Puteri Bahagian Segambut |
- @UstazAzharIdrus - Nasihat Azmin Berbaik Semula dengan Ibunya, Cik Tom
- BERSIH 3.0 : Triple A (Bukan Triple H) Perlu DiDakwa
- [Panas] @PDRMsia Sangat Ganas?
- Sekitar Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut
- Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut #larianUMNO66
@UstazAzharIdrus - Nasihat Azmin Berbaik Semula dengan Ibunya, Cik Tom Posted: 06 May 2012 11:30 PM PDT |
BERSIH 3.0 : Triple A (Bukan Triple H) Perlu DiDakwa Posted: 06 May 2012 11:00 PM PDT Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri. Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat. Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi. Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri? Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0. Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya. Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka. Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa. Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa. Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga. Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya. Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan. Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat. Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969. Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap. Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka. Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes 'Duduk Bantah' tetapi kemudiannya langsung tidak 'duduk' tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan. Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis. Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya. Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan. Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini. Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan. Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya. Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap. Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan. Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar. Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan. |
[Panas] @PDRMsia Sangat Ganas? Posted: 06 May 2012 08:23 PM PDT Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0. Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan. Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis. NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong. Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak. Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain. Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita. Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH? Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu? Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung, kesemuanya jelas menunjukkan keganasan polis terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel. |
Sekitar Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut Posted: 06 May 2012 03:55 AM PDT |
Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut #larianUMNO66 Posted: 06 May 2012 03:49 AM PDT Seramai lebih kurang 200 orang ahli-ahli UMNO Bahagian Segambut yang telah menyertai Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut. Larian dimulakan seawal jam 10.00 pagi di Checkpoint 1 Masjid Wilayah Persekutuan selepas menerima bendera dari Bahagian Lembah Pantai. Sebanyak 9 checkpoint yang terlibat antaranya Masjid WP, SK Kiaramas, Tmn SPPK, SK Segambut. Larian ini adalah bersempena dengan Ulangtahun Ke 66 UMNO. Turut serta berlari bersama-sama dengan ahli-ahli UMNO yang lain adalah Ketua UMNO Bahagian Segambut, YBhg Datuk Kamarudin Hj Ambok serta barisan Exco UMNO Bahagian Segambut. Larian berakhir di Pusat Rekreasi Kepong dan bendera diserahkan kepada kontijen Bahagian Kepong untuk dibawa ke Bahagian Batu. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone |
You are subscribed to email updates from Puteri Bahagian Segambut To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan