Jumaat, 27 September 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA


Zon Bertanding Yang Telus

Posted: 26 Sep 2013 08:44 PM PDT

INI BARULAH DEMOKRASI!!
Ahli-ahli Puteri UMNO Kota Raja semakin menampakkan kematangan mereka tatkala ada pertandingan diumumkan dalam perjawatan peringkat bahagian.  Tahniah diucapkan atas satu (1) anjakan paradigma bagi membuka mata setiap masyarakat belia di bumi 'Kota Raja'.  Semoga setiap ahli Puteri UMNO Kota Raja yang bertanding, tidak kira apa juga jawatan..melakukannya dengan penuh etika sebagai seorang ahli UMNO dan telus sebagai seorang Islam.  Diingatkan sekali lagi..
Ahli-ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalah berikut:
2.1 RASUAH/SOKONGAN POLITIK
2.2 MENGGUNAKAN KEKERASAN DAN UGUTAN
2.3 PENERBITAN DAN PENGGUNAAN MEDIA MASSA, ELEKTRONIK ATAU INTERNET
2.4 FITNAH
2.5 EJEN.PELOBI, PENGURUS KEMPEN ATAU PERAYU UNDI
2.6 MAJLIS DAN PERTEMUAN
3. DERMA/BANTUAN KEPADA PARTI
4.PERTANYAAN AKHBAR ATAU AWAM

SILA BERI PERHATIAN: TATAETIKA AHLI UMNO - DALAM TEMPOH PEMILIHAN UMNO 2013-2016

Posted: 26 Sep 2013 08:14 PM PDT

Lembaga Disiplin UMNO mengingatkan semua anggota perwakilan dan calon parti supaya mematuhi 'kod etika pemilihan' pada pemilihan parti bulan depan.
Setiap perkara yang termaktub di dalam Tataetika Ahli UMNO adalah terpakai dalam tempoh Pemilihan UMNO bagi sesi Pemilihan 2013-2016.  Ahli-ahli UMNO yang bertanding adalah diingatkan supaya menjadikan Tataetika Ahli UMNO sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh berkempen.
Sekiranya didapati mana-mana ahli UMNO melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan di bawah, maka ahli-ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman di bawah Fasal 20.9 (a)-(e) Perlembagaan UMNO.
Ahli-ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-
2.1 Rasuah/sokongan Politik
2.2 Menggunakan Kekerasan dan Ugutan
2.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa, Elektronik atau Internet
2.4 Fitnah
2.5 Ejen, Pelobi, Pengurus Kempen atau Perayu Undi
2.6 Majlis dan Pertemuan
3. Derma/Bantuan kepada Parti
4. Pertanyaan Akhbar atau Awam

Lagi: http://www.umno-online.my/

Rabu, 25 September 2013

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


Bersama Penduduk-Penduduk Kampung Sialang, Tangkak

Posted: 19 Sep 2013 08:08 PM PDT




20 September 2013
3.00 ptg

Warung Seri Mayang, Sialang Dalam

Selasa, 24 September 2013

Razlan's

Razlan's


Anak Muda akan terus dibela penggal 2013-2016

Posted: 24 Sep 2013 08:48 PM PDT

Ucapan Terima Kasih 

Assalamualaikum

Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya  dan senantiasa memberi dorongan kepada Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian.
   
Pada tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mencipta sejarah apabila semua jawatan di peringkat Pemuda Bahagian di isi kembali tanpa dipertandingkan.

Berkat daripada usaha dan kerja keras seluruh Jawatan Kuasa yang di ketuai oleh Saudara Badrul Ezan selaku Naib Ketua Pemuda, hasilnya dapat di lihat oleh semua peringkat. Tanpa semangat yang IKHLAS bekerja untuk parti, ianya mustahil dapat di terjemahkan dengan keputusan permilihan kali ini.

Kami berterima kasih kepada Kepimpinan Bahagian yang diketuai oleh Ybhg Datuk Mustapa Kamal selaku Ketua UMNO Bahagian dibantu oleh Datuk A Rahim Aman dan Datuk Mariam Minhat dan Jawatankuasa Bahagian yang tidak pernah jemu dan senantiasa memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program sehingga segala tanggunjawab dapat disempurnakan dengan baik.

Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah memperjuangkan soal Perumahan dan ianya telah dijadikan dasar Kerajaan, ianya di ilhamkan kerana melihat orang Melayu Bandar dipinggirkan oleh sistem ekonomi yang tidak berpihak kepada Orang Melayu. Oleh itu, Perjuangan kali ini akan diteruskan bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara untuk orang Melayu di pertahankan sebaik mungkin.

Saya suka mencadangkan agar kita meneruskan desakan kepada Kerajaan, kita sebagai Pemuda Bandar merupakan golongan yang terancam secara sistematik ekoran dari pembanggunan ekonomi disekeliling kita, oleh itu, kita lah yang perlu mengetuai bagi mempertahankan hak-hak kita di negara tercinta ini.





Hidup Melayu, Hidup UMNO.
Memasyarakatkan pemuda agenda kita!



Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

demi agama bangsa dan negara

demi agama bangsa dan negara


Pemilihan UMNO penggal 2013 - 2016

Posted: 23 Sep 2013 11:40 PM PDT

Semangat BERSATU MEMPERKASAKAN PEMUDA utk bersama2 memberikan khidmat kpd institusi UMNO. Mohon sokongan dan undian para perwakilan seluruh negara.




Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kerajaan Bimbang Tahap Polarisasi Semaking Teruk - Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Posted: 24 Sep 2013 06:00 AM PDT


Kerajaan gusar dengan trend terkini dalam masyarakat terutama dalam konteks hubungan antara kaum yang dilihat mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan isu polarisasi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelompok masyarakat hari ini lebih mudah sensitif sehinggakan usaha baik yang dirancang kerajaan dipandang serong.

Beliau menambah, initiatif kerajaan kadangkala bukan sahaja dianggap negatif dikalangan rakyat malah ianya turut dijadikan isu yang menyentuh perkauman seperti apa yang berlaku terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP).

"Perhimpunan konvensyen yang dibuat oleh Dong Zhong semalam dikatakan telah membuat resolusi untuk menghalang apa yang kerajaan buat dalam PIPP dimana ia dibentuk untuk memajukan sektor pendidikan.

"PIPP, kita rancang dengan niat yang baik, namun ia dipandang serong sesetengah pihak yang melihat usaha ini berbaur perkauman.

"Selama 13 tahun pelaksanaan PIPP, ia tetap dilihat sebagai usaha menghapuskan bahasa ibunda mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Pelatih Amanjaya Internship di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di sini.

Muhyiddin menambah, Dong Zhong melihat niat baik kerajaan itu sebagai sentimen perkauman walaupun telah kerajaan mengambil masa hampir dua tahun untuk mengumpul input PIPP agar ia sejajar dengan Akta Pendidikan serta Falsafah Pendidkan Negara.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata trend itu langsung tidak membantu kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam supaya mementingkan perpaduan, hubungan mesra serta persefahaman berikutan sentiasa berdepan cabaran hebat.

"Dalam suasana begini, masyarakat Islam perlu kukuhkan jemaah. Berikutan ada pihak yang anggapan bahawa masyarakat Islam tidak kukuh disebabkan wujudnya pelbagai puak Melayu, lantas ramai yang lantang sehingga berani mempersoalkan hak-hak dalam Perlembagaan, agama dan raja," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berupa kurma, air zam-zam, kain pelikat dan jubah kepada pengerusi dan anggota jawatankuasa masjid daerah dari seluruh negeri.

Selepas berbuka puasa, beliau dan Zambry, Pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, exco kerajaan negeri serta umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih berjemaah yang diimamkan guru Al-Quran Masjidil Haram, Makkah, Sheikh Osama Mohammad Iqbal.

Warna-warni politik
Torashah

Isnin, 23 September 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pemimpin Pembangkang Jangan Terus ‘Bermain Dengan Api - Datuk Jamaludin Abdul Rahim!

