Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak |
Pemimpin Pembangkang Jangan Terus ‘Bermain Dengan Api - Datuk Jamaludin Abdul Rahim! Posted: 23 Sep 2013 02:30 AM PDT PAKATAN Rakyat (PR) diminta supaya tidak terus 'bermain dengan api' menerusi provokasi termasuk menimbulkan perasaan benci di kalangan penduduk pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara. Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak, Datuk Jamaludin Abdul Rahim berkata, tindakan berkenaan khususnya di kalangan pemimpin DAP itu sangat merbahaya kepada keamanan negara. Menurutnya, pihak pembangkang perlu menghentikan segera tindakan-tindakan provokasi yang sangat merbahaya demi masa depan negara. "Mereka sedang menunjukkan kekuatan tetapi ia mengundang ke lembah yang sangat bahaya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Doa Selamat dan Tahlil sempena projek pembangunan bercampur PKMM Perak di Meru Raya dekat Ipoh, hari ini. Jamaludin mengulas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mencatatkan perubahan terhadap lanskap politik negara disebabkan 'tsunami Cina'. Menurutnya, masyarakat Cina di negara ini sangat bertuah kerana mereka mendapat pelbagai keistimewaan, berbanding dengan kaum Cina di negara lain. "Masyarakat Cina di Malaysia berpeluang menguasai ekonomi negara di samping peluang-peluang lain dalam bidang pendidikan dan politik. "Misalnya di Singapura yang mempunyai 97 peratus kaum Cina, tidak ada langsung sekolah Cina tetapi di Malaysia, ada sekolah Cina, Tamil dan lain-lain," katanya. Mengulas lanjut, beliau mencadangkan supaya orang Melayu di dalam UMNO dan PAS perlu bersatu bagi memastikan survival dan politik Melayu terus relavan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Warna-warni politik Torashah |
You are subscribed to email updates from UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan