Selasa, 8 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


TIBAI buat Penyokong ANWAR Tak Keruan?

Posted: 08 May 2012 06:30 PM PDT



Penyokong tegar Anwar semakin tertekan apabila terdapat sebuah kumpulan yang dinamakan TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim sudah mula bergerak ke seluruh negara dalam siri jelajah TIBAI.

Sudah tentu rata-rata penyokong tegar Anwar Ibrahim pasti tidak rela idola mereka dimalukan dan didedahkan segala pembohongan serta penipuan atau dalam bahasa mudahnya ditelanjangkan di hadapan khalayak ramai.

Alhamdulillah, ahli kumpulan TIBAI yang merupakan bekas-bekas pejuang Anwar suatu tika dahulu telah kembali kepada kebenaran. Hidayah Allah telah sampai kepada mereka lebih awal daripada terus bersekongkol bersama Anwar Israel.

Kini tugas mereka ini adalah menyampaikan dan berkongsi mengenai diri Anwar Ibrahim dengan seluruh rakyat Malaysia umumnya.


Cerita selanjutnya di REZQEEN HILL

GEMPAR : AHLI POLITIK TERKENAL BUNTINGKAN GADIS MELAYU KEMUDIAN SURUH GUGURKAN.....

Posted: 08 May 2012 05:00 PM PDT

Fuyooo..Isu gambar seks Azmin Ali tak selesai lagi...dah pulak timbul isu Naib Presiden PKR buntingkan anak orang...Dahsyat betul pemimpin-pemimpin tertinggi PKR...Tian Chua didakwa telah membuntingkan seorang gadis Melayu yang dipercayai anak kepada seorang pemimpin pakatan...

Untuk menutup malu dan diketahui umum..Tian Chua telah mengarahkan gadis tersebut menggugurkan kandungannya..Kesian gadis tu..dah la jadi mangsa Tian Chua..lepas tu ditambah pula dengan dosa memggugurkan kandungan tersebut...Berapa agaknya bayaran yang dibuat oleh Tian Chua kepada keluarga gadis tersebut untuk menutup kisah hitam ini??

Beginikah moral pemimpin yang kononnya akan mentadbir Malaysia satu masa nanti....

Ikutu pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra mengenai skandal sek yang melibatkan Tian Chua dan seorang gadis melayu....

Sekadar Hiasan

Boleh kita berbicara tentang gadis Melayu itu, anak kepada pemimpin pembangkang, yang Tian Chua buntingkan dan kandungannya digugurkan untuk menutup malu? Saya tidak akan memberitahu nama atas dasar tidak mahu memalukan gadis tersebut dan bapanya.

Dr Syed Husin Ali tahu mengenai perkara ini dan beliau tentu faham maksud saya. Kita tinggalkan perkara ini dahulu, sementara waktu, melainkan jika Tian Chua mahu berterusan mengasak saya - Malaysia Today, 6 Mei 2012



Elok la tu..Ketua Umum PKR seorang biseksual ... Timbalan Presiden PKR suka 'main' dalam tandas ... Naib Presiden PKR berjaya membuntingkan gadis Melayu ...EP ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mempunyai barisan kepimpinan parti ini mewarisi bakat-bakat terpendam dalam aksi seks bebas.

Memang patut pun Anwar memperjuangkan hak LGBT kerana kerana undang-undang yang ada sekarang ternyata kolot dan tidak releven dengan PKR dan ianya perlu dirombak atau dimansuhkan.


Sumber: EMPAYAR PEMUDA

Hello Sir @limlipeng Bila Nak Selesaikan Masalah Banjir di Segambut? @JDB27 @princeszzfionna @MiszNury #YBMalas #BN4Segambut

Posted: 08 May 2012 02:35 AM PDT


Sebelum ini SP pernah menulis tentang kejadian banjir di Kampung Segambut Bahagia yang terjadi dalam tempoh masa tak sampai 2 minggu. Para pembaca boleh melihatnya di sini. Baru-baru ini sekali lagi kampung tersebut dilanda banjir selepas hujan lebat yang berpanjangan.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng tidak turun menjenguk atau meninjau masalah yang menjadi punca kawasan tersebut banjir sedangkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DAP Parlimen Segambut terletak berdekatan dengan kawasan yang dilanda banjir.

Adakah kerana kawasan tersebut adalah kawasan majoriti pengundi Melayu? Atau adakah kerana kawasan tersebut bukan kawasan pengundi "High end" seperti di Damansara Heights atau TTDI maka masalah mereka dipandang sepi? Nak tunggu BN atau UMNO yang selesaikan ke?

Nampak gayanya PRU13 ni Orang2 Segambut semua kita pakat2 undi BN semula untuk mentadbir Segambut. YB kita ni sibuk dengan isu2 di tempat lain.




PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BUAT ISTILAH SENDIRI : NIK AJIS.

Posted: 07 May 2012 11:05 PM PDT


Cukup Dengar 'Sabda'nya... Nik Aziz Pertikaikan Keputusan Majlis Fatwa!!


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 semalam "dengan hanya menggunakan sebelah mata."

Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.

SABDA NIK AZIZ (NABI PAS)

Dalam kenyataannya, Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"

"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"

Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.

"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.

"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.

Sehubungan Nik Abdul Aziz meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghormati pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah," katanya lagi. -sinar

4 comments:

  1. jangan jadi nyanyuk. Sejarah terbukti pembangkang dari dulu memang suka buat huru hara. Bila ada demo akan disusuli huru hara. Pilihanraya kecil pun akan ada kacau. PM ke Gua Musang bukan nak jatuh kan kerajaan kelantan tapi tukar melalui pilihan raya. Tak kan ini tak dapat bezakan. Apa punya pemimpin berfikiran dengkel.
    Balas
  2. Tok Guru Nik Aziz mmg pandai buat tafsiran sendiri tanpa merujuk pada sapa2, itu dah sedia maklum.Istilah "Berhimpun" & " berdemostrasasi" x sama maksud.Jgn lah kelirukan org2 PAS terutamanya dgn istilah2 sendiri yg tok guru syok sendiri nak sebut. ADAKAH "Berhimpun" pada hari sembahyang Jumaat kita menjerit2,bawak sepanduk2,pakai baju2 kuning yg bercop ayat tertentu?????? Adakah "Berhimpun" MENDENGAR ceramah2 kita menjerit2, melolong2 sana sini....tolonglah jgn kelirukan masyarakat, dulu tok guru nik aziz kata Allah SWT mencarut, lepas tu kata, ayat2 dalam AlKuran adalah ayat2 politik semuanaya....sudah2lah tu bercakap POLITIK ni, jgnlah letakkan POLITIK didepan berbanding agama ISLAM
    Balas
  3. nik ajis ni dah boleh letak dalam muzium dah, xlayak dah jadi pemimpin sbb bila dah tua ni dia jd semakin bodo n bangang. boleh kata solat sama ngan demo. solat tu ibadah wajib weh. demo tu sama ngan lembu. demo la ni xserupo mulo, koho lamo koho bengong.
    Balas
  4. Tok Guru Nik aziz ni bermusim, dia akan keluarkan fatwa mengikut naluri dan tafsiran sendiri, Apakah dia merujuk dengan mana-mana pihak sebelum mengeluarkan fatwa dia tu yang pergi ke BERSIH 3.0 tu wajib, datang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan itu wajib, ada dia tanya sapa2, rasanya tak adakan, malah dia bagi duit tambang, duit makan, penginapan lagi, tetapi yang herannya tu pengikut dia tu yang tak boleh berfikir langsung, mana yang baik dan mana yang buruk..malah pengikut mereka sanggup menyamakan Nik Aziz tu dengan Nabi, perjuangan Anuar tu sama dengan perjuangan nabi.TAK LOGIK LANGSUNG, PENGIKUT DIA ORANG NI SAMA DENGAN LEMBU JER..
    Balas

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?

Posted: 07 May 2012 10:55 PM PDT

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?: Jelas lah sudah kenapa perlu diadakan Bersih 3.0 ini dan kenapa ianya perlu diadakan dijalanan? Kenapa timbul kekecohan dan kega...

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Azmin Ali: Agenda UMNO atau PKR?

Posted: 07 May 2012 11:57 PM PDT

DunSemarang

DunSemarang


Songkok...

Posted: 08 May 2012 01:00 AM PDT

Songkok Pemberian Kami

Songkok tinggi pemberian kami
yang kau pakai di kepala bahlol itu
menunjuk-nunjuk pandainya
di hadapan kami
yang kau sangka sama bahlolnya
dengan kepalamu itu

lantas

kau menjaja songkok tinggi pemberian kami
bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi
ke sana ke mari
ke darat ke baruh ke laut

membuka pekung
dengan baju bangang yang terbukadi dada
dari dalam pekung itu
keluar nanah khianat
yang melemaskan bangsa
meluluhkan Agama

ingatlah
songkok itu pemberian kami
diperbuat daripada darah nenek moyang

jangan kau kotori
dengan najis taulamu yang semakin biaDAP.
.by Ajey on Tuesday,

ByM69

Terima Kasih YB.

Posted: 07 May 2012 02:07 AM PDT

.
Ucapan terima kasih kepada YB Dr Ir Wee Ka Siong dan YB Dato Haji Samsolbari bin Jamali, yang prihatin dan sudi membuat lawatan ke rumah saya. Terima kasih kepada Timbalan Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam, Tuan Haji Junaidi bin Haji Kamari, S/u UBAH Tuan Haji Halid Saat dan Pengurusi Taman-taman Pt Raja Tuan Harom bin Haji Ihsan. Semuga keprihatinan tuan-tuan semua menjadi iktibar kepada semua. Kunjungan ini telah memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang bersama UMNO dan Melayu Islam. InsaAllah saya akan mula meng "UP-GRADE" blog DunSemarang secara beransur-ansur dan sentiasa mengharaf bantuan dari rakan-rakan AJK UMNO dan Ahli UMNO DunSemarang.Alhamdulillah saya telah selamat menjalani pembedahan mata Kiri dan Kanan. BY Ajey

Pengikut