Ahad, 6 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


@UstazAzharIdrus - Nasihat Azmin Berbaik Semula dengan Ibunya, Cik Tom

Posted: 06 May 2012 11:30 PM PDT


Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya "Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu-bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu-bapa"

Riwayat Al-Hakim



BERSIH 3.0 : Triple A (Bukan Triple H) Perlu DiDakwa

Posted: 06 May 2012 11:00 PM PDT

Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.

Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat. Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi. Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri?

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0.

Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya. Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka. Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa.

Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga.

Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya.

Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan.

Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat.

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap. Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka.

Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes 'Duduk Bantah' tetapi kemudiannya langsung tidak 'duduk' tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan.

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis. Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya. Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan.

Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini. Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan.

Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya. Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap. Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan.

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar.

Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan.


[Panas] @PDRMsia Sangat Ganas?

Posted: 06 May 2012 08:23 PM PDT



Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.








Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.

NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.











Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.

Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.

Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita.

Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH?

Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu?

Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung, kesemuanya jelas menunjukkan keganasan polis terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel.

Sekitar Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut

Posted: 06 May 2012 03:55 AM PDT

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut #larianUMNO66

Posted: 06 May 2012 03:49 AM PDT

Seramai lebih kurang 200 orang ahli-ahli UMNO Bahagian Segambut yang telah menyertai Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut.

Larian dimulakan seawal jam 10.00 pagi di Checkpoint 1 Masjid Wilayah Persekutuan selepas menerima bendera dari Bahagian Lembah Pantai.

Sebanyak 9 checkpoint yang terlibat antaranya Masjid WP, SK Kiaramas, Tmn SPPK, SK Segambut.

Larian ini adalah bersempena dengan Ulangtahun Ke 66 UMNO. Turut serta berlari bersama-sama dengan ahli-ahli UMNO yang lain adalah Ketua UMNO Bahagian Segambut, YBhg Datuk Kamarudin Hj Ambok serta barisan Exco UMNO Bahagian Segambut.

Larian berakhir di Pusat Rekreasi Kepong dan bendera diserahkan kepada kontijen Bahagian Kepong untuk dibawa ke Bahagian Batu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Razlan's

Razlan's


Maafkan saya ibu!

Posted: 06 May 2012 09:31 PM PDT


Mati kita akhirnya ke Liang Lahat, Mati kita akhirnya mengadap Yang Maha Esa.

Bak kata pepatah, Syurga di Bawah tapak kaki ibu. Adakah kita mahu berpolitik sehingga sanggup menderhaka kepada ibu. Mahukah kita tergolong dalam kumpulan yang menderhaka kepada orang tua.

Tidak menjengguk ibu semenjak bulan 8 tahun lepas.. semasa hari raya.. memaki hamun adik dan mengharamkan segala makanan di rumah ibunya ...

Bertaubatla selagi ibu masih ada ... meminta maaf lah selagi ibu masih hidup .... apakah akhirnya kita nanti sekiranya IBU sendiri tidak membenarkan kita menjengguk dia kalau mati ...

Ini bukan isu Anwar.. bukan isu Nik Aziz ... bukan isu Ambiga .. ini soal Hidup kita ke Neraka atau Syurga ... keberkatan Allah SWT dan keberkatan Seorang yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari ....

INGATLAH AZMIN!



www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Bersih 3.0 bukan ‘malaikat’ yang tidak melakukan kesalahan, kata pemimpin DAP

Posted: 05 May 2012 07:54 PM PDT

Penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Penganjur Bersih 3.0 bukan kumpulan "malaikat yang diturunkan dari syurga … Continue reading

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH KEPADA RAKAN FB SAYA

Posted: 06 May 2012 10:23 AM PDT


Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan facebooker yang hadir pada program santai petang Khamis lalu di Taman Tamadun Islam (TTI). Sebenarnya saya sudah memikirkan agak lama untuk mengadakan program sedemikian tetapi malangnya kekangan waktu tidak mengizinkan saya.

Apa pun, apa yang saya hasratkan telah pun menjadi kenyataan. Dan saya amat gembira sekali di atas sambutan, kehadiran dan sokongan yang diberikan.

Melalui program sedemikian sebagaimana yang kita maklum, saya dapat mengenali rakan-rakan facebook saya, sama ada dari kawasan saya di Parlimen Kuala Nerus atau di mana sahaja. Apa yang penting kita dapat bersua, dapat berbicara dan bertukar-tukar pandangan mengenai banyak perkara.

Jujurnya, saya kagum dan teruja dapat bertemu rakan facebook. Ternyata mereka sangat mempunyai semangat setiakawan yang tinggi sesame mereka. Saya kagum dengan anda semua sebenarnya.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir atas apa jua sebab, mungkin di lain waktu kita dapat bersua lagi dalam acara yang lain pula.

Saya fikir, facebooker adalah antara golongan yang sangat penting di kala ini. Mereka menjadi wartawan dan juru lapor mengenai apa jua peristiwa. Saya sendiri sebagai wakil rakyat, memperolehi banyak maklumat mengenai peristiwa di kawasan saya melalui apa yang dicatatkan oleh rakan-rakan facebook. Ada di antara mereka menghantar mesej melalui chatting dan sebagainya.

Bezanya hari ini, kita bersua muka dan saling mengenali antara satu sama lain.

Saya sangat berharap agar kita dapat bersua lagi di suatu masa nanti, insyaAllah.

Terima kasih kepada semua.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Persidangan Pemuda UMNO cawangan

Posted: 06 May 2012 01:17 AM PDT

Syukur alhamdulillah,Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok telah pun selamat menjalankan persidangan tahunannya dengan baik dan jayanya.
Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

Kantoiiii

Posted: 05 May 2012 08:28 PM PDT

Baru-baru ini gempar juga ye pabila Setiausaha Agung PKR menyatakan bahawa Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO cawangan Kubang Bunggor.tapi..jeng jeng..hari ini terpapar sibdada akhbar Sinar harian bahawa kenyataan Setiauasaha Agung PKR tu meleset sama sekali,pabila Wan Ahmad muncul membuat kenyataan bahawa namanya sama dengan nama Datuk Wan Ahmad..perghh..lagi mau tipu ke?confirm lepas ni,mereka kata ni kerja umno..sahabat,sudah-sudahlah,dan janganlah putar-putar,kan dah kantoiii..


Pemuda UMNO Telok Datok

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Hari Ulang Tahun UMNO 11 Mei Ini Janjikan Kelainan, 66 Tahun Pembela Rakyat

Posted: 05 May 2012 07:07 PM PDT



KUALA LUMPUR 24 April – Bertemakan UMNO Pembela Rakyat, sambutan hari ulangtahun UMNO ke-66 kali ini berlainan dengan sambutan sebelumnya yang mana akan dimeriahkan dengan pelbagai acara dan program yang menarik untuk seluruh rakyat.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rakyat pelbagai kaum dialu-alukan untuk turut sama memeriahkan pelbagai program dan aturcara yang bakal disediakan kelak.

Menurut beliau sambutan ulangtahun UMNO akan bermula dengan larian bendera UMNO, konvoi bermotosikal, majlis tahlil serta kemuncaknya karnival selama tiga hari dua malam di Stadium Bukit Jalil.

"Untuk larian bendera, ianya akan berjalan serentak di empat zon pada 1 Mei ini dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti. Untuk Zon utara, larian bendera ini akan melalui empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Selangor, manakala Zon Pantai Timur akan bermula di Kelantan dan akan melalui Terengganu dan Pahang.

"Untuk Zon Selatan pula ianya akan bermula di Johor dan akan menjelajah  Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dan untuk Zon Sabah akan bermula di Negeri Bawah Bayu seterusnya diterbangkan ke KLIA dan seterusnya melalui Selangor dan Wilayah Persekutuan. Larian ini akan berakhir di Stadium Bukit Jalil apda 11 Mei nanti," katanya pada satu sidang media khas sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi konvoi bermotosikal pula akan bermula pada 4 hingga 11 Mei yag akan diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Tengku Adnan seterusnya menambah majlis tahlil akan diadakan pada 10 Mei bertempat  di Surau Ar-Rahman, PWTC  selepas solat Maghrib yang akan dipimpin oleh Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom.

Tambah beliau untuk sambutan di Bukit Jalil, terdapat 'outdoor dan indoor activity' yang bakal menemui pengunjung.

"Pelbagai acara menarik akan diadakan…tetapi apa yang penting pada 11 Mei, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan selain penganugerahan tokoh Melayu terbilang," katanya.
Katanya lagi sepanjang tiga hari dua malam karnival berkenaan, pelbagai acara menarik disediakan untuk pelbagai kumpulan sasaran seperti paintball, rock climbing, street soccer, silat, pertunjukan Robotic, pancaragam dan sebagainya lagi.

"Macam-macam acara kita sediakan baik untuk golongan dewasa dan pelbagai kumpulan umur yang lain. Untuk melihat acara lebih jelas dan program yang diatur, layari www.umno-online.com," katanya. -MediaUMNO

Baiki ruang kelemahan sebelum PRU-13 - PM

Posted: 05 May 2012 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat peringkat akar umbi UMNO terutama daripada ketua bahagian dan cawangan mencari ruang yang boleh dibaiki walaupun secara keseluruhannya parti itu sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. 

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sangat penting kumpulan akar umbi ini bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga, sekali gus mengetepikan sebarang persaingan dan persengketaan sesama ahli buat sementara waktu.

"Kita ini merupakan satu pasukan, satu keluarga yang bukan saja mantap tetapi kukuh dan padu dalam apa jua keadaan dan kita mesti melihat bahawa ancaman kita, pesaing kita adalah parti pembangkang dan bukanlah sesama kita," katanya dalam wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini, hari ini.

Katanya, ahli UMNO perlu menjurus kepada perhatian yang sepenuhnya kepada sebarang dan segala usaha yang boleh dibuat untuk memastikan jentera parti ini padu dan boleh bergerak, lancar serta penuh bersemangat untuk parti dan Barisan Nasional (BN).

Pada masa sekarang, semua jentera UMNO di negeri sudah dipersiapkan, kursus sudah diberikan, panduan sudah disediakan dan perjumpaan dengan mereka telah pun dibuat, katanya.
Najib juga mahukan setiap ahli UMNO tanpa mengira jawatan yang mereka pegang supaya membantu memenangkan parti dengan menunaikan tanggungjawab mengundi kerana setiap undi itu mempunyai nilai tersendiri.

"Kita ini merupakan parti yang besar, 3.3 juta ahli kita semua sekali. Oleh itu, kita mesti meletakkan dalam fikiran dan juga 'mind set' ahli-ahli parti kita ini supaya menumpu kepada sebarang usaha yang boleh dilakukan setiap daripada kita.

"Tidak semestinya kita ini merupakan seorang pemimpin besar, atau pemimpin di peringkat bahagian tapi kita sebagai ahli biasa sekurang-kurangnya nilai undi kita, sebab ada kalanya ada juga ahli UMNO yang tidak mengundi waktu pilihan raya," katanya lagi.

Najib bagaimanapun mengaku bahawa dirinya adalah seorang yang realistik dan bukan mudah untuk mengubah sikap ahli UMNO dalam jangka masa pendek.

"Saya rasa bahawa pencapaian atau pun perjalanan ini sudahpun bermula dan ada sedikit sebanyak perubahan tapi kita perlu meneruskan lagi sebab untuk mentransformasikan UMNO adalah satu cabaran yang tentu sekali akan memakan masa," katanya. 

- BERNAMA

Pengikut