Ahad, 16 Jun 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Bidang Pendidikan Dan Ekonomi Jadi Fokus Utama Elango!

Posted: 15 Jun 2013 11:36 PM PDT



Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak, V Elango berikrar melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India di negeri itu.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik juga dilihat memberi kelebihan kepada Ketua MIC Bahagian Lumut itu untuk mencapai matlamat dan sasaran itu dengan memberi fokus utama kepada bidang pendidikan dan ekonomi.

"Banyak masalah sosial wujud di kalangan generasi muda kaum India iaitu selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah.

"Masalah sosial yang wujud ini perlu diberi perhatian serius," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat MIC Bahagian Lumut, dekat Sitiawan, Sabtu.



Menurutnya, golongan muda ini perlu didedahkan dengan kemahiran tertentu yang boleh mengelakkan diri mereka daripada terbabit dengan gejala sosial yang berleluasa di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan peruntukan yang besar untuk menyediakan latihan kemahiran kepada golongan muda di negara ini.

"Kemudahan ini perlu digunakan sebaik-baiknya oleh belia-belia India.

"Selain itu, dari segi ekonomi pula, kita dapati taraf ekonomi kaum India di negeri Perak masih tidak begitu baik.

"Masalah utamanya ialah pinjaman untuk mereka menjalankan perniagaan. Ini merupakan satu cabaran besar yang dihadapi masyarakat India," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap masalah berkenaan dan akan menyusun semula kaedah-kaedah untuk memudahkan kaum India mendapat dana-dana atau pinjaman daripada pihak bank serta agensi kerajaan.

"Begitu juga dengan masalah kaum wanita, saya akan mengadakan perbincangan dengan exco yang bertanggungjawab dengan hal ehwal wanita terlebih dahulu bagi memperolehi nasihat atau sebarang cadangan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas guru itu turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti terutamanya Menteri Besar Perak di atas pelantikannya yang bakal berkuatkuasa 17 Jun.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Zambry yang sudi melantik saya sebagai Penasihat MB bagi menjaga hal ehwal kaum India di negeri Perak.

"Terima kasih juga kepada Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersetuju dengan pelantikan ini," katanya lagi.

Mengulas lanjut pelantikan itu, beliau berkata:

"Saya dimaklumkan kira-kira jam 8 malam semalam (Jumaat) oleh Pejabat Menteri Besar.

"Ini satu amanah besar dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya selaras dengan harapan Menteri Besar," katanya.

Warna-warni Politik
Torashah

2 pemimpin MIC dilantik penasihat, pegawai khas!

Posted: 15 Jun 2013 11:31 PM PDT


Ketua MIC Bahagian Lumut, V. Elango dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bekas Setiausaha Agung Pemuda MIC, C. Sivaraj pula dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Besar.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pelantikan kedua-dua pemimpin MIC itu mula berkuat kuasa pada 17 Jun ini.

Elango, 48, adalah bekas guru berkelulusan Sarjana Muda Sains Politik dan memegang jawatan Pengurus Unit 1Malaysia di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Beliau dilahirkan di Kampung Acheh, Sitiawan dan merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Sivaraj, 37, yang memegang Ijazah Sarjana Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah berkhidmat sebagai panel pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri.

Warna-warni politik
Belantan

Tiada ulasan:

Pengikut