Selasa, 8 Mei 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BUAT ISTILAH SENDIRI : NIK AJIS.

Posted: 07 May 2012 11:05 PM PDT


Cukup Dengar 'Sabda'nya... Nik Aziz Pertikaikan Keputusan Majlis Fatwa!!


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 semalam "dengan hanya menggunakan sebelah mata."

Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.

SABDA NIK AZIZ (NABI PAS)

Dalam kenyataannya, Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"

"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"

Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.

"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.

"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.

Sehubungan Nik Abdul Aziz meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghormati pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah," katanya lagi. -sinar

4 comments:

  1. jangan jadi nyanyuk. Sejarah terbukti pembangkang dari dulu memang suka buat huru hara. Bila ada demo akan disusuli huru hara. Pilihanraya kecil pun akan ada kacau. PM ke Gua Musang bukan nak jatuh kan kerajaan kelantan tapi tukar melalui pilihan raya. Tak kan ini tak dapat bezakan. Apa punya pemimpin berfikiran dengkel.
    Balas
  2. Tok Guru Nik Aziz mmg pandai buat tafsiran sendiri tanpa merujuk pada sapa2, itu dah sedia maklum.Istilah "Berhimpun" & " berdemostrasasi" x sama maksud.Jgn lah kelirukan org2 PAS terutamanya dgn istilah2 sendiri yg tok guru syok sendiri nak sebut. ADAKAH "Berhimpun" pada hari sembahyang Jumaat kita menjerit2,bawak sepanduk2,pakai baju2 kuning yg bercop ayat tertentu?????? Adakah "Berhimpun" MENDENGAR ceramah2 kita menjerit2, melolong2 sana sini....tolonglah jgn kelirukan masyarakat, dulu tok guru nik aziz kata Allah SWT mencarut, lepas tu kata, ayat2 dalam AlKuran adalah ayat2 politik semuanaya....sudah2lah tu bercakap POLITIK ni, jgnlah letakkan POLITIK didepan berbanding agama ISLAM
    Balas
  3. nik ajis ni dah boleh letak dalam muzium dah, xlayak dah jadi pemimpin sbb bila dah tua ni dia jd semakin bodo n bangang. boleh kata solat sama ngan demo. solat tu ibadah wajib weh. demo tu sama ngan lembu. demo la ni xserupo mulo, koho lamo koho bengong.
    Balas
  4. Tok Guru Nik aziz ni bermusim, dia akan keluarkan fatwa mengikut naluri dan tafsiran sendiri, Apakah dia merujuk dengan mana-mana pihak sebelum mengeluarkan fatwa dia tu yang pergi ke BERSIH 3.0 tu wajib, datang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan itu wajib, ada dia tanya sapa2, rasanya tak adakan, malah dia bagi duit tambang, duit makan, penginapan lagi, tetapi yang herannya tu pengikut dia tu yang tak boleh berfikir langsung, mana yang baik dan mana yang buruk..malah pengikut mereka sanggup menyamakan Nik Aziz tu dengan Nabi, perjuangan Anuar tu sama dengan perjuangan nabi.TAK LOGIK LANGSUNG, PENGIKUT DIA ORANG NI SAMA DENGAN LEMBU JER..
    Balas

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?

Posted: 07 May 2012 10:55 PM PDT

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?: Jelas lah sudah kenapa perlu diadakan Bersih 3.0 ini dan kenapa ianya perlu diadakan dijalanan? Kenapa timbul kekecohan dan kega...

Tiada ulasan:

Pengikut