Khamis, 27 September 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


BAJET 2013 FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

Posted: 27 Sep 2012 06:55 AM PDT

Secara keseluruhannya, peruntukan kepada hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet Belanjawan 2013 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen, 28 September 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bajet Belanjawan 2013

Datuk Seri Ahmad Husni berkata Kabinet telah meluluskan draf Bajet Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuaratnya Rabu lepas dan pihaknya telah meneliti satu persatu perbelanjaan kesemua kementerian.

 Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?
 "Kita telah meminta bantuan Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kita telah meneliti perbelanjaan (kementerian) satu persatu. Jadi, asasnya, kesemua kementerian akan mendapat peruntukan dan hanya satu atau dua akan berkurangan berikutan inisiatif rasionalisasi," kata Datuk Seri Ahmad Husni

Beliau berkata peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu oleh peningkatan jumlah hasil kerajaan.
"Seperti yang saya kata, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kami telah melakukan kajian indeks perolehan, khususnya mengenai cukai pendapatan di mana kita mengkaji kelemahan dan kita percaya, ia akan terus menyumbang kepada pendapatan tinggi bagi negara ini," katanya.

3 Parameter Asas Bajet Belanjawan 2013

  1. kerajaan perlu memastikan adanya lebihan kos operasi yang bermakna hasil perlu melebihi perbelanjaan
  2. keduanya pertimbangan terhadap dasar fiskal iaitu pengurangan defisit
  3. ketiga nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.
Pembentangan Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?Datuk Seri Ahmad Husni
Berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sejak tahun lepas, antaranya mengenai cukai, cukai pendapatan dan cukai korporat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu, katanya.

Kerajaan terus menyasarkan pengurangan defisit dalam Bajet Belanjawan 2013 berbanding tahun-tahun sebelum ini. Mengenai nisbah hutang berbanding KDNK, 55 peratus adalah merupakan paras berhemah tetapi kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik hutang berkenaan, katanya.

Defisit fiskal negara bagi 2011 menurun kepada 5.0 peratus daripada KDNK, berbanding jangkaan 5.4 peratus semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2013 itu.

Defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNK.

Tiada ulasan:

Pengikut