Sabtu, 25 Ogos 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Jom tolak #JanjiBersih Yang Kotor #Merdeka55 @umbkl

Posted: 25 Aug 2012 06:39 PM PDT

SP masih kabur dan tidak jelas apa perlunya perhimpunan #JanjiBersih pada malam ambang kemerdekaan? Apa lagi yang hendak dituntut? Kemerdekaan?

Jumaat yg lepas telah berlangsung 1 sidang media berkenaan perhimpunan #JanjiBersih anjuran team haram Bersih 3 suku. 2 perkara digariskan dlm sidang media tersebut iaitu KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG iaitu a). Mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara b). Memansukan akta zalim c). Kebebasan media.

A). Hak Sivil dan Kebebasan Bersuara

Hak dan kebebasan bersuara apakah lagi yang mereka mahukan? Adakah selama ini rakyat di negara ini dinafikan hak dan kebebasan bersuara mereka? Adakah kerajaan menyekat kebebasan sivil mereka? Apakah mereka mahukan kebebasan tanpa batas seperti di negara2 luar? Atau sebenarnya mereka membawa suara minoriti golongan LGBT?

B). Memansuhkan Akta Zalim

Bukankah kerajaan sudah memansuhkan Akta ISA yg selama ini dikatakan zalim?

C). Kebebasan Media

Kebebasan media yg bagaimana lg yg mereka mahu? Bagi SP pihak kerajaan sekarang lebih bersikap terbuka jika tidak tak mungkin media pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah Daily dan lain2 media pembangkang masih bebas menyebarkan ideologi pembangkang dan juga fitnah2 terhadap kerajaan BN.

Jadi Apakah relevannya perhimpunan #JanjiBersih ini apabila apa yg mereka perjuangkan ini sudah lapuk dan tak laku lagi? SP nampak ini hanualah agenda jahat pembangkang untuk membuat kacau di Ambang Merdeka.

Jadi jom sama2 kita tolak #JanjiBersih yang kotor ini yang hanya akan mencemarkan
Sambutan Kemerdekaan ke 55 tahun.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut