Puteri Bahagian Segambut |
Saya pilih @NajibRazak. Anwar Dah Sia-siakan Peluang Yng Ada - Tun Daim #tolakpakatan Posted: 26 Mar 2013 08:00 PM PDT Wawancara Tun Daim Zainduddin yang tersiar dalam Berita Harian dan The New Straits Times pada Ahad dan Isnin lalu sekadar mengesahkan lagi tanggapan ramai orang terhadap kebolehan dan kemampuan Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. Sungguhpun Daim menyatakan bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, merupakan individu yang lebih mengenali Anwar Ibrahim, namun sesungguhnya Daim merupakan orang yang sangat akrab dengan Anwar dalam politik. Sebab itu, apabila Anwar dipecat, Daim mengambil langkah yang sangat berbeza daripada ahli politik lain. Beliau tidak membuat banyak kenyataan terbuka mengenai Anwar Ibrahim, apatah lagi memburukkannya di khalayak awam. Namun Daim tidaklah sediam yang disangkakan. Apabila Anwar dipecat, Daim banyak mengadakan perjumpaan tertutup dan menerangkan pandangan beliau terhadap Anwar dan sokongannya kepada Dr. Mahathir. Penulis antara kumpulan mahasiswa yang dipanggil secara "diam" oleh Daim untuk menerangkan sisi pandangannya mengenai Anwar. Selepas hampir 15 tahun, Daim tidak lagi diam. Beliau muncul secara terbuka menyatakan pandangannya terhadap Anwar. Bagi beliau, masa Anwar untuk menjadi Perdana Menteri telah berakhir. Kata Daim, "Anwar telah mendapat peluangnya dan ia telah berakhir. Sekarang masa untuk memberi peluang kepada Mohd Najib membuktikan kemampuannya." Daim antara orang yang rapat dengan Anwar. Mereka seumpama belangkas dalam politik. Daim melalui kekuatan kewangan dan restu Dr. Mahathir telah melaksanakan agenda menaikkan Anwar Ibrahim hingga hampir ke persada kepimpinan UMNO dan Negara. Anwar tanpa bantuan Daim dan Mahathir tidak mungkin menjadi bintang politik sekelip mata meningkat naik tanpa melalui jalan susah dan payah seperti mana pemimpin lain. Justeru tiada orang lain yang boleh membicarakan kemampuan Anwar sebagai ahli politik, ahli kabinet dan calon Perdana Menteri kecuali Daim Zainuddin. Berbanding Dr. Mahathir dan Sanusi Junid yang berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim, Daim memilih jalan yang sederhana. Beliau tidak mempunyai perasaan dendam mahu pun marah terhadap Anwar. Anwar tidak menjejaskan apa-apa kehidupannya, Anwar juga tidak memberi apa-apa keuntungan pada dirinya. Daim tidak memerlukan apa-apa dari Mohd Najib mahu pun Anwar Ibrahim. Daim juga tidak akan terjejas jika siapa pun menang pilihan raya. Pada usia melebihi 70 tahun dan kekuatan empayar perniagaannya, Daim tidak tersangkut pada apa-apa beban untuk memihak kepada sesiapa pun. Sebagai anggota kabinet yang berpengalaman, rakan Anwar dan mengenali Mohd Najib, Daim ibarat jauhari yang mengenal manikam dalam pilihan raya umum kali ini. Daim secara berterus terang berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada Mohd Najib melakukan transformasi dan perubahan dalam penggal akan datang. Sesiapa yang mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim pasti akan bersetuju dengan kenyataan Daim yang berikut, "Itu adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran." Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi, sebenarnya penghasut yang hebat. Jika kita boleh meletakkan kepercayaan kepada Daim Zainuddin sebanyak dua kali untuk menyelamatkan ekonomi negara apakah kita tidak boleh memberi kepercayaan kali ketiga kepada beliau denganmemberi kepercayaan kepada Mohd Najib selama sepenggal ini? Daim telah memberi satu rumusan terbaik kepada rakyat Malaysia, Jika anda bertanya kepada saya, di antara Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan memberikan Najib peluang. Berikan beliau mandat dan lihat jika adakah mampu memenuhi kehendak kerana Anwar sudah mempunyai peluang, tetapi dia mensia-siakannya. Saya mahu Najib menang kerana saya tidak fikir Anwar adalah calon tepat untuk menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan mengacau-bilaukan negara dengan mendapatkan nasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan (Paul) Wolfowitz (bekas Presiden Bank Dunia). Percayalah, Daim ada kelemahan, kekurangan dan kecacatan, namun untuk seorang manusia Melayu yang telah dua kali menyelamatkan negara ini dari bencana ekonomi, Daim adalah Jauhari dalam politik negara hari ini. sumber: MY KMU |
Menunggu Sesumpah Bersumpah #1Malaysia #tolakPR #tolakfitnah Posted: 26 Mar 2013 06:59 PM PDT Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak. Menurut laman tersebut, Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi 'bom' untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti. Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa. Nampaknya, dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu 'secara paksa' telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk. Mereka tertanya-tanya sesama mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela? Ini kerana isu di sini bukan 'rela atau paksa' tetapi 'liwat atau tidak'. Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat. Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP. Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat. Secara dasarnya, PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme. Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya. Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme. Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya. Keputusan Anwar untuk bersumpah akan 'kesucian' dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan. Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan 'bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam' dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata "sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian." Namun, laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya, 'telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman'. Malah, kata penulis laman tersebut lagi, 'orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat' dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya. Untuk rekod, mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008, dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah. Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar. Oleh itu, segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu. Namun, suka atau tidak, mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan. Untuk pengetahuan Anwar, biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar. Jelas, bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun. Hakikatnya, Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut. Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong. Tetapi, jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan