Isnin, 21 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Filem Terhangat di pasaran : Muzakarah PAS-UMNO

Posted: 21 May 2012 06:00 PM PDT

Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru, sudah kerapkali timbul dan sudah acapkali ia senyap begitu saja. Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam.

Acapkalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS.

Dan kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS, watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat - motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja.

Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran.

Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengikut kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang, tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk & kehendak PAS. Ironi sekali bila kita fikirkannya.

UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas pilihanraya umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan malah pimpinan UMNO tidak lokek untuk menyerahkan jawatan MB dan exco Perak & Selangor kepada PAS sekalipun dari segi jumlah kerusi sepatutnya ia milik UMNO.

Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai? Nik Aziz campurtangan memusing cerita dan membantah penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan konon sengaja mahu memecahkan kerjasaman PAS dengan DAP dan PKR.

Episod muzakarah terbaru yang masih hangat diperkatakan kini, tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama fiksyen untuk menggertak rakan-rakan sekatil PAS dalam pakatan pembangkang supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran PAS dalam pakatan tersebut.

Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islamik yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena tika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO.

Segalanya dilakukan oleh PAS atas prioriti kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah.

Rupanya Elvis Presley Pengundi Berdaftar Patutlah @ambiga_s & @AnwarIbrahim Anjurkan Bersih3.0

Posted: 21 May 2012 04:35 AM PDT

Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah. 

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti 'main-main' atau rekaan.  Antaranya, 'S', 'Atas Jalan', 'Tepi Jalan', 'Machine Gun', 'Boeing', 'Elvis Presley' dan macam-macam lagi.   Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah.  Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.     

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka. 

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka. 

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini. 

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih. 

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai 'senarai meragukan' tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah. 

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.   Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi? 

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?  

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH. 

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini. 

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya. 

Public Bank Tolong Jelaskan Status Johari Sulaiman

Posted: 21 May 2012 03:49 AM PDT


KEBELAKANGAN ini seakan sudah menjadi trend dikalangan kakitangan syarikat dan agensi tertentu yang menjadi 'barua' dengan menyalurkan maklumat sulit berhubung maklumat sulit akaun pelanggan mereka kepada parti pembangkang, khususnya PKR untuk kepentingan politik parti tersebut.

Sulit tidak bermaksud ada yang penyelewengan atau seumpamanya tapi lebih kepada memelihara imej dan kepentingan perniagaan pelanggan tersebut yang mungkin terjejas jika maklumat tertentu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya.

Lebih tepat lagi memelihara etika dan profesional kerja ke atas maklumat sulit pelanggan, dan soal ini bukan setakat dilaksanakan di Malaysia malah di serata bank di dunia.

Sebelum ini sudah ada kes, kakitangan sebuah hotel di Putrajaya yang mendedahkan dokumen dalaman hotel yang menunjukkan anggaran perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, sehingga dijadikan isu oleh PKR kononnya Perdana Menteri menggunakan wang rakyat, sedangkan sebenarnya tuduhan itu tidak benar sama sekali dan telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Terbaru, sebuah bank terkenal, Public Bank pula terjerat dalam modus operandi yang sama apabila seorang keraninya (kini bekas kerani), Johari Sulaiman diperalatkan PKR untuk mendedahkan butiran akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan hakikatnya perbuatan itu adalah menyalahi etika perbankkan disamping Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Siapa Johari Sulaiman, latar belakang dan peranannya dalam mendedahkan maklumat sulit akaun pelanggan (dalam hal ini NFC), masih menjadi tanda tanya banyak pihak. Kalau tidak kena dengan gaya, akan ada lebih ramai pelanggan yang menutup akaun di Public Bank, jika Public Bank tidak tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Benarlah kita ada sedikit maklumat mengenai Johari Sulaiman yang didedahkan Rafizi dalam sidang medianya Jumaat lepas, tapi kita tahu semua itu hanya untuk tujuan gimik politik dan tidak boleh dipakai. Yang penting ialah untuk Public Bank sendiri tampil membuat kenyataan rasmi mengenai Johari Sulaiman, lebih-lebih lagi setelah Johari menuduh dia ditekan pihak bank dan Bank Negara sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya berhubung dengan isu ini.

Disamping itu Public Bank perlu mendedahkan penemuan dalam siasatan dalaman (Domestic Inquiry) yang dikatakan telah dijalankan ke atas Johari Sulaiman sebelum perletakkan jawatannya.

Penulis tidak yakin Johari Sulaiman berseorangan dalam hal ini. Pihak bank sudah tentu menghadkan akses kepada maklumat pelanggan untuk setiap kakitangannya. Seorang kerani biasa seperti Johari Sulaiman tidak mungkin mempunyai akses kepada segala-galanya, penulis yakin dia dibantu dan semua inilah yang perlu dijelaskan oleh Public Bank.

Para pendeposit Public Bank, terutamanya dari sektor korporat perlu tahu hal ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu maklumat perbankan syarikat mereka, menjadi bahan untuk 'dijual' oleh kakitangan bank tersebut kepada siapa yang berminat. Hari ini kepada PKR, besok-besok mungkin kepada saingan perniagaan yang lain pula, asal kena dengan harganya.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga perlu masuk campur dan meneliti kelainan (anamoli) dalam urusan kewangan Johari Sulaiman. Dari air mukanya, penulis tidak nampak dimana letaknya 'kejujuran' Johari Sulaiman – jika benar dia melanggar etika kerjanya sendiri untuk kepentingan umum (kononnya). Yang penulis lihat, ada agenda tersembunyi dan habuan tertentu yang menyebabkan Johari Sulaiman sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menjadi barua kepada PKR dengan menyampaikan semua maklumat sulit tersebut.

Habuan inilah yang perlu disiasat oleh SPRM, Bank Negara dan sesiapa juga yang terbabit.

Malah penulis suka melihat Public Bank menyaman Johari Sulaiman dan PKR kerana mendedahkan dan menggunakan maklumat sulit pelanggan bank tersebut untuk kepentingan politik sempit mereka. Biar ini menjadi pengajaran kepada mana-mana kakitangan bank di luar sana yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah Johari Sulaiman.


BeruangBiru




SP: Mungkin Johari Sulaiman ni letak jawatan bukan atas desakan dan tekanan daipada Public Bank dan Bank Negara tapi mungkin kerana"HABUAN" yang diterima itu lumayan dan lebih daripada nilai sebulan gajinya di situ.


Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Pemuda UMNO vs Pakatan Rakyat - Visual Dua Darjat Perjuangan

Posted: 21 May 2012 10:01 AM PDT





vs


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SELAMAT HARI IBU

Posted: 21 May 2012 09:21 AM PDT


Assalamualaikum…

Masih tidak terlalu lewat sebenarnya untuk saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua golongan ibu.

Alhamdulillah, saya sangat teruja sebenarnya apabila melihat begitu ramai anak-anak kita kini meraikan ibu bapa mereka sempena Hari Ibu. Dan, kerana itulah, saya tetap menulis mengenai perkara tersebut walaupun agak terlewat sedikit.

Kata orang, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Demikianlah besarnya erti seorang ibu dalam kehidupan manusia, khususnya kita yang beragama Islam ini. Bagi mereka yang memahami tanggungjawab itu, mereka tidak akan sedikit pun mengecewakan ibu mereka, apatah lagi membiarkan ibu mereka menitiskan air mata kerana kecewa dengan sikap anaknya.

Cuma agak malang sedikit di zaman moden ini, apabila masih ramai di kalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri. Buktinya, masih ada anak-anak yang tergamak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dan tidak sanggup menjaga ibu sendiri.

Keadaan ini sebenarnya sangat menyedihkan. Ibu bapa kita boleh berkorban apa sahaja untuk membesarkan berapa ramai anak sekalipun, namun sepuluh orang anak masih belum mampu menjaga seorang ibu. Keadaan ini adalah senario yang biasa berlaku di zaman sekarang.

Oleh itu, sempena sambutan Hari Ibu, marilah kita semua meraikan ibu bapa kita. Ingat dan kenanglah jasa mereka, bukan sahaja kerana tanpa mereka tiadalah kita tetapi mereka adalah golongan yang diwajibkan ke atas kita untuk mentaati dan menjaganya.

Apa pun, Hari Ibu telah membuka satu lembaran baru kepada masyarakat kita hari ini. Ia keadaan yang wajar dilihat secara positif dan mempunyai nilai-nilai murni yang baik.

Kepada golongan ibu, saya ucapkam selamat hari Ibu … semoga ibu akan sentiasa di hati setiap anak yang dilahirkannya.


UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Posted: 20 May 2012 06:05 AM PDT


Piagam Madinah telah digubal oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal kesemuanya. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang bakinya membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan- peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah Negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

Kandungan piagam madinah boleh dilihat disini . Yang paling utama di dalam pengisiannya adalah setiap tindakan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Secara keseluruhan pengisian piagam Madinah yang digubal oleh baginda Nabi Muhammad saw telah menekankan perpaduan dan penyatuan ummah di Madinah ketika itu yang terdiri dari masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan Bangsa lain. Ini menunjukkkan betapa pentingnya pengukuhan perpaduan masyarakat yang perlu disemat dalam pemerintahan sesebuah negara Islam walaupun tidak melabelkan perkataan 'Islam' dalam setiap tindakannya. Ini terbukti apabila baginda Nabi Muhammad saw sendiri kurang menggunakan perkataan Islam dalam piagamnya tetapi lebih kepada perbuatan yang menjurus kearah syariat Islam itu sendiri. Justru baginda menamakan Kota Madinah sebagai Madinatul Munawarrah dan bukannya negara Islam Madinah. Prinsip ini diteruskan sehinggalah ke akhir pemerintahan khalifah Uthmaniyah. Penggunaan negara Islam hanya bermula apabila wujud sebuah negara yang dinamakan Republik Islam Iran yang majoriti masyarakatnya berpaksikan kepada fahaman syiah.

Jika dibandingkan Perlembagaan Madinah ini dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO terdahulu adalah seiring pembentukan perlembagaan Madinah oleh baginda Nabi Muhammad saw. Di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara yang paling utama adalah status agama Islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana dalam piagam Madinah.

Pada hari ini konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 piagam madinah iaitu "bahawa mereka ini adalah satu umat". Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang diperjuangkan oleh UMNO. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan pegangan. Dengan itu terbentuklah satu komuniti kekeluargaan yang besar yang berbilang kaum dan agama tanpa perselisihan yang ketara. Perpaduan ini terbukti berjaya diamalkan oleh Ummat Islam terdahulu.

Selama lebih 66 tahun UMNO telah mempertahankan prinsip ini dan juga memperjuangkan kepentingan orang Melayu seperti dalam perlembagaannya. Secara tidak langsung definisi Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia adalah mesti beragama Islam, mengamalkan budaya melayu dan berbahasa Melayu. Proses ini telah menyebabkan Melayu itu terdiri daripada pelbagai keturunan seperti keturunan Cina, Arab, India, Portugis, Jawa dan berbagai keturunan yang lain di dunia. Betapa besarnya perpaduan dan penyatuan umat dan keturunan Islam yang selama ini diperjuangkan UMNO. Sama seperti penyatuan keturunan dan bangsa di Madinah yang menggandingkan kaum-kaum Muhajirin dan Ansar yang beragama Islam terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Manakala yang bukan beragama Islam dikelompokkan dalam satu kelompok yang dipanggil 'Bani' seperti Bani Auf, Bani Amru dan lain-lain yang boleh meneruskan pegangan lama mereka. Sama seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Namun begitu UMNO tidak pernah melabelkan partinya sebagai parti Islam tetapi tetap mempertahankan syariat Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang berasaskan piagam Madinah.

Yang benar adalah benar dan fikir-fikirkanlah…..

-Ketua UCBA

Pengikut