Pengikut

Nuffnang

Isnin, 23 April 2012

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Pembangkang takut hadapi perubahan rakyat - Noh

Posted: 22 Apr 2012 08:59 AM PDT

SHAH ALAM 22 April - Cadangan pakatan Pas-DAP-PKR agar kerajaan Selangor tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan menunjukkan pakatan pembangkang itu takut menghadapi angin perubahan politik di negeri itu yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pakatan ketiga-tiga parti itu "untuk memastikan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)" terlebih dulu bersih adalah helah untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

"Pembangkang sekarang sengaja cari alasan... sebab mula sedar bahawa angin perubahan politik di negeri ini yang menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka.

"Mereka takut melepaskan kuasa mereka kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jimat Belanja Dapur FASA 3 di Pasar Tani di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih negeri itu.

Mengulas lanjut, Noh berkata BN tidak mempunyai masalah sekiranya pakatan pembangkang yang menerajui Selangor mahu mengadakan pilihan raya negeri berasingan sebab yakin kemenangan itu akan berpihak kepada BN. - BERNAMA

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian