Puteri Bahagian Segambut |
- Website @JPenerangan Digodam Ada Kaitan Dengan PR? Mungkin @mbnizar Boleh Jawab? #TolakPR #TolakFitnah
- KP @JPenerangan Pantas dan Tangkas - Isu @NajibRazak Letak Jawatan
- Portal Berita Jabatan Penerangan Kena Godam @JPenerangan @DrRaisYatim
- Tiada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran @nikabdulaziz #tolakPR
- TPM @MuhyiddinYassin Menyampaikan BR1M Untuk Orang Muda di Parlimen @Segambut13 @najibrazak @barisanasional #TolakPR #BN4WP
- [Video] Amaran Jangan Sesekali Menghina Raja-Raja Melayu #TolakPR
- Pei Koe Jailed By Singapore For Being A Kiasu
- Jon ke Gig 4 Gaza!!!! Berhibur sambil menderma
- Deepak AKhirnya Buat Pengakuan
- PR Hilang Taring Di Sabah #tolakPR
- Walkabout Bersama TPM @MuhyiddinYassin di Parlimen Titiwangsa @umbkl @Barisanasional
- Terbukti PAS Menzalimi Nasharudin
- Gejolak dalam akar umbi Pas sudah semakin ketara #tolakPR @umbkl
- BL1M: Tiada Ejen yang dilantik mewakili @SHEBMALAYSIA @MY_BL1M
- Tun M Jawap Isu "Kafir" Nik Ajis #TolakPR #BN4Malaysia @umbkl
- BL1M Hangat Di Himpunan Orang Muda Kedah #TolakPR @NajibRazak @tengkuazman @umbkl @SHEBMALAYSIA @Segambut13
- DAP Biadap Permainkan Institusi Diraja? @umbkl @Segambut13 #TolakPR
- BL1M Macam Goreng Pisang Panas di Himpunan Anak Muda Kedah @umbkl @SHEBMALAYSIA @Segambut13
- Program Jelajah Anak Malaysia Cara Berhemah Dekati Anak Muda #JelajahAnakMsia #TolakFitnah #TolakPR @JTransformasi @umbkl @Segambut13
- Ustz Nasha Dipecat dari Majlis Syura #TolakPR @umbkl @Segambut13
- Nik Aziz Jumpa Bishop di Penang. Cacai PR Takde Komen ke? #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR @umbkl @Segambut13
- KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD
- Cai Pakartun Rosak Mohon Jangan Butthurt Bila Tengok Video Ni #TolakPR #ILLSELLMYCOUNTRY @umbkl @Segambut13
- Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas #tolakPR @umbkl @Segambut13
- Apabila @zunarkartunis Pun Sibuk Berpolitik, Maka Terpalit Kebodohan Di Jendulnya #1Malaysia #TolakFitnah
Posted: 18 Feb 2013 01:30 AM PST 1. Jika ia dilakukan oleh penyokong Kerajaan adakah ia ada kaitan dengan kes godam FB Rafizi Ramli dan Blog Anwar Ibrahim yang heboh sebelum ini. Dalam kes FB Rafizi digodam, beliau didakwa telah menulis permohonan meminta maaf atas pendedahan beliau terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Berita klik http://www.malaysiakini.com/news/220050 Sama seperti kes Blog Anwar Ibrahim juga meminta maaf kepada semua pihak. Dan cepat pula PKR menuduh ia kerja Cybertrooper UMNO tanpa sebarang bukti kukuh hingga kini. Berita klik sini http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-anwar-digodam-tertera-tulisan-saya-menyokong-israel 2. Dalam perang berbagai perkara boleh berlaku tetapi analisa pakar akan menemukan siapakah dalang di sebalik kejadian yang berlaku. Mustahil bagi saya jika perkara sebegini dilakukan oleh Barisan Nasional kerana ia tidak membawa keuntungan besar berbanding membantu rakyat dengan penuh semangat untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka agar lebih bahagia hidup di negara kita. 3. Dalam hal ini ada juga kemungkinan penyokong Pakatan sendiri memainkan perkara ini bertujuan mengalih isu. Ini hipotesis yang dapat dibuat berdasarkan bukti di bawah. Lihat print screen tweet Nizar seolah mengiyakan gerakan untuk membawa mesej 'PM akan letak jawatan ' sama seperti yang disiarkan dalam laman web Agensi yang digodam di atas. 4. Ada juga kemungkinan penjawat awam bahagian IT Penerangan yang tercicir kata laluan, atau sengaja mendedahkannya kerana marah kepada Kerajaan lalu membuat kerja tersebut. Namun kemungkinan ini sukar berlaku walaupun kita tahu ia tidak mustahil boleh berlaku. 5. Pendek kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dalam hal ini saya fikir Nizar tidak perasan tindakan beliau telah menggagalkan tindakan pihak cybertrooper Pakatan yang menulis mesej yang sama dalam operasi mereka. Pendek kata 'mereka merancang Allah merancang dan Allah sebaik-baik perancang' !!! 6. Dalam hal ini fitnah adalah modal Pakatan dan jika mereka golongan yang benar sudah tentu tidak ada fitnah dilemparkan dalam politik yang mereka amalkan. Baca selanjutnya di SINI | ||||||||
KP @JPenerangan Pantas dan Tangkas - Isu @NajibRazak Letak Jawatan Posted: 18 Feb 2013 12:02 AM PST | ||||||||
Portal Berita Jabatan Penerangan Kena Godam @JPenerangan @DrRaisYatim Posted: 17 Feb 2013 05:24 PM PST SP dapat berita daripada rakan blogger Taipanmaster dari UMBWP berkenaan Portal Berita Jabatan Penerangan Malaysia telah digodam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu tentang perletakan jawatan YAB PM Najib Razak. Terdesak sungguh orang-orang yang buat kerja2 kotor ni. Kalau dilihat daripada gaya penulisan tue SP macam dah boleh agak angkara siapa ni. Mungkin mereka-mereka ni dah mula kecut perut dengan aura YAB PM dan juga sokongan yang semakin berpihak kepada BN. Kalau dah kaki fitnah tue memang takde kerja lain selain dari memfitnah ajelah. Kepada pihak Jabatan Penerangan dan lain-lain website milik kerajaan janganlah pandang ringan perkara ini. Tak mustahil kalau lain-lain laman web pun akan terima nasib seperti yang diterima oleh portal ini sekiranya tahap keselamatan laman web tidak dipertingkatkan. SP: Pencacai PR pun kaki hacked gak...... Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone | ||||||||
Tiada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran @nikabdulaziz #tolakPR Posted: 16 Feb 2013 04:57 AM PST KOTA BHARU : "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram." Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram. Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut. "Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat. "Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram. Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP. Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli. "Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran," katanya | ||||||||
Posted: 16 Feb 2013 12:53 AM PST Semalam telah berlangsung program Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri ke Parlimen Segambut. Dalam lawatan tersebut YAB TPM telah berbesar hati menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada orang-orang muda di Parlimen Segambut dan juga sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas. Program telah diadakan di Dewan Komuniti Manjalara dan sebelum itu YAB TPM telah menunaikan solat jumaat di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Turut sama mengiringi beliau Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YBM Dato' Raja Nong Chik, Penyelaras BN Segambut, Pn Jayanthi,Ketua UMNO Bahagian Segambut, DAtuk Kamarudin Ambok serta pemimpin-peminpin parti komponen Parlimen Segambut. Seramai lebih kurang 200 orang penerima BR1M semalam yang terdiri daripada orang muda terdiri dari pelbagai bangsa telah menerima bantuan tersebut semalam manakala lebih 500 orang penduduk sekitar telah hadir ke program semalam. SP: Terima kasih PM dan Kerajaan Malaysia | ||||||||
[Video] Amaran Jangan Sesekali Menghina Raja-Raja Melayu #TolakPR Posted: 15 Feb 2013 12:00 AM PST | ||||||||
Pei Koe Jailed By Singapore For Being A Kiasu Posted: 14 Feb 2013 10:30 PM PST We would like to congratulate Majistrate Muhamad Hidayat Wahab for sentencing Leong Pei Koe, a Malaysian who recently received his Singaporean permanent resident-ship over the charge of giving obscene gesture to Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah as her official vehicle passed through Bayan lepas International Airport's departure hall on February 13, and over the same gesture given to a police officer, ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid who was at the same place, date and time. Leong Pei Koe is sentenced to 30 days jail term and RM6,000 fine or two month jail term if he fails to pay the fine on the first charge, and 7 days jail term and RM2,000 fine or a month jail term if he fails to pay the fine on the second charge. Leong Pei Koe is not a child nor a teenager, he is 29 years old. However, Pei Koe, just like any other Malaysian Chinese, cannot express their loyalty towards Malaysia. Instead, they still practice on their racism and their kiasu-ness. Kiasu brings the meaning of refuse to lose, and Singapore was born from this behavior where the Chinese refuse to accept the fact that they would fall under the leadership of Malay government. Being kiasu kills humanity. Moral values such as being humble and respecting others would never exist in people who are kiasu. In other words, they are often rude. So it is not surprising when Pei Koe continued showing obscene gestures even though he was warned by the police. He also said,"Malays do not have any power in Penang, because the state is owned by the Chinese." Pei Koe seems to show the same hate which was shown by DAP back during the May 13, 1969 tragedy, It is clear that such spirit has never really sank and only proves that DAP still breathe with racism. Actually, if you did or do have Chinese friends from other countries who are kiasu, you can see how being rude is something normal for them. Spitting into garbage bins, blowing their nose in public, eating like they have never eaten all their life, those are all part of their culture. If you observe even closer, you will find that they would never say anything like 'thank you', or 'sorry; or even an 'excuse me' as part of their daily interactions. They would never even admit any of their mistakes, until they are stuck like Pei Koe. They are also often unashamed if their lies are exposed because to them, they are far more superior than other races and the world belong to them. Do you still remember how Singapore remain quiet when Wikileaks revealed a private conversation between their leader with America where the Singaporean leader ended up describing leaders of other countries as 'idiots, 'slow', 'no credibility' etc.? Up until now, Singapore is still yet to apologize. Instead, they simply act as if nothing happened. However, we cannot deny that not all Chinese are kiasu. Malaysian Chinese who live in rural areas or areas with Malays as its majority do have high moral values. But other than them, especially Singaporean Chinese, are extreme kiasu. They often look down upon other races and they would never leave any room for other races to compete with them. Sadly, Singaporean Malays are still living in denial. In some cases, we could see how some Singaporean Malays believe that they are born as second class citizens. Even though many of us may have misjudged on the fact that even if not all Chinese are kiasu, they still hold on to one thing, they would never give any chance to other race in terms of work or business no matter how polite or hard working we are. They would only use as their 'network' or 'knowledge' instead. And Pei Koe is the reflection of a true kiasu Chinese in DAP as well as PAP. However, the question here is, what makes Pei Koe that brave that he could do such a thing? Is it because he thinks that he would be given the chance to meet with any Ministers and he would later benefit from what he did? | ||||||||
Jon ke Gig 4 Gaza!!!! Berhibur sambil menderma Posted: 14 Feb 2013 08:44 PM PST Jom bersama-sama ke program Gig 4 Gaza anjuran Majlis Belia Kawasan Putrajaya. Program ini adalah bersempena dengan menyambut konvoi Jelajah Anak Malaysia kembali ke Putrajaya dan juga membantu pasukan RELA dalam menjayakan Kempen Tabung Selamatkan Gaza. Tarikh : 15 Februari 2013 (Jumaat) Masa : 3.00-6.30 Petang & 8.00-1130 Malam. Tempat : Kelab Tasik Persint 8, Putrajaya. Sama-sama menyumbang untuk Tabung Gaza sambil berhibur. Pelbagai persembahan menarik disediakan antaranya persembahan kumpulan Mirwana, Saff One, Frens, Six Thirty, Souls; K-Langit, Radhi OAG, Aries band, Zehra Zambri dan Altimet. Yatt Hamzah dan Diana Amir juga akan turun untuk bersama peminat pada sebelah petang. | ||||||||
Deepak AKhirnya Buat Pengakuan Posted: 13 Feb 2013 11:39 PM PST Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti' apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung. Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM. Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala. Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju. Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa? Jadi, Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri, dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'. Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama ketika Dato' Seri Najib sedang memegang jawatan DPM? Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh' (kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat Altantuya dibunuh. Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada masa kejadian. Jadi, cerita tersebut kemudiannya diubah lagi oleh Pembangkang. Selain itu, terdapat gambar yang di'super-imposed' bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda. Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang mempunyai hubungan bersama Altantuya. Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat keatas DPM. Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh saudagar karpet ini. Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak, segalanya akan hancur. Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak membawa makna, termasuklah cerita Deepak. SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal. Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang dari bahagian pro-kerajaan. Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau mempunyai kaitan dengan cerita Dato' Zulkefli Nordin's, bekas peguam Anwar yang juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato' Zulkefli Nordin pernah mendedahkan di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili pesalah-pesalah tersebut. Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai dalang yang memberikan arahan untuk membunuh. Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita tersebut! Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua, SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula, siapa yang masih percayakan cerita mereka? | ||||||||
PR Hilang Taring Di Sabah #tolakPR Posted: 13 Feb 2013 03:22 AM PST Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang. Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee. Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, Dap dan Pas. Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian 'Sabah Untuk Sabah' ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan. Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu 'raja lompat parti' di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR. Situasi Pakatan Rakyat bertambah getir apabila Naib Ketua Wanita PKR Sabah dan beberapa pimpinan lain keluar parti minggu lalu menyebabkan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mententeramkan keadaan. Jika Anwar tidak dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang PRU13 dalam beberapa minggu lagi, nampaknya Pakata Rakyat terpaksa berdepan dengan pertandingan 3, 4 malah 5 penjuru atau lebih di kesemua 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen. Bukan sahaja ia terpaksa berhadapan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang lengkap, efisien dan kuat tetapi juga terpaksa menepis cabaran daripada SAPP, STAR serta barisan calo-calon bebas. Natijahnya undi pembangkang akan bercemperai di peti undi dan ini akan menjadi faktor kukuh yang menyumbang kepada kemenangan besar di Sabah. Pilihan Raya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010 menjadi bukti sikap rigid SAPP yang berkeras untuk bertanding dan akhirnya calon PKR kalah di tangan BN. Nampaknya senario yang sama akan mempengaruhi keputusan PRU13 di Sabah nanti. Faktor agama adalah penting dalam politik Sabah terutamanya ajaran Kristian. Kedua-dua Teck Lee dan Dr Jeffrey adalah pelopor gerakan Kristian di Sabah termasuk juga dengan Wilfred Mojilip Bumburing yang kini berpihak kepada Pakatan Rakyat serta memimpin pergerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS). SAPP dan STAR mahu mewujudkan satu blok yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN yang beragama Kristian bagi menjayakan agenda kristianisasi di Sabah. Anwar sedar akan hakikat ini tetapi demi kerakusan politiknya beliau sanggup mengadaikan kepentingan Islam di Negeri Bawah Bayu itu. Anwar tahu undi Melayu tidak akan membawanya kepada impian ke Putrajaya dan kerana itu beliau rela sanggup bersekongkol dengan parti-parti Kristian untuk mendapat sokongan. Pendirian PKR yang pro-Kristian di sabah sudah tentunya akan menimbulkan rasa tidak senang dan ancaman kepada Pas. Pas kini berlaga angin dengan PKR dan Dap dalam isu kalimah ALLAH dan isu kristianisasi di Sabah turut akan menaikkan suhu politik dengan sekutu politiknya. Apa hal sekali pun Dap akan tetap bersama PKR yang mempunyai dasar terbuka terhadap agama yang lambat laun akan meletakkan Pas dalam keadaan seperti melukut di tepi gantang. Jika Pakatan Rakyat berkeras mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen ia bakal ditolak oleh pengundi Sabah sendiri yang sentiasa merasa parti-parti Semenanjung seperti PKR, Pas dan Dap terlalu bersikap angkuh. Anwar beranggapan rakyat sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN. Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyaim keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung. Hanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia. Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat. Nasib negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka. Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti. | ||||||||
Walkabout Bersama TPM @MuhyiddinYassin di Parlimen Titiwangsa @umbkl @Barisanasional Posted: 13 Feb 2013 01:38 AM PST Kehadiran YAB TPM ke Parlimen Titiwangsa disambut baik oleh penduduk-penduduk sekitar. YAB TPM juga sempat beramah-mesra dengan penduduk yang dijumpai sewaktu beliau dibawa melawat ke kawasan-kawasan sekitar Parlimen Titiwangsa. Dalam program lawatan ini juga belai turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang berbangsa cina yang ditemui. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut adalah Dato' Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Ketua Pemuda WP serta barisan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional. SP: Tahniah BN Titiwangsa. Terus berbakti untuk masyarakat. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone | ||||||||
Terbukti PAS Menzalimi Nasharudin Posted: 11 Feb 2013 10:16 PM PST Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013. PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013. Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya. Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa. Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS. Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu. Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja. Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya. Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana. Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab. Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik. Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik. Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah. Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu. Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya. | ||||||||
Gejolak dalam akar umbi Pas sudah semakin ketara #tolakPR @umbkl Posted: 04 Feb 2013 12:00 AM PST MUNGKIN pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas boleh mendabik dada mengatakan apa yang berlaku ke atas Nasharudin Mat Isa tidak akan menjejaskan parti tersebut. Malahan bagi sesetengah daripada mereka, penyingkiran atau lebih tepat lagi pemecatan bekas Timbalan Presiden Pas itu dari kerusi Majlis Syura Ulama Pas adalah 'satu rahmat'. Ini memandangkan bagi mereka seperti mana kata seorang pemimpin Pas kepada penulis, satu lagi halangan besar semakin hampir untuk dilepasi. Sememangnya selama ini, mereka melihat Nasharudin adalah halangan dalam usaha mereka memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Segala-galanya bukan kerana Nasharudin menuntut apa-apa kedudukan atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan imej Pas tetapi disebabkan Nasharudin mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas, tegas dalam soal mempertahankan kesucian Islam dan tidak bersedia berkompromi dengan mana-mana juga pihak yang boleh menjejaskan kepentingan Islam. Namun malangnya, di dalam Pas sekarang seolah-olah tidak boleh ada pemimpin yang bersikap demikian. Justeru tidak hairanlah penulis menerima pelbagai maklum balas daripada penyokong-penyokong tegar Pas berikutan apa yang berlaku. ''Pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura bukti Pas tunduk kepada desakan DAP. Apa dosa beliau? Bagaimana Pas ingin memperjuangkan Islam jika pemimpin tiada pendirian? Berdosakah mengiringi Perdana Menteri ke Gaza demi Islam." Itu antara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima oleh penulis daripada penyokong Pas yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku ke atas Nasharudin. Selain itu, satu sumber dalaman Pas memberitahu penulis, ketika ini pemimpin-pemimpin Pas semakin tertekan kerana isu Nasharudin dikatakan menambahkan lagi beban parti itu selepas mereka dilihat tidak berupaya menangani isu kalimah Allah. ''Pas bernasib baik kerana ada orang seperti Datuk Harun Taib dan Datuk Dr. Haron Din yang terus konsisten mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. ''Tetapi saya tidak fikir mereka berada dalam keadaan selesa kerana kedua-dua mereka dikatakan sering sehaluan dengan Nasharudin dalam mempertahankan prinsip perjuangan Pas," kata sumber tersebut ketika dihubungi di Kuala Lumpur. Penulis difahamkan apa yang meresahkan pemimpin-pemimpin Pas kini ialah gejolak di peringkat akar umbi semakin ketara apabila ada penyokong menganggap masanya sudah tiba untuk mereka memberikan mesej yang jelas kepada kepimpinan parti itu. ''Selama ini, ahli-ahli Pas bersabar apabila kepimpinan parti tetap mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP biar pun mereka lihat ia lebih banyak rugi daripada untung. ''Tetapi kali ini mereka tidak boleh bertahan lagi kerana Pas sudah semakin ketara menggadaikan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik dengan kedua-dua parti itu," kata seorang pemimpin muda Pas ketika menghubungi penulis. Menurut pemimpin muda itu, kepimpinan Pas juga gagal memberikan alasan yang kukuh kenapa Nasharudin digugurkan daripada Majlis Syura, bagi ahli-ahli parti itu alasan kononnya Nasharudin tidak menghadiri mesyuarat hanyalah alasan semata-mata. ''Sejak awal lagi, apabila Nasharudin sanggup berdepan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah, penyokong-penyokong Pas sudah melihat ada sesuatu yang tidak kena. ''Ini memandangkan tidak ada seorang pun pemimpin Pas daripada golongan bukan ulama mempertahankan Nasharudin sebaliknya mereka menganggap itu perbalahan peribadi antara Nasharudin dan Karpal. ''Hujah ini cukup aneh kerana Nasharudin mempertahankan prinsip dan matlamat perjuangan Pas, bukannya soal peribadi. Sejak itu, penyokong-penyokong Pas melihat bahawa ada agenda untuk melihat Nasharudin disingkirkan daripada parti itu," kata pemimpin muda tersebut. Sementara itu, seorang lagi pemimpin Pas di peringkat kawasan yang dihubungi penulis mempersoalkan apakah tindakan Nasharudin mengikut Perdana Menteri ke Gaza adalah satu dosa. ''Sepatutnya Pas berbangga biar pun Nasharudin pergi atas nama Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia tetapi semua orang tahu beliau adalah pemimpin Pas, jadi kenapa perlu melihat tindakan beliau satu kesalahan. ''Kalau ada dalam kalangan pemimpin Pas mengatakan lawatan Perdana Menteri itu hipokrit, saya berpendapat Pas lebih hipokrit kerana sanggup mengambil tindakan ke atas mana-mana juga pemimpin mereka yang dilihat berjuang mempertahankan prinsip perjuangan asal Pas," kata pemimpin Pas itu. Mungkin Pas akan menganggap bahawa bantahan terhadap pemecatan Nasharudin hanyalah perkara kecil dan dengan angkuh berkata, tidak peduli bekas Timbalan Presiden Pas itu hendak menyertai parti mana sekali pun. Namun percayalah sentimen ini tidak dikongsi oleh sebahagian ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang semakin keliru, celaru dan tertanya-tanya apa sudah jadi dengan parti tersebut. Sebab itulah, satu kajian menunjukkan 95 peratus ahli dan penyokong Pas tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti tersebut khususnya dalam menangani isu kalimah Allah dan dalam soal hubungan dengan PKR dan DAP. Tidak apalah, jika kepimpinan Pas terus mahu berasa angkuh, sombong dan mendabik dada kononnya penyokong-penyokong tegar mereka tidak akan lari dan akan tetap mengundi mereka, namun penentu kemenangan sesebuah parti bukan bergantung kepada penyokong tegar sahaja tetapi juga kelompok lain. Dan dalam isu melibatkan Pas khususnya tindak tanduk mereka sejak berkawan dengan PKR dan DAP serta nasib yang menimpa Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharudin, ternyata Pas tidak layak untuk diberikan sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana apabila Pas menang, sudah pasti PKR dan DAP yang senang. Keadaan itu berlaku kerana semua orang tahu sejauh mana keupayaan kepimpinan Pas yang ada sekarang melawan kudrat dan kehendak kedua-dua parti yang cukup kemaruk kuasa tersebut, kesudahannya Pas yang berhasrat menjadi tulang belakang pakatan pembangkang, hanyalah menggigit tulang kerana segala isi pasti akan dimamah oleh PKR dan DAP. Mungkin penyokong-penyokong Pas akan menganggap apa yang diperkatakan oleh penulis adalah satu lagi usaha memecah belahkan pakatan pembangkang, kalau begitu desaklah supaya Pas dominan dalam pakatan berkenaan, jika itu gagal dicapai maka usahlah bermimpi di siang hari untuk menggantikan UMNO kerana Pas hanyalah pak turut sebab itulah Dr. Hasan dipecat dan Nasharudin 'dibuang' dari Majlis Syura, apa maksud penulis? Fikirlah sendiri! sumber: Utusan | ||||||||
BL1M: Tiada Ejen yang dilantik mewakili @SHEBMALAYSIA @MY_BL1M Posted: 03 Feb 2013 09:39 PM PST Beberapa kejadian penipuan yang membabitkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) telah mula dikesan berlaku di Kedah. Pihak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) NGO di bawah Pemuda UMNO dan MyEG yang berusaha merealisasikan BL1M sebagai kenyataan buat rakyat Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia, pihak BL1M tidak pernah melantik atau memilih mana-mana individu dan syarikat sebagai ejen kepada mereka. Menurut Pengerusi BL1M, YM Tengku Azman, pihaknya tidak pernah melantik dan tidak bercadang melantik sesiapa saja untuk menjadi ejen BL1M. ''Pemuda UMNO tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen", kata beliau. Beliau turut menambah bahawa kejadian penipuan ini telah mula dikesan di Kedah sebelum pelancaran mengenai BL1M dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Orang Muda yang lepas. Berikut turutan proses memohon BL1M : 1. Isi borang BL1M. 2. Sediakan wang pos sebanyak RM199 (boleh dilakukan di Pejabat Pos) 3. Wang pos hendaklah atas nama MyEG Services Berhad. (rujuk gambar wang pos) 4. Hantar borang tersebut kepada Pengerusi BL1M di Bahagian UMNO negeri tersebut. Selanjutnya boleh rujuk di laman web rasmi www.bl1m.my | ||||||||
Tun M Jawap Isu "Kafir" Nik Ajis #TolakPR #BN4Malaysia @umbkl Posted: 02 Feb 2013 04:30 AM PST 1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO. Allah Maha Kaya. 2. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir. 3. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan. 4. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah". 5. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. 6. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir. 7. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS. 8. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat. 9. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius. 10. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting. 11. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP. 12. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi. 13. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO. 14. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu. 15. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka. Tun Dr Mahathir Mohamad | ||||||||
Posted: 31 Jan 2013 10:20 PM PST Wow! Lebih 50,000 orang muda membanjiri Himpunan Orang Muda Kedah di Alor Setar semalam. Sambutan ini jelas menunjukkan bahawa orang muda Kedah sentiasa bersama PM, YAB DS Najib Tun Razak dan ini menggambarkan bahawa mereka memilih Barisan Nasional (BN) untuk PRU13 akan datang serta menukar terus kerajaan Kedah yang sedia ada. Pada himpunan ini, para belia turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia) yang digerakkan oleh SHEB (salah satu Biro Pemuda UMNO Msia) untuk membantu golongan belia 17-40 tahun khususnya bagi mendapatkan lesen motosikal B2. BL1M ini telah dirasmikan oleh PM sendiri pada petang tersebut dan telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada rakyat Kedah. Boleh dikatakan orang ramai datang dari seluruh pelusuk daerah Negeri Kedah bagi mendapatkan BL1M dan bertemu dengan PM. Orang ramai yang hadir begitu teruja dengan program BL1M kerana harga yang ditawarkan untuk mendapatkan Lesen Motosikal B2 hanya RM199 sahaja iaitu harga yang jauh lebih rendah dengan harga yang ditawarkan oleh mana-mana institut memandu. Difahamkan kebanyakkan institut mengenakan bayaran sekitar RM350-RM450. Selain itu, Program BL1M ini sebenarnya akan dibawa ke seluruh Parlimen di mana orang ramai berpeluang mendaftarkan diri (mengikut syarat-syarat) secara online di www.bl1m.my untuk mendapatkan borang permohonan dan selepas itu borang ini pula hendaklah diserahkan kepada Pejabat UMNO Bahagian di parlimen terbabit untuk tindakan selanjutnya. Manakala bayaran RM199 pula dibuat secara money order di pejabat pos berdekatan. (PERINGATAN: tidak menggunakan khidmat agen atau orang tengah dalam urusan pembayaran) Tahniah diucapkan kepada SHEB dan Pemuda UMNO Malaysia atas usaha membantu rakyat untuk mendapatkan lesen memandu motosikal B2 dan ini sebenarnya menterjemahkan slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM kita "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa peka dan prihatin kepada rakyat. - Janji Ditepati - Baca selanjutnya di SINI | ||||||||
DAP Biadap Permainkan Institusi Diraja? @umbkl @Segambut13 #TolakPR Posted: 30 Jan 2013 11:00 PM PST Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang 'berbau' Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu. Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap. Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya. Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU. Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti. Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP. Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total. Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini. Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP? | ||||||||
BL1M Macam Goreng Pisang Panas di Himpunan Anak Muda Kedah @umbkl @SHEBMALAYSIA @Segambut13 Posted: 30 Jan 2013 09:08 PM PST Orang ramai sudah mula menyerbu kaunter pendaftaran BL1M yang dibuka di tapak Karnival Himpunan Anak Muda Kedah Bersama PM walaupun Perdana Menteri hanya akan datang merasmikan karnival tersebut pada sebelah petang ini. Keadaan ini membuktikan Anak Muda Kedah bersama-sama kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai program menarik telah disusun sepanjang berlansungnya karnival tersebut di antaranya Kaunter BN Youth Job Fair, pameran agensi-agensi kerajaan, sukaneka, Bicara Cinta bersama Ana Rafali, Ustaz Ashraf dan Ustazah Nazirah dan macam-macam lagi. Karnival ini bermula dari 30hb Januari sehingga 2hb Februari 2013 bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. Perasmian akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia jam 3.00 petang hari ini. SP: Jom pakat2 turun Aloq Setaq. Kita sambut PM ramai-ramai. | ||||||||
Posted: 30 Jan 2013 04:36 AM PST Jelajah Anak Malaysia adalah program sinambungan daripada program Jelajah Aman Kampus Fasa 1-4. Program Jelajah Anak Malaysia membawakan tema Transformasi Rakyat sesuai dengan visi program ini untuk merealisasikan program transformasi rakyat selain itu ia juga bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia. Program ini akan melalui tiga peringkat iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac (Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah. Jelajah ini antara lain adalah untuk menyelaras usahasama mahasiswa, NGO, dan agensi kerajaan supaya memudahkan sistem penyampaian maklumat kepada kerajaan dan ianya juga disertai oleh golongan mahasiswa, NGO dan mensasarkan 4 kumpulan sasaran iaitu golongan belia, mahasiswa, NGO tempatan dan masyarakat Malaysia umumnya. Bagi maklumat lanjut dan juga aktivit-aktiviti sekitar program Jelajah Anak Malaysia (JAM) pembaca bolehlah mengunjungi laman web www.jelajahanakmalaysia.com atau laman facebook http://www.facebook.com/ SP: Dekati anak muda dengan berhemah bukan ajak berkhemah di dataran. Ajak Jelajah untuk buat kerja-kerja sosial bukan jelajah jaja fitnah. | ||||||||
Ustz Nasha Dipecat dari Majlis Syura #TolakPR @umbkl @Segambut13 Posted: 28 Jan 2013 01:00 AM PST Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan oleh Majlis Syura PAS dan perkara ini disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh. Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura. "Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini. Nasharuddin (gambar) baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas. Nik Zawawi juga dalam laporan itu memetik ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan lawatan Nasharuddin bersama Najib ke Gaza bagi tujuan kemanusiaan, sebaliknya Setiausaha Majlis Syura itu berkata ia adalah tindakan peribadi Nasharuddin. "Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri." Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menghubungi Nasharuddin, yang merupakan ahli parlimen Bachok. Baca selanjutnya di KL CHRONICLE SP: Difahamkan Ustaz Nasha masih belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan pemecatan tersebut daripada pihak parti (PAS) dan beliau hanya mengetahuinya daripada media dan bukan daripada saluran rasmi parti. Walaubagaimanapun, beliau akan tetap dengan perjuangan beliau untuk mendaulatkan agama islam samaada beliau berjawatan ataupun tidak. | ||||||||
Posted: 27 Jan 2013 11:30 PM PST Di bawah adalah gambar kek yang Nik Aziz berikan kepada Bishop Sebastian Francis semasa beliau berada di Pulau Pinang baru-baru ini. It may have been Nik Aziz's 82nd birthday on Sunday, but it was the octogenarian who handed over a cake to the Bishop of the Penang Diocese, which covers Penang Kedah, Perlis, Perak and Kelantan. On the cake was inscribed the simple words: Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd : Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas. Ada yang beranggapan bahawa pertemuan Nik Aziz dengan paderi Sebastian Francis adalah untuk meredakan kegawatan di antara PAS dengan penganut Kristian di negara ini. Seperti yang kita semua tahu, Majlis Syura PAS yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. Mesyuarat yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan, menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata. Isu penggunaan kalimah Allah timbul selepas Lim Guan Eng DAP dalam ucapannya sempena sambutan Krismas lalu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Sebenarnya, kita tiada sebarang masaalah dengan perjumpaan bersama para paderi Kristian kerana negara kita berbilang kaum dan agama. Malah, kita juga sentiasa berpegang kepada kesejahteraan dan toleransi sesama kaum di negara ini. Tetapi yang menjelekkan ialah ialah pro-pembangkang menghentam malah menabur fitnah apabila pemimpin UMNO dan BN berjumpa dengan paderi Kristian. Yang sangat jelas ialah semasa perjumpaan DS Najib Razak dengan Pope Pope Benedict XVI pada 18hb Julai 2011 di Apostolic Palace, Castel Gandalfo, Rome, Italy. Media pro-pembangkang telah menyebarkan foto palsu tentang perjumpaan tersebut. Malah, apabila Najib Razak mengadakan perjumpaan bersama para paderi Kristian di negara ini, ada puak-puak pro-pembangkang yang cuba memperlekeh-lekehkan perjumpaan tersebut dengan apa sahaja alasan yang mereka boleh fikirkan. Bagaimana pun, MiM yakin mereka akan diam membisu apabila mendapat tahu pemimpim mereka sendiri juga berjumpa dengan paderi-paderi Kristian seperti yang diusahakan oleh Najib Razak. Malu! Sumber: Blog MIM | ||||||||
Posted: 27 Jan 2013 09:26 PM PST KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN DALAM NEGERI mengenai AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD 25 JANUARI 2013 1. Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat tersebut. 2. Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian. | ||||||||
Posted: 25 Jan 2013 10:00 PM PST Jom enjoy dengan video parodi ni. Buat pencacai-pencacai Pakartun Rosak mohon terasa. Kbai. SP: Jangan butthurt lebih2 ok hahahaha........... | ||||||||
Lepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro, Najib Bakal Damaikan Fatah-Hamas #tolakPR @umbkl @Segambut13 Posted: 25 Jan 2013 09:00 PM PST Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik. Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak. Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia. Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato' Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012. Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir. Kejayaan tersebut membawa Dato' Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan. Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012. Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya. Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah. Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah. Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004. Punca konflik ini juga begitu 'klasik' atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan. Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza. Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel. Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya. Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama. Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan. Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah. Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato' Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu. Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas. Ini kerana, Dato' Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai. Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia. Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi 'ugutan' pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur. Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato' Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis 'serangan' pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato' Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut 'menepis' hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan. | ||||||||
Posted: 25 Jan 2013 06:00 PM PST Mungkin sibijak Zunar Kartunis tidak tahu cerita asal disebalik projek ini. Untuk pengetahuan, melalui PEJ BAHAGIAN UMNO LEMBAH PANTAI, mereka telah mendapatkan dana untuk menampung kos baik pulih yang menyebabkan runtuhan dinding di tanah perkuburan ini. Rasanya memang tak salah kalau papan tanda itu menulis ia adalah daripada usaha Dato Raja Nong Chik dan Pejabat UMNO Lembah Pantai. Dengan siapa lagi penduduk itu nak berharap, sedangkan YANG BERBOHONG NURUL IZZAH pun tak ambik KISAH tentang kejadian ini. Memang dari sebelum PARTI KEADILAN RAKYAT ditubuhkan PERKUBURAN ISLAM ini telah dijaga dan mendapat bantuan penuh daripada UMNO CAW KG PANTAI. Alhamdulillah, setiap pemasalahan dapat diatasi dengan bantuan UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI. Bukan nak mendabik dada, tapi untuk pengetahuan setiap jenazah yang meninggal di dalam kawasan UMNO CAW KG PANTAI tanpa mengira fahaman politik, waris tidak perlu untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk menguruskan jenazah. Semua ditanggung oleh UMNO CAW KG PANTAI. JIKA KAMU RASA BN/UMNO ini zalim, tapi perlu diingat. Parti keramat ini tidak penah mengadaikan agama ISLAM untuk tujuan politik. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan