Pengikut

Nuffnang

Khamis, 10 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


[HOT[ PAS Nak Bagi Pendidikan Percuma Kepada Pelajar-Pelajar KUIN?

Posted: 09 May 2012 08:23 PM PDT

Jangankan satu negara, satu negeri juga tak mampu ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada semua, satu kolej pun tidak mampu dijaga.

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah tidak habis-habis dilanda masalah apabila kepimpinan negeri bertukar tangan. Kolej itu sebelum ini menjadi kontroversi apabila pelajarnya mengadakan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

Dan rupanya, bukan sekadar masalah pentadbiran, KUIN juga menghadapi masalah kewangan sehingga memaksa kolej tersebut membekukan perkhidmatan bayaran rawatan kakitangan KUIN kepada klinik panelnya. Menurut sumber, tunggakan hutang kepada klinik tersebut telah mencecah RM60,000.

Selain itu, KUIN juga mempunyai hutang mencecah ratusan juta ringgit membabitkan pinjaman dengan Bank Islam dan juga berhadapan dengan saman sebuah syarikat yang menuntut bayaran bagi menyediakan 300 katil untuk penginapan pelajar.

Semua masalah ini dikatakan berpunca dari pengurusan yang lemah yang gagal menyediakan belanjawan yang realistik di mana ada di kalangan pensyarah yang menerima gaji setinggi RM35,000.

Itu hanya antara yang kelemahan yang berjaya dihidu oleh orang luar. Siapa tahu entah apa lagi masalah dalaman yang kelihatan remeh tetapi membawa kepada impak yang besar.

Kerajaan Negeri Kedah bagaimanapun terus menafikan bahawa KUIN menghadapi masalah. Ini bukan mengejutkan kerana kerajaan negeri Kedah, atau PR khasnya tidak pernah mengakui apa-apa kelemahan atau keburukan mereka walaupun ia begitu nyata.

Jika benar bahawa tiada masalah di KUIN, Dato' Seri Azizan Razak seharusnya menjelaskan secara terperinci dan bukan hanya membuat penafian 'atas angin' sahaja. Kita sudah muak mendengar penafian dan alasan bahawa semuanya berpunca dari kerajaan terdahulu.

Masa depan pelajar-pelajar KUIN tidak wajar dipolitikkan. Kerajaan Kedah harus lebih bertanggungjawab mengakui kelemahan dan bertindak pantas untuk mengatasinya.

Menurut maklumbalas dari KUIN sendiri, Kolej itu adalah antara IPTS yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan IPTS lain. Yuran pelajar diploma hanya RM48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah pula RM60 satu jam kredit. Sedangkan IPTS lain ada yang meletakkan harga sehingga RM250 untuk satu jam kredit.

Ini dikatakan antara sebab kenapa KUIN mengalami masalah kewangan yang teruk. Oleh yang demikian, kita menyarankan kepada kerajaan negeri Kedah agar membantu membayar yuran tambahan bagi pihak pelajar bagi mengatasi masalah kewangan KUIN. Tindakan ini juga akan dilihat sebagai langkah awal ke arah merealisasikan aspirasi PR untuk menyediakan pendidikan percuma. Selain itu, tindakan ini juga adalah selaras dengan perjuangan Negara Kebajikan PAS.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MENGAPA ANWAR INBARIM SUKAR BERUBAH?

Posted: 09 May 2012 05:08 PM PDT


SUKARNYA UNTUK BERUBAH
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 7 Mei 2012 melalui ruangan Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Pengarang Akhbar, Lim Ming Fah berkaitan kesukaran untuk berubah dalam politik


Selepas Anwar ditangkap, setiap Sabtu penyokongnya berkumpul di Kuala Lumpur membuat bantahan. Pihak polis laksanakan tindakan keras; orang yang lakukan demonstrasi dituduh berniat mahu lakukan huru-hara, merosak harta benda awam, membakar di jalanan dan mahu menggulingkan kerajaan pilihan rakyat.

Selepas 28 April 2012, timbul kembali tuduhan yang sama: para penunjuk perasaan dituduh mahu menggulingkan kerajaan; pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula menuduh penunjuk perasaan mahu merosakkan ketenteraman awam, media-media utama memberi pandangan mahu negara ini stabil. 

Taktik yang digunakan 14 tahun lalu pasti boleh menyebabkan orang rasa takut terutama sekali kaum Cina. Sebab itu pada PRU 1999, BN melalui tiket undi orang Cina dapat menghalang gelombang kuasa pembangkang dari kalangan orang Melayu. 

Selepas tsunami politik Mac 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat membuat perubahan dan membuka luas sekatan untuk menyelamatkan keadaan tetapi angka dalam perhimpunan 28 April dikatakan lebih ramai daripada perhimpunan 9 Julai 2011.

Kini, taring UMNO telah naik ke permukaannya, sama seperti rentak dan slogan yang digunakan pada 14 tahun lalu iaitu 'Api Semarak'.

Perhimpunan 28 April telah berlaku sebelum PRU diadakan, adakah ia akan akan berlaku sama seperti PRU 1999? Di sini ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.


Pada 14 tahun lalu, dunia Internet tidak begitu maju, menyeluruh dan pesat

Orang ramai kurang mendapat maklumat yang luas dan menyeluruh seperti hari ini. Kini dunia Internet telah meluas, pemerintah sudah kehilangan kekuatan dan kedudukan hujah-hujah mereka.

Pada 14 tahun lalu, Anwar melambangkan pembangkang menentang pemerintah, hari ini sesiapa sahaja boleh muncul dan boleh pergi. Ramai yang hadir pada perhimpunan 28 April tidak semestinya menyokong Anwar.

Pada 14 tahun lalu, perhimpunan diadakan kerana orang tidak puas hati terhadap Mahathir, sebaliknya perhimpunan pada hari ini mereka mahukan sistem yang sihat. 

Pada 14 tahun lalu, mereka beremosi, hari ini kebanyakannya datang dari kepercayaan dalam jiwa. Pada zaman itu, ramai orang rasa takut, hari ini mereka telah membuat persediaan dan berpandangan jauh terhadap berdemokrasi.

Pada 14 tahun lalu, kes liwat Anwar sebagai logo politik yang terkebelakang. Hari ini selain kes Anwar dan skandal Azmin Ali, dikatakan ada empat orang lagi pemimpin pakatan pembangkang terlibat dalam skandal video seks.

Pada Jun 2010, dalam segmen rencana, saya telah menyentuh perubahan dan agenda politik UMNO. Dikatakan "jika tidak ubah polisi, UMNO boleh dapat sokongan pengundi atas pagar dan jika tidak menyinggung perasaan orang bersikap konservatif dalaman parti, UMNO akan dapat sokongan".

Kebenaran ini membuktikan, jika berlaku sesuatu, UMNO akan serta-merta ubah haluan. Perubahan untuk negara ini memang benar-benar amat susah!

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERUTUSAN PRESIDEN UMNO SEMPENA ULANG TAHUN UMNO KE 66

Posted: 09 May 2012 10:55 PM PDT



 

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita diberi peluang untuk meneruskan perjuangan bagi memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rahmat sekalian alam.

Hari ini genap 66 tahun usia UMNO. Alhamdullilah 55 tahun daripada kewujudan tersebut telah menyaksikan UMNO menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Barisan Nasional yang semenjak merdeka terus diberi kepercayaan melalui pilihan raya yang adil dan bebas oleh majoriti rakyat untuk memimpin negara.

Sepanjang tempoh tersebut juga menyaksikan bagaimana UMNO dan rakan-rakannya di dalam Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional menyelamatkan demokrasi dari rahang kediktatoran komunisme, menjadi bidan kepada pembentukan Malaysia, membawa pembangunan kepada kawasan luar bandar, melancarkan perang terhadap kemiskinan dan buta huruf, merencana kejuruteraan sosial yang menyaksikan pembentukan kelas menengah yang besar, melaksanakan prakarsa pembaharuan tanah melalui FELDA, melakukan pelaburan besar di dalam bidang pendidikan dan prasarana asas negara dan merubah status negara dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi.

Terbukti perjuangan UMNO telah memanfaatkan semua rakyat Malaysia, ia telah melimpahkan nikmat kepada semua tanpa mengira kaum, anutan agama mahupun fahaman ideologi.
UMNO sesungguhnya ialah pertubuhan massa yang bersifat kebangsaan dan demokratik. Keunikan UMNO ialah ia parti yang sentiasa terhubung dengan denyut nadi serta menggarap aspirasi rakyat. Tuduhan liar pihak tertentu bahawa UMNO ialah parti rasis, anti demokrasi mahupun parti elitis tidak benar sama-sekali.

Namun kejayaan yang telah dicapai tidak boleh menjadikan kita alpa terhadap keperluan untuk terus memugar semangat yang mendasari penubuhan UMNO itu sendiri iaitu untuk memartabatkan agama, bangsa dan bumi tercinta. Masa berlalu persekitaran berubah cabaran parti era pasca merdeka sudah tentu berbeza dengan cabaran parti pra merdeka dan ketika awal merdeka tetapi di atas segalanya ia demi agama, bangsa dan negara.

Kita tidak mahu semangat asas yang menjadi teras kekuatan UMNO ini tinggal di dalam lipatan sejarah semata-mata dikenang dan dinostalgiakan. Hari ini UMNO mempunyai tugas yang amat berat untuk memastikan bukan sahaja sokongan dan dukungan padu massa terhadap Dasar Transformasi Nasional berserta semua komponennya ke arah merealisasikan Wawasan 2020 tetapi juga untuk menentukan semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan kaum Bumiputera mendapat peluang yang adil dan saksama daripada usaha menjayakannya.

Ayuh kukuhkan saf perjuangan, satukan hati-hati kita dalam perpaduan, yakinlah bahawa perjuangan kita ialah perjuangan yang benar dan mulia. Inilah masanya untuk kita mengukuhkan barisan yang ada demi memastikan masa depan bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh berhenti. Ahli-ahli UMNO mesti memastikan kejayaan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam serta tekad untuk terus berjuang ke arah Malaysia yang sejahtera, maju dan makmur.

DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

 

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS MENYERU AHLI - AHLI PUTERI UMNO BERAMAI - RAMAI MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 66 DI BUKIT JALIL SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) YANG TELAH BERUSAHA MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SELAMA 66 TAHUN.

Sayap Parti

Bahagian