Selasa, 14 Jun 2011

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SATU RENUNGAN - HALA TUJU POLITIK MASYARAKAT CINA

Posted: 14 Jun 2011 02:41 AM PDT


Pilihan Raya Umum ke-12 yang telah diadakan pada 8 Mac 2008, telah menyaksikan satu perubahan ketara dalam senario politik negara. Pertama, ia menampakkan perubahan dalam pola pengundian rakyat Malaysia yang secara jelas menolak politik perkauman. Kedua, Barisan Nasional yang memerintah sejak 51 tahun yang lalu tidak dapat mengekalkan majoriti 2/3 dalam parlimen. Ketiga, buat kali pertama dalam sejarah , lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan dikuasai oleh parti pembangkang.

Pakatan pembangkang yang ditunjangi tiga buah parti utama iaitu Parti Keadlilan, DAP dan PAS mencapai kejayaan yang besar dan seterusnya berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional. Parti Pakat
an Rakyat ( PKR ) memenangi 31 kerusi parlimen dan 40 kerusi negeri . Ia diikuti Parti Tindakan Demokratik (DAP ) yang menawan 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi negeri. Parti Islam Semalaysia ( PAS ) turut cemerlang dengan memperolehi 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi negeri.

Ketiga-tig
a gabungan parti ini berjaya menawan empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, dan Selangor di samping mengekalkan kuasa di Kelantan. Selain itu, parti pembangkang turut menguasai Wilayah Persekutuan apabila menewaskan calon Barisan Nasional di 10 daripada 13 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Pada masa yang sama, kubu- kubu kuat Barisan Nasional khususnya di Johor dan Pahang turut ditembusi pembangkang dan situasi yang mencemaskan berlaku di Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis apabila hanya memenangi 21 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan apabila pembangkang menguasai 15 kerusi yang lain.


Kemenangan ahli-ahli anggota pembangkang bukan Melayu dalam Parti Keadilan dan DAP jelas mengubah senario politik negara. Di mana ia memperlihatkan kebangkitan kuasa politik orang Cina dan ia jelas di dua buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Calon Cina dalam parti DAP berjaya memenangi 15 kerusi DUN di Pulau Pinang manakala 11 kerusi negeri di Selangor. DAP menguasai jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang di samping menempatkan enam exco yang berbangsa Cina. Ia turut dilihat menguasai pentadbiran di Selangor apabila ia berjaya menguasai jawatan Speaker di Selangor menerusi ADUN Sg. Pinang Teng Chang Kim manakala Teressa Kok pula menjawat Exco kanan negeri.

Kehadiran begitu ramai wakil rakyat mahupun ahli parlimen bukan Melayu khususnya dari DAP dan PKR jelas mengundang kontroversi serta kegelisahan di kalangan pemimpin UMNO mahupun ahli akademik Melayu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin menyifatkan fenomena tersebut sebagai kemunculan kuasa politik kaum Cina dan India dan beranggapan kedudukan serta hak serta keistimewaan orang Melayu sedang tercabar ( Mingguan Malaysia. 13 April 2008). Isu yang sama turut diulas Dr. Zainal Kling yang mendakwa orang Melayu kini hanya berfungsi sebagai pelengkap di beberapa buah negeri yang telah dikuasai oleh orang Cina. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu tetapi mereka tiada kuasa kerana barisan Exconya terdiri daripada bangsa lain ( Mingguan Malaysia. 4 Mei 2008 ). Walaupun pada dasarnya orang Cina menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai penanda kepada kesepakatan kaum di negara kita tetapi aspirasi mereka untuk menikmati hak politik, ekonomi serta sosial yang saksama sentiasa terpendam dalam sanubari mereka. Ia dicetuskan melalui beberapa tuntutan masyarakat Cina terhadap kerajaan.

Perjuangan dan tuntutan masyarakat Cina dalam negara bangsa berkisarkan kepada beberapa persoalan yang penting iaitu persamaan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum, kedudukan serta peranan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda serta perkembangan sekolah-sekolah Cina. Kesemua tuntutan tersebut disuarakan melalui memorandum oleh parti-parti politik berlandaskan orang Cina serta dewan- dewan perniagaan Cina. Antara memorandum utama yang telah dikemukan termasuklah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1983) yang disuarakan oleh Pertubuhan Cina Malaysia. Perisytiharan Bersama ( 1985 ) telah dibentangkan oleh wakil masyarakat Cina dalam usaha untuk meraih undi orang Cina dalam pilihan raya 1986 dan tuntutan Suqiu ( 1999 ).
Dasar kerajaan yang bertujuan untuk membentuk negara bangsa telah mendapat pandangan serta reaksi yang berbeza-beza daripada parti-parti berkenaan. DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian-Malaysia' menekankan aspek persamaan hak politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira kaum. Ia melihat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi serta politik sebagai satu penindasan kepada kaum yang lain. MCA pula mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap konsep negara bangsa. Ia melihat kewujudan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu kekuatan bangsa. Oleh itu, ia akan memperjuangkan keadilan, kesaksamaan serta kemajuan bagi semua kaum di negara kita. Konsep negara bangsa bagi parti Gerakan pula memperlihatkan wujudnya unsur-unsur akomodasi. Di mana ia berpendapat proses pembentukan negara bangsa perlu berlaku secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan mahupun cubaan untuk asimilasikan budaya golongan minoriti.

Maka dengan itu, Golongan Melayu Muda hari ini adalah penentu kepada halatuju Politik Masyarakat Melayu. Sebagai renungan dan pedoman demi memperjuangkan nasib Agama Bangsa dan Tanahair untuk generasi akan datang.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

Tiada ulasan:

Pengikut