Pengikut

Nuffnang

Isnin, 17 Jun 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Usah rampas kuasa Raja Melayu!

Posted: 17 Jun 2013 08:55 AM PDT


Langsung tidak disebut kuasa Kerajaan atau Parlimen untuk menamatkan atau memecat mana-mana ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)! Sekali lagi kita bertanya, mengapa dalam soal penamatan atau pemecatan mana-mana ahli SPR, ia diberi khas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?

Kerana SPR adalah institusi di bawah naungan Raja-Raja Melayu! Jadi cadangan pembangkang untuk memberikan kuasa penamatan dan pemecatan mana-mana ahli SPR diletakkan di bawah kuasa Parlimen adalah satu cubaan rampasan kuasa Yang di-Pertuan Agong!

Ia adalah satu penderhakaan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

Penggajian dan saraan

Berkaitan soal saraan hidup dan penggajian ahli SPR, ia diperuntukkan di bawah Fasal (5) dan (6) Perlembagaan Persekutuan. Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi saraan ahli-ahli SPR, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang DiSatukan.

Saraan dan lain-lain syarat jawatan bagi seorang ahli SPR tidak boleh, selepas pelantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya. Ini sahaja satu-satunya peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut tentang kuasa Parlimen berkaitan ahli dan institusi SPR iaitu menentukan gaji ahli SPR!


Itu pun gaji dan syarat pelantikan ahli SPR tidak boleh dikurangkan oleh Parlimen! Kalau gaji pun tidak boleh dikurangkan, adakah logik tuntutan pembangkang untuk Parlimen diberi kuasa menyelia dan menentukan pelantikan, kedudukan dan penamatan seseorang ahli SPR.

Jangan kata memecat ahli SPR, kurangkan gaji mereka pun Parlimen secara sahih dan jelas dilarang sama sekali melakukannya!

Apakah maksud ini semua?

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan mahu memastikan kedudukan dan status seseorang ahli SPR adalah bebas sama sekali daripada Parlimen. Tidak masuk akal bagi sebuah badan yang menentukan perjalanan pemilihan seseorang Ahli Parlimen tiba-tiba terpaksa tunduk kepada badan ahli Parlimen tersebut!

Rumusan

Malaysia telah melalui sistem pilihan raya umum sebanyak 13 kali. Sistem pilihan raya first-past-the post sudah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berpuluh tahun tanpa sebarang masalah.

Malah, sistem yang sama, institusi yang sama yang telah dilalui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Daripada seorang politikus, sistem dan institusi yang sama menaikkan Anwar selama 16 tahun daripada jawatan Timbalan Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri!

Selama 16 tahun Anwar menikmati hidup sebagai pemimpin UMNO menjawat pelbagai jawatan kanan dalam Kerajaan Malaysia melalui sistem dan institusi yang sama. Tidak pernah kita mendengar selama 16 tahun itu sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai sistem pilihan raya mahupun institusi SPR!


Tetapi kenapa tiba-tiba, setelah dipecat oleh Tun Mahathir kerana akhlak rendah dan didakwa salah laku seks luar tabii, dan setelah menyertai dan mengetuai pembangkang; tiba-tiba kedengaran suara sumbang mempertikai sistem pilihan raya kita dan institusi SPR?

Sebab itu saya ulangi sekali lagi! Kita tidak ada masalah dengan sistem pilihan raya negara ini. Kita tidak ada masalah dengan institusi SPR yang mengendali dan melaksanakan pilihan raya kita selama ini. Masalah sebenarnya ialah kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertamadun. Kita punya pembangkang yang demo-crazy!

Sebab itu saya berharap kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan tekanan pembangkang untuk meletakkan SPR di bawah seliaan Parlimen. Ini adalah kerana meletakkan SPR di bawah institusi Parlimen bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah ia adalah satu penghinaan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong! Ia adalah satu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu!

Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

1. Mengklasifikasikan mana-mana orang atau pertubuhan yang terus-menerus mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan ahli SPR sama seperti mempertikai, memperlekeh dan menghina Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong;

2. Menjadikan tindakan atau perbuatan mana-mana orang atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan mana-mana ahli SPR sama seperti penghinaan terhadap Mahkamah atau contempt of Court, dan boleh dikenakan tindakan penghinaan atau contempt di hadapan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dengan hukuman berat!

3. Mengenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, sama ada criminal defamation, hasutan jenayah atau di bawah mana-mana peruntukan yang bersesuaian terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh atau menghina mana-mana ahli atau institusi SPR;

4. Sekiranya individu yang terlibat adalah seorang anggota Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara), atau Ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri, maka perbuatan mempertikai, memperlekeh dan menghina SPR atau mana-mana ahlinya sudah mencukupi sebagai suatu alasan untuk suatu prosiding dan tindakan melucutkan keahlian mereka diambil dengan segera;

5. Memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukan yang jelas dalam suatu undang-undang yang akan melindungi institusi dan mana-mana ahli SPR daripada terus menerus dicemuh, dihina, dipertikai dan diperlekeh oleh mana-mana individu dan pertubuhan;

6. Memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukan undang-undang yang memberi imuniti dan kekebalan kepada institusi dan ahli SPR sama seperti imuniti dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan Ahli Majlis Parlimen;

7. Menggubal suatu peruntukan sama seperti Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa apa-apa isu sama ada kelakuan, perbuatan atau tindakan institusi dan ahli SPR tidak boleh dibincangkan atau dibahaskan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana Majlis Dewan Undangan Negeri kecuali dengan suatu usul tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen atau DUN tersebut;

8. Menjadikan institusi SPR sebuah badan yang diletak secara langsung dan terus di bawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu dengan suatu peruntukan perundangan yang jelas.

Oleh : Zulkifli Nordin

Warna-warni Politik
Torashah

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian