Selasa, 17 April 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


@UstazAzharIdrus - Pinjaman PTPTN Wajib Bayar Semula

Posted: 17 Apr 2012 03:00 AM PDT

Saya akui sebenarnya saya bukanlah followers penceramah Ustaz Azhar Idrus tetapi apabila beliau mengutarakan pendapat mengenai pinjaman PTPTN ni saya agak bersetuju. Oleh itu saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian.



Dulu korang beriya² kan post isu² semasa kalo Ustaz Azhar Idrus ni menyokong sebelah pihak pembangkang. Sekarang ni Ustaz Azhar Idrus kata pinjaman yang dibuat, wajib dibayar semula. Adakah korang tak setuju?

Contoh paling mudah saya berikan kepada mahasewel semua.

Saya pinjam duit dari kalian RM1,000. Saya janji akan bayar dalam tempoh sekian sekian sekian. Tapi selepas beberapa bulan, saya katakan. Saya takmo bayar duit RM1,000........sila ke REZQEEN HILL untuk cerita selanjutnya



SP: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari" - Riwayat Al-Baihaqi

Pengajaran hadis:

Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah berdosa bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutangnya walau sekecil manapun hutang tersebut.

Panas!!! @AzminAli kutuk @AnwarIbrahim?

Posted: 17 Apr 2012 01:30 AM PDT

Hehehe mai layan video kat bawah ni. Kelakar. Dari tadi SP tengok berulang-ulang. Maharaja Lawak punya lawak pun tak best macam ni. Tak mustahil kan satu hari nanti video ni akan jadi realiti????? Who know's???







SP: Hiburan petang hari. Jangan marah ye. Tuan punya video ni pun amik ilmu dari puak Pakatan Haram gak kot sebab puak depa ni paling terer edit-mengedit fakta dan kebenaran.

Tun M Cabar Pendekar Baring @AdamAdli Bayar Hutang PTPTN

Posted: 17 Apr 2012 12:30 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan, bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini - sumber Gelombang Rakyat



SP: Tu diaaaa Tun M dah sound. Tak faham bahasa melayu kaaa???

Lagi tentang @LYNAS : Penyokong PAS & PKR Tak Puashati Dengan @anwaribrahim?

Posted: 16 Apr 2012 10:25 PM PDT


Dengar2 cerita pendemo2 PAS dan PKR yang join Himpunan Hijau di Kuantan pada 26/2/2012 tempohari kecewa dengan pembahagian bayaran upah yang dilakukan. Mereka tak berpuashati kononnya pendemo PKR dan PAS dibayar sedikit berbanding pendemo2 dari parti rakan subahat mereka, DAP yang dibayar lebih tinggi.Yang lebih mendukacitakan mereka lagi adalah apabila segelintir daripada mereka tidak menerima "Bantuan2" lain seperti yang dijanjikan sedangkan mereka kebanyakkannya datang dari jauh seperti Selangor dan Kuala Lumpur,

"Kepala2" yang dilantik untuk mengumpulkan pendemo2 ni dah pening kepala memikirkan hutang-piutang yang masih belum dilunaskan dengan syarikat pengangkutan yang membawa pendemo2 tersebut malahan ada daripada mereka yang terpaksa mengeluarkan wang sendiri.

Alahai kesiannya rakyat marhaen ni. Demi untuk memuaskan nafsu pemimpin2 atasan mereka2 ni sanggup menanggung beban hutang walhal bos2 mereka bersenang-lenang. Itulah sape suruh percaya sangat dengan janji-janji manis penyamun2 ni semua. Tak pasal-pasal kena tanggung hutang.


Agak2 lepas ni ada tak Mahasiswa lak yang bersungut 'imbuhan' yang diterima tak seperti yang dijanjikan? Tak dapat upah cari je Sepasang couple yang berucap dalam video ni....... ngeh3



PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PROGRAM JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS - "CUCI 4 CHARITY" BERSAMA PUTERI UMNO

Posted: 16 Apr 2012 07:12 PM PDT

Pada 14hb April 2012 yang lalu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah turut sama memeriahkan Program Juara Rakyat Barisan Nasional Cheras anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras.
Tetamu kehormat yang telah hadir merasmikan program tersebut adalah Senator Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam ucapan di majlis perasmian tersebut , berkata inilah julung-julung kalinya Presiden MIC hadir ke kawasan Parlimen Cheras.

"Saya amat berbangga kerana Presiden MIC sanggup hadir bersama kita pada hari ini, inilah contoh pemimpin yang sentiasa bersedia menemui rakyat," katanya. Datuk Wira Syed Ali, memberitahu, pada majlis tersebut seramai 150 orang daripada pelbagai kaum sekitar Parlimen Cheras menerima sumbangan RM150 setiap seorang. Bantuan itu katanya, merupakan komitmen UMNO dan BN Cheras membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan sekalung ucapan terimakasih kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang telah memberi sokongan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dalam menjayakan program "Cuci 4 Charity".

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Tun M dimasukkan ke hospital

Posted: 17 Apr 2012 04:01 AM PDT

"Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad
dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini bagi
menjalani pembedahan kecil untuk
mengeluarkan polip pada rongga hidung.
Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr
Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar
Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM),
Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah
ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi (Perunding
Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan
Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN)
melakukan pembedahan selama sejam bermula
9.30 pagi.
Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di
bawah pemantauan di wad biasa.
Beliau dijangka akan berada di hospital untuk
beberapa hari akan datang.
Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada
anggota keluarga. - Bernama

Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


PROGRAM JOM WAT COKLAT PUTERI UMNO DUN AYER LIMAU

Posted: 16 Apr 2012 08:28 PM PDT


Tarikh  :  14/4/2012
Masa  :  2.00ptg - 5.00ptg
Tempat :  Ramuan China Kechil, Lubok China Melaka

Pengikut