LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
- Ni bukan rasuah.. BN aje yang bagi rasuah
- Bajet13 PKR.. huhuhu...hebat wooo.. tapi. Tu semuanya tipu....
- Bajet 13-Bonus 2 bulan....
Ni bukan rasuah.. BN aje yang bagi rasuah Posted: 26 Sep 2012 10:29 PM PDT Hahaa...tulah aku dah cakap..korang kena bagi undi kat pkr.. sebab boleh dapat baucer dan mana tau boleh dapat kereta mewah, duit, tv, samsung galaxy dan macam-macam lagilah..silap-silap boleh naik jet free dan yang paling utama boleh masuk Syurga.. Cehh.. kata BN gula-gulakan rakyat.. tapi koranglah yang lebih kuah daripada sudu.. akaii ada kaa.. pendek kata korang ajelah yang baguihhh.. kencing rakyat hari-hari adalah...gaji RM1 boleh naik jet.. gaji RM1 boleh main belakang.. gaji RM 1 pun boleh beli bas 2 tingkat.. Janganlah percaya sangat.. semua tipuuuu.. Team PUcTD |
Bajet13 PKR.. huhuhu...hebat wooo.. tapi. Tu semuanya tipu.... Posted: 26 Sep 2012 03:53 PM PDT Perghhh.. bajet PkR lagi hebatlah.. untung rakyat...tapi kena ingat.. ni janji KoSoNg je ni ..habuk pun tarak.. *sumber Sinar. * Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat." Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan. Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60). Bajet PR 2013 akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus. Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan membangkitkan isu intergriti dan unjuran ekonomi negara dalam Bajet 2013 kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dibahaskan di Dewan Rakyat mulai minggu depan. Menurutnya, kedua isu itu perlu dipandang serius kerana kegagalan kerajaan BN untuk mencapai tahap unjuran pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan pada setiap tahun. "Kegagalan unjuran dan unjuran defisit tidak pernah mencapai oleh kerajaan BN, jika satu peratus kegagalan pertumbuhan ekonomi bermakna gagal berkembang RM20 bilion setahun. "Isu yang dibawa oleh PR akan dipandang serius dan bajet yang dibentang kerajaan Jumaat ini perlu dipandang serius," katanya pada sidang media sempena Majlis Pembentangan Bajet Pakatan Rakyat 2013 yang bertemakan "Ekonomi rakyat negara berkat". Sebelum ini, ramai pemimpin BN mendakwa jika mengikut Buku Jingga yang menjadi panduan PR akan memufliskan negara. Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata PR sebulat suara bersetuju untuk menetapkan enam peratus pertumbuhan setiap tahun di negeri-negeri PR untuk membentuk ekonomi yang mampan. Tambahnya, Bajet PR 2013 mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang diagihkan sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum. Team PUcTD |
Posted: 26 Sep 2012 09:50 AM PDT Tatkala insan lain sedang sibuk berehat, PM kita pula sedang sibuk meneliti serta memikirkan tentang hal bajet13 yang akan dibentangkan tidak berapa lama lagi.. bajet yang memberi kesenangan kepada rakyat.. dan bukan bajet nak beli jet.. opsss.. tersasul pula...hahaaa.. tapi aku yakin, sebaik sahaja PM umumkan bajet ni nanti.. pasti ada bunyi punya.. tak mesra rakyatlah, itulah...adatlah.. kita buat semuanya salah.. depa buat semua halal.. apa pun aku harap bajet kali ini memang terbaikkkk untuk rakyat... Team PUcTD |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan