Isnin, 14 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Lahabau #Bershit kurang Ajar Dengan PM @NajibRazak

Posted: 14 May 2012 10:30 PM PDT

SP nak share video berkenaan puak Bershit yang kurang ajar sewaktu lawatan PM di London. Ini ke contoh sikap orang Malaysia yang terkenal kaya dengan budi bahasa? Memalukan tapi apa nak diherankan memang puak2 ni tak tau adab dan sememangnya kurang ajar.

SP nak suggestkan kepada PM agar taraf warganegara mereka tue dilucutkan aje sebab SP rasa mereka lebih suka menjadi warganegara Britian. Lebih sesuai dengan cara mereka yang kurang ajar dan biadap. Tambahan lagi mereka ni kan suka berdemo jadi memang amat sesuai mereka ni dengan budaya orang2 kat sana yang memang suka berdemo.








FAKTA Tentang PTPTN Yang Mahasiswa Banyak Tak Tau

Posted: 14 May 2012 08:30 PM PDT


Aku baru2 ni pergi ke PTPTN untuk dapatkan surat kebenaran mengeluarkan duit dari akaun kedua KWSP, untuk langsaikan hutang belajar aku.

Semasa menunggu giliran, aku teringatkan ada sorang abang kat tempat kerja aku ni penyokong tegar PAS. Semua usaha2 kerajaan dia pertikaikan, itu tak kena, ini tak kena. Orang FELDA dapat durian runtuh, dia tuduh kerajaan akan jual tanah la, rakyat dapat duit BR1M pun dia tuduh kerajaan nak ambik hati rakyatlah. Seolah2 dia saja yang betul, dia sorang je baik.

Bila melihatkan prestasi dia kat tempat kerja yang maintain je tak naik2, dan sikap dia yang memang suka komplen kawan2 sekerja lain especially bos, so aku tak heranlah bila dia duk komplen apa jua yang kerajaan buat untuk rakyat - semua bagi dia salah. Hari tu, ada member sekerja kitorang ni dapat khabar gembira sebab dia tak payah bayar hutang PTPTN dia sebab dia dapat ijazah kelas pertama. Abang yang menyokong PAS tu buat muka kehairanan bila dengar member kitorang ni tak payah bayar hutang PTPTN, lalu dia pun tanya la,

"Bila kerajaan kata orang yang dapat first degree ni tak payah bayar PTPTN? Baru lagi ke?"

Pada sangkaan aku, mesti dia nak cakap yang kerajaan baru je buat peraturan ni sebab nak PRU. So aku cepat2 la menyampuk dan bagi fakta aku,

" Dah lama dah. Ramai orang Melayu tak tau sebab 3 ribu orang je tak payah bayar, orang Cina 11 ribu orang".

Aku tengok muka abang penyokong PAS tu dah terkulat2 bila dengar ayat aku "ramai orang Melayu tak tau" tu. Nasib baik aku tak cakap "Ramai Melayu PAS yang tak tau". Nanti sentap pulak kan.

Sebab tulah aku kata, kebanyakan penyokong PAS ni tak tau apa yang diorang bencikan. Tak tau sebenarnya apa yang diorang tak suka. Kita kalau tak suka sesuatu, kita mesti tau la apa yang kita tak suka tu, bukan duk ikut orang je. Orang lain duk golek atas jalan, kita pun ikut sekali sebab nampak macam seronok. Tak ke b***h namanya tu.

Lamunan aku terhenti apabila nombor giliran aku dipanggil. Selain daripada urusan untuk dapatkan surat kebenaran mengeluarkan akaun kedua KWSP, aku jugak ambik kesempatan untuk bertanya lebih lanjut mengenai sistem ujrah yang PTPTN baru je laksanakan untuk peminjam2.




Sistem ujrah atau dengan nama lainnya sistem pinjaman Islam ini disasarkan kepada peminjam yang mendapat pinjaman PTPTN selepas tahun 2008, dengan mengurangkan caj faedah daripada 3% kepada 1%. Apabila peminjam telah ambik keputusan untuk tukar kepada sistem ujrah, perjanjian yang lama akan terbatal dan perjanjian yang baru akan dibuat dengan mengira semula tempoh pembayaran iaitu 10 tahun. Memang sama macam perjanjian lama, tapi yang bagusnya caj faedah dah berkurangan dan tempoh lebih panjang. Contohnya ;

Ali grad tahun = 2008
Tahun yang sepatutnya Ali habis bayar pinjaman = 2018
Caj faedah (kos pentadbiran) = 3%

Tapi oleh kerana Ali masih tak habis2 bayar sebab tak pandai manage kewangan, Ali bercadang untuk tukar pinjamannya kepada sistem ujrah ;

Perjanjian baru (sistem urah) = 2012
Tahun yang sepatutnya Ali habis bayar pinjaman = 2022
Caj faedah (kos pentadbiran) = 1%

Fikir logikla, takkan dah kerja 10 tahun pun tak mampu lagi nak bayar? Ni pulak kalau dah ambik sistem ujrah, tambah lagi 10 tahun, takkan tak boleh habis bayar kot? Nampak benor nipunyer ... beli kereta Honda boleh, takkan bayar PTPTN tak boleh? (sendiri terasa, beb)

Tapi aku punya pinjaman ialah tahun 2002, orang kat PTPTN tu kata takde masalah pun kalau aku nak mohon sistem ujrah ni. Semuanya terpulang pada budi bicara pihak PTPTN lah kan. Nak seribu daya kata orang2 tua.

Antara soalan2 lain yang aku tanya kepada PTPTN ialah adakah aku akan dikenakan potongan gaji apabila aku start je mohon sistem ujrah ni? Orang PTPTN tu kata tidak, tak semestinya. Nak buat potongan gaji boleh, nak buat bayaran sendiri pun boleh. Dengan kata lain, nak bayar selalu bagus, nak bayar sekali sekala pun takpe. Tapi jangan laa sampai tak bayar langsung.

Aku pun mintak jugak orang PTPTN tu check nama aku, dah blacklist ke belum sebab aku cuma bayar 1% je selama ni dari jumlah hutang aku. Orang tu kata belum. PTPTN bukan suka2 hati nak blacklist peminjam, MELAINKAN ;

- Peminjam TAK PERNAH BAYAR LANGSUNG HATTA RM1 sejak habis belajar
- Peminjam tak dapat dikesan (alamat rumah, no. telefon, tempat kerja tak update - MIA)

Satu perkara yang orang Malaysia ramai buat ialah, TAK BACA SYARAT2 PINJAMAN SEBELUM MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN. Kita ni kalau pinjam untuk pelajaran ke, kereta ke, rumah ke, untuk business ke, kita pinjam dengan manusia jugak, bukannya robot atau komputer. Pihak yang beri pinjaman selalunya akan ada budi bicara dengan si peminjam, mampu ke tak nak bayar dalam tempoh sekian2. Sama macam along jugak, depa pun akan bincang kalau si peminjam nak extend tempoh pinjaman. Tapi bunga naik riban2 la .. hehehe.

Bila melihatkan ramai segelintir mahasiswa Melayu yang meroyan golek2 atas jalan sebab nak PTPTN dihapuskan, aku terfikir, depa ni tak tau malu ke, dah pinjam tapi tak nak bayar. Aku gerenti yang meroyan tu ialah golongan pelajar yang pointer depa bukan first class, sebab tu kena bayar balik pinjaman PTPTN.
Bila mai bab hutang2 ni, teringat ustazah cakap, kalau kita tak bayar hutang orang, kat akhirat nanti kita kena bayar hutang orang yang kita berhutang tu dengan pahala kita. Kalau pahala kita tak cukup atau dah zero, kita kena tanggung dosa orang yang beri kita hutang tu. Ya Allah, dosa aku sendiri tak tertanggung, ni nak tanggung dosa orang pulak. Idok le ... so selagi aku berduit ni, aku berniat aku nak bayar la walaupun sikit2, nanti lama2 habislah. Daripada tak bayar langsung kan?

Bila dah bekerja ni, aku tak setuju kalau kerajaan berniat nak hapuskan PTPTN, sebab aku tak nak bayar cukai tinggi semata2 nak tanggung mahasiswa yang belum tentu menjadi. Lagi sakit hati aku kalau duit cukai aku tu untuk tanggung mahasiswa macam Adam Adli tu, tuih! Boleh blah. Sendiri pinjam, sendiri bayar. Kalau rasa tak mampu nak pinjam, buat kerja part time. Ramai je aku tengok yang sanggup kerja part time kat 7 E, panggung wayang dll semata2 nak tanggung duit yuran, elok je, takde yang mati pun. Nak seribu daya. Yang tak nak tu yang terlebih manja. Yang terlebih manja ni lah yang buat aku menyampah.

Dah tau rasa sakit nak bayar hutang PTPTN tu, janganlah duk berlagak kaya. Ni aku tengok, ramai mahasiswa yang biar papa asal bergaya, handset pakai Iphone, guna duit PTPTN beli Ibox, yang perempuan duk shopping sakan, baju, kasut, makeup bagai. Hujung bulan makan maggi.




Nak PTPTN free, boleh. Belajar sungguh2 sampai dapat first class degree, bukan belajar main2 lepas tu duk ikut Anwar berdemo kat jalan raya. Lagi satu aku nak bagitau, kita kalau nak buat seseorang jadi contoh atau role model, kita kena tengok jugak latar belakang orang tu, elok ke pelajaran dia, habis belajar ke tidak. Kalau jadikan Anwar tu sebagai role model mahasiswa, rentikanle .. memang aku akui dia petah berkata2 lagi2 bila nak menipu, tapi kalau pelajaran entah ke mana, tak guna jugak. Mahasiswa Melayu ni kena bersyukurlah sikit bila kuota kemasukan ke IPTA untuk pelajar2 Melayu (Bumiputera) masih kekal 55% hingga ke hari ini. Kalau takde kuota 55% tu, dimanakah kedudukan pelajar2 Melayu hari ini?


Sumber: BUKAN SEKADAR POLITIK




SP: Saja nak share dengan Mahasiswa yang tau dok enjoy je dengan duit ptptN tapi lepas tue takmo bayar

Haram Jadah Punya Penyamun. Meter Air Pun Nak Curi ke? @JDB27 @limlipeng

Posted: 14 May 2012 06:48 PM PDT


Terdesak betullah korang ni kan. Sampai meter air pun korang nak rembat. Menyusahkan orang betul. Tak pasal2 pagi ni takde air. Kejadian kali kedua kecurian meter air di kawasan Apartment Taman Sejahtera. Kejadian berlaku tengah malam tadi dan hanya disedari pagi tadi oleh penduduk di situ.


Banyak sangat kes kecurian di kawasan ni. Kes curi motor, curi kereta, kes pecah rumah, curi minyak motor dan macam2 hal lagi. Apa yang YB Segambut boleh bantu? Takkan nak buat tak tau je kot? Undi nak tapi bila kawasan ada masalah tak datang jengah pun. Double standard ke YB ni?



Mana Nak Parking #HariBeliaNegara2012?

Posted: 14 May 2012 06:30 PM PDT

Anda datang daripada jauh untuk bersama² belia yang lain meraikan Hari Belia Negara (HBN) 2012 nanti tetapi tak tau mana nak parking?

Ni saya sediakan map, kawasan mana yang boleh pembaca sekalian letakkan kenderaan kelak. Pilih je la mana satu kawasan parking yang bersesuaian dan dekat.



Terdapat lebih 23 kawasan parking yang sedia ada dan boleh digunakan untuk orang awam meletakkan kenderaan. Juga daripada 23 kawasan parking tersebut terdapat lebih 4000 buah petak parking. Nak lebih mudah dan senang, car pool je beramai² satu kereta tapi wajib ikut undang² jalan raya yang telah ditetapkan.


Bagi kawasan parking yang jauh daripada kawasan event. Perkhidmatan bas shuttle juga turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.


Kan dah selesai masalah tu.




Untuk mengetahui maklumat serta pelbagai lagi acara yang bakal diadakan di HBN 2012 nanti, jom LIKE & FOLLOW


Jom join Facebook Hari Belia Negara 2012





Jangan lupa follow Twitter Hari Belia Negara 2012





Maklumat lanjut, jom tengok website Hari Belia Negara 2012


Baca selanjutnya di REZQEEN HILL

JOM! Join Perhimpunan Halal #HariBelia2012

Posted: 14 May 2012 05:30 PM PDT


Counting day dah! sambutan meraihkan dan menghargai belia negara semakin dekat. mesti tertanya-tanya apa aktiviti sepanjang 23hb-27hb himpunan tersebut.

SEGMEN BERUNIFORM DALAM HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

Segmen Uniform meliputi persembahan pancaragam, pertunjukan gerak khas, pameran kerjaya, kawad kreatif dan juga pertunjukkan udara. Semua segmen ini akan dijayakan oleh anggota-anggota perajurit negara yang merupakan benteng pertama pertahanan negara. Turut terdapat simulasi dan demontrasi persembahan gerak khas menyelamat tebusan dan lain-lain.

nak tau lagi? jom like Fanpage Himpunan Jutaan Belia

JOM LIKE DAN KLIK UNTUK MENGETAHUI AKTIVITI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

takpun boleh follow kat twitter


FOLLOW HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 DI TWITTER

kalau nak tahu secara detail boleh melawati laman utama himpunan jutaan
belia 2012.

MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN RASMI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

MACAM-MACAM ADA!!!! APA LAGI JOM KITA KE SANA

Jom Tengok @mbnizar Memperbodohkan Dirinya Sendiri

Posted: 14 May 2012 07:50 AM PDT

Nizar mendakwa bahawa beliau telah dengan sengaja singgah ke Ceramah UMNO di Kg Tualang Sekah dan telah menyebabkan penceramah terkedu dan menukar topik kepada isu Ambiga & Anwar TETAPI tahukah anda apa sebenarnya yang berlaku? Jeng! Jeng! Jeng! Jom tengok video kat bawah ni






Sape yang terkedu di situ ye? Nampak beno nipunya. Alahai udah2 le bohongnya Yeop.......Phuiiiiii!!!!



Anda juga boleh baca cerita selanjutnya di BADUT RAKYAT

Gelombang Merah #UMNO66 Buat Cybertroopers Pakatan Haram Gabra

Posted: 14 May 2012 04:49 AM PDT

Menyedari Himpunan BERSIH 3.0 opsssss bukan himpunan tetapi rusuhan BERSIH telah menampakkan impak sangat GAGAL. kemudian diterenjatkan dengan sambutan gah Himpunan ulang tahun UMNO yang sangat berjaya. Perbandingan kedua situasi dah tunjukkan. BERSIH3.0 masuk liang lahad. Cyber trooper dan blogger pakatan mulai panik nak membuat sesuatu mengaibkan UMNO dengan cara paling terbodoh pu3 jumpa. kepanikan mereka menggunakan gambar paling lawak, minah tak cukup kain tapi mampu beli pewarna celup mera. Penyokong pasukan Kelantan semasa Piala FA adalah kebodohan tak sudah-sudahnya.

Perhatikan logo UMNO pada lengan minah bertopeng. logikker logo tu look kemas wlu lengannya terlibat? apasal la ikatan kepala tak bubuh tulisan UMNO. stil used 'kelatan'? sonangje kerana tukang edit tak boleh ubahnya!

tengok betul-betul kedua gambar dalam possing yang sama. ish2...... cyber trooper atau blogger pakatan dh semakin zero kepakaran IQ mereka!

Tengok gambar ini, belum lamakan gambar ini. masih sebati dalam otak sesiapa yang melihatnya sebelum ini. possingpun sebiji. nk edit tambah logo UMNO tang pusat minah tak cuku kain tu? hahahahahahahaha pu3 tergelak sangat melihat gambar ini. siapa yang buat? siapa lagi blogger Milosuam yang sah otaknya tak cukup kapasiti stor yang luas. samalah video sebelum ini!

LAWAKNYA. asyik-asyik buat perbandingan sah pasal jejak calon isteri. setiap kali buat perbaningan sah soal cari bini. Dalam otak budak pkatan ni. part nak mengorat je .Tapi sesiapa yang bija dah tau, memang orang masuk pakatan indiidu yang suka layan nafsu mereka je. takkira nafsu apa, semua main redah.

Satu part menarik perhatian pu3 selain kenapa solat di atas jalan raya sedangkan kedudukan masjid negara dekt sangat dari kawasan himpunan BERSIH nan KOTOR ni. kat hujung gambar tu. Lengan siapa? lelaki ker perempuan? kala perempuan.. apasal solat dengan mendedahkan aurat. hukum mana membenarkan melakukan solat dalam keadaan terdedah seperti itu untuk permpuan. Andai lelaki.. eh? solat dekat dengan perempuan? apa hukumnya lelaki dan perempuan solat satu saf ni? jangan kata tak solat ya, sebab posisi tangan menunjukkan ia sedang solat ya. tengok betul2 tau. sama-samalah ita memikirkan akidah mereka yang solat dalam keadaan meragukan ini.


Akhir sekali untuk artikel ini. bukan mengkritik tapi pu3 nak menasihat. kalau nak hentam UMNO, biarlah bijak. jangan memperbodohkan diri dengan menggunakan kepakaran tak seberap tajam tu nak mempopularkan nama Pakatan yang dah nampak tak sepakatnya!



Baca selanjutnya di PEWARIS ANAK BANGSA

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ERA BARU DEMOKRASI DI MALAYSIA BERMULA.

Posted: 13 May 2012 09:49 PM PDT

Utusan Malaysia Online - Rencana

Posted: 13 May 2012 09:46 PM PDT

Negara berasaskan sistem beraja.

Posted: 13 May 2012 09:42 PM PDT


Negara berasaskan sistem beraja



Demokrasi awal mula diamalkan di kota Athens pada zaman silam di Yunani atau Greece purba dengan warganegaranya secara langsung membuat keputusan pemerintahan.
Di kota dan zaman itu jugalah muncul ahli-ahli falsafah Socrates, yang mengajar muridnya, juga ahli falsafah terkenal Plato. Beliau pula mempunyai seorang murid yang juga ahli falsafah besar, iaitu Aristotle.
Kota Athens tumbang ditawan dan dimusnahkan oleh pesaingnya ketika itu, iaitu Sparta yang mengamalkan sistem pemerintahan ketenteraan dan berakhirlah sistem demokrasi awal dalam kehidupan politik manusia itu.
Tetapi antara banyak-banyak negara dalam Yunani purba itu, muncul sebuah kerajaan yang dianggap berada di pinggiran tamadunnya. Negara itu, Macedonia dipimpin oleh Raja Philip yang mempunyai putera bernama Iskandar. Baginda mengarahkan Iskandar belajar daripada Aristotle mengenai segala perkara yang diketahui.
Setelah kemangkatan Philip, baginda digantikan dengan Raja Iskandar. Baginda memimpin bala tenteranya menawan keseluruhan Yunani. Bukan itu saja, baginda merentas ke timur, menakluki Parsi dan terus hingga ke India. Maka wujudlah kerajaan besar Iskandar Agung yang wilayahnya merentas tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika.
Baginda menubuhkan ibu kotanya di Babylon (sekarang Iraq) dan mengasaskan sebuah kota besar di Mesir purba yang dinamakan Iskandariah. Dalam bahasa Inggeris disebut Alexandria.
Pengaruh Iskandar Agung ini menyerap ke India yang seterusnya budaya serta pemikiran mengenai kerajaannya tentu akhirnya sampai juga ke Asia Tenggara.
Justeru apabila kitab Sejarah Melayu mengisahkan asal usul Raja-Raja Melayu, tentunya dirujukkan kepada Kesultanan Melaka yang mewarisi Kerajaan Seri Wijaya, ia mengisahkan betapa permulaan sistem Raja-Raja Melayu adalah di Bukit Siguntang di Sumatera, atau disebut juga sebagai Seri Andalas.
Maka disebut dalam Sejarah Melayu, asal-usul Raja-Raja Melayu apabila disusur galurkan yang dikisahkan melalui pelbagai mitos adalah daripada Iskandar Agung.
Dalam tradisi Melayu, Iskandar Agung ini juga disebut sebagai Iskandar Zulkarnain, walaupun terdapat pelbagai pertikaian oleh ahli sejarah dan ahli sastera tentang perbezaan antara Iskandar Zulkarnian dan Iskandar Agung.
Antara kisah dalam Sejarah Melayu ialah perjanjian antara Raja dan Datuk Bendahara yang mewakili rakyat. Dari sinilah keluar ungkapan 'Raja adil disembah, Raja zalim disanggah'.
Namun begitu, kerajaan Melayu bermula lebih awal daripada Seri Wijaya. Kerajaan awal muncul di Funan dan kemudian di Champa yang kesemuanya terletak di Indochina sekarang ini. Tamadun Melayu dikatakan bermula di wilayah itu dengan gendang Dongson yang berbentuk bintang berbucu banyak sebagai simbolnya.
Simbol bintang berbucu banyak ini kini dapat diabadikan dalam bendera Jalur Gemilang. MCA juga mengambil bintang berbucu banyak itu sebagai lambangnya.
Jadi ketika kerajaan-kerajaan Melayu itu muncul di wilayah Vietnam dan Kemboja sekarang, di manakah bangsa Vietnam berada? Manusia pelbagai etnik dan kaum bercampur baur baik melalui perkahwinan atau penaklukan dan menghasilkan bangsa baru yang lain.
Tetapi bangsa Vietnam purba pada asalnya hidup di China selatan. Ketika mereka menguasai bahagian dunia itu, China sebagai bangsa dan negara belum dimantapkan.
Maharaja Shih Huang Ti baru hendak menyatukan pelbagai bangsa dan etnik untuk dijadikan satu bangsa berasaskan negaranya sendiri yang bernama Chin. Dalam usahanya itu, baginda ditentang oleh kaum Vietnam purba yang berada di China selatan.
diperluaskan
Hanya setelah membina pelbagai terusan bagi membawa bekalan untuk bala tenteranya, maka China dapat diperluaskan dan menawan wilayah Vietnam purba. Bangsa Vietnam purba pula terdesak dan lari ke selatan membawa sekali kerajaan-kerajaan mereka.
Maka menghala ke selatan, sudah tentu mereka bertempur dan menakluki bangsa-bangsa Funan, Champa, Khmer dan lain-lain, termasuklah bangsa Melayu purba.
Kerajaan-kerajaan Melayu purba ini turut bergerak ke selatan memindahkan kerajaan-kerajaan mereka ke Kemboja, Vietnam Selatan hinggalah ke Pattani dan Semenanjung Melayu.
Di situ, mereka bertembung pula dengan kerajaan Ayuthaya yang sedang memantapkan kerajaan Siam di mana ia mahu menguasai keseluruhan semenanjung Asia Tenggara hingga ke selatan iaitu Temasik.
Kemunculan Parameswara sebagai pewaris kepada Seri Wijaya kemudian mengembalikan negeri-negeri Melayu, daripada Temasik hinggalah ke Pattani untuk berada di bawah Kesultanan Melaka. Pengaruh kesultanan ini juga sampai ke Brunei dan Sulu.
Keupayaan Kesultanan Melaka dapat menapak di mercu tertingginya berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah dengan Tun Perak menjadi Bendahara dan Hang Tuah sebagai Laksamana.
Kebijaksanaan diplomasi juga menyumbang kepada kejayaan ini apabila Melaka mengadakan hubungan persahabatan dengan China, pimpinan Dinasti Ming yang di dalamnya terdapat pengaruh Islam yang kuat.
Maka pada zaman itu, daripada Istanbul di Barat hinggalah ke Zaytun di Timur, baik melalui laluan sutera mahu pun bahtera, sebahagian besar dunia ditadbir dan dipimpin oleh kerajaan-kerajaan Islam dengan sokongan sekutu-sekutunya termasuk kerajaan China. Laksamana Cheng Ho memainkan peranan penting dalam mewujudkan tata kuasa dunia itu.
Tetapi tidak ada kerajaan yang dapat bertahan selama-lamanya. Dinasti Ming tumbang, begitu juga dengan Kesultanan Melaka, Kerajaan Moghul di India dan juga Khalifah Uthmaniah di Istanbul.
Kuasa-kuasa baru Eropah muncul dan yang terbesar datangnya dari England. Negara kecil ini mendapat manfaat daripada kesedaran tamadun yang dinamakan Enlightenment yang asalnya datang daripada Yunani melalui Renaissance di Itali yang muncul melalui kajian-kajian pemikiran Yunani tersimpan oleh para cendekiawan Islam.
Akhirnya Perang Salib membuka ruang pemikiran Yunani yang dikaji oleh cendekiawan Islam kepada orang Eropah. Antara pemikiran inilah yang membawa kebangkitan kaum bangsawan di England untuk mengehadkan kuasa raja melalui piagam yang disebut Magna Carta.
Daripada situ, idea sistem politik yang berasaskan rakyat berkembang. Fahaman demokrasi yang pernah dilaksanakan di Athens akhirnya dimunculkan semula dalam bentuk Raja Berperlembagaan Inggeris. Maka Parlimen England dikenali sebagai "ibu kepada parlimen".
Demokrasi moden mula berputik. House of Lords atau Dewan Bangsawan dan House of Commons atau Dewan Orang Ramai mula merintis kepada kaedah demokrasi moden.
Tentu pada awalnya, sistem Raja Berperlembagaan ini memperlihatkan kesukaran hubungan antara raja dengan Parlimen serta juga dengan Perdana Menteri yang dipilih Parlimen untuk menasihati raja.
Walaupun raja tidak mencampuri urusan politik dan pemerintahan, tetapi pengaruhnya tetap ada dan berbeza-beza mengikut personaliti dan zaman masing-masing.
Maka semasa pemerintahan Queen Victoria, baginda memperoleh pula seorang Perdana Menteri yang juga hebat, Benjamin Disraeli. Pada zaman ini, empayar British terbentang paling luas hinggakan Victoria diisytiharkan juga sebagai Maharani India.
Ternyata sistem raja-raja India sudah tumbang apabila negara itu dijajah sepenuhnya oleh British.
Di China pula, Dinasti Ching yang memerintah berada di penghujungnya. China sedang diancam oleh penjajah-penjajah, iaitu Rusia, Jepun, Jerman, Britain dan Perancis, masing-masing mahu membahagi-bahagikan negara itu.
Britain berjaya menguasai Hong Kong walaupun dalam bentuk pajakan dengan janji perlu dikembalikan pada tahun 1997. Keupayaan Britain memerintah empayarnya yang luas bertunggakkan pada pelabuhan-pelabuhan strategik yang dikuasai.
Dari London, Gibraltar, Port Said, Aden, Bombay, Colombo, Pulau Pinang, Singapura hinggalah Hong Kong berada di bawah kekuasaannya.
Pentadbiran India yang berpusat di Calcutta juga turut mentadbir Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang, Seberang Perai, Dinding, Melaka dan Singapura.
Walaupun Britain menguasai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di Semenanjung Tanah Melayu, tetapi kedaulatan masih tetap dipegang oleh Raja-Raja Melayu.
berdaulat
Pada kurun ke-19, negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis masih berdaulat walaupun kekuasaan di luar daripada hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu sudah berada di tangan Inggeris. Namun begitu, pengaruh Raja-Raja Melayu masih besar termasuk dalam soal tanah.
Maka dari satu segi, pada zaman penjajahan British, sistem beraja yang diamalkan di negeri-negeri Melayu bersifat Raja Berperlembagaan walaupun yang menguasai pemerintahan bukannya rakyat tetapi penjajah.
Perkara yang sama juga berlaku di banyak tempat di Hindia Timur Belanda yang kemudiannya menjadi Indonesia. Di Thailand pula, berlaku gerakan untuk mewujudkan Raja Berperlembagaan, tetapi ia tidak datang dari rakyat, tetapi pihak tentera.
Sementara di Jepun, maharajanya juga berdaulat tetapi kekuasaan sebenarnya terletak pada pihak yang menguasai tentera. Golongan tentera inilah kemudian merubah politik Asia termasuk Malaysia.
Dalam perang Dunia Kedua, Jepun berazam untuk menguasai keseluruhan Asia Timur melalui gagasan Kemakmuran Asia Timur Raya dengan Tokyo memerintah keseluruhan China, Asia Tenggara, India dan kepulauan Pasifik sehingga Australia.
Mereka gagal dan apabila Amerika Syarikat menakluk Jepun, mereka menimbangkan sama ada untuk menghapuskan institusi maharaja atau tidak. Akhirnya mereka membuat keputusan memperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan institusi maharaja dikekalkan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Britain memberikan kemerdekaan kepada India dengan menggubal sebuah perlembagaan yang begitu kompleks.
Pada mulanya cadangan yang diutarakan ialah untuk menubuhkan sistem Raja Berperlembagaan di India dengan Ratu atau Raja England menjadi Maharaja India sebagai mewarisi Queen Victoria.
Sistemnya adalah seperti Australia dan Kanada di mana ketua negara dipegang oleh Raja England dengan diwakili oleh Gabenor-Jeneral. Tetapi kemudian perkara ini ditentang dan India menjadi republik dengan presiden tanpa kuasa eksekutif seperti Raja Berperlembagaan.
Di Tanah Melayu, pada mulanya dicadangkan penubuhan Malayan Union dengan menghapuskan sistem beraja. tetapi akibat bantahan orang Melayu dan ancaman komunis, Britain bersetuju menubuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen bagi Tanah Melayu.
Untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, maka diambil perlembagaan India sebagai rujukan. Oleh kerana sudah ada sistem beraja di negara ini, maka dengan mudahnya diambil cadangan Tunku Abdul Rahman supaya sistem Raja Berperlembagaan yang unik di dunia, iaitu melalui Majlis Raja-raja.
Keindahan sistem Raja Berperlembagaan Malaysia ini diterima baik dan tidak pernah dipertikaikan, malah kedaulatannya diperluaskan kepada semua Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka yang sebelum itu tidak dinaungi oleh mana-mana raja.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Pinang dan Melaka. Bukan itu saja, semasa penubuhan awal Malaysia, dengan mudah sistem Raja Berperlembagaan ini dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dan kedaulatannya meliputi Singapura, Sarawak dan Sabah.
Keagungan dan kejayaan sistem ini bergantung kepada rakyat negara ini sendiri. Ia merupakan sistem yang unik, penuh warisan dan berkesan. Tetapi untuk menjayakannya, rakyat tanpa mengira kaum wajar sama-sama berusaha untuk mendokongnya supaya negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dapat berfungsi dengan lebih baik. Ingatlah bahawa kehidupan bernegara memerlukan keseimbangan.

MALAYSIA MILIK SEMUA MAKHLUK.

Posted: 13 May 2012 09:36 PM PDT


Negara ini milik semua makhluk

Berkelahilah parti-parti politik di negara ini untuk mendapatkan secebis kuasa yang boleh diperolehi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Rakyat negara ini tidak wajar gusar melihat perkelahian mereka. Itu adalah rencam kehidupan bernegara. Adalah lebih baik mereka berkelahi secara undang-undang dan politik dengan menggunakan sistem demokrasi seperti yang dipersetujui dalam perlembagaan.

Pada zaman pra-demokrasi, perkelahian antara kuasa-kuasa politik yang bertentangan adalah lebih menakutkan. Pasti mereka berbunuhan sesama sendiri, pemberontakan yang menggunakan senjata, penderaan dan kematian yang akhirnya menyusahkan rakyat.

Justeru, bersyukurlah bahawa rakyat negara ini pada masa sekarang hidup dalam zaman moden yang mengamalkan sistem demokrasi. Sesiapa bebas bersuara dan mengatur langkah politik tanpa takut terjerumus ke dalam peperangan.

Kini negara ini mempunyai pilihan raya, mahkamah, parlimen dan institusi-institusi negara yang bertamadun. Persaingan antara parti politik adalah suatu yang bukan saja lumrah tetapi perlu dihargai dengan semarak keberagaman pandangan dan perspektif.

Di mana pun pandangan seseorang tentang politik, kesemuanya adalah warganegara Malaysia yang sama-sama hidup, mencari makan dan membiak dalam negara yang permai ini. Dalam hal ini, rakyat Malaysia wajar berbaik sangka terhadap semua ahli politik.

Mereka harus dipandang sebagai golongan yang berniat ikhlas untuk melakukan apa yang terbaik bagi rakyat dan negara ini. Tentu terdapat perbezaan pendekatan dan perwatakan dalam berpolitik. Tetapi itu adalah sebahagian daripada keanekaragaman manusia.

Sudah tentu ahli-ahli politik seperti manusia yang lain bukannya maksum. Maafkanlah mereka jika berlaku kesilapan dan semua rakyat Malaysia yang layak pastinya mempunyai satu undi untuk memilih wakilnya di Dewan Rakyat. Bagi mereka yang tidak tinggal di Wilayah Persekutuan, mereka memiliki satu lagi undi untuk digunakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri.

Memang benar Malaysia yang permai ini adalah milik kesemua warga negaranya, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Tidak kira penyokong parti apa pun, semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah Perlembagaan Malaysia.

Sementara perlembagaan ini pula dilindungi oleh Raja-raja Melayu, yang bukan saja raja bagi orang Melayu, tetapi adalah ketua negara dan ketua negeri bagi semua rakyat Malaysia dan negeri masing-masing.

Sungguhpun begitu, dalam negara Malaysia ini bukan saja terdapat warganya. Di dalamnya juga terdapat pendatang-pendatang, baik dengan izin atau tanpa izin yang mencari rezeki daripada bumi bertuah ini.

Para pendatang ini juga mempunyai hak mereka seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang dan perjanjian antara bangsa. Kalau tidak kerana kemakmuran negara ini, tidaklah para pendatang itu hendak mencari rezeki di sini. Dan kalau tidak mereka susah tidaklah juga mereka mahu meninggalkan kampung halaman. Dan jika rakyat negara ini tidak memerlukan mereka, tidak juga mereka mahu ke sini.

Maka apabila disebut penduduk Malaysia, ia tidaklah hanya merujuk kepada rakyat negara ini. Ia turut merangkumi semua manusia yang tinggal di negara ini. Itu maksudnya dengan penduduk Malaysia. Mereka adalah yang duduk di negara ini.

Maka kehadiran para pendatang ini memeriahkan lagi negara ini. Kini selain daripada rakyat Malaysia, maka dapat dilihat orang Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Nepal, Nigeria dan sebagainya. Maka sudah tentu mereka juga menjadi tanggungjawab sesiapa yang memegang kuasa di negara ini untuk memastikan kesemua penduduk berada dalam keadaan kenyang dan selesa.

Selain daripada manusia, terdapat makhluk lain yang turut menjadi penduduk negara ini. Mereka adalah pelbagai haiwan dan tumbuhan di negara tropika ini. Kalau hendak dikirakan manusia pun adalah haiwan. Tetapi Malaysia ini bukan saja milik rakyatnya tetapi juga semua fauna dan flora yang hidup di negara ini.

Para fauna dan flora itu bukan saja menyerikan lagi bumi Malaysia tetapi juga membolehkan rakyat negara ini hidup, memperoleh makanan dan mendapatkan rezeki.

Kalau tidak kerana rupa bumi Malaysia yang sebegini rupa, tidaklah mahu para haiwan dan tumbuhan berada di sini. Bumi subur dan rupa bentuk geografi yang selesa untuk menaungi haiwan dan tumbuhan ini menyebabkan banyaklah spesies mahu menjadikan Malaysia sebagai kediaman mereka.

Sebab itu dalam jata negara, tidak ketinggalan diabadikan kehadiran fauna dan flora ini. Dua ekor harimau dan sekuntum bunga raya merupakan simbol negara untuk mengingati manusia bahawa Malaysia juga adalah milik haiwan dan tumbuhan.

Maka kesemua ini adalah sebahagian daripada kekayaan Malaysia yang patut diraikan bersama secara aman dan meriah. Ketika mana melihat perkelahian antara parti politik manusia, maka sekali-kali fikirkan juga bahawa Malaysia bukanlah semata-mata terdiri daripada para pengundi yang wajar hatinya dimenangi. Banyak lagi makhluk yang terdapat di Malaysia ini.

Selain itu, kalau menurut kepercayaan kebanyakan orang Melayu, di Malaysia ini terutama di hutan-hutan, terdapat makhluk halus, hantu dan jembalang, orang bunian dan pelbagai saka. Mereka juga merupakan khazanah dan penduduk negara ini.

Walaupun makhluk-makhluk ini hanya berada dalam minda orang Melayu, tetapi apa yang terkandung dalam otak penduduk negara ini adalah juga sebahagian daripada Malaysia.

Bertambah meriahlah negara permai yang bernama Malaysia ini. Akhirnya, apalah kewujudan manusia kalau tidak apa yang ada dalam mindanya. Daripada memori, emosi dan imaginasi, itulah juga apa yang disebut sebagai pengalaman politik

BENARKAH UMNO PARTI KERAMAT ?

Posted: 13 May 2012 09:29 PM PDT


BUAT TATAPAN AHLI DAN ORANG UMNO......BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT.

SEJARAH parti keramat ini pada 11 Mei diraikan semula tahun ini di usia 66 tahun. Umur yang dikira amat matang dan dewasa. Bagi pembangkang mereka melihat umur UMNO ini adalah saat-saat yang menanti detik kematian.

Saya asalnya bukan pendokong UMNO, malah jauh dari itu pernah menyokong Pas bermatian-matian hanya kerana Anwar Ibrahim sekitar 1998 hingga 2003.

 Ketika dalam kesesatan menyokong perjuangan 'bodoh' bersama Pas, saya mula nampak 'kehebatan' UMNO.

Dari kebencian yang meluap-luap terhadap UMNO, saya mula mengkaji kenapa UMNO dikatakan parti keramat. Pembangkang berjaya menanam rasa kebencian yang amat mendalam saya terhadap UMNO dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Malah saya pernah mengangkat kaki di peti televisyen ketika gambar beliau disiarkan.

Ketika pengumuman peletakan jawatan Dr. Mahathir yang saya benci, saya menangis teresak-esak di hadapan televisyen. Saya bertanya kenapa ia berlaku kepada saya ketika itu. Tentu ada sesuatu yang hebat dalam diri pemimpin UMNO itu.

Saya menemui banyak jawapan yang menyebabkan saya tidak akan berpaling dari menyokong UMNO sehingga ke akhir hayat saya. UMNO tidak menjanjikan syurga untuk saya, tetapi saya yakin menyokong Pas akan mengundang saya ke api neraka.

Namun saya masih lagi tertanya, kenapa UMNO 'lemah' sedangkan sepatutnya parti ini wajar memiliki ahli yang sanggup berjihad mempertahankannya.

Kenapa ahli UMNO perlu menunggu arahan dalam meniup obor perjuangan.

Saya melihat kelemahan ahli dan pemimpin tertentu untuk menyedari peranan mereka. Pemimpin harus berupaya menyedarkan situasi cemas dan sentiasa sanggup bersedia berjuang dan berjihad memastikan kemenangan UMNO/ BN di kawasan masing-masing. Keadaan yang mendesak ini perlu dijadikan semangat untuk bangkit dan bergerak cergas dalam masa-masa kritikal menjelang PRU-13.

Saya masih teringat wawancara bersama Tun Dr. Mahathir di akhbar Mingguan Malaysia pada 20 November 2011. Apa yang boleh disimpulkan dari komen Tun tentang UMNO dan kepimpinannya terlalu bernas, tepat dan hampir sukar untuk dinafikan. Tun serta banyak pihak bercakap isu ini kerana sedar apa yang berlaku atas sebab sayang dan kasih terhadap UMNO yang menjadi payung kepada agama Islam, kekuatan bangsa Melayu dan tunggak kesejahteraan negara.

Soalnya, kenapa UMNO masih gagal meyakinkan golongan atas pagar dan gagal menarik ahli parti pembangkang yang sekarang sebenarnya dalam keadaan caca-merba dan tersangat keliru? 

Kenapa penyokong Pas atau PKR tidak berduyun-duyun menyertai UMNO seperti mana tahun 1998/99 ketika UMNO pernah ditimpa prasangka buruk, hingga ramai ahlinya yang menyertai pembangkang?

Kenapa strategi UMNO/BN sering gagal dan tidak menjadi? Malah kebanyakan masyarakat melihat seolah-olah hanya Perdana Menteri dan Timbalannya yang bertungkus-lumus meyakinkan rakyat tentang jasa dan sumbangan UMNO/BN. Ke mana hilangnya peranan Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Penerangan sayap-sayap UMNO empat peringkat juga Ketua Cawangan?

Susah sangatkah mereka untuk merancang gerak kerja mendekati golongan pembangkang tegar dan atas pagar agar terbuka minda menyokong UMNO/BN. Malah amatlah malang bagi saya apabila melihat hampir semua program UMNO adalah untuk ahli UMNO dan penyokong tegar parti ini sahaja dan dilaksanakan di tempat tertutup. Apa yang sering UMNO anjurkan adalah lawatan, aktiviti sukan dan aktiviti rutin yang langsung tidak menjana ahli baru menyokong parti ini.

Sebagai bekas penyokong pembangkang, saya melihat sebilangan besar kepimpinan UMNO kurang berfikir di luar kotak. Mereka hanya menjaga ahli yang setia dan manja. UMNO tidak berani melakukan apa yang menjadi strategi pembangkang seperti ceramah terbuka berskala besar berbekalkan speaker dan corong suara yang boleh didengar dari jauh.

Pembangkang juga telah lama giat mengedar risalah yang mendedahkan keburukan dan fitnah terhadap kerajaan BN di kampung-kampung dengan kerajinan jentera mereka.

Kempen pembangkang cukup mudah dan murah!. Mereka hanya berbekalkan konsep ceramah terbuka di padang dengan kos yang minimum tetapi mampu menarik beribu orang dan menyokong mereka. Dakyah mereka meresap masuk dengan mudah kepada sesiapa sahaja yang hadir jika apa yang didengar itu tidak ditapis secara hikmah.

Bukti dan hasilnya, mereka mengekalkan kuasa di Kelantan selama 21 tahun sekalipun tiada kemajuan dan kemakmuran dapat dibuktikan. Mereka mampu pula menawan empat negeri lain dalam PRU-12 dan bertapak melalui markas parti di hampir semua negeri yang dahulunya tidak terbayang boleh dilakukan berbekalkan strategi yang saya nyatakan.

Mengapa usaha seperti yang dinyatakan ini tidak difokuskan dan kurang dilaksanakan di peringkat bahagian. Kalau dilaksanakan pun, promosi dan aktiviti ceramah ini tidak didedahkan secara agresif hingga tidak ramai yang hadir dan terlalu protokol. Malah tugas semudah membuat salinan artikel pun sebenarnya boleh digerakkan oleh jentera Penerangan Bahagian mengenai isu semasa yang memihak kepada kerajaan.

Namun malang, ia juga 'tidak mampu' difikirkan oleh mereka mungkin disebabkan kos fotostat lebih mahal dari kos menganjurkan program besar-besaran. Malah banyak program lebih mahu menonjolkan diri untuk menjadi 'calon pilihan' bukan untuk 'niat perjuangan'.

Berdasarkan pemerhatian, ahli UMNO amat kurang membaca dan tidak bersedia mengorbankan RM1.50 untuk menyokong akhbar Utusan Malaysia. Kalaulah perkara ini boleh diberi perhatian oleh kepimpinan Bahagian dan Cawangan pasti mereka mendapat banyak input dengan hanya kos RM5 seminggu untuk membuat salinan tulisan- tulisan dalam akhbar Utusan seperti tulisan Zaini Hassan dalam CUIT yang mampu disebarluaskan di cawangan masing-masing.

Perang saraf boleh digerakkan oleh Ketua Cawangan dengan pelbagai kaedah mudah dan murah. Jika tugas seperti ini pun tidak mampu lagi dilaksanakan mereka maka saya bimbang UMNO akan terus layu dan mati sebelum waktunya. Semangat jihad dan kerja keras golongan lelaki dalam parti ini juga semakin kurang. Apakah pendokong parti keramat ini akan bersedia menerima nasib parti-parti besar lain seperti Golkar (Indonesia), LDP (Jepun) dan Kongres (India) yang pernah berjasa kepada negara bangsa mereka?

Saya bimbang masa sudah terlalu lewat dan ketika itu UMNO sudah terlalu nazak. Sebelum nasi menjadi bubur dan sebelum UMNO yang berjasa ini ditalkinkan, mungkinkah sebilangan besar ahli dan pemimpinnya yang masih bersikap 'bodoh sombong' mahu berubah dalam masa kecederaan?

Apakah UMNO mengharapkan keajaiban 'sepakan penalti' dalam masa kecederaan dan bergantung kepada kekuatan 'calon boleh menang' sahaja seperti mana Harimau Muda bergantung sepenuhnya kepada Khairul Fahmi (Apek) untuk menyelamatkan maruah negara dan gawang golnya?

Pendokong UMNO tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata tanpa giat berusaha. UMNO berada di dalam gelanggang sendiri tetapi seolah-olah bermain di stadium milik lawan. Harimau Muda telah dipersiapkan oleh jurulatihnya untuk menghadapi segala tekanan, tetapi jurulatih atau pemimpin UMNO kelihatan masih gagal menguruskan mental dan sikap kerjasama pasukan sedangkan gelombang perang PRU 13 mula sudah kedengaran.

Tiada salahnya untuk UMNO mencontohi pembangkang dalam gerak kerja mereka. Kita tahu dan kita sedar akan malapetaka besar jika pakatan pembangkang menjadi pemerintah. Untuk menang selesa, lakukanlah perubahan dan percaturan strategi yang berbeza. Usahakan amalan solat hajat dan munajat di semua UMNO Bahagian agar Allah SWT membantu UMNO dan kepimpinannya di saat begini.

Sedarlah bahawa anda berada di dalam sebuah parti yang ikhlas, betul dan benar dalam asas perjuangannya. Parti yang anda dokong ini benar-benar berjasa kepada seluruh bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Jika saya yang pernah menyokong pembangkang melihat kehebatan UMNO dan jasa-jasanya, mengapa sebilangan besar ahlinya tidak menjiwai semangat perjuangan yang menjadi nadi UMNO.

Justeru jangan ragu-ragu berjihad dan berkorban kerana parti keramat UMNO ini adalah 'alat dan senjata utama' mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam, mengangkat martabat bangsa Melayu dan maruah negara Malaysia.

Oleh LUKMAN MOIDIN
PENULIS ialah Kaunselor Berdaftar & Perunding Motivasi.

BERGANDING BAHU...

Posted: 13 May 2012 09:10 PM PDT


UMNO berganding bahu redah cabaran, hadapi kerenah pembangkang

ENAM puluh enam tahun usia UMNO yang disambut semalam membawa erti yang amat signifikan buat tonggak Barisan Nasional itu.

Meskipun 'dihambat 'dan cuba dinafikan peranannya oleh pembangkang sejak 2008 dan tambah agresif lagi beberapa bulan ini dalam memacu ekonomi dan kestabilan negara, UMNO yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakan-rakan parti komponennya terus berganding bahu meredah cabaran domestik dan global.

Hakikatnya bukan mudah mengetuai kerajaan Malaysia yang tersedia aman dari segala segi. Kalau memimpin sebuah negara yang bergolak, pasti ada cara tertentu yang dipraktiskan kerana sudah tentulah ada isunya - peperangan.

Tetapi Malaysia, senarionya aman, tenteram dan memiliki segalanya. Namun kerajaannya sentiasa 'tidak menang tangan' melayan gelagat dan kerenah parti-parti pembangkangnya yang amat gemar mengadu- domba sesuatu isu dengan tipu muslihat yang amat kejami. 


Jika sesuatu itu benar dan terbukti sahih sekali pun tetap akan dinafikan sehingga mereka pasti tipu daya itu telah 'bersarang' dalam kalangan segelintir rakyat.

Isu loji nadir bumi Lynas di Gebeng antara satu contoh nyata pembohongan pembangkang yang cuba menidakkan kebenaran. Lebih membimbangkan lagi secara halus cuba menyekat usaha negara untuk memastikan kemantapan ekonomi rakyatnya dan mengharungi persaingan global.

Walaupun laporan IAEA memperaku analisis komprehensif mengenai aspek alam sekitar, kesihatan dan keselamatan berkaitan projek Lynas, ia tetap ditolak oleh pembangkang seolah-olah mereka 'mengetahui segala-galanya'.

Cuma dalam soal ini, rakyat Malaysia perlu realistik. Tahun-tahun kebelakangan ini telah menyaksikan pengiktirafan terhadap ciri-ciri unik unsur nadir bumi dalam aplikasi-aplikasi tertentu. Kesannya, permintaan global untuk nadir bumi dalam magnet, bateri, superkonduktor dan laser, telah menyaksikan kenaikan yang mendadak.

Dan walaupun endapan nadir bumi telah dijumpai di 29 negara di seluruh dunia, hanya China muncul sebagai negara yang memberi perhatian serius dalam perlombongan dan penghasilan nadir bumi.


Negara itu kini yang memiliki 100 syarikat dalam industri ini yang menghasilkan 230,000 tan nadir bumi sekali gus membekalkan 97 peratus daripada permintaan bahan itu ke seluruh dunia.

Dalam isu ini, Kuala Lumpur diperakui oleh Akademi Sains Malaysia dalam laporannya mempunyai 0.03 peratus daripada simpanan dunia bagi mineral nadir bumi.

"Kami menjangkakan pembangunan perlombongan dan pemprosesan nadir bumi boleh menjadi titik kebangkitan industri perlombongan negara ini," menurut laporan itu yang diterbitkan pada Ogos 2011.

Inilah antara cabaran yang perlu dipikul oleh UMNO dan parti-parti komponen yang ditunjanginya - untuk melayan kerenah pembangkang yang matlamatnya bukan untuk melihat rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dari hasil buminya, malah jauh dari itu menidakkan fakta dan berbohong pula.

Dan, kalau ditinjau ke isu-isu tempatan atau domestik, demikianlah juga keadaannya - tetap menjadi 'mainan dan muslihat' pembangkang.

Di Putrajaya ketika satu pihak menabur budi, di sebelah sana pula lagi sibuk dengan menyebar dakyah.

Ketika setiap Jumaat satu pihak ini menghantar air zam-zam ke surau dan masjid di Pusat Pentadbiran Persekutuan itu, sebelah pihak lain bergegaslah pula ke rumah-rumah berdekatan. 


Khabarnya, pihak itu mengedarkan akhbar 'lidah rasmi' mereka. Meskipun bacaan hanya untuk ahli, tak diambil hirau mereka. Dengan tidak ketahuan sumber dan bahan berita daripada mana, taktik itu merupakan jalan pintas 'paling berkesan' untuk 'menawan' Putrajaya.

Jika pada 2008 jumlah pengundi di Putrajaya cuma sekitar 6,500 orang, kali ini menjelang PRU-13 ia naik sekali ganda mencecah 13,000 orang. UMNO di pusat pentadbiran itu memiliki keahlian sekitar 3,000 orang dengan 2,000 lagi sedang dalam proses permohonan. Kalau dicampurkan baru 5,000 ahli. Ditolak 13,000 tadi, masih berbaki 8,000 yang belum pasti haluan undinya - masih atas pagar.

UMNO menyedari semua itu - bahawa Putrajaya kini tidak seperti pada 2008 apatah lagi pada 2004. Putrajaya kini sama lanskap politiknya dengan bandar-bandar besar lain - Kuala Lumpur, George Town, Shah Alam, Kuching dan lainnya. Masalah dari segi penyediaan prasarana dan kemudahan di Putrajaya tidak ada, kegiatan jenayah jauh sekali kes yang hendak dihitung, apa lagi kalau kes kemalangan jalan raya yang boleh dikiralah - kadang-kala sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.


Dan kalau adapun hanyalah kemalangan kecil tetapi akan muncullah nanti kelibat ramai anggota polis trafiknya.

Dengan pasukan keselamatan sendiri mengawal banyak kementerian di situ, maka wujud kediaman yang selamat, hatta berjogging di malam hari pun selesa.

Kalau itulah analogi yang dipegang, maka selamatlah kerusi Putrajaya di tangan BN. Namun UMNO dikatakan lebih realistik. UMNO sedar faktor sentimen sebenarnya lebih penting dari semua itu. Kalau tidak, masakan di bandar-bandar besar yang boleh dikatakan tidak ada masalah asas pun, BN boleh kecundang.

Projek Lynas dan kegiatan menyebar dakyah ke rumah-rumah selain faktor sentimen dan persepsi, merupakan cabaran domestik dan global yang perlu dipikul UMNO memasuki usia 66 tahunnya.

Najib memerlukan komitmen ini untuk mendepani cabaran-cabaran berkenaan. Beliau menuntut kerjasama ini daripada semua pihak terutama kalangan parti-parti komponen BN.

UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO SEMPENA UMNO 66 TAHUN.

Posted: 13 May 2012 09:06 PM PDT

Pengikut