Puteri Bahagian Segambut |
Siapa yang serang siapa ni? Bebal sangat puak2 ni #pray4LahadDatu Posted: 04 Mar 2013 10:19 PM PST Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang. Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu. Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu. Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. SP: Siapa yang serang siapa ni? Bukan warganegara korang ke yang datang serang negara kami. Kenapa pulak korang buat bantahan di kedutaan kami? Sepatutnya rakyat Malaysia yang kena berhimpun depan kedutaan korang mintak lanun-lanun Sulu tu keluar dari negara kami. Malaysia bertindak mengikut piawaian antarabangsa dan secara jelas tidak melanggar Majlis Undang² Geneva kerana Malaysia telah memberi amaran kepada kumpulan penceroboh untuk keluar dari Malaysia atau menyerah diri namun amaran tersebut tidak diendahkan dan kumpulan penceroboh telah bertindak membunuh 8 orang penjawat awam di sana. Jangan diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu!!!! |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan