Selasa, 17 April 2012

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PROGRAM JUARA RAKYAT BARISAN NASIONAL CHERAS - "CUCI 4 CHARITY" BERSAMA PUTERI UMNO

Posted: 16 Apr 2012 07:12 PM PDT

Pada 14hb April 2012 yang lalu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah turut sama memeriahkan Program Juara Rakyat Barisan Nasional Cheras anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras.
Tetamu kehormat yang telah hadir merasmikan program tersebut adalah Senator Datuk Seri G. Palanivel, Presiden MIC merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dalam ucapan di majlis perasmian tersebut , berkata inilah julung-julung kalinya Presiden MIC hadir ke kawasan Parlimen Cheras.

"Saya amat berbangga kerana Presiden MIC sanggup hadir bersama kita pada hari ini, inilah contoh pemimpin yang sentiasa bersedia menemui rakyat," katanya. Datuk Wira Syed Ali, memberitahu, pada majlis tersebut seramai 150 orang daripada pelbagai kaum sekitar Parlimen Cheras menerima sumbangan RM150 setiap seorang. Bantuan itu katanya, merupakan komitmen UMNO dan BN Cheras membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin menyampaikan sekalung ucapan terimakasih kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee yang telah memberi sokongan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras dalam menjayakan program "Cuci 4 Charity".

Tiada ulasan:

Pengikut