Khamis, 27 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Malaysiakini ejen Yahudi? @umbkl

Posted: 27 Sep 2012 09:37 PM PDT



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.

Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu pada 13 tahun lalu.

"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan The Star.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham  Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institude (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.

MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.

sebelum ini, Pramesh mendakwa MLDF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.

Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.

Sementara itu, laporan kewangan Syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.

Bagaimanapun 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Faundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Keadaan Terkini Adik Rayyan

Posted: 27 Sep 2012 09:35 AM PDT


 ( Gambar Terkini, Masuk Ubat Melalui Kepala )


( Semasa Dalam ICU Minggu Lalu )

Alhamdulilah, berkat doa yang berpanjangan dari anda semua, adik Rayyan kini telah dipindahkan ke Wad Anggerik, Katil No. 12A Institut Jantung Negara (IJN). Untuk makluman, adik Rayyan menghadapi masalah komplikasi jantung ( injap saluran darah dan oksiden terbalik serta jantung kecil ). Keadaanya kini dilaporkan stabil. Mohon doa yang berpanjangan dari anda semua untuk kesembuhan adik Rayyan. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah melakukanya dengan memberi sumbangan ke akaun bank yang tertera dibawah :

CIMB : 14160078163521 ( Sunarti Binti Bahtiar )
CIMB : 01050005462206 ( Asnawi Bin Amran )
Maybank : 101543091555 ( Sunarti Binti Bahtiar )

Mohon hebahan makluman ini kerana adik Rayyan masih memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) yang dianggarkan sudah melebihi RM100,000. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan bapa Rayyan di :

Facebook, En Asnawi Bin Amran 
atau boleh berhubung terus melalui 
Telefon : 017-7180976

Segala bantuan yang anda hulurkan hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya..Amin~

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pengundi desak Pengerusi DAP Perak letak jawatan!

Posted: 27 Sep 2012 11:56 AM PDT



Selepas dihentam para perwakilan semasa konvensyen DAP Negeri Perak, Ahad lepas, sekumpulan pengundi termasuk anggota DAP di sini hari ini mendesak Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham supaya meletak jawatan berhubung kenyataannya mempertikai bantahan umat Islam terhadap filem "Innocence of Muslims".

Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan di hadapan sebuah bank di sini apabila mereka membawa kain-kain rentang berlambang roket yang merupakan logo DAP dan beberapa poster antara lain bertulis "jangan sentuh isu agama antara kaum", "Ngeh Koo Ham harus letak jawatan Pengerusi DAP Perak" serta "mohon maaf bukan satu jalan penyelesaian".

Terdapat satu kain rentang yang mempamerkan logo parti itu pada kiri dan kanan serta bertulis "kami menyokong dan pengundi (Anggota Dewan Undangan Negeri) Adun Jalong (dari DAP) mendesak Ngeh Koo Ham letak jawatan sebagai pengerusi DAP negeri Perak kerana bersikap anti-Islam".

Seorang anggota DAP Sungai Siput yang juga seorang saudara baru, Dini Haikal Abdullah meminta Ngeh supaya tidak menggunakan isu agama kerana ia cukup sensitif dan meminta Ngeh supaya menghormati antara satu agama dengan agama yang lain.

Sementara itu, bekas anggota DAP Sungai Siput, Ng Eng Hock berkata jika Ngeh ingin meraih undi, beliau sepatutnya menggunakan cara yang betul bukan "mengusik" perkara berhubung agama.

"Dia perlu cakap perkara yang berpatutan sahaja, perlu hormat antara kaum dan agama yang lain. Pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik," katanya.

Seorang pengundi di sini, M.Samy Vellu berkata Ngeh tidak berhak bercakap mengenai isu agama Islam.

"Dia hari ini bercakap agama Islam, (mungkin) esok agama (kaum) India, esok agama orang Cina, ini tidak patut. Kita minta kerajaan ambil tindakan perkara ini...ia mungkin boleh jadi masalah besar," katanya.

Seorang pengundi Megat Ismail Megat Rozali berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu tidak boleh diterima sama sekali sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin DAP itu.

Pada Ahad lepas, Ngeh yang juga anggota Dewan Undangan Sitiawan dan Anggota Parlimen Beruas dihentam perwakilan pada Konvensyen DAP Perak ke-17 atas pelbagai isu dalaman termasuk perbuatannya mempersoal tindakan umat Islam membantah filem yang memfitnah dan menghina Nabi Muhammad S.A.W. itu.

Konvensyen itu sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. - BERNAMA

Warna-warni politik
Torashah

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


BAJET 2013 FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

Posted: 27 Sep 2012 06:55 AM PDT

Secara keseluruhannya, peruntukan kepada hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet Belanjawan 2013 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen, 28 September 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bajet Belanjawan 2013

Datuk Seri Ahmad Husni berkata Kabinet telah meluluskan draf Bajet Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuaratnya Rabu lepas dan pihaknya telah meneliti satu persatu perbelanjaan kesemua kementerian.

 Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?
 "Kita telah meminta bantuan Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kita telah meneliti perbelanjaan (kementerian) satu persatu. Jadi, asasnya, kesemua kementerian akan mendapat peruntukan dan hanya satu atau dua akan berkurangan berikutan inisiatif rasionalisasi," kata Datuk Seri Ahmad Husni

Beliau berkata peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu oleh peningkatan jumlah hasil kerajaan.
"Seperti yang saya kata, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kami telah melakukan kajian indeks perolehan, khususnya mengenai cukai pendapatan di mana kita mengkaji kelemahan dan kita percaya, ia akan terus menyumbang kepada pendapatan tinggi bagi negara ini," katanya.

3 Parameter Asas Bajet Belanjawan 2013

  1. kerajaan perlu memastikan adanya lebihan kos operasi yang bermakna hasil perlu melebihi perbelanjaan
  2. keduanya pertimbangan terhadap dasar fiskal iaitu pengurangan defisit
  3. ketiga nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.
Pembentangan Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?Datuk Seri Ahmad Husni
Berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sejak tahun lepas, antaranya mengenai cukai, cukai pendapatan dan cukai korporat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu, katanya.

Kerajaan terus menyasarkan pengurangan defisit dalam Bajet Belanjawan 2013 berbanding tahun-tahun sebelum ini. Mengenai nisbah hutang berbanding KDNK, 55 peratus adalah merupakan paras berhemah tetapi kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik hutang berkenaan, katanya.

Defisit fiskal negara bagi 2011 menurun kepada 5.0 peratus daripada KDNK, berbanding jangkaan 5.4 peratus semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2013 itu.

Defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNK.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Ni bukan rasuah.. BN aje yang bagi rasuah

Posted: 26 Sep 2012 10:29 PM PDT

Hahaa...tulah aku dah cakap..korang kena bagi undi kat pkr.. sebab boleh dapat baucer dan mana tau boleh dapat kereta mewah, duit, tv, samsung galaxy dan macam-macam lagilah..silap-silap boleh naik jet free dan yang paling utama boleh masuk Syurga..
Cehh.. kata BN gula-gulakan rakyat.. tapi koranglah yang lebih kuah daripada sudu.. akaii ada kaa.. pendek kata korang ajelah yang baguihhh.. kencing rakyat hari-hari adalah...gaji RM1 boleh naik jet.. gaji RM1 boleh main belakang.. gaji RM 1 pun boleh beli bas 2 tingkat..
Janganlah percaya sangat.. semua tipuuuu.. 




Team PUcTD

Bajet13 PKR.. huhuhu...hebat wooo.. tapi. Tu semuanya tipu....

Posted: 26 Sep 2012 03:53 PM PDT

Perghhh.. bajet PkR lagi hebatlah.. untung rakyat...tapi kena ingat.. ni janji KoSoNg je ni
..habuk pun tarak..
*sumber Sinar. *
 Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih
komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini
mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan
"lebihan wang dalam saku rakyat."
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan
Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke
Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat
memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930
setiap bulan.
Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu
sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50),
penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200),
elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500),
sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan
penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak
dan pengangkutan (RM60).
Bajet PR 2013 akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan
sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, pihaknya akan membangkitkan isu intergriti dan unjuran
ekonomi negara dalam Bajet 2013 kerajaan Barisan Nasional (BN) akan
dibahaskan di Dewan Rakyat mulai minggu depan.
Menurutnya, kedua isu itu perlu dipandang serius kerana kegagalan
kerajaan BN untuk mencapai tahap unjuran pertumbuhan ekonomi
yang ditetapkan pada setiap tahun.
"Kegagalan unjuran dan unjuran defisit tidak pernah mencapai oleh
kerajaan BN, jika satu peratus kegagalan pertumbuhan ekonomi
bermakna gagal berkembang RM20 bilion setahun.
"Isu yang dibawa oleh PR akan dipandang serius dan bajet yang
dibentang kerajaan Jumaat ini perlu dipandang serius," katanya pada
sidang media sempena Majlis Pembentangan Bajet Pakatan Rakyat 2013
yang bertemakan "Ekonomi rakyat negara berkat".
Sebelum ini, ramai pemimpin BN mendakwa jika mengikut Buku Jingga
yang menjadi panduan PR akan memufliskan negara.
Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata PR sebulat
suara bersetuju untuk menetapkan enam peratus pertumbuhan setiap
tahun di negeri-negeri PR untuk membentuk ekonomi yang mampan.
Tambahnya, Bajet PR 2013 mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang
diagihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum.



Team PUcTD

Bajet 13-Bonus 2 bulan....

Posted: 26 Sep 2012 09:50 AM PDT

Tatkala insan lain sedang sibuk berehat, PM kita pula sedang sibuk meneliti serta memikirkan tentang hal bajet13 yang akan dibentangkan tidak berapa lama lagi.. bajet yang memberi kesenangan kepada rakyat.. dan bukan bajet nak beli jet.. opsss.. tersasul pula...hahaaa.. tapi aku yakin, sebaik sahaja PM umumkan bajet ni nanti.. pasti ada bunyi punya.. tak mesra rakyatlah, itulah...adatlah.. kita buat semuanya salah.. depa buat semua halal.. apa pun aku harap bajet kali ini memang terbaikkkk untuk rakyat...




Team PUcTD

Pengikut