tiada ulasan:

Pengikut