Khamis, 21 April 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Hasan Ali dan PAS Selangor memang ‘buta kayu’..!!!

Posted: 20 Apr 2011 05:47 PM PDT

PAS Selangor akhirnya mengakui bahawa pakatan haram pembangkang bakal menghadapi saingan getir pada PRU-13 yang akan datang. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali, terpaksa membuat bangunan khas PAS bernilai RM1.3 juta sebagai "command centre" yang dijual lelong dan diwakafkan pada parti itu di Shah Alam.

Sudahlah diperlakukan sehina-hinanya oleh DAP dan PKR, namun Hasan Ali dan juak-juak PAS Selangor masih lagi ingin mempertahankan negeri Selangor yang telah teruk di"kerja"kan Khalid dan konco-konconya.

Negeri Selangor sejak dijajah oleh pakatan haram pembangkang bertubi-tubi diserang oleh UMNO dan Barisan Nasional. Siang malam, pelbagai pendedahan dan isu dibongkarkan sejak pakatan haram itu memerintah pada Mac 2008.

Bermula dengan manifesto pakatan haram pada PRU-12 yang lalu, UMNO dan BN terus menerus menembak pakatan haram di Selangor. Sehingga hari ini, sudah 3 tahun memerintah Selangor, pakatan haram masih gagal membayar elaun kepada suri rumah sepenuh masa, anak-anak Selangor yang baru lahir, anak-anak Selangor yang terpilih masuk universiti dan banyak lagi.

PAS Selangor sendiri pernah menerima penghinaan dari Ronnie Liu dan Khalid "gagap" apabila terpaksa menghantar balik beberapa botol arak yang dirampar oleh JAIS. Kononnya, pejuang Islam!

Tapi bila diherdik sedikit oleh DAP dan PKR, ter'sorot' telur mencium tapak kaki kuffar!

Isu "pasir' di Selangor masih lagi belum selesai. Khalid bagaikan hilang punca untuk menyelesaikan kecurian pasir yang dikatakan dicuri oleh "tauke-tauke" DAP di Selangor. Nak ditangkap tak boleh, nanti DAP marah!

Maka Khalid terpaksa meminta Kerajaan Pusat campur tangan. Eleh! Macam orang tak tahu niat Khalid. Pada Khalid, biar orang lain yang menahan "tauke-tauke" DAP itu, asalkan bukan dirinya. Khalid bimbang, jika dia yang tangkap "tauke-tauke" pasir tersebut, maka dia akan hilang "RM" untuk pilihanraya akan datang. Silap-silap undi untuk Khalid sendiri melayang!

Kemudian, rakyat Selangor dikejutkan pula dengan cubaan Khalid merompak wang zakat Selangor!

Mujurlah cubaan jahat itu dihalang oleh DYMM Sultan Selangor, kalau tidak, sudah tentu habis wang zakat yang dikumpul Dr. Khir dahulu untuk umat Islam di negeri itu.

Hairan, mengapa sebuah kerajaan paling maju dan terkaya dalam Malaysia menjadi hancur dibawah pakatan pembangkang. Khalid dahulu CEO untuk PNB. Anwar pula menjadi "punahsihat RM1″ untuk Kerajaan Khalid dan DAP. Namun kekayaan Selangor susut begitu drastik! Ke mana perginya wang rakyat Selangor?

Terbaru, dilaporkan Yayasan Negeri Selangor mengalami defisit lebih RM7 juta dan kos penyelenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri itu mencecah lebih RM6 juta setahun..!!! Memang gila! Apa tidak gilanya jika kos untuk menyambut ulangtahun Yayasan Selangor mencecah lebih RM800,000!

Selenggara kereta apa yang mahal sangat sehingga mencecah lebih RM6 juta setahun? Itu bukan selenggara kereta namanya. Khalid selenggara kapal terbang, kah??? Pada penulis, SPRM patut menyiasat perkara yang direkodkan oleh juru audit mengenai perbelanjaan melampau Kerajaan Khalid dan DAP ini. Tak masuk akal dan melampau!

Itupun Hasan Ali dan PAS masih mahu mempertahankan Selangor dari di perintah Khalid dan DAP? Selangor yang dulunya makmur diperintah Dr. Khir dan BN, kini semakin teruk dirosakkan oleh lipas-lipas PKR dan DAP, itupun Hasan Ali masih mahu mempertahankannya? Apa Hasan Ali dan PAS 'buta' ke apa…???!!!

Tiada ulasan:

Pengikut