Posted: 23 Sep 2013 02:30 AM PDT


PAKATAN Rakyat (PR) diminta supaya tidak terus 'bermain dengan api' menerusi provokasi termasuk menimbulkan perasaan benci di kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak, Datuk Jamaludin Abdul Rahim berkata, tindakan berkenaan khususnya di kalangan pemimpin DAP itu sangat merbahaya kepada keamanan negara.

Menurutnya, pihak pembangkang perlu menghentikan segera tindakan-tindakan provokasi yang sangat merbahaya demi masa depan negara.

"Mereka sedang menunjukkan kekuatan tetapi ia mengundang ke lembah yang sangat bahaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Doa Selamat dan Tahlil sempena projek pembangunan bercampur PKMM Perak di Meru Raya dekat Ipoh, hari ini.

Jamaludin mengulas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mencatatkan perubahan terhadap lanskap politik negara disebabkan 'tsunami Cina'.

Menurutnya, masyarakat Cina di negara ini sangat bertuah kerana mereka mendapat pelbagai keistimewaan, berbanding dengan kaum Cina di negara lain.

"Masyarakat Cina di Malaysia berpeluang menguasai ekonomi negara di samping peluang-peluang lain dalam bidang pendidikan dan politik.

"Misalnya di Singapura yang mempunyai 97 peratus kaum Cina, tidak ada langsung sekolah Cina tetapi di Malaysia, ada sekolah Cina, Tamil dan lain-lain," katanya.

Mengulas lanjut, beliau mencadangkan supaya orang Melayu di dalam UMNO dan PAS perlu bersatu bagi memastikan survival dan politik Melayu terus relavan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Warna-warni politik
Torashah

UMNO TAMAN PAROI JAYA

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Persidangan 2013

Posted: 23 Sep 2013 12:52 AM PDT

Tahniah Kepada Cawangan Umno Taman Jaya yang telah berjaya mengadakan persidangan pada 14 September 2013
Semoga tahun 2013 akan membuka lembaran baru di Bahagian Seremban khususnya dan N Sembilan amnya. 

Ahad, 22 September 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pemuda UMNO Perak Setuju Keputusan PM Tidak Benarkan Abu Mendiang Ching Peng Masuk Malaysia - Khairul Azwan Harun!

Posted: 22 Sep 2013 08:17 AM PDT


Pergerakkan Pemuda UMNO Perak, bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Abu Mending Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan seperti yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang sebaliknya dia adalah seorang 'Terorist'.

"Berhubung dengan desakan daripada pihak pembangkang terutama pemimpin DAP yang mahukan abu Ching Peng ini dibawa ke Malaysia.

"Kami bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tidak membenarkan abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke negara kita.

"Kerana Ching Peng ini merupakan seorang terorist bermakna walaupun beliau sudah meninggal tetapi terorist tetap dianggap terorist dan kita tidak boleh menerima terorist itu datang ke negara kita walaupun dalam bentuk abu.



Beliau menambah, rakyat perlu sedar akan akibat tindakan Chin Peng di dalam Parti Komunis Malaya telah menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban.

"Kerana yang lebih penting adalah kita mengetahui disebabkan tindakan Ching Peng dalam Parti Komunis Malaya itu telah menyebabkan ramai yang terseksa dan dia tidak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan.

"Bagaimanapun perkara ini sering diputar belit oleh pihak pembangkang dengan mengatakan kononnya Chin Peng telah berjuang menghalau British dari negara.

"Kita perlu ingat balik, tindakan komunis yang enggan meletakkan senjata walaupun setelah negara kita merdeka dan akibat daripada tindakan itu ramai rakyat yang diseksa oleh mereka.

"Bagaimanapula tindakan itu boleh dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan selepas negara kita merdeka pun mereka masih mengangkat senjata," katanya ketika mengulas mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mahukan abu Mendian Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Warna-warni politik
Torashah

Sabtu, 21 September 2013

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Senarai penuh pencalonan jawatan tertinggi umno 2013.

Posted: 21 Sep 2013 11:11 AM PDT

PERMANENT CHAIRMAN:    1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Incumbent/Won uncontested)     PRESIDENT:   1. Datuk Seri Mohd Najib Razak (Incumbent/Won uncontested)     DEPUTY PRESIDENT:   1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Incumbent/Won uncontested)     VICE PRESIDENTS:   1. … Continue reading

Jumaat, 20 September 2013

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


BN kekal 2 Parlimen 2 DUN

Posted: 30 Aug 2013 07:01 PM PDT

Hamim (tengah) selepas memenangi kes petisyen PRU-13
di Mahkamah Tinggi Pilihanraya Johor Bahru
foto Hairul Anuar Abd Rahim

Johor Bahru: Barisan Nasional (BN) mengekalkan dua kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kawasan itu.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri kekal sebagai Ahli Parlimen Ledang, manakala Normala Abdul Samad kekal di Parlimen Pasir Gudang. Dr Zaini Abu Bakar pula mengekalkan kemenangan di DUN Nusajaya dan M Asojan di DUN Gambir. 


Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan apabila mengemukakan petisyen menerusi ejen calon, bukan peguam atau calon itu sendiri selain tidak mempunyai fakta atau butiran mencukupi bagi menyokong petisyen berkenaan. 


Gagal patuhi peraturan

Pempetisyen juga didapati gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Serentak itu, setiap pempetisyen diperintah membayar kos masing-masing RM30,000 kepada Hamim dan Normala serta responden kedua dan ketiga, iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan terbabit dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagi DUN Nusajaya, mahkamah memerintahkan pempetisyen membayar kos, masing-masing RM25,000 kepada Dr Zaini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR, manakala dalam kes membabitkan DUN Gambir, pempetisyen diarah membayar kos pada nilai sama kepada Asojan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR. 

BN diwakili peguam, Syed Faizal Syed Abdullah dan Mohd Reza Abu Hassan, manakala responden kedua dan ketiga diwakili Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy. Pihak pempetisyen pula diwakili peguam Muhammad Yazid Mohamad Salim dan Rohana Ramli.






Sumber : Utusan Online (31/8/2013)

Rabu, 18 September 2013

Razlan's

Razlan's


Jangan hanya Ghairah pikir jawatan!

Posted: 18 Sep 2013 03:53 PM PDT


Dalam kesibukan Parti Terbesar Negara iaitu UMNO di musim permilihan ini, jangan kita terlupa akan perjuangan isu/Usul yang harus kita bawa kepada mesyuarat Agung yang akan datang agar intipati perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan Agama dapat terus harum dalam perjuangan UMNO. Jangan biarkan keghairahan kita mengejar jawatan sehingga terlupa asas perjuangan.

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sudah habis  mesyuarat Pemuda cawangan-cawangan pada 7hb September,1 minggu awal dari tarikh yang ditetapkan, ini adalah kerana kami mempunyai program yang besar untuk dilancarkan pada 14hb September iaitu perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh. 

Menyedari keputusan pada Pilihanraya ke 13, Seputeh telah mengalami satu Thusanami Cina yang membawa kepada menolakan secara total orang cina kepada parti BN. Kita buatlah apa program sekalipun, seolah-olah mereka melayan BN seumpama tidak berbudi dan bersalah besar kepada bangsa mereka.

Di peringkat Pemuda Cawangan, kami sudah membawa usul agar Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi Negara agar dimartabatkan sebagai bahasa pengatara secara realiti dalam kehidupan segenap lapisan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.

Banyak perkara asas kenegaraan di Malaysia longgar akibat daripada tidak mempunyai sistem memperkasa Bahasa di kuatkuasakan. Jelas kita melihat, di Iklan-iklan dan papantanda, kebanyakkan sudah mula menggunakan bahasa selain Melayu sebagai bahasa utama.

Orang Malaysia pula banyak pilihan untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu bagi menjalani kehidupan di Negara mereka sendiri, mereka boleh memilih bersekolah di Sekolah Swasta dan terus ke Universiti langsung bekerja dan berniaga tanpa menggunakan bahasa Melayu. 

Kalau seseorang itu mahu menjadi warganegara sesebuah negara, asas mereka untuk memperolehi status penduduk tetap adalah menguasai bahasa Negara itu. Agak janggal juga di Malaysia, ramai rakyatnya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka rakyat Malaysia.

Tindakan pihak kerajaan menaikkan masa pembelanjaran kepada Bahasa Melayu amat kita sokong, namum masih ada ruang yang luas untuk rakyat Malaysia memilih kaedah lain untuk mendapatkan pendidikan di Swasta.

Jesteru itu, kami di pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, mencadangkan agar setiap anak Malaysia yang mahu mendapat Kad Pengenalan iaitu cukup umur 12 tahun untuk di temuduga, mereka harus fasih berbahasa Melayu, mengetahui asas negara Malaysia dan sedikit sebanyak berpengetahuan dalam Institusi Raja-raja sebagai ketua negara sebelum mereka mempunyai Kad Pengenalan sebagai rakyat Malaysia.

Peraturan ini memang agak sukar dilaksanakan kerana kemungkinan ia melibatkan kelulusan di Parlimen, namum sebagai rakyat Malaysia tidak mengira kaum, kita kene bersatu hati untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai darah daging kita, kerana kita adalah anak Malaysia. Terdapat cadangan-cadangkan untuk menjadikan Bahasa English sebagai bahasa perpaduan seperti di Singapura, rakyat Malaysia tidak kita Cina, India, atau Melayu, seharusnya bangkit untuk menentang, kerana kita anak Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!

Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

 

 

 

 


7A820183-B319-4B15-8191-81BF46E1A994

Selasa, 17 September 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Punca dan Cabaran Pelaksanaan

Posted: 17 Sep 2013 06:48 PM PDT


Mengumumkan sesuatu program memanglah mudah.  Membentangkan projek tersebut di atas kertas dan persembahan 'powerpoint' juga mudah.  Membuat kira-kira mencari aggaran dan jangkaan tidaklah sesukar mana.   Justeru, sesiapa sahaja dengan kebolehan berbahasa yang baik, pengetahuan mengenai ekonomi yang cukup serta keyakinan diri yang tinggi mampu membuat pengumuman yang cukup hebat didengar.   Dalam kata lain, seorang eksekutif baru di mana-mana syarikat mahupun seorang graduan peringkat kepujian juga mampu mempersembahkan satu 'teori' yang hebat. 
 
Oleh itu, kita dapati, dalam era teknologi maklumat di mana rakyat semakin kritikal dan sinis, sebarang pengumuman tidak lagi mengujakan. Malah ia disambut dengan kritikal dan sinis juga. Mungkin ada yang bersorak gembira dengan pengumuman ini tetapi kumpulan ini amatlah terhad di kalangan mereka-mereka yang telah pun berada dalam lingkungan penerima hasil langsung dari program-program terdahulu. 
 
Mungkin tulisan ini bukanlah tulisan yang akan menggembirakan kepimpinan, namun inilah hakikat yang dapat disimpulkan setelah beberapa hari pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera dibuat oleh YAB Perdana Menteri. 
 
Kesungguhan Perdana Menteri untuk mempertahankan bumiputera tidak perlulah dipertikaikan. Kita pasti bahawa program tersebut dibuat kerana beliau benar-benar prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat.Sama ada ia dibuat bersempena Pemilihan UMNO, ia adalah cerita lain.Yang penting, program-program yang diumumkan cukup mantap dan bertepatan dengan kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar janji manis ala Anwar Ibrahim. 
 
Namun, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat yang semakin bijak meneliti, menganalisa dan mengkritik sebarang pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.  Rakyat menjadi begini setelah melihat beberapa kelemahan dan kesilapan jelas lagi ketara dalam urustadbir negara sejak pemerintahan Tun Abdullah Badawi.  Mungkin mengungkit kelemahan pentadbiran terdahulu bukanlah perkara yang baik.  Namun, jika benar kerajaan ikhlas ingin melakukan perubahan yang bermakna, maka segala kesilapan dan kelemahan wajib diakui terlebih dahulu bagi membolehkan pembaikan dan pembetulan dilakukan. 
 
Malang sekali, apa yang dikhuatiri rakyat masih tidak dapat ditangani sepenuhnya melalui program pemerkasaan ini.  Ini kerana, walaupun rakyat menghargai program baru yang cukup baik lagi hebat yang diumumkan kerajaan untuk bumiputera tetapi hakikatnya, rakyat bukan mendambakan program baru, tetapi lebih berminat  untuk melihat pembaikan atau pembetulan ke atas program yang telah tersasar. 
 
Penting untuk difahami bahawa apa yang paling menggusarkan hati bumiputera ialah apabila melihat badan-badan yang bakal terlibat dalam perlaksanaan program-program baru ini, turut berhadapan dengan kontroversi.  
 
Antaranya, GLC-GLC termasuk Petronas yang mana kedudukan bumiputera di jawatan tinggi dan tertinggi kini menjadi persoalan.  Kita musykil dengan berita bagaimana personaliti-personaliti yang dikenali sebagai nasionalis yang telah berjaya mengangkat Petronas sehingga ke puncak, telah 'terbuang' atau terpinggir secara sistematik.  Tempat mereka kemudian digantikan dengan liberalis dan bukan Melayu yang gemar memperlekehkan para nasionalis konon tidak cukup bijak.  Apa yang berlaku dalam GLC-GLC ini kemudiannya semakin mencurigakan dan prestasi sebahagiannya juga semakin lembab selepas diambil-alih oleh kumpulan yang kononnya lebih 'bijak' dari para nasionalis tersebut.Di bawah pentadbiran mereka juga, vendor-vendor bumiputera semakin terpinggir secara perlahan-lahan.   
 
Justeru, rakyat melihat rancangan kerajaan untuk meletakkan pembangunan usahawan bumiputera di bawah sayap GLC-GLC ini, sebagai sesuatu yang sinis sekali. 
 
Dalam memperkatakan tentang ekuiti bumiputera juga, rakyat melihatnya dengan penuh curiga.   Secara umumnya, inilah yang dipersoalkan rakyat: 
 
Ekuinas yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat bumiputera tidak melakukannya secara terus, tetapi melantik syarikat CIMB Private Equity, KFH Asset Management, Navis Capital Partners, CMS Opus Private Equity Sdn Bhd, KAF Fund Management Sdn Bhd (KFM), dan RM Capital Partners Sdn Bhd sebagai pengurus dana.  Dalam kata lain, 'meng-sub-kontrakkan' kerja mereka.  Selaras dengan itu, bumiputera tertanya-tanya, berapa banyakkah syarikat bumiputera yang telah atau akan dibantu dengan menggunakan dana yang berbilion itu? Atau, mungkin lebih tepat lagi, ke manakah dana itu dilaburkan dan siapakah yang akan mendapat manfaat terbanyak dari pelaburan tersebut?  Syarikat pengurus danakah, ekuinaskah atau atau syarikat-syarikat bumiputera yang seharusnya dibantu?   Lebih menyesakkan dada ialah apabila terdedah bahawa antara pemilik syarikat pengurus dana yang dilantik mempunyai kaitan dengan Ethos Consultant iaitu syarikat yang sedia menjadi kontroversi berkenaan penglibatannya dengan kerajaan Malaysia sehingga membawa kepada kejatuhan Tun Abdullah Badawi.   
 
Selain ekuiti dan penglibatan bumiputera dalam GLC, rakyat turut 'cuak' apabila mendengar bahawa UDA Holdings bakal bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pemilikan hartanah di bandar bagi bumiputera. 
 
Ini kerana UDA Holdings baru-baru ini telah dipersoal oleh Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mengenai tindakannya memberi pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan bumiputera iaitu Central Market Management bagi menguruskan Central Market.Central Market Management merupakan anak syarikat Kha Seng Group.

Secara automatik, apabila sesuatu itu jatuh ke tangan Cina, maka kaum lain pun akan dipinggirkan.   Peniaga bumiputera di Central Market kini menghadapi masalah 'klasik' di mana pengurusan menaikkan sewa mendadak dan tidak memberi ruang untuk sebarang tolak ansur.  Kita sedia maklum bahawa 'method' yang sama dilakukan oleh pengurusan KLCC, Alamanda, Subang Parade dan semua pusat perniagaan yang diterajui bukan Melayu untuk memberi tekanan kepada peniaga bumiputera termasuk yang berdaya maju, agar mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya 'gulung tikar'. 
 
Ini hanyalah masalah yang melanda sebahagian dari 'bakal' badan pemantau atau perlaksana program pemerkasaan ekonomi bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang telah diketahui ramai. Tiada siapa tahu dengan pasti apa yang berlaku di dalam badan-badan yang lain-lainnya walaupun desas-desus mengenainya cukup membimbangkan. 
 
Harapan rakyat ialah agar semua badan-badan perlaksana dan pemantau ini dipulihkan terlebih dahulu sebelum kerajaan meletakkan nasib bumiputera di tangan mereka. 
 
Selain itu, keterdesakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah graduan di dalam negara bagi memperlihatkan kesungguhan dalam membantu bumiputera dari segi pendidikan diambil sebagai isyarat bahaya, bukan penyelesaian. 
 
Untuk pengetahuan kepimpinan, hampir semua rakyat setuju bahawa penambahan graduan bukanlah masalah sebenar, tetapi kualiti graduan.Dengan meletakkan matlamat untuk menambahkan kuantiti graduan, kursus dan juga kolej atau universiti maka ia dikhuatiri akan merendahkan lagi kualiti graduan yang telah sedia rendah pada masa ini.Ini tentunya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah. 
 
Apa yang menggumam masyarakat hari ini ialah sikap para pendidik bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti.  Ini termasuklah semua proses pembelajaran termasuk buku-buku teks yang tidak berkualiti. 
 
Suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan bahawa guru-guru hari ini jarang sekali mempunyai pengetahuan am yang secukupnya.  Majoritinya tidak terdedah pada pembacaan yang luas serta tidak mempunyai 'passion' terhadap ilmu.  Ini menjadi punca kenapa anak-anak murid tidak mampu mengembangkan imaginasi mereka dan tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek.  Ia kemudian menjadi satu kitaran yang berterusan di mana murid-murid tadi mungkin akan menerapkan pemikiran yang sama kepada generasi selepas mereka apabila dewasa. 
 
Jika kita masih tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak mampu melahirkan walaupun seorang pencipta, maka inilah puncanya iaitu anak-anak kita mempunyai imaginasi yang terhad dan tidak mampu melihat 'keseronokan' dalam ilmu itu sendiri. 
 
Secara dasarnya, rakyat Malaysia melihat dunia dalam konteks yang sempit dan Malaysia hari ini dipenuhi oleh anak-anak muda (dan dewasa) yang malas berfikir, ingin mencari wang mudah, sering terbawa-bawa dengan emosi serta tidak tahu ke mana hendak di arah bakat, minat dan kebolehan semulajadi mereka.  Masyarakat kita terkongkong dalam dunia yang berkisar mengenai wang, politik, glamour, status, populariti dan agama semata-mata serta tidak mampu membayangkan dunia yang lebih luas di sebalik semua ini. 
 
Contohnya, jika seorang barat mempunyai wang yang banyak, beliau akan mengembara mencari ilmu dan meneroka sejarah, tetapi seorang Melayu yang punya banyak wang hanya memikirkan tentang membeli belah dan status.  Itulah bezanya pandangan kita dengan barat mengenai 'dunia' dan 'kehidupan'.    
 
Sebenarnya, inilah punca kepada semua masalah bumiputera.  Ia juga menjadi punca kenapa badan perlaksana, pemantau dan apa saja yang dirancang untuk membantu bumiputera, sukar untuk berfungsi dengan baik dan mencapai matlamatnya. 
 
Justeru, jika kerajaan benar-benar ingin memperkasakan bumiputera, maka segala tenaga, peruntukan dan perhatian harus diberi kepada pembentukan minda yang bermula dari sekolah, atau lebih baik lagi dari maktab perguruan iaitu semua penuntut bidang pendidikan termasuklah tenaga pengajar kepada mereka.  Daripada membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar anak-anak kita di sekolah, adalah lebih baik membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar bakal pengajar anak-anak kita, iaitu bakal-bakal guru.  Bentukkan dahulu minda bakal-bakal guru agar mengagumi kehebatan ilmu dunia ciptaan Maha Esa.  Hanya dengan cara itu, mereka dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikir bakal anak-anak murid mereka.    
 
Apa yang dapat dilihat, perkara asas ini tidak pun dijadikan sebagai perkara utama dalam program pemerkasaan bumiputera. Sebaliknya program-program yang bersifat 'memberi' dan 'membantu secara langsung' diberi penekanan penuh.   Maka, tidak hairanlah jika ramai yang sangsi dengan keseluruhan program ini kerana ia dilihat sebagai tidak mampu menyentuh perkara pokok, tetapi hanya membaja tumbuhan termasuk parasit dan lalang yang tidak lagi dimahukan. 
 
Lebih dari itu, bumiputera dan juga seluruh rakyat tertanya-tanya apakah projek atau program hebat yang bakal menjana kewangan negara bagi membolehkan segala program pemerkasaan ekonomi ini berjalan lancar?  Jangan nanti, bumiputera tenggelam dalam keterbukaan pasaran atas alasan mencari wang untuk menampung program ini.  Jika ini berlaku, bumiputera bukannya semakin perkasa tetapi berkemungkinan hilang di telan pasaran terbuka. 

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1

Isnin, 16 September 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Chin Peng Dah Mati Hishamuddin Rais Bakal Ganti #SelamatHariMalaysia

Posted: 16 Sep 2013 05:30 PM PDT



Bangang Bertingkek-tingkek

DunSemarang

DunSemarang


Pemuda Gigih Vs Pemuda Dayus@Pemalas

Posted: 15 Sep 2013 07:09 PM PDT

Wahai rakan-rakan Ku di DunSemarang...anda adalah Pemuda yang mulia berbanding mereka yang pemalas.( Foto sekitar Pemuda dan penduduk Sawah Sagil DunSemarang)
Alhamdulillah...syukur di Bumi Tanah Melayu..
Apa peduli anak cucu..aku mana ada..


Mendidik anak Bangsa ke arah kejayaan
Mendidik anak ke arah kejayaan orang lain..
Wahai BangsaKu...ini kapalKU..
Aku..cakap sahaja pandai..kerja Malas.
AKU Melayu PEMALAS.dan BODO. Rajin DEMO...
Pemuda UMNO Sagil..Melayu GIGIH.
Berusaha walaupun dah lanjut usia.
Lihat hasil nya..

Melayu yang GIGIH dan Rajin DunSemarang
Cakap..saja pandai..tapi Dungu dan Pemalas.
Pemuda yang rajin..Pewaris Melayu Sejati..
Mendidik... Patriotik dan sayangkan Negara.Kg Sagil
"Adam Adli..kalau berani buat usaha macam akulah"
AkhirNya..apa yang diharapkan.
 Anak Melayu hanya leka berdemo dan bangsa lain terus mengejar cita-cita dalam pelajaran 
dan mengaut kek ekonomi negara...

 Di mana sahaja...berbakti untuk rakyat..Adun Semarang
tiada berhawa dingin..tiada keselesaan.
Mencari yang selesa..Rakyat peduli apa..
 Agama Mu Di Hina..kau diam sahaja.....
(seDAP dan biaDAP)
 Aku Boleh...Aku Boleh ..UMNO tak Boleh
 Turun ke Sawah Sagil kalau bentul gentelmen...PEMALAS.
 Ini Tanah Air KU...jangan beri kepada sesiapa..
Indahnya DunSemarang..GUYUP..DSBJ

Pengikut