Isnin, 5 Mac 2012

Razlan's

Razlan's


Polis tak siasat kes Badrolamin?

Posted: 05 Mar 2012 04:47 PM PST


Pada 25 hb Feb yang lepas, seorang pemimpin tinggi PKR telah ditangkap oleh jabatan Agama Negeri Pahang kerana berkhakwat dengan Isteri Orang.

Hari ini sudah 12 hari peristiwa yang mengemparkan negara itu berlaku.

Setakat hari ini, tidak ada keyataan rasmi hasil dari siasatan 2 perkara dari 2 agensi kerajaan.

1. Hasil Siasatan dari JAIP. Badrol Amin telah hadir ke mahkamah dan memberi keterangan kepada JAIP?

2. Tindakan dari pihak Polis atas laporan Badrolamin di pukul oleh 20 orang samseng.

Kedua-dua agensi kerajaan ini seharusnya bertindak lebih proaktif kerana ini melibatkan Pemimpin parti Pembangkang.

Pembangkang sering menuduh POLIS bertindak LEMBAB diatas sesuatu siasatan.

Oleh itu, pihak POLIS sepatutnya bertindak cepat dan pantas menahan 20 orang yang memukul Badrolamin.


"Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik." - Pemimpin Tinggi PKR  - Badrolamin


Inilah bahan BUKTI Badrolamin dipukul oleh 20 orang!

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SKANDEL ANWAR GATE : MARI BACA.....

Posted: 04 Mar 2012 05:09 PM PST


: AKHIRNYA NURUL IZZAH DIKAFIRKAN OLEH PAS??....

 
Kenapa berita ini hanya disiarkan dalam versi Inggeris di Malaysiakini?

PAS won't impose Islamic state, assures DAP

Koh Jun Lin
1:19PM Feb 23, 2012 

DAP secretary-general Lim Guan Eng, in a bid to stem fears that its ally PAS will try to enforce an Islamic state if Pakatan Rakyat is voted into power, says the Islamic party is not seeking to impose hudud. 

While acknowledging ideological differences between PAS and DAP, Lim said the differences do not prevent the two parties from cooperating on other issues.

"
This is PAS' ideology, they do not impose it on us.

"It is not in Pakatan Rakyat's manifesto... (so) it will not be implemented," Lim told a predominantly Malaysian Chinese crowd at the DAP's fundraising dinner in Petaling Jaya, Selangor, last night. 

Lim, who is also Penang chief minister, added that he had previously stated the same before a variety of audiences, including the PAS muktamar and 20,000 PAS members.

"I said that DAP's stance is that we do not agree with hudud. But while we do not agree on this, it does not mean DAP cannot cooperate with PAS; and PAS cannot cooperate with DAP.

"We can cooperate, together, to fight corruption, to fight injustice, to fight unfair treatment of Malaysians," Lim added.
 
BN, in particular MCA, has consistently attacked PAS' ideology, saying that the party would implement hudud and an Islamic state if it comes to power. 

The MCA has cited alleged sexual segregation at the New Year countdown in Sungai Petani, Kedah, and a ban on the sale of lottery tickets in Kelantan as examples in support of its claim. 

Another speaker at the dinner, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar (right), slammed the housing loan scheme for the poor mooted by Kuala Lumpur City Hall. 

In addition to the high interest rate as compared with other loans provided by the government, Nurul Izzah said, the monies would be handled by a 'special purpose vehicle' chaired by Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin.

"Who is going to manage the money lent to poor people? None other than Nong Chik's private special purpose vehicle, where he is the reigning chairperson to manage money from the Employee's Provident Fund," she said. 

Nurul Izzah entertained the crowd by mimicking Raja Nong Chik, saying: "Never mind-lah, you give me-lah, my special purpose vehicle. I give to the poor, and I get one percent in terms of service charge."
 

The dinner was a full-house event, attracting a lively crowd of more than 3,000 DAP supporters and raising RM132,103 in collections alone. 

In addition, a variety of DAP paraphernalia, including books, comics and plush toys featuring its mascot Ubah in a variety of costumes, were put on sale - the latter all snapped up by the time the dinner ended at 11.20pm.

Speakers at the event included DAP publicity chief Tony Pua, Selangor DAP organising secretary Lau Weng San, Selangor PAS commissioner Dr Abdul Rani Osman and Annie Ooi Siew Lan, popularly known as 'Auntie Bersih'.
http://malaysiakini.com/news/190029

Kalau ikut amanat Haji Hadi, orang yang menolak HUDUD akan dikafirkan oleh PAS.


Malah Tun Mahathir yang menolak HUDUD ciptaan PAS pun dihentam teruk oleh PAS.

Sekarang ni, Nurul Izzah dan Pesuruhjaya PAS sendiri bersetuju kenyataan Lim Guan Eng (kerana mereka dalam majlis yang sama) dan menidakkan perkara ini, tidakkah mereka juga akan jatuh kafir?

*Jawapan mudah untuk soalan di atas, berita ini ditulis dalam bahasa Inggeris kerana orang Melayu tak baca Malaysiakini versi Inggeris. Yang celakanya, kenapa Harakah tak menyiarkan berita ini sedangkan pemimpin PAS ada dalam majlis yang sama. Harakah berani kafirkan pemimpin UMNO, mana berani nak kafirkan pemimpin sendiri.

DILUAR LINGKARAN...

Posted: 04 Mar 2012 04:50 PM PST


PRU-13 :Ramalan Tun Daim Zainuddin


"Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ada membuat beberapa ramalan melalui wawancara khas dengan akhbar China Press.Ramalan beliau akan wujud keadaan "Parlimen Tergantung" atau dikenali sebagai "Parlimen Seimbang". Ia wujud dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. Antara beberapa ramalan lain beliau ialah:

  • Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional-BN dan Pakatan Rakyat-PR, dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan 'Parlimen Tergantung' atau Hung Parliament.
  • Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.
  • Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.
  • Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
  • PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.
  • BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.
  • Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
  • BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.
  • Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda

SEKALI AIR BAH.........

Posted: 04 Mar 2012 04:31 PM PST



Tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang. Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan. Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan. Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?

BAPA SEGALA RASIS

SANGGUPKAH ANDA MELIHAT BANGSA ANDA DIPERLAKUKAN BEGITU?

NASIB DULU, KINI DAN SELAMANYA.....

Posted: 04 Mar 2012 04:20 PM PST




Dr. Mahathir berkata UMNO perlu ditegur dari semasa ke semasa. Sebagai parti yang besar, benar ia memang patut ditegur. Landasan yang bengkuk harus diluruskan.

Apakah ahli-ahlinya, khusus para pemimpin parti itu masih berpegang kepada falsafah asal penubuhannya? Siapa sebenarnya orang UMNO sekarang?
Ikhlaskah perjuangan ahli-ahli dan para pemimpin UMNO ini?


Mengapa masih kedengaran pergeseran di sana

dan sini mahu merebut menjadi calon Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli 

Parlimen (MP)?


Apa hebat sangat mahu menjadi calon? Besarkah gaji 

seorang ADUN dan MP? Mengapa ada yang sudah 

berjawatan CEO dengan gaji berganda-ganda besar 

daripada elaun MP atau ADUN, pun sanggup juga 

melobi untuk menjadi calon?

Dalam usaha kerajaan mahu mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi, tinggi sangatkah gaji seorang ADUN dan MP yang mahu direbut itu?

Saya kurang faham mengapa masih berlaku perebutan. Orang itu tikam belakang orang ini dan orang itu. Cantas sana, cantas sini. Malah yang sudah menjadi calon sejak muda sehingga 

kini umur mencecah 70 tahun pun masih berangan-

angan mahu 

menjadi calon?

Hebat sangatkah mahu menjadi calon?


Ingatlah UMNO ialah parti keramat orang 

Melayu. Perjuangannya ikhlas. Pejuang

-pejuangnya dulu juga ikhlas. Ramai 

pejuangnya yang berada di merata cerok 

kampung dan desa akhirnya mati dalam

 kemiskinan.

Namun mereka puas. Puas kerana dapat melihat anak cucu mereka sekarang masih boleh hidup dengan aman dan makmur, walaupun tidak sekaya bangsa lain.

Kita masih mempunyai kuasa politik. Kuasa itulah yang satu-satunya yang kita ada. Pertahankanlah. Tanpa kuasa itu, orang Melayu akan hancur. Dengan penguasaan ekonomi pun lemah, ke mana kita hendak pergi?

Tapi sedarkah orang UMNO sekarang? Berpijak di bumikah orang UMNO? Merendah dirikah orang UMNO?

Ada yang berkata ramai orang UMNO kini terlalu extravagant. Bahasa Melayu bermaksud terlalu mewah. Mewah yang kadang-kala lain macam. Benarkah, kata-kata popular mengatakan orang UMNO ini kaya-raya belaka?

Kalau nak kaya masuk UMNO? Bagi saya itu subjektif. Dalam PKR, Pas dan DAP di negeri-negeri kuasaan mereka juga sedang merebut-rebut projek. Malah, lahapnya lebih dahsyat lagi.

Tapi jika mewah sekali pun perlukah ditunjuk-tunjuk? Jika ada kereta yang mahal-mahal tidak perlu tunjuk-tunjuk. Janganlah masing-masing berlumba membeli kereta mengikut trend.

Ada sahabat bergurau, pakaian perwakilan kaya yang datang ke persidangan, jika dikira dari kepala sehingga ke kaki boleh mencecah nilai puluhan ribu ringgit. Kain samping songket sutera tenunan benang emas boleh mencecah ribuan ringgit. Itu tidak kira cincin batu zamrud, jam tangan hinggalah ke kasutnya.

Orang dulu hanya memakai kain samping UMNO. Kain samping UMNO pada masa itu sudah menjadi jenama yang dikenali.

Kini, mungkin kerana peredaran zaman, kain samping pun sudah berubah. Ia sudah menjadi barangan mewah. Ahli yang miskin pakai yang murah, yang kaya pakai yang mahal.

Jika DAP mengekalkan baju dan seluar putihnya, begitu juga Gerakan - yang masing-masing mengikut pakaian PAP Singapura, mengapa UMNO tidak boleh mengekalkan identitinya semula?

UMNO perlu kekal pada sifat asalnya. Kembalilah kepada fitrah semangat perjuangannya. Biar merendah diri dan kerja keraslah demi rakyat. Tunjukkan keikhlasan yang ikhlas, bukan yang dibuat-buat.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Tidak wajar Pas kutip BR1M!

Posted: 05 Mar 2012 01:25 AM PST


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Surat bertarikh 1 Disember 2011 itu bertajuk 'Rayuan sumbangan derma one off RM50 atau 10 peratus daripada ganjaran pemberian daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) sebanyak RM500 kepada mereka yang bekerja dan berpencen pada bulan Disember 2011 untuk 'tabung pilihan raya N16 Kamunting'.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain tidak menafikan perkara tersebut dan menyatakan ia mungkin sebahagian daripada cara Pas Cawangan Kamunting untuk menggalakkan ahlinya bersedekah.

Abu Bakar turut menegaskan, tidak wujudnya paksaan untuk ahli cawangan itu menyerahkan wang bantuan tersebut.

Menurut Zambry, rakyat perlu menilai perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan konsep negara berkebajikan tetapi tergamak mengambil kesempatan terhadap golongan miskin demi kepentingan politik.

Tindakan Pas Kamunting itu jelas beliau, menunjukkan parti itu dalam keadaan terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum sehingga sanggup mengambil wang yang diberikan kerajaan kepada golongan miskin untuk menampung agenda politik.

"Mereka sudah tiada jalan lain. Jadi, mereka gunakan orang miskin yang kita bantu bagi tujuan kepentingan politik mereka dan apabila minta komen, katanya Pas menggalakkan ahlinya bersedekah dan mereka tidak ada rasa bersalah langsung," katanya.-UMO

Warna-warni politik
Torashah

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH TPM, RAKYAT KUALA NERUS

Posted: 04 Mar 2012 06:35 PM PST



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, YAB Tan Sri MuhyiddinYassin telah menyempurnakan lawatannya ke Terengganu beberapa hari lalu. Syukurjuga kerana pada hari ini, saya mempunyai kesempatan untuk memberikan sedikitkomen atau reaksi mengenai hasil lawatan tersebut.

Terima kasih kepada YAB Tan Sri keranatelah memilih Parlimen Kuala Nerus sebagai sebahagian destinasi lawatan beliau.

Juga penghargaan yang tidak terhinggasaya ucapkan kepada puluhan ribu rakyat yang membanjiri kawasan Sekolah MenengahTeknik Kuala Terengganu sebagai memberikan sokongan kepada pucuk kepimpinannegara yang tercinta.

Selain, beberapa pengumuman atauberita baik daripada YAB Tan Sri mengenai projek Sekolah Sukan dan beberapaprojek untuk rakyat yang lain di kawasan Parlimen Kuala Nerus ini, kehadiran puluhanribu rakyat adalah sesuatu yang mengkagumkan.

Saya sangat teruja melihat semangatrakyat Kuala Nerus – satu gambaran mengenai kebangkitan mereka untuk memastikanBarisan Nasional (BN), khususnya di Parlimen Kuala Nerus berada dalam genggamankita. Ini bukan sesuatu yang retorik kerana ia sebenarnya benar-benar berlakudi depan mata kita semua.

Saya sