Isnin, 18 Februari 2013

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PEMUDA PRIHATIN..PENGHANTARAN BEKALAN BANJIR...

Posted: 18 Feb 2013 04:44 AM PST

Kesusahan dan kesulitan kehidupan masyarakat Orang Asli yang tinggal nun di pedalaman kadangkala dipandang ringan oleh segelintir masyarakat.Kesulitan ini bertambah rumit apabila mereka terputus hubungan akibat hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti beberapa hari.Satu ekspedisi diatur dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah bagi menghantar bantuan kepada mereka.Memunggah bekalan makanan di pangkalan hadapan sebelum konvoi bergerak menuju ke perkampungan tersebut iaitu Jubau dan Langkap.Kehadiran konvoi disambut dengan perasaan gembira oleh masyarakat OA tersebut.Program sebegini telah menjadi sebahagian agenda tahunan PPU Rompin.Telah banyak perubahan hidup hasil pembangunan yang dibawa kerajaan dengan usaha pemimpin yang bertanggungjawab seperti bekalan elektrik,air dan perumahan...Teruskan...

Tiada ulasan:

Pengikut