Puteri Bahagian Segambut |
- Filem Terhangat di pasaran : Muzakarah PAS-UMNO
- Rupanya Elvis Presley Pengundi Berdaftar Patutlah @ambiga_s & @AnwarIbrahim Anjurkan Bersih3.0
- Public Bank Tolong Jelaskan Status Johari Sulaiman
Filem Terhangat di pasaran : Muzakarah PAS-UMNO Posted: 21 May 2012 06:00 PM PDT Isu muzakarah PAS dengan UMNO bukannya isu baru, sudah kerapkali timbul dan sudah acapkali ia senyap begitu saja. Panas dipermulaan kemudian sejuk berpanjangan saling tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam. Acapkalinya isu muzakarah sering menjadi senjata terakhir PAS bilamana berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku PAS. Dan kerapkali juga apabila UMNO menyahut salam perdamaian dari PAS, watak hipokrasi dan munafik Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat akan muncul dengan pelbagai syarat - motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh UMNO akan padam begitu saja. Walhal jika benar ikhlas untuk membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan sesama kita, apa perlunya menetapkan syarat itu ini? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran. Sedangkan semasa PAS kelihatan begitu taat mengikut kehendak DAP dan PKR sepanjang kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang, tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk & kehendak PAS. Ironi sekali bila kita fikirkannya. UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas pilihanraya umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan malah pimpinan UMNO tidak lokek untuk menyerahkan jawatan MB dan exco Perak & Selangor kepada PAS sekalipun dari segi jumlah kerusi sepatutnya ia milik UMNO. Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai? Nik Aziz campurtangan memusing cerita dan membantah penyatuan kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan konon sengaja mahu memecahkan kerjasaman PAS dengan DAP dan PKR. Episod muzakarah terbaru yang masih hangat diperkatakan kini, tidak mustahil bakal mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama fiksyen untuk menggertak rakan-rakan sekatil PAS dalam pakatan pembangkang supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran PAS dalam pakatan tersebut. Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islamik yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena tika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO. Segalanya dilakukan oleh PAS atas prioriti kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah. |
Rupanya Elvis Presley Pengundi Berdaftar Patutlah @ambiga_s & @AnwarIbrahim Anjurkan Bersih3.0 Posted: 21 May 2012 04:35 AM PDT Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah. Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti 'main-main' atau rekaan. Antaranya, 'S', 'Atas Jalan', 'Tepi Jalan', 'Machine Gun', 'Boeing', 'Elvis Presley' dan macam-macam lagi. Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah. Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama. Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah. Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka. Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka. Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini. Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih. Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali. Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama. Selain itu, dengan meletakkan status sebagai 'senarai meragukan' tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah. Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan. Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi? Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud? Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH. Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini. Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin. Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka. Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya. |
Public Bank Tolong Jelaskan Status Johari Sulaiman Posted: 21 May 2012 03:49 AM PDT KEBELAKANGAN ini seakan sudah menjadi trend dikalangan kakitangan syarikat dan agensi tertentu yang menjadi 'barua' dengan menyalurkan maklumat sulit berhubung maklumat sulit akaun pelanggan mereka kepada parti pembangkang, khususnya PKR untuk kepentingan politik parti tersebut. Sulit tidak bermaksud ada yang penyelewengan atau seumpamanya tapi lebih kepada memelihara imej dan kepentingan perniagaan pelanggan tersebut yang mungkin terjejas jika maklumat tertentu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya. Lebih tepat lagi memelihara etika dan profesional kerja ke atas maklumat sulit pelanggan, dan soal ini bukan setakat dilaksanakan di Malaysia malah di serata bank di dunia. Sebelum ini sudah ada kes, kakitangan sebuah hotel di Putrajaya yang mendedahkan dokumen dalaman hotel yang menunjukkan anggaran perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, sehingga dijadikan isu oleh PKR kononnya Perdana Menteri menggunakan wang rakyat, sedangkan sebenarnya tuduhan itu tidak benar sama sekali dan telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri. Terbaru, sebuah bank terkenal, Public Bank pula terjerat dalam modus operandi yang sama apabila seorang keraninya (kini bekas kerani), Johari Sulaiman diperalatkan PKR untuk mendedahkan butiran akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan hakikatnya perbuatan itu adalah menyalahi etika perbankkan disamping Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA). Siapa Johari Sulaiman, latar belakang dan peranannya dalam mendedahkan maklumat sulit akaun pelanggan (dalam hal ini NFC), masih menjadi tanda tanya banyak pihak. Kalau tidak kena dengan gaya, akan ada lebih ramai pelanggan yang menutup akaun di Public Bank, jika Public Bank tidak tampil menjelaskan keadaan sebenar. Benarlah kita ada sedikit maklumat mengenai Johari Sulaiman yang didedahkan Rafizi dalam sidang medianya Jumaat lepas, tapi kita tahu semua itu hanya untuk tujuan gimik politik dan tidak boleh dipakai. Yang penting ialah untuk Public Bank sendiri tampil membuat kenyataan rasmi mengenai Johari Sulaiman, lebih-lebih lagi setelah Johari menuduh dia ditekan pihak bank dan Bank Negara sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya berhubung dengan isu ini. Disamping itu Public Bank perlu mendedahkan penemuan dalam siasatan dalaman (Domestic Inquiry) yang dikatakan telah dijalankan ke atas Johari Sulaiman sebelum perletakkan jawatannya. Penulis tidak yakin Johari Sulaiman berseorangan dalam hal ini. Pihak bank sudah tentu menghadkan akses kepada maklumat pelanggan untuk setiap kakitangannya. Seorang kerani biasa seperti Johari Sulaiman tidak mungkin mempunyai akses kepada segala-galanya, penulis yakin dia dibantu dan semua inilah yang perlu dijelaskan oleh Public Bank. Para pendeposit Public Bank, terutamanya dari sektor korporat perlu tahu hal ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu maklumat perbankan syarikat mereka, menjadi bahan untuk 'dijual' oleh kakitangan bank tersebut kepada siapa yang berminat. Hari ini kepada PKR, besok-besok mungkin kepada saingan perniagaan yang lain pula, asal kena dengan harganya. Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga perlu masuk campur dan meneliti kelainan (anamoli) dalam urusan kewangan Johari Sulaiman. Dari air mukanya, penulis tidak nampak dimana letaknya 'kejujuran' Johari Sulaiman – jika benar dia melanggar etika kerjanya sendiri untuk kepentingan umum (kononnya). Yang penulis lihat, ada agenda tersembunyi dan habuan tertentu yang menyebabkan Johari Sulaiman sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menjadi barua kepada PKR dengan menyampaikan semua maklumat sulit tersebut. Habuan inilah yang perlu disiasat oleh SPRM, Bank Negara dan sesiapa juga yang terbabit. Malah penulis suka melihat Public Bank menyaman Johari Sulaiman dan PKR kerana mendedahkan dan menggunakan maklumat sulit pelanggan bank tersebut untuk kepentingan politik sempit mereka. Biar ini menjadi pengajaran kepada mana-mana kakitangan bank di luar sana yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah Johari Sulaiman. BeruangBiru SP: Mungkin Johari Sulaiman ni letak jawatan bukan atas desakan dan tekanan daipada Public Bank dan Bank Negara tapi mungkin kerana"HABUAN" yang diterima itu lumayan dan lebih daripada nilai sebulan gajinya di situ. |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan