Puteri Bahagian Segambut |
- Lahabau #Bershit kurang Ajar Dengan PM @NajibRazak
- FAKTA Tentang PTPTN Yang Mahasiswa Banyak Tak Tau
- Haram Jadah Punya Penyamun. Meter Air Pun Nak Curi ke? @JDB27 @limlipeng
- Mana Nak Parking #HariBeliaNegara2012?
- JOM! Join Perhimpunan Halal #HariBelia2012
- Jom Tengok @mbnizar Memperbodohkan Dirinya Sendiri
- Gelombang Merah #UMNO66 Buat Cybertroopers Pakatan Haram Gabra
Lahabau #Bershit kurang Ajar Dengan PM @NajibRazak Posted: 14 May 2012 10:30 PM PDT SP nak share video berkenaan puak Bershit yang kurang ajar sewaktu lawatan PM di London. Ini ke contoh sikap orang Malaysia yang terkenal kaya dengan budi bahasa? Memalukan tapi apa nak diherankan memang puak2 ni tak tau adab dan sememangnya kurang ajar. SP nak suggestkan kepada PM agar taraf warganegara mereka tue dilucutkan aje sebab SP rasa mereka lebih suka menjadi warganegara Britian. Lebih sesuai dengan cara mereka yang kurang ajar dan biadap. Tambahan lagi mereka ni kan suka berdemo jadi memang amat sesuai mereka ni dengan budaya orang2 kat sana yang memang suka berdemo. | ||||||||
FAKTA Tentang PTPTN Yang Mahasiswa Banyak Tak Tau Posted: 14 May 2012 08:30 PM PDT Aku baru2 ni pergi ke PTPTN untuk dapatkan surat kebenaran mengeluarkan duit dari akaun kedua KWSP, untuk langsaikan hutang belajar aku. Semasa menunggu giliran, aku teringatkan ada sorang abang kat tempat kerja aku ni penyokong tegar PAS. Semua usaha2 kerajaan dia pertikaikan, itu tak kena, ini tak kena. Orang FELDA dapat durian runtuh, dia tuduh kerajaan akan jual tanah la, rakyat dapat duit BR1M pun dia tuduh kerajaan nak ambik hati rakyatlah. Seolah2 dia saja yang betul, dia sorang je baik. Bila melihatkan prestasi dia kat tempat kerja yang maintain je tak naik2, dan sikap dia yang memang suka komplen kawan2 sekerja lain especially bos, so aku tak heranlah bila dia duk komplen apa jua yang kerajaan buat untuk rakyat - semua bagi dia salah. Hari tu, ada member sekerja kitorang ni dapat khabar gembira sebab dia tak payah bayar hutang PTPTN dia sebab dia dapat ijazah kelas pertama. Abang yang menyokong PAS tu buat muka kehairanan bila dengar member kitorang ni tak payah bayar hutang PTPTN, lalu dia pun tanya la, "Bila kerajaan kata orang yang dapat first degree ni tak payah bayar PTPTN? Baru lagi ke?" Pada sangkaan aku, mesti dia nak cakap yang kerajaan baru je buat peraturan ni sebab nak PRU. So aku cepat2 la menyampuk dan bagi fakta aku, " Dah lama dah. Ramai orang Melayu tak tau sebab 3 ribu orang je tak payah bayar, orang Cina 11 ribu orang". Aku tengok muka abang penyokong PAS tu dah terkulat2 bila dengar ayat aku "ramai orang Melayu tak tau" tu. Nasib baik aku tak cakap "Ramai Melayu PAS yang tak tau". Nanti sentap pulak kan. Sebab tulah aku kata, kebanyakan penyokong PAS ni tak tau apa yang diorang bencikan. Tak tau sebenarnya apa yang diorang tak suka. Kita kalau tak suka sesuatu, kita mesti tau la apa yang kita tak suka tu, bukan duk ikut orang je. Orang lain duk golek atas jalan, kita pun ikut sekali sebab nampak macam seronok. Tak ke b***h namanya tu. Lamunan aku terhenti apabila nombor giliran aku dipanggil. Selain daripada urusan untuk dapatkan surat kebenaran mengeluarkan akaun kedua KWSP, aku jugak ambik kesempatan untuk bertanya lebih lanjut mengenai sistem ujrah yang PTPTN baru je laksanakan untuk peminjam2. Sistem ujrah atau dengan nama lainnya sistem pinjaman Islam ini disasarkan kepada peminjam yang mendapat pinjaman PTPTN selepas tahun 2008, dengan mengurangkan caj faedah daripada 3% kepada 1%. Apabila peminjam telah ambik keputusan untuk tukar kepada sistem ujrah, perjanjian yang lama akan terbatal dan perjanjian yang baru akan dibuat dengan mengira semula tempoh pembayaran iaitu 10 tahun. Memang sama macam perjanjian lama, tapi yang bagusnya caj faedah dah berkurangan dan tempoh lebih panjang. Contohnya ; Ali grad tahun = 2008 Tahun yang sepatutnya Ali habis bayar pinjaman = 2018 Caj faedah (kos pentadbiran) = 3% Tapi oleh kerana Ali masih tak habis2 bayar sebab tak pandai manage kewangan, Ali bercadang untuk tukar pinjamannya kepada sistem ujrah ; Perjanjian baru (sistem urah) = 2012 Tahun yang sepatutnya Ali habis bayar pinjaman = 2022 Caj faedah (kos pentadbiran) = 1% Fikir logikla, takkan dah kerja 10 tahun pun tak mampu lagi nak bayar? Ni pulak kalau dah ambik sistem ujrah, tambah lagi 10 tahun, takkan tak boleh habis bayar kot? Nampak benor nipunyer ... beli kereta Honda boleh, takkan bayar PTPTN tak boleh? (sendiri terasa, beb) Tapi aku punya pinjaman ialah tahun 2002, orang kat PTPTN tu kata takde masalah pun kalau aku nak mohon sistem ujrah ni. Semuanya terpulang pada budi bicara pihak PTPTN lah kan. Nak seribu daya kata orang2 tua. Antara soalan2 lain yang aku tanya kepada PTPTN ialah adakah aku akan dikenakan potongan gaji apabila aku start je mohon sistem ujrah ni? Orang PTPTN tu kata tidak, tak semestinya. Nak buat potongan gaji boleh, nak buat bayaran sendiri pun boleh. Dengan kata lain, nak bayar selalu bagus, nak bayar sekali sekala pun takpe. Tapi jangan laa sampai tak bayar langsung. Aku pun mintak jugak orang PTPTN tu check nama aku, dah blacklist ke belum sebab aku cuma bayar 1% je selama ni dari jumlah hutang aku. Orang tu kata belum. PTPTN bukan suka2 hati nak blacklist peminjam, MELAINKAN ; - Peminjam TAK PERNAH BAYAR LANGSUNG HATTA RM1 sejak habis belajar - Peminjam tak dapat dikesan (alamat rumah, no. telefon, tempat kerja tak update - MIA) Satu perkara yang orang Malaysia ramai buat ialah, TAK BACA SYARAT2 PINJAMAN SEBELUM MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN. Kita ni kalau pinjam untuk pelajaran ke, kereta ke, rumah ke, untuk business ke, kita pinjam dengan manusia jugak, bukannya robot atau komputer. Pihak yang beri pinjaman selalunya akan ada budi bicara dengan si peminjam, mampu ke tak nak bayar dalam tempoh sekian2. Sama macam along jugak, depa pun akan bincang kalau si peminjam nak extend tempoh pinjaman. Tapi bunga naik riban2 la .. hehehe. Bila melihatkan Bila mai bab hutang2 ni, teringat ustazah cakap, kalau kita tak bayar hutang orang, kat akhirat nanti kita kena bayar hutang orang yang kita berhutang tu dengan pahala kita. Kalau pahala kita tak cukup atau dah zero, kita kena tanggung dosa orang yang beri kita hutang tu. Ya Allah, dosa aku sendiri tak tertanggung, ni nak tanggung dosa orang pulak. Idok le ... so selagi aku berduit ni, aku berniat aku nak bayar la walaupun sikit2, nanti lama2 habislah. Daripada tak bayar langsung kan? Bila dah bekerja ni, aku tak setuju kalau kerajaan berniat nak hapuskan PTPTN, sebab aku tak nak bayar cukai tinggi semata2 nak tanggung mahasiswa yang belum tentu menjadi. Lagi sakit hati aku kalau duit cukai aku tu untuk tanggung mahasiswa macam Adam Adli tu, tuih! Boleh blah. Sendiri pinjam, sendiri bayar. Kalau rasa tak mampu nak pinjam, buat kerja part time. Ramai je aku tengok yang sanggup kerja part time kat 7 E, panggung wayang dll semata2 nak tanggung duit yuran, elok je, takde yang mati pun. Nak seribu daya. Yang tak nak tu yang terlebih manja. Yang terlebih manja ni lah yang buat aku menyampah. Dah tau rasa sakit nak bayar hutang PTPTN tu, janganlah duk berlagak kaya. Ni aku tengok, ramai mahasiswa yang biar papa asal bergaya, handset pakai Iphone, guna duit PTPTN beli Ibox, yang perempuan duk shopping sakan, baju, kasut, makeup bagai. Hujung bulan makan maggi. Nak PTPTN free, boleh. Belajar sungguh2 sampai dapat first class degree, bukan belajar main2 lepas tu duk ikut Anwar berdemo kat jalan raya. Lagi satu aku nak bagitau, kita kalau nak buat seseorang jadi contoh atau role model, kita kena tengok jugak latar belakang orang tu, elok ke pelajaran dia, habis belajar ke tidak. Kalau jadikan Anwar tu sebagai role model mahasiswa, rentikanle .. memang aku akui dia petah berkata2 lagi2 bila nak menipu, tapi kalau pelajaran entah ke mana, tak guna jugak. Mahasiswa Melayu ni kena bersyukurlah sikit bila kuota kemasukan ke IPTA untuk pelajar2 Melayu (Bumiputera) masih kekal 55% hingga ke hari ini. Kalau takde kuota 55% tu, dimanakah kedudukan pelajar2 Melayu hari ini? Sumber: BUKAN SEKADAR POLITIK SP: Saja nak share dengan Mahasiswa yang tau dok enjoy je dengan duit ptptN tapi lepas tue takmo bayar | ||||||||
Haram Jadah Punya Penyamun. Meter Air Pun Nak Curi ke? @JDB27 @limlipeng Posted: 14 May 2012 06:48 PM PDT Terdesak betullah korang ni kan. Sampai meter air pun korang nak rembat. Menyusahkan orang betul. Tak pasal2 pagi ni takde air. Kejadian kali kedua kecurian meter air di kawasan Apartment Taman Sejahtera. Kejadian berlaku tengah malam tadi dan hanya disedari pagi tadi oleh penduduk di situ. Banyak sangat kes kecurian di kawasan ni. Kes curi motor, curi kereta, kes pecah rumah, curi minyak motor dan macam2 hal lagi. Apa yang YB Segambut boleh bantu? Takkan nak buat tak tau je kot? Undi nak tapi bila kawasan ada masalah tak datang jengah pun. Double standard ke YB ni? | ||||||||
Mana Nak Parking #HariBeliaNegara2012? Posted: 14 May 2012 06:30 PM PDT Anda datang daripada jauh untuk bersama² belia yang lain meraikan Hari Belia Negara (HBN) 2012 nanti tetapi tak tau mana nak parking? Ni saya sediakan map, kawasan mana yang boleh pembaca sekalian letakkan kenderaan kelak. Pilih je la mana satu kawasan parking yang bersesuaian dan dekat. Terdapat lebih 23 kawasan parking yang sedia ada dan boleh digunakan untuk orang awam meletakkan kenderaan. Juga daripada 23 kawasan parking tersebut terdapat lebih 4000 buah petak parking. Nak lebih mudah dan senang, car pool je beramai² satu kereta tapi wajib ikut undang² jalan raya yang telah ditetapkan. Bagi kawasan parking yang jauh daripada kawasan event. Perkhidmatan bas shuttle juga turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kan dah selesai masalah tu. Untuk mengetahui maklumat serta pelbagai lagi acara yang bakal diadakan di HBN 2012 nanti, jom LIKE & FOLLOW Jom join Facebook Hari Belia Negara 2012 | ||||||||
JOM! Join Perhimpunan Halal #HariBelia2012 Posted: 14 May 2012 05:30 PM PDT Counting day dah! sambutan meraihkan dan menghargai belia negara semakin dekat. mesti tertanya-tanya apa aktiviti sepanjang 23hb-27hb himpunan tersebut.
Segmen Uniform meliputi persembahan pancaragam, pertunjukan gerak khas, pameran kerjaya, kawad kreatif dan juga pertunjukkan udara. Semua segmen ini akan dijayakan oleh anggota-anggota perajurit negara yang merupakan benteng pertama pertahanan negara. Turut terdapat simulasi dan demontrasi persembahan gerak khas menyelamat tebusan dan lain-lain. nak tau lagi? jom like Fanpage Himpunan Jutaan Belia
takpun boleh follow kat twitter
kalau nak tahu secara detail boleh melawati laman utama himpunan jutaan belia 2012.
MACAM-MACAM ADA!!!! APA LAGI JOM KITA KE SANA | ||||||||
Jom Tengok @mbnizar Memperbodohkan Dirinya Sendiri Posted: 14 May 2012 07:50 AM PDT Nizar mendakwa bahawa beliau telah dengan sengaja singgah ke Ceramah UMNO di Kg Tualang Sekah dan telah menyebabkan penceramah terkedu dan menukar topik kepada isu Ambiga & Anwar TETAPI tahukah anda apa sebenarnya yang berlaku? Jeng! Jeng! Jeng! Jom tengok video kat bawah ni Sape yang terkedu di situ ye? Nampak beno nipunya. Alahai udah2 le bohongnya Yeop.......Phuiiiiii!!!! Anda juga boleh baca cerita selanjutnya di BADUT RAKYAT | ||||||||
Gelombang Merah #UMNO66 Buat Cybertroopers Pakatan Haram Gabra Posted: 14 May 2012 04:49 AM PDT Menyedari Himpunan BERSIH 3.0 opsssss bukan himpunan tetapi rusuhan BERSIH telah menampakkan impak sangat GAGAL. kemudian diterenjatkan dengan sambutan gah Himpunan ulang tahun UMNO yang sangat berjaya. Perbandingan kedua situasi dah tunjukkan. BERSIH3.0 masuk liang lahad. Cyber trooper dan blogger pakatan mulai panik nak membuat sesuatu mengaibkan UMNO dengan cara paling terbodoh pu3 jumpa. kepanikan mereka menggunakan gambar paling lawak, minah tak cukup kain tapi mampu beli pewarna celup mera. Penyokong pasukan Kelantan semasa Piala FA adalah kebodohan tak sudah-sudahnya.
Tengok gambar ini, belum lamakan gambar ini. masih sebati dalam otak sesiapa yang melihatnya sebelum ini. possingpun sebiji. nk edit tambah logo UMNO tang pusat minah tak cuku kain tu? hahahahahahahaha pu3 tergelak sangat melihat gambar ini. siapa yang buat? siapa lagi blogger Milosuam yang sah otaknya tak cukup kapasiti stor yang luas. samalah video sebelum ini! Satu part menarik perhatian pu3 selain kenapa solat di atas jalan raya sedangkan kedudukan masjid negara dekt sangat dari kawasan himpunan BERSIH nan KOTOR ni. kat hujung gambar tu. Lengan siapa? lelaki ker perempuan? kala perempuan.. apasal solat dengan mendedahkan aurat. hukum mana membenarkan melakukan solat dalam keadaan terdedah seperti itu untuk permpuan. Andai lelaki.. eh? solat dekat dengan perempuan? apa hukumnya lelaki dan perempuan solat satu saf ni? jangan kata tak solat ya, sebab posisi tangan menunjukkan ia sedang solat ya. tengok betul2 tau. sama-samalah ita memikirkan akidah mereka yang solat dalam keadaan meragukan ini. Akhir sekali untuk artikel ini. bukan mengkritik tapi pu3 nak menasihat. kalau nak hentam UMNO, biarlah bijak. jangan memperbodohkan diri dengan menggunakan kepakaran tak seberap tajam tu nak mempopularkan nama Pakatan yang dah nampak tak sepakatnya! Baca selanjutnya di PEWARIS ANAK BANGSA |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan