Selasa, 14 Jun 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bersih guna kekerasan untuk jatuhkan kepimpinan Najib – Syed Ali

Posted: 13 Jun 2011 09:23 PM PDT

TINDAKAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) didalangi parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur 9 Julai ini bertujuan mencetuskan kekacauan dalam usaha mereka menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara kekerasan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, parti pembangkang sedar mereka tidak mampu menguasai negara ini menerusi sistem pilihan raya umum yang menjadi sebahagian daripada amalan demokrasi di negara ini.

"Mereka (pembangkang) tidak mampu untuk menarik sokongan rakyat, jadi jalan pintas mereka ialah dengan mengadakan demontrasi haram bagi mencetuskan suasana huru-hara dalam negara," tegasnya.

"Mereka mencabuli sistem demokrasi dan mencari alternatif secara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib," tegasnya.

Beliau memberitahu, parti pembangkang tidak menghormati semangat demokrasi dan cuba memperalatkan sentimen rakyat untuk agenda politik mereka.

Katanya, sejak sistem pilihan raya diadakan pada tahun 1956 semua pihak khususnya rakyat di negara ini menerima amalan tersebut dan diguna pakai sehingga sekarang.

"Rakyat diberikan kebebasan memilih kerajaan dan terbukti bilamana beberapa negeri sebelum telah dikuasai pembangkang dan BN khususnya UMNO menghormatinya sebagai amalan demokrasi yang subur," katanya.

Demontrasi haram 'baju kuning' 2007 dalangi Anwar perlu dijadikan iktibar

Bagaimanapun tegas beliau, sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kabinet ekoran isu penyalahgunaan kuasa dan skandal liwat, mereka mula mempertikaikan ketelusan dan kebersihan amalan pilihan raya di negara ini.

"Ini menunjukkan golongan tersebut tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat berkuasa untuk menentukan sesebuah kerajaan dan mereka (rakyat) memberi sepenuh kepercayaan kepada BN untuk memerintah," etgasnya.

Perbuatan tersebut itu juga kata Syed Ali, akan mencetuskan ketegangan antara kaum dan akhirnya meruntuhkan tembok perpaduan yang dibina sejak sekian lama.

"Akibatnya, rakyat yang tidak bersalah menjadi mangsa kezaliman politik yang diamalkan pembangkang dan Bersih pula dijadikan perkakas untuk merosakkan keharmonian kaum," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan tersebut termasuk tidak mengeluarkan sebarang permit untuk berhimpun.

Syed Ali mendakwa, persitiwa perhimpunan haram 'Baju Kuning' anjuran Bersih di sekitar ibu negara pada tahun 2007 sudah cukup menjadi iktibar kepada pihak berkuasa untuk menanganinya.

"Perhimpunan haram 2007 yang didalangi oleh Anwar sudah jelas satu perhimpunan tidak bertamadun untuk menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan," ujarnya lagi.

Beliau bimbang jika Bersih meneruskan niat jahat mereka untuk mengadakan perhimpunan akan membangkitkan pula kecenderungan pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) yang lain untuk menghalang gerakan mereka.

"Apabila dua pertubuhan ini bertembung, kita khuatir akan berlaku pergaduhan yang akhirnya akan mencetuskan pertelingkahan antara kaum yang boleh mengancam ketenteraman awam," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, kejadian itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh parti-parti pembangkang untuk mendakwa bahawa kerajaan BN bertindak zalim dan tidak menghormati keadilan sejagat.

Tiada ulasan:

Pengikut