Puteri Bahagian Segambut |
- Pas Perlu Lebih Masa Nak Tunaikan Janji2 di Kelantan #TolakPR #TolakFitnah
- Pemuda UMNO Putrajaya Edar Risalah Tangkis Fitnah PKR #tolakPR #tolakfitnah
- Sepatutnya Tian Chua yang kena tetak jari tangan #opsdaulat #PeaceSabah #tolakfitnah #tolakPR
Pas Perlu Lebih Masa Nak Tunaikan Janji2 di Kelantan #TolakPR #TolakFitnah Posted: 11 Mar 2013 05:30 PM PDT Pihak-pihak berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas. Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal. "Dalam sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada pula yang akan mengambil masa yang lama," ujar beliau. "Atas sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang panjang untuk ditunaikan." Pentadbiran PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial. Menyentuh tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum mengeluarkan manifesto mereka. Sementara itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan. Pada bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara. "Sekiranya anda ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada tangan rakyat," kata Muhyuddin. "Berilah peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami mampu lakukan untuk rakyat." Pengundi-pengundi di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Diterjemahkan dari The Choice. SP: Masa 22 tahun tak cukup lagi ke untuk menunaikan janji-janji sebelum PRU12 yang lepas? Nak masa berapa lama lagi? Janji yang lama belum tertunai dah buat janji yang baru lagi. Dah sampai masa untuk berubah. TUKAR Kelantan!!!!! |
Pemuda UMNO Putrajaya Edar Risalah Tangkis Fitnah PKR #tolakPR #tolakfitnah Posted: 11 Mar 2013 07:28 AM PDT Semalam Pemuda UMNO Putrajaya bersama Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki telah mengedar beberapa risalah bagi menangkis pelbagai fitnah yang selama ini dilemparkan oleh PR (Pakatan Rosak) terhadap kerajaan. Bertempat di kawasan Apartment Precint 5, boleh dikatakan hampir 800 buah pintu rumah telah berjaya diedarkan oleh mereka dan difahamkan selepas ini target yang lebih besar serta gerakan yang lebih agresif akan dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Putrajaya dalam mempastikan Putrajaya ini terus kekal di tangan Barisan Nasional (BN). Informasi-informasi seperti ini amatlah berguna untuk rakyat khususnya dalam menangani fitnah atau apa saja kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh PR terhadap kepimpinan kerajaan. Pemuda UMNO Putrajaya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM kerana mengekalkan YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU13 akan datang. Ayuh semua penyokong BN, peperangan semakin hampir. Tingkatkan usaha serta kuatkan kubu kita. Kita tolak PR ini dari terus bertapak di Putrajaya. 1Malaysia......Hidup BN! Sumber: PEMUDA UMNO PUTRAJAYA |
Sepatutnya Tian Chua yang kena tetak jari tangan #opsdaulat #PeaceSabah #tolakfitnah #tolakPR Posted: 11 Mar 2013 02:25 AM PDT SP nak berkongsi satu kisah yang dapat dijadikan iktibar untuk kita semua terutamanya kepada pihak-pihak yang menuduh pertumpahan darah di Lahad Datu hanyalah sandiwara atau lakonan semata-mata. Kisah ini SP ambil dari blog Terengganu Today.
SP: Jasa dan pengorbanan anggota keselmatan yang terkorban di Lahad Datu demi menyelamatkan tanahair tidak ternilai harganya. Semoga roh mereka ditempatkan bersama para syuhada dan senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al Fatihah. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan