Khamis, 10 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Digantung enam bulan ; lucut jawatan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen

Posted: 10 Mar 2011 12:31 AM PST

DATUK Wira Syed Ali Ali Alhabshee hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) melucutkan segera jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Tindakan itu kata beliau amat wajar memandangkan Anwar telah digantung selama enam bulan pada hari terakhir persidangan Parlimen Disember lalu.

"Jika pembangkang benar-benar serius mengambil bahagian dalam persidangan Parlimen, mereka sewajarnya membuat keputusan memecat Anwar dan digantikan dengan orang lain," tegasnya.

Syed Ali berpendapat, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang dilihat sebagai calon yang paling layak dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Anwar.

Bagaimanapun jelas beliau, jika Anwar seorang pemimpiin politk yang bertangungjawab beliau sepatutnya dengan sukarela melepaskan jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung bersama tiga lagi yang lain, iaitu Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh, Azmin Ali (PKR Gombak), dan S. Sivarasa (PKR Subang).

Menurut beliau, adalah terlalu janggal apabila Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang ini tidak mempunyai ketua pembangkang.

"Ini jelas menunjukkan pihak pembangkang mengambil mudah dengan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sedangkan mereka dipilih oleh rakyat," katanya.

Lagi pun kata beliau, Anwar sememangnya tidak layak lagi untuk dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen kerana beliau kini sedang dalam proses perbicaraan kes meliwat.

"Bagi memelihara kemuliaan Dewan Rakyat, mana-mana Ahli Parlimen yang berdepan dengan masalah moral atau diheret ke mahkamah sepatutnya tidak dilantik memegang jawatan tersebut," tegasnya.

Mengenai dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa beliau akan mendedahkan wakil rakyat pembangkang yang telah dibeli oleh BN, Syed Ali berkata perkara itu sepatutnya didedahkan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kerdau dan Merlimau.

"Mengapa semalam baru bercakap kononnya wakil rakyat mereka telah dibeli dengan harga tertentu, mengapa tidak dimanfaatkan sebagai modal kempen semasa PRK baru-baru ini," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, pendedahan tersebut bukannya strategi PKR tetapi sekadar beberapa siri cerita lapuk untuk menarik perhatian rakyat.

Sikap kuku besi Anwar ; PR bertelagah sesama sendiri

Posted: 09 Mar 2011 06:39 PM PST















PAKATAN Rakyat (PR) mula bertelagah sesama sendiri berhubung pengagihan kerusi menjelang Piihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Dalam masa yang sama tegas beliau, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menunjukkan kuasa kuku besinya dalam penentuan kawasan pilihan raya yang bakal ditandingi pembangkang.

Menurutnya, PKR dikatakan mahu calonnya bertanding di negeri-neegri majorirti pengundinya adalah Melayu manakala DAP akan memberi tumpuan di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Berikutan itu, beliau mendakwa pemimpin PAS dikatakan amat kecewa dengan Anwar yang mula menunjukkan sikapnya untuk 'merampas' beberapa kawasan yang sebelum ini ditandingi calon PAS.

"Oleh sebab itu, kita tidak terkejut apabila Anwar memberi kata dua kepada pemimpin PR supaya meninggalkan pakatan tersebut jika tidak berpuashati tidak terpilih sebagai calon PRU-13," katanya.

Beliau percaya ugutan itu dibuat kepada pemimpin PAS yang sdebelum ini dikatakan enggan memberi laluan kepada calon PKR bertanding di Kelantan dan Terengganu.
Selain itu katanya, pemimpin PAS di negeri berkebnaan juga dikatakan bimbang isu liwat Anwar boleh menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

PAS kecewa dengan Anwar

"Difahamkan pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu begitu kecewa dengan sikap Anwar yang meletakkan parti itu sebagai 'penumpang' dalam PR dan mengutamakan kepentingan DAP," katanya.

Dalam hubungan ini, Syed Ali menjelaskan pemimpin PR sekarang ini sedang bermasalah dan di kalangan mereka mula mencurigai di antara satu sama lain.

Mengenai keyakinan Anwar untuk menawan Putrajaya pada PRU-13, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, hasrat itu sekadar usaha terakhir Anwar untuk menarik sokongan yang sudah terhakis.
Lagipun kata beliau, itu hanya impian Anwar untuk menutup keretakkan yang sedang berlaku dalam PR sepertimana pembohongan besar dilakukannya dalam isu 16 September,"katanya.

"Bagaimana mahu mentadbir negara, dalam PR sendiri pun Anwar gagal menyelesaikan kepincangan dan pertelagahan sesama mereka," ujarnya.

Beliau berpacaya ekonomi bakal hancur dan akan berlaku perpecahan ketara di kalangan rakyat pelbagai kaum jika PR diberikan kuasa memerintrah negara ini.

Beliau turut mendakwa Anwar sengaja menjadikan reformasi politik di Asia Barat sebagai contoh untuk beliau menghasut rakyat supaya bangun menentang kerajaan.

Bagaimanapun Syed Ali yakin rakyat tidak akan terpedaya dengan propaganda yang sedang dimainkan Anwar kerana menyedari situasi politik di Malaysia jauh berbeza dengan di negara-negara berkenaan.

"Mengapa rakyat yang hendak dilibatkan dalam percaturan politik pembangkang, yang bermasalah hanyalah Anwar yang begitu kemaruk untuk berkuasa," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut