Jumaat, 3 Ogos 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


11 Tahun Puteri UMNO Terus Mara @Rosnah_ARS @princeszzfionna @umbkl

Posted: 03 Aug 2012 09:29 PM PDT

 
 Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulilah..hari ini kita sudah berada di 15 Ramadhan 1433 hijrah, kita sudah berada dipertengahan.Semoga kita semua terus diberi keberkatan dan menjalani ibadah bulan ramadhan ini.

Semalam 14 Ramadhan 1433 bersamaan 3 Ogos 2012, genap  11 tahun usia Pergerakan Puteri UMNO. Jika anak berusia 11 tahun dia sudah berada di darjah 5, jika anak perempuan sudah boleh dipanggil anak dara sunti.

Usia 11 tahun ini bukan mudah untuk Pergerakan Puteri. Sudah 11 tahun Pergerakan ini berkorban berjuang untuk bangsa Melayu. Sudah merasa jatuh bangun, dikeji dan diherdik.Syukurlah, rahmat dan redha Allah tidak pernah putus mengiringi perjuangan Pergerakan ini. Dan perkara yang saya paling percaya Pergerakan ini sudah cukup matang berjuang untuk bangsa.

Pesan saya untuk adik-adik Puteri, tetaplah tegar berjuang untuk bangsa. Jangan sesekali mengalah pada yang namanya ujian dan kritikan. Teguhlah pendirian, jangan sampai perjuangan kita boleh dijual beli. Elakkan sengketa sesama sendiri.

Semoga perjuangan kita semua diberkati Maha Mengasihi. InsyaAllah.

Rosnah ARS
 
 
SP: Genrasi Wanita Prihatin 

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


jika semalam puak pembangkang tabur fitnah.kini giliran polis pula..

Posted: 03 Aug 2012 05:24 AM PDT


Petang tadi,pekan Banting sekali lagi digemparkan dengan kehadiran berpuluh-puluh anggota Polis Di Raja Malaysia.Kelihayan pihak Polis memasuki kedai-kedai yang berada disekitar Pekan Banting,daro satu kedai ke satu kedai..apa ke halnya ni yopp..
Dato Mohamad Fuzi Harun - Pengarah Counter Terrorism,yang menjadi ketuanya.haaa..biar betul ni.Sebenarnya Ybhg Dato,telah berkesempatan melakukan Program Walkabout Community Policing peringkat Daerah Kuala Langat dalam usaha mendekatkan diri antara PDRM dengan masyarakat setempat disamping bertukar-tukar maklumat dan menerima maklum balas daripada orang awam.Rata-rata peniaga amat terkejut dengan kehadiram anggota polis ke premis mereka dan berterima kasih diatas kesudian Dato menziarahi mereka.Turut hadir,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Langat.saudara Zurihan Yusof serta barisan AJK nya.



Pemuda UMNO Telok Datok

54 tahun umno khianat....

Posted: 02 Aug 2012 09:27 AM PDT




Bila aku baca artikel yang telah diedarkan disekitar pekan Banting ni,aku rasa macam nak ketawa aje..manakan tidak,lama betuk umno khianat orang melayu..kalau ikut umur tu dah kira pencen dah..hahaa...
Dalam usia yang sedemikian,adakah negara kita mundur?dan adakah negara kita tak popular dimata dunia?perghhh tuduhan liar mereka ni memang tak masuk akal langsunglah..kalau nak tuduh pun biarlah yang boleh diterima dan yang masuk dek akal..
Saudara yang mengedarkan risalah ni,aku cuma nak beritahu kau sesuatu..sekarang ni bulan Ramadhan,daripada saudara mengedarkan risalah yang terang-terang membawa kepada unsur fitnah,adalah lebih baik saudara edarkan kurma kat orang ramau,dapat gak pahala..tak gitu.dahlah amakan kita sipi-sipi je..bak kata kumpulan nirvana band,cukup-cukup sudah....
Pemimpin korang tu baguih sangat ke...ada akal gunakanlah...


Pemuda UMNO Telok Datok

Pengikut