YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
Posted: 21 May 2012 09:21 AM PDT Assalamualaikum… Masih tidak terlalu lewat sebenarnya untuk saya mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua golongan ibu. Alhamdulillah, saya sangat teruja sebenarnya apabila melihat begitu ramai anak-anak kita kini meraikan ibu bapa mereka sempena Hari Ibu. Dan, kerana itulah, saya tetap menulis mengenai perkara tersebut walaupun agak terlewat sedikit. Kata orang, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Demikianlah besarnya erti seorang ibu dalam kehidupan manusia, khususnya kita yang beragama Islam ini. Bagi mereka yang memahami tanggungjawab itu, mereka tidak akan sedikit pun mengecewakan ibu mereka, apatah lagi membiarkan ibu mereka menitiskan air mata kerana kecewa dengan sikap anaknya. Cuma agak malang sedikit di zaman moden ini, apabila masih ramai di kalangan anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri. Buktinya, masih ada anak-anak yang tergamak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dan tidak sanggup menjaga ibu sendiri. Keadaan ini sebenarnya sangat menyedihkan. Ibu bapa kita boleh berkorban apa sahaja untuk membesarkan berapa ramai anak sekalipun, namun sepuluh orang anak masih belum mampu menjaga seorang ibu. Keadaan ini adalah senario yang biasa berlaku di zaman sekarang. Oleh itu, sempena sambutan Hari Ibu, marilah kita semua meraikan ibu bapa kita. Ingat dan kenanglah jasa mereka, bukan sahaja kerana tanpa mereka tiadalah kita tetapi mereka adalah golongan yang diwajibkan ke atas kita untuk mentaati dan menjaganya. Apa pun, Hari Ibu telah membuka satu lembaran baru kepada masyarakat kita hari ini. Ia keadaan yang wajar dilihat secara positif dan mempunyai nilai-nilai murni yang baik. Kepada golongan ibu, saya ucapkam selamat hari Ibu … semoga ibu akan sentiasa di hati setiap anak yang dilahirkannya. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan