Rabu, 30 Jun 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Ketua Pemudi ni bodoh atau buat-buat bodoh?

Posted: 30 Jun 2010 06:27 AM PDT

KJ (Khairy) adalah seorang pemimpin yang syok sendiri, naik dan kaya kerana bertenggek dan diramal mempunyai masa depan yang muram.... orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri, malah tidak malu pada diri sendiri, kata Datuk Ibrahim Ali mengulas tindakan Khairy menarik balik perkataan `jaguh kampung yang diberi kepada Ibrahim, sebaliknya menggantikannya dengan `gedebe politik.

KJ ini memang cepat sangat melenting dan akan menyerang sesiapa saja yang berani mengkritiknya. Nampak sangat perangainya yang merupakan anak seorang duta yang begitu manja dan anak emak yang tidak boleh menerima sebarang kritikan membina secara terbuka.

Ada hati nak menghentam Ibrahim Ali yang sudah lama berjuang mempertahankan nasib orang Melayu. Diri tu anak orang kenamaan, mana tahu bagaimana susahnya hidup orang kampung yang bertemankan nyamuk dan pacat di sawah bendang setiap hari.

KJ ni Melayu liberal yang akan lebih menyokong kaum lain seperti Cina dan India yang sama sekali tidak akan sesekali mengangkat tangan untuk membantu orang Melayu yang miskin dan berada dalam serba kekurangan.

KJ anak orang berada. Semua kemahuannya diikuti oleh orang tuanya. Mana dia tahu kekurangan yang dialami oleh orang kampung yang miskin?

Boleh pegi da.... Kita tak mahu anak orang kaya yang sombong dan bodoh nak mampus yang suka memperlekehkan orang lain. Apa? Dah perasan diri tu hebat sangatkah?

Kalau diri tu bukan menantu Pak Lah, apa hang ingat hang boleh naik dalam UMNO dengan secepat tu? Hang ingat orang yang lebih lama di dalam UMNO tapi tak mendapat kedudukan istimewa menjadi kroni Pak Lah macam hang tak bengkek dengan hang?

Orang lain berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Hang berjuang untuk mengkayakan diri hang sendiri dan juga menjatuhkan UMNO dengan tindakan busuk dan buruk hang tu.

Hang pun memang sengajakan, kalau ada pilihanraya kecik, hang menempekkan muka hang kat sana, bagi ceramah bodoh hang yang menaikkan kemarahan pengundi sampai pengundi pun undi pembangkang sebab marahkan hang.

Baik hang masuk PKR cepat-cepatlah. Sebab kami dalam UMNO pun dah cemuih tengok hang tu buat publisiti murahan untuk naikkan imej hang yang semakin merudum tu.

Aku tau hang pun tau, hang ni dah takde harapan dah untuk disenaraikan dalam pilihan raya akan datang. Baik hang lari ke PKR cepat la sebelum hang dimalukan wahai orang yang muka tak malu.

PM tak lantik hang jadi menteri pun hang masih buat tak faham dan muka tak malu, orang dah tak mau kat hang. Bodoh nak mampus! Orang lepasan Oxford ada ka sebodoh hang?

Hang ni pun kurang ajar gila. Sanggup panggil bloger sebagai beruk tapi sekarang ni pun kau bloger dan menjadi KETUA SEGALA BERUK LIAR DAN KURANG AJAR.

Kalau hang dipecat dari UMNO, tunggu hadiah setandan pisang buat hang ya beruk?

(Oleh: Mohd_Aimel)


Karpal Singh Yakin Pas Setuju Prinsip DAP Tolak Negara Islam

Posted: 29 Jun 2010 10:30 PM PDT

Dalam wawancara dengan Malaysian Insiders semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin pemimpin Pas yang progresif dan liberal bersedia mewujudkan negara sekular demi pembentukan kerajaan Pakatan di peringkat persekutuan.

Menurut Karpal, "Ia (Malaysia) sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia. Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik."

Ini menimbulkan tanda tanya kerana Nik Aziz dan pemimpin Pas dalam banyak ceramah kepada penyokong mereka mendakwa DAP sudah menerima perjuangan negara Islam Pas. Karpal sebaliknya terkejut dan menafikan perkara tersebut. Sebaliknya beliau mendakwa pemimpin Pas yang liberal dan progresif akan menerima pandangan DAP yang mahukan sebuah negara sekular.

Apakah Pas berani membuat sebarang kenyataan mengenai kenyataan Karpal Singh ini?

Berikut ialah petikan laporan Malaysia Insiders

Karpal: Pendirian DAP kekal, tidak kepada negara Islam

Oleh Shazwan Mustafa Kamal. June 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, DAP masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

Sementara PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah "tidak".

"Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan)," kata Karpal.

"Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia," kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal yang genap 70 tahun hari ini memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah "mengelirukan orang ramai" berkenaan identiti Malaysia.

"Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

"Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam," kata beliau lagi.

PAS yang kelihatan sudah berjaya menawan hati masyarakat bukan Islam sejak kebelakangan ini mendakwa DAP juga mula memahami dan menerima idea PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

Bagaimanapun Karpal menegaskan, kesemuanya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan persekutuan.

"Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," katanya.

"Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) 'negara Islam dengan melangkah mayat saya'," katanya.

"Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.

"Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang," kata Karpal.

Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk PR.

Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

"Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.

"Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN," katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

"Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkomrpomi?

"Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

"Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini," kata Karpal.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor memberi jaminan perkara itu sentiasa dibincangkan oleh DAP.

Difahamkan DAP dan PAS hanya akan menangani isu ini apabila mereka memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam.

"Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik," katanya lagi.


PAS sudah tak relevan dikalangan ulamak muda.

Posted: 29 Jun 2010 03:55 PM PDT

Berita kemasukan beramai-ramai golongan ulama muda lulusan Jordan, Madinah dan Mesir telah membuatkan saya terfikir satu perkara, "apakah PAS sudah gagal menepati perjuangan Islam mereka hinggakan golongan agamawan serta ulama muda ini memilih untuk menyertai UMNO sebagai platform mereka untuk berdakwah" ?

Sepanjang penglibatan saya didalam politik, selama ini PAS lah yang amat terkenal dengan semangat jihad agamanya dan sering menjadi tumpuan bijak pandai agama untuk berpolitik. PAS telah berjaya menyebar doktrin bahawa parti mereka sahaja yang mendukung Islam Tulen didalam arus politik negara.

Walaupun didalam UMNO ada para agamawan yang tak kurang hebatnya dengan PAS, tetapi kelibat mereka-mereka ini agak tenggelam mungkin kerana polisi UMNO lebih agresif dan lebih terbuka menjurus kepada perkara berkaitan bangsa dan tanahair.

UMNO juga memperjuangkan Islam tetapi imej kebangsaan UMNO di lihat lebih menonjol kerana tak ramai pemimpin UMNO yang sanggup memanipulasi agama seperti yang pemimpin PAS lakukan.

Selama ini, PAS ternyata menjuarai setiap isu nasional negara dengan memainkan faktor agama dan juga memanipulasi secara maksimum imej serta ajaran Islam bagi memenangi setiap isu politik yang timbul. Ini semua dilakukan oleh PAS tanpa mengira benar ataupun salah demi kepuasan berpolitik serta kepentingan peribadi.

Tetapi sejak PAS berganding bahu dengan PKR serta DAP didalam gabungan Pakatan Rakyat, imej perjuangan Islam PAS saya lihat mulai luntur sedikit demi sedikit. PAS tak lagi menjadi platform utama perjuangan menegakkan ketuanan Islam dalam negara terutamanya setelah ulama PAS bercanggah pendapat didalam isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.

Begitu juga apabila kafir DAP mempermainkan ayat Quran dengan secara sewenang-wenangnya di pentas politik dengan kerelaan PAS. Ini sebenarnya memberi impak besar terhadap imej PAS itu sendiri di mata para agamawan di atas pagar khususnya kumpulan ulama' muda ini. Bagi mereka, PAS tak lagi mampu mempertahankan kesucian martabat Islam yang diperjuangkan selama ini.

Dari pengamatan saya, sejak kebelakangan ini terdapat satu trend penolakan terhadap ulama serta agamawan muda dari menyertai PAS oleh sebilangan ulamak konservatif didalam parti tersebut. Mungkin para ulamak tua didalam PAS ini mahu mengekalkan penguasaan mereka didalam parti dan mungkin juga para ulamak konsevatif ini takut dengan corak pemikiran baru yang dibawa oleh kumpulan ulama muda kedalam PAS.

Lihat sahaja Nik Aziz sebagai contoh. Umurnya sudah melangkaui usia pencen dan akal serta kemampuan berfikirnya sudah jauh tersasar dari sepatutnya yang ada kepada seorang pemimpin. Namun, dia masih terlalu sayang untuk melepaskan jawatannya sebagi Menteri Besar Kelantan dan juga seolah-olah mahu memeluk gelaran Mursyidul Am PAS hingga ke liang lahad.

Saya hanya melihat satu perkara, tindakan Nik Aziz ini sebenarnya menutup ruang bagi ulama-ulama muda yang lebih berkebolehan daripada dirinya. Secara halus, Nik Aziz sebenarnya tak mahu mengiktiraf kemampuan kumpulan muda dalam PAS untuk menerajui kepimpinan tertinggi parti. Begitu juga halnya dengan ulamak-ulamak tua PAS. Semuanya takut dengan realiti bahawa mereka itu sudah tua dan semakin tak relevan bagi parti.

Sebab itulah golongan ulama muda dinafikan haknya di dalam PAS. Dan ini menjadi sebab utama golongan ini beralih kepada UMNO yang dilihat mengamalkan kepimpinan yang lebih terbuka dan lebih menghargai kemampuan mereka.

Walaupun UMNO di lihat sebagai parti yang tak begitu agresif bercakap tentang Islam, namun UMNO kini telah menjadi satu-satunya parti yang menyediakan wadah terbaik bagi golongan ulama muda ini berjuang menyampaikan dakwah mereka. Ini kerana, di dalam UMNO, ruang untuk berdakwah tidak dibataskan dan bukan menjadi hak ekslusif sesiapapun.

Apa yang saya harapkan, dengan penyertaan kumpulan ulama muda ini kedalam UMNO akan dapat menguatkan parti memperjuangkan nasib agama, bangsa serta tanahair.

Agenda penyatuan bangsa melalui cadangan kerajaan perpaduan UMNO/PAS ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz dan kumpulan pemimpin anti perpaduan dalam PAS. Kononnya kerana UMNO tak sesuai untuk golongan ulama. Namun senario kemasukan ulama-ulama muda ini ternyata membuktikan PAS telah membuat tanggapan yang salah.

Kini, pemimpim-pemimpin dalam PAS harus menyedari bahawa kemasukan kumpulan ulama muda ini sebenarnya menjadi petanda awal kebangkitan kembali UMNO untuk menuju semula ke zaman kegemilangannya.

Biarpun UMNO dilabel dengan tuduhan membawa semangat assobiyah melampau oleh PAS, namun UMNO sebenarnya lebih relevan dari PAS didalam memperjuangkan agama di negara ini.

(Oleh: che_wan)


Tiada ulasan:

Pengikut