Pengikut

Nuffnang

Rabu, 24 Februari 2016

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


UMNO Selangor Mahu Siasatan Dibuat Terhadap Papan Tanda #BebasAnwar

Posted: 23 Feb 2016 07:25 AM PST

PETALING JAYA, 22 Feb – UMNO Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.
billboard anwar di selangor"Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.
Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.
Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.
"Tindakan mereka (kerajaan Selangor) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri," katanya.
Selain itu, Zein Isma berkata tindakan kerajaan negeri yang menggunakan akhbar Selangorkini untuk tujuan politik juga dianggap tidak patut.
"Mereka (kerajaan negeri) gunakan akhbar Selangorkini untuk mempromosikan politik mereka dan kandungan akhbar ini telah disalah guna.
"Akhbar Selangorkini diletakkan di surau dan masjid khususnya pada hari Jumaat, jika orang ramai membaca terutama orang muda ia jelas akan mengelirukan mereka," katanya.
Terdahulu, beliau bersama-sama lebih 20 anggota UMNO membuat laporan polis di IPD Sungai Buloh berhubung dua isu berkenaan.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian