Pengikut

Nuffnang

Isnin, 23 April 2012

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Panas!!!! Bila Anak Muda Mengamuk Di WP YB @Rosnah_ARS Teruja & Menyokong???? #BN4WP #BNPilihanOrangMuda

Posted: 23 Apr 2012 08:53 PM PDT


Saya mewakili Pergerakan Puteri bersama Sdr Khairy berasa amat TERUJA melihat sokongan yang telah diberikan oleh kumpulan Anak Muda yang datang dari seluruh pelusuk Wilayah Persekutuan yang datang membawa sokongan untuk BARISAN NASIONAL
YB Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin





Semoga video ini dapat menjadi pembakar semangat kepada Orang Muda WP untuk terus berjuang demi memastikan BN kembali berkuasa di WP #BN4WP


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


BARISAN NASIONAL PILIHAN ANAK MUDA

Posted: 23 Apr 2012 12:53 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Pilihanraya Umum ke12, Barisan Nasional (BN) telah menghadapi ujian yang cukup getir, malah di beberapa kawasan penting telah dikuasai pakatan pembangkang.

"Kini selepas hampir tiga tahun berlalu, usaha yang telah dibuat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO, semangat rakyat telah kembali untuk memberikan sokongan yang cukup padu kepada kerajaan BN.
"Hari ini, kita mengajak semua anak muda, sebagai pemimpin-pemimpin muda di akar umbi, tampil ke depan untuk memberikan satu kesedaran baru, komitmen tinggi kita untuk menyedarkan anak-anak muda sama ada mereka sudah bersama BN atau mereka masih di luar BN kerana peranan kita adalah untuk menentukan mereka yakin bahawa BN, parti yang terbaik, parti yang membela nasib rakyat secara keseluruhannya," ujarnya ketika merasmikan Program BN Pilihan Anak Muda peringkat negeri Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.

Tambahnya, golongan muda di negara ini diajak untuk bersama-sama kerajaan menentang ideologi baru bawaan pakatan pembangkang, khususnya berkaitan keberanian mempertikai perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai cuba "menjahanamkan kerajaan", Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan mempertikai apa yang dilakukan kerajaan dalam perkara yang termaktub dalam perlembagaan, yang didakwa tidak adil kepada rakyat oleh pembangkang merupakan satu tohmahan yang sengaja diputar belit untuk mengelirukan rakyat.

 "Puak pembangkang ini telah membawa ideologi baru dengan mempersoalkan banyak perkara yang telah kita terima selama ini, persoalkan sebahagian besar peruntukan dalam Perlembagaan Negara dengan menyatakan bahawa BN tidak berlaku adil kepada semua kaum dalam negara. Itu semua tohmahan.

"Sebab itu, saya nak mengajak anda semua untuk menentang mereka ini yang merupakan puak-puak yang hendak menjahanamkan Negara. Kita semua anak muda BN supaya meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada parti itu dengan turun padang bertemu setiap pengundi muda bagi menyedarkan kepentingan menyokong BN," tambahnya yang mengajak anak muda BN turun ke seluruh pelosok di Wilayah Persekutuan untuk bertemu pengundi dan memujuk mereka untuk bersama berjuang dalam BN.

Hadir sama Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut hadir memberikan sokongan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan mahu golongan muda terutamanya Pemuda BN perlu tampil menjadi benteng bagi mempertahankan negara daripada menjadi bahan tohmahan pihak berkenaan yang semakin lantang kebelakangan ini.

"Saya mahu anak-anak muda BN, Pemuda BN mahupun Puteri supaya meneruskan momentum sokongan yang bertambah baik kepada BN hari ini. Kita turun padang bertemu setiap pengundi muda, lelaki mahupun perempuan bagi menyedarkan kepentingan menyokong BN.
"Janjikan kepada mereka bahawa BN akan membela nasib mereka. Jumpa mereka dengan cara kita yang baik, sopan, dengan perkataan yang sesuai, pujuk supaya mereka yakin BN akan membela nasib mereka sekarang dan juga di masa depan," ujarnya lagi. 

Sumber Berita -MediaUMNO

HAMIM Ledang

0 ulasan
sumber :-

HAMIM Ledang


Serom residents get BR1M aid

Posted: 17 Jan 2012 06:40 PM PST


By AZIDAN NAHAR
LEDANG
johor@nst.com.my


556 householdsamong the first to receive RM500 aid in Serom state constituency
Serom residents collecting their RM500 BR1M aid at the Bukit Gambirmultipurpose hall recently.

SOME 556 residents were among the first batch to receive the RM500Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) vouchers at the Serom state constituency.

BR1M was initiated byPrime Minister Datuk Seri Najib Razak last year to be given to households thatearn less than RM3,000 a month.


 Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othmansaid the initiative was spurred by the Federal government after considering thecurrent state of the community.

Ghani said  this target group  was  facing the affects of rising costs  following a global trend of inflation in countries in Europeand  the United States.

  "The prime minister sees this and stresses that low-income earnersneed to be assisted in terms of cash," said Ghani during a speech at aceremony to hand out the BR1M vouchers.

  Also present were Ledang member of Parliament, Hamim Samuri and Tangkakstate assemblyman, Goh Tee Tee.

  Ghani said BR1M differs from previous forms of contribution, as thegovernment now  gives out cash instead of providing subsidies.

  He said low-income earners could now feel a direct affect with thecontribution of cash aid.

  "The government is aware and knows what is needed by the communityto ensure  their standard of living is raised.

  "The prime minister wants to turn Malaysia into a high-incomenation by 2020.

"The needy would be assisted in terms of finances and the imparting ofskills in order to achieve this target."

  Meanwhile, Hamim said 2,087 residents in the Ledang parliamentaryconstituency are entitled to the BR1M aid, and efforts were being made with theLedang District Council for them to receive it. 

  Serom is one of three state constituencies in the Ledang parliamentaryseat.


New Straits Times Online-15 February 2012

UMNO Cawangan Bukit Ampang

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Pembangkang takut hadapi perubahan rakyat - Noh

Posted: 22 Apr 2012 08:59 AM PDT

SHAH ALAM 22 April - Cadangan pakatan Pas-DAP-PKR agar kerajaan Selangor tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan menunjukkan pakatan pembangkang itu takut menghadapi angin perubahan politik di negeri itu yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti itu "untuk memastikan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)" terlebih dulu bersih adalah helah untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

"Pembangkang sekarang sengaja cari alasan... sebab mula sedar bahawa angin perubahan politik di negeri ini yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka.

"Mereka takut melepaskan kuasa mereka kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur FASA 3 di Pasar Tani di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih negeri itu.

Mengulas lanjut, Noh berkata BN tidak mempunyai masalah sekiranya pakatan pembangkang yang menerajui Selangor mahu mengadakan pilihan raya negeri berasingan sebab yakin kemenangan itu akan berpihak kepada BN. - BERNAMA

Sayap Parti

Bahagian