Sukarnya Membuat Keputusan Posted: 09 Mar 2011 07:34 PM PST Pengalaman sebagai pentadbir PBT memang sukar untuk di terjemah menjadi keadaan menang-menang. Pengalaman sebagai ketua dalam organisasi parti menuntut saya memusatkan pandangan untuk membina semangat keusahawanan kepada golongan muda dan belia. Semangat keusahawanan ini memang sukar untuk di bina terutama bagi masyarakat melayu kerana masyarakat melalui memang suka mengamalkan budaya makan gaji Apabila kita berjaya melahir beberapa usahawan timbul persoalan baru di mana di sebabkan kekurangan modal maka di binalah pondok perniagaan mengikut kemampuan peniaga tersebut maka wujudlah keadaan di mana gerai yang di bina tidak mengikut kesesuaian plan dan berlakulah kesesakan di kawasan yang di pohon lesen di jalankan perniagaan. Kebiasaannya peniaga membina atau menggunakan bangunan milik sedia ada yang di ubahsuai untuk dijadikan tapak perniagaan. Cabaran PBT menyediakan tapak perniagaan secara tuntas juga tidak dapat di laksanakan memandangkan peruntukan yang terhad. Inilah cabarannya dalam era Melaka menuju Negeri Maju membangunkan minda,kualiti dan semangat untuk bersama menyumbang kepada pembangunan negara dan semangat 1MALAYSIA. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Fuel subsidy to rise Posted: 09 Mar 2011 04:25 PM PST Fuel subsidy to rise
KUALA LUMPUR: The fuel subsidy is estimated to rise by an additional RM4bil this year in the face of higher crude oil prices, said the Prime Minister.
The additional RM4bil pushes up the fuel subsidy under Budget 2011 to RM14bil, compared with the RM10bil estimation last year when oil prices hovered around US$85 to US$90 per barrel.
The increase in fuel subsidy would raise the budget deficit – which the Government has targeted for 5.4% of gross domestic product for this year.
Last year, the figure was 5.6%, while the target was to lower the deficit to 2.8% by 2015.
Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday the deficit for this year would depend on how much revenue the Government would get against the increase in subsidy costs.
Late last month Najib said there could be a review of the fuel subsidy should unrest in the Middle East continue although so far there were no plans to do so.
Petrol is priced at RM1.90 per litre for RON 95 and RM2.50 per litre for RON 97.
The price of RON 97 petrol was last raised on Feb 1, up from an initial 10sen increase on Jan 4. In December, RON 95 petrol and diesel rose 5sen per litre to RM1.90 and RM1.85 per litre respectively. |
|
Ulama caci maki liabiliti kepada parti Posted: 09 Mar 2011 04:22 PM PST
2011/03/10 PADA saya pembangkang kini bukan seperti pada akhir 80-an dulu. Hari ini pembangkang menguasai beberapa negeri dan mula mengintai peluang untuk menguasai Parlimen pula. Ibarat tukang sorak perlawanan bola sepak yang sering mencemuh dan memaki pemain, bila sudah bermain sendiri baru dirasai betapa payahnya menjaringkan gol dan lebih payah lagi untuk menjadi juara.
Begitulah pembangkang, selepas berjaya memenangi beberapa negeri dalam pilihan raya lalu, baru mereka memahami kedudukan sebenar dan kerenah dalam pentadbiran. Baru mereka tahu kenapa lesen arak dikeluarkan dan mengapa hudud belum dapat dilaksanakan. Di Terengganu isu hudud menjadi senjata makan tuan apabila pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 lalu kerana hudud yang dijanjikan gagal dilaksana. Hari ini pembangkang dilihat lebih terbuka dan mesra. Sudah ada slogan parti mereka untuk semua. Pembangkang sudah faham selok-belok pentadbiran dan sedar untuk menguasai Parlimen mereka juga memerlukan sokongan ramai termasuk kaum lain.
Ia sebenarnya satu perkembangan yang baik dan kita tidak boleh menafikan pembangkang yang baik boleh membantu menjadikan kerajaan lebih baik. Bukan pembangkang yang hanya tahu mencemuh seperti penonton di luar padang tetapi tidak pernah dan pandai bermain.
Usaha pembangkang mengadakan kerjasama dengan kaum Cina dimulai sejak mereka menguasai Kelantan pada akhir tahun 80-an dulu. Mereka menubuhkan 'Chinese Consultative Council' (CCC) untuk menarik kaum Cina menyokong parti itu.
Bagaimanapun, ia gagal kerana pada masa itu penyokong mereka tidak boleh menerima lantaran tuduhan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam iaitu MCA dan MIC masih baru dan diingati. Pimpinan muda pembangkang kini lebih memahami dan mereka juga lebih terbuka dan realistik. Usaha mereka lebih fokus ke arah mewujudkan alternatif kepada parti pemerintah hari ini dengan membicarakan isu perpaduan antara kaum, ekonomi, sosial dan integriti, bukan lagi isu agama seperti hudud, lesen arak dan assabiah sebagai modal utama.
Presiden parti juga tidak sekeras dulu dalam isu agama. Tetapi malangnya masih ramai pimpinan yang menguasai parti dan penyokong masih belum dapat menerima hakikat ini. Ia terbukti dengan sambutan dingin terhadap buku Menuju PAS Baru yang ditulis oleh seorang pemimpin muda parti itu sendiri.
Buku itu mengulas sejarah parti, cabaran yang dilalui dan perubahan yang perlu dibuat untuk 'survival' parti pada masa depan. Ia juga secara jujur mengungkit kesilapan lalu dan apa yang perlu untuk menjadikan parti diterima ramai.
Perkara ini menjadi dilema dalam PAS. Pada masa parti cuba membawa imej baru yang lebih realistik dan mesra, masih ada kepemimpinan lama atau yang dikenali sebagai pimpinan ulama masih membangkitkan isu berkaitan agama dan mencemuh kerajaan dengan gelaran jahiliah, kafir dan nasionalisme bertentangan Islam seperti dalam kempen pilihan raya kecil di Tenang, Johor baru-baru ini.
Di persimpangan inilah presiden parti pembangkang dilihat sudah mengubah haluan, sementara golongan pendukung kepemimpinan ulama yang gemar mencaci mula menjadi liabiliti kepada parti dan semakin ketinggalan.
Jika perubahan ini berjaya, walaupun PAS kalah teruk di pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau baru-baru ini, sudah tiada lagi beza antara parti kerajaan dan pembangkang kecuali dari sudut calon atau tokohnya saja. Ketika itu juga dapat difahami sebenarnya slogan PAS ganti UMNO sama dengan PAS jadi UMNO.
KHAZAN CHE MAT, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.
|
|
PASCA PRK MERLIMAU : BN berjaya tarik undi sokongan muda Posted: 09 Mar 2011 04:19 PM PST BN berjaya tarik undi sokongan muda
2011/03/10 TAHNIAH kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya kecil. Terbaru, kemenangan di Merlimau dan Kerdau menunjukkan trend sokongan kembali memihak kepada BN.
Paling penting statistik menunjukkan kemenangan dengan majoriti besar itu diraih atas kejayaan mendapatkan undi pengundi muda. Namun, jika berasakan diri sudah berada dalam zon selesa, itu satu kesalahan besar buat BN dan UMNO. Sejak tsunami politik melanda pilihan raya umum 2008, tidak dinafikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah bekerja keras menguruskan negara dengan cara terbaik. Meneruskan subsidi pada beberapa hal kritikal di samping mengingatkan rakyat supaya mengubah gaya hidup yang tidak sihat adalah gaya kepemimpinan yang realistik dan bertanggungjawab.
Pihak pembangkang pula sering mengeluarkan kenyataan popular yang sedap didengar tetapi beracun. Kita kini berdepan dengan cabaran global, pemimpin dan rakyat harus menggembleng tenaga dalam mengharunginya.
Bagaimanapun, BN perlu menyedari masih banyak yang harus diusahakan bagi memulihkan keyakinan rakyat. Jangan lalai dan terbuai mimpi, teruskan usaha.
Ketika berlakunya pertandingan sengit dalam pilihan raya kecil antara kerajaan dan pembangkang, golongan muda sebenarnya sentiasa melihat, mendengar dan menganalisis. Oleh itu, pemimpin dan ahli BN buat yang betul, bercakap yang benar, bijaksana dalam membuat keputusan. Insya-Allah, hasilnya akan lebih positif. Ingat, pemuda dan pemudi golongan terbesar menentukan masa depan negara. Sama ada kita sedar atau tidak mereka sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa dan undi mereka bakal memberi impak kepada landskap politik negara pada masa depan.
RIZAL ABD RAHMAN, Jakarta, Indonesia.
|
|
SUDAH SAMPAI MASANYA BERI KEPERCAYAAN KEPADA ORANG MUDA! Posted: 09 Mar 2011 04:12 PM PST Pengundi muda di Sarawak mahu pemimpin tak bermaya digugur Oleh Jeniri Amir
2011/03/10 PRESIDEN Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt pernah berkata: "Kita tidak selalunya dapat membina masa depan untuk belia, tetapi kita dapat membina belia untuk masa depan." Presiden Indonesia, Sukarno pula berkata: "Berikan aku seorang pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia".
Bayangkan apakah yang dapat dilakukan oleh 5,000 belia jika Konvensyen Barisan Nasional Sarawak, Sabtu lalu menghimpunkan sekitar 5,000 ahli BN pelbagai peringkat, Perhimpunan Belia 2011 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching 18 Mac ini yang menghimpunkan belia berusia 15 hingga 40 tahun tentu tidak kurang meriahnya. Datang dari seluruh Sarawak, perhimpunan itu pasti akan mampu memetakan perjalanan masa depan belia terbabit. Belia dari pelbagai latar belakang etnik, budaya dan pandangan politik itu mampu mengubah masa depan negeri dan landskap politik negara. Golongan muda mempunyai pandangan dan tanggapan politik tersendiri. Menyedari kuasa dan pengaruh mereka dan betapa pentingnya pandangan dan sikap mereka dicanai ke arah yang betul, kerajaan berusaha mengambil pelbagai strategi dan pendekatan untuk melatih mereka. Dengan penduduk sekitar 2.5 juta, golongan belia tidak boleh dipandang ringan, dengan sekitar 16 peratus berusia 20 hingga 29 tahun, iaitu sebanyak sekitar 400,000 orang, manakala mereka berusia 30 hingga 39 tahun menyumbang 14 peratus, iaitu sebanyak sekitar 345,000. Bandingkan angka ini dengan mereka yang berusia 40 hingga 49 tahun sebanyak 12 peratus atau mereka berusia 50 hingga 59 tahun hanya sebanyak lapan peratus? Dari segi nisbah lelaki dan perempuan, jumlah mereka adalah hampir sama.
Berdasarkan angka ini, golongan ini perlu diberi perhatian berat, kerana inilah golongan yang akan membentuk dan menentukan landskap dan kedudukan politik masa depan.
Dari segi politik, jumlah pengundi belia di Sarawak adalah sebanyak 310,000, iaitu 33 peratus daripada sekitar 900,000 pengundi di negeri ini. Pengundi belia daripada kaum Cina adalah sekitar 100,000, Melayu 70,000, Bumiputera lain Sarawak sekitar 140,000 dan lain-lain sekitar 1,000.
Secara khusus, pengundi muda berusia 21 hingga 30 tahun adalah sekitar 73 peratus, dan selebihnya ialah mereka berusia 31 hingga 40 tahun. Benarkah pengundi belia mempunyai kecenderungan tidak memihak kepada BN? Jika benar, apakah faktor yang menyebabkan mereka cenderung bersifat anti-establishment? Sejauh manakah keperluan belia di Sarawak dipenuhi? Dalam sebulan dua ini, saya banyak berbincang dan menemui belia akar undi hampir dari seluruh Sarawak. Justeru, boleh dikatakan sedikit sebanyak saya faham akan pandangan politik dan aspirasi mereka. Ada sesuatu yang menggelegak di jiwa pengundi belia, baik di bandar mahupun luar bandar. Sentimen terpendam inilah yang perlu difahami oleh pihak kerajaan bagi memastikan golongan pengundi muda ini menyokong BN dalam pilihan raya akan datang. Tentu tidak memadai hanya dengan mengadakan Program Festival Mesra Belia di semua 71 kerusi menjelang pilihan raya. Program ini dapat dianggap sebagai usaha kerajaan mendekatkan diri dengan golongan belia dan pengundi muda bagi memahami masalah dan aspirasi mereka.
Golongan belia dan pengundi muda khususnya di luar bandar didapati sukar mendapatkan maklumat mengenai program, dasar kerajaan dan peluang pekerjaan kerana masalah komunikasi dan ketiadaan penembusan internet. Maksudnya, tidak hanya memadai bagi kerajaan untuk sekadar bergantung kepada RTM. Pendekatan komunikasi yang lebih realistik perlu difikirkan termasuk menggunakan persatuan belia setempat dan pemimpin pendapat pada peringkat akar umbi.
Terdapat sekitar 700 persatuan belia di seluruh Sarawak, tentunya dengan sebahagian besar di bandar utama. Apakah yang dilakukan oleh persatuan belia ini untuk membentuk sikap politik dan perlakuan mengundi golongan pengundi muda? BN Sarawak wajar berasa gusar dengan kemungkinan ayunan undi yang tidak memihak kepadanya dalam Pilihan Raya Negeri Ke-10 dijangka akhir bulan depan, terutama dalam kalangan pengundi muda Cina di bandar. Hanya sekitar 20 peratus pengundi muda Cina kemungkinan memilih BN sebahagian besar kerana pengaruh kuat ibu bapa mereka, selain mereka yang menghargai sumbangan kerajaan BN selama ini. Manakala selebihnya cenderung terpengaruh oleh trend perlakuan pengundian dalam kalangan golongan dewasa atau ibu bapa mereka, kerana terpengaruh oleh sentimen tertentu.
Golongan pengundi muda adalah mereka yang idealistik. Mereka ingin menyaksikan wujudnya kepemimpinan politik negeri yang bersih, bebas amalan yang dipersepsi sebagai menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Pendek kata, mereka ingin pemimpin politik mengamalkan tadbir urus yang baik. Kekecewaan utama golongan pengundi muda ialah ahli politik yang tidak mempedulikan rakyat dan hanya turun ke pandang ketika berkempen menjelang pilihan raya. Berdasarkan perbincangan dengan belia dan pengundi muda, mereka ingin melihat sebahagian pemimpin yang sudah tidak lagi bermaya digugurkan. |
|
Anwar, pemimpin PKR hidup mewah: Gobalakrishnan Posted: 09 Mar 2011 04:09 PM PST Laporan Syuhada Choo Abdullah dan Faiza Zainudin bhnews@bharian.com.my 2011/03/10 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai (Bebas), N Gobalakrishnan, mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hidup mewah dan mempunyai pembantu peribadi.
Malah, beliau mendakwa masih membayar ansuran bulanan dua kereta untuk kegunaan pengawal peribadi Anwar walaupun keluar daripada PKR pada 29 Januari lalu, tetapi sudah mengambil sebuah daripada kereta terbabit. Katanya, kesanggupannya menanggung pembiayaan ansuran kira-kira RM2,000 sebulan untuk dua kereta itu kerana mahu memastikan keselamatan Penasihat PKR. "Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti beliau)," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Gobalakrishnan yang berbahas sebagai wakil rakyat Bebas berkata, beliau berasa 'bebas' sejak meninggalkan PKR.
"Sekarang saya 'bebas', bila saya bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).
"Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya 'bebas', hirup udara pun saya rasa `bebas', duduk dalam Dewan yang mulia ini saya rasa 'bebas' betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)," katanya.
|
|
BUKU JINGGA BERMOTIFKAN POLITIK. Posted: 09 Mar 2011 04:07 PM PST Buku Jingga undang muflis
2011/03/10 BUKU Jingga yang dikeluarkan parti pembangkang tidak menggambarkan kehendak akar umbi secara keseluruhan, kata Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud).
Malah, beliau berkata, penghasilan buku yang dilihat lebih bersifat manifesto politik itu boleh mengakibatkan Malaysia muflis dalam tempoh dua tahun jika dilaksanakan. "Saya amat kecewa apabila membaca Buku Jingga ini kerana berdasarkan fakta ekonomi di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua tahun sekiranya pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
|
|
PUSAT INTERNET DESA : BERMASALAH? Posted: 09 Mar 2011 04:01 PM PST Pusat Internet Desa lesuOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my
| Penolong Pengurus Pusat Internet Desa, Zamila Omar Mohammad menampal notis rosak pada komputer di pusat itu di Tanjung Kling, Melaka, semalam. |
MELAKA 9 Mac – Lapan tahun lalu Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling yang diwujudkan kerajaan bertujuan mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar mendapat sambutan menggalakkan daripada ribuan penduduk di sekitarnya. Ketika itu, semua golongan seperti warga emas, pendidik, usahawan, belia, pelajar dan suri rumah berlumba-lumba menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan secara percuma di pusat itu. Bagaimanapun, kemudahan disediakan itu tidak kekal lama apabila hari ini pusat itu hampir tidak dapat berfungsi gara-gara segala kemudahan itu tidak diselenggara dengan baik. Jika dahulu PID itu mempunyai enam komputer, kini yang tinggal hanya dua komputer, itu pun dalam keadaan daif dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Agak mengejutkan tinjauan Utusan Malaysia di pusat itu hari ini mendapati dua komputer itu terpaksa dikongsi oleh kira-kira 2,442 ahli PID Tanjung Kling sejak kira-kira dua tahun lalu. "Keadaan ini menimbulkan kemarahan ahli kerana mereka selalu tidak dapat menggunakan komputer sedangkan mereka memang layak menggunakan kemudahan ini secara percuma. "Walaupun selalu dikutuk dan dimarahi ahli, kami hanya mampu meminta mereka supaya bersabar," kata Pengurus PID Tanjung Kling, Nor Arifah Che Wahab. Menurut Nor Arifah, PID itu mula dilanda masalah sejak tiga tahun lalu apabila kerja-kerja penyelenggaraan enam unit komputer tidak dilakukan dengan sempurna. Beliau berkata, pada masa itu PID berkenaan yang turut menawarkan kelas komputer mempunyai 60 pelajar iaitu 12 pelajar pada empat sesi pembelajaran sehari selama lima hari. "Namun, lama kelamaan semakin banyak komputer rosak akibat tidak diselenggara dengan baik sehingga akhirnya hanya satu komputer boleh digunakan pada Januari tahun lalu sehingga November lalu. "Akibatnya, bukan sahaja pembelajaran pelajar terganggu, malah pekerja di sini puas dimarahi penduduk kerana mereka tidak dapat menggunakan komputer," jelasnya. Tambahnya, sehingga hari ini hanya dua komputer meja dapat digunakan di PID tersebut manakala tujuh lagi dibiarkan berlonggok akibat rosak. Pelajar kelas komputer di pusat itu, Siti Nur Shafiqah As Saad, 18, berkata, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kelas kerana ketiadaan komputer. "Saya simpati apabila melihat penduduk hampa kerana tidak dapat menggunakan komputer di sini setiap kali saya menggunakannya pada kelas dua kali seminggu, selama dua jam bermula pukul 9 pagi," katanya. Bagi Normah Abdul Yasin, 52, dia kecewa kerana tidak dapat menggunakan kemudahan di pusat itu setiap kali berkunjung ke situ. "Jika masalah ini berlarutan, sia-sia sahaja usaha kerajaan selama ini mahu membuka minda masyarakat luar bandar terhadap dunia Internet. "Sebagai peniaga makanan, saya ingin menyahut seruan kerajaan supaya memperluaskan perniagaan secara dalam talian tetapi bagaimana saya hendak melakukannya sekiranya kemudahan ini tidak dapat digunakan sebaiknya," katanya. |
|
PR Tidak boleh gabung secara rasmi Posted: 09 Mar 2011 03:51 PM PST Tidak boleh gabung secara rasmi
Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 9 Mac - Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Pakatan itu yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' ketika ini dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.
Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
"Undang-undang cakap syarat nak wujudkan sebuah pertubuhan ialah perlu ada tujuh anggota.
"Jika ada andaian seperti itu (cukup dengan tiga anggota), dikhuatiri nanti akan timbul kekeliruan dan banyak orang tafsirkan macam-macam ke arah kita (ROS), dalam hal ini biar mahkamah putuskan.
"Bagaimanapun sama ada ROS sudah menerima permohonan rasmi daripada pakatan pembangkang untuk menubuhkan gabungan rasmi, itu saya tidak pasti, kena semak dulu. Tapi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang ialah kena ada tujuh anggota, barulah boleh tubuh pertubuhan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau ditanya tentang gesaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac lalu supaya parti-parti dalam pakatan pembangkang mengusahakan dengan serius rancangan mereka untuk membentuk gabungan rasmi seperti Barisan Nasional (BN).
Ini bagi mengelakkan masalah kepada SPR dan polis pada setiap kali pilihan raya kecil kerana Pas, PKR dan DAP tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen. Ini adalah juga disebabkan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.
Md. Alias dalam kenyataan ROS sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.
Kali terakhir pembangkang membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu ialah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan.
Ketika itu salah seorang anggota sekretariat memaklumkan bahawa pakatan itu sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional. |
|
ADUN MERLIMAU MULA BERTUGAS Posted: 09 Mar 2011 03:45 PM PST Tugas pertama ADUN Merlimau Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.mu |
MOHD. Ali Rustam bersama Roslan Ahmad (tengah) bermesra dengan orang ramai di Pekan Merlimau, Jasin, kelmarin. |
JASIN 9 Mac - Projek menaik taraf hentian teksi di Pekan Merlimau di sini yang menelan belanja RM200,000 akan menjadi tugas pertama dipantau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ADUN itu Isnin lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Roslan bertanggungjawab memantau projek yang dimulakan sejak semalam itu melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). "Selepas ini, beliau akan melawat projek-projek pembangunan yang sedang berjalan termasuk hentian teksi ini. "Saya jangkakan, kerja-kerja menaik taraf hentian teksi ini boleh siap dalam tempoh dua bulan," kata beliau selepas mengetuai aktiviti turun padang bersama Roslan untuk menemui rakyat pada Program Walkabout sekitar Pekan Merlimau di sini semalam. Turut menyertai program itu, Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal dan ADUN Serkam, Datuk Ghazale Muhammad. Mohd. Ali menambah, antara kemudahan yang akan dinaik taraf di hentian teksi itu ialah tempat letak teksi, tempat rehat dan surau. "Projek ini akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin," katanya sambil menambah peruntukkan di bawah bajet 2011 itu telah diluluskan KPKT pada awal tahun ini. Pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Ahad lalu, Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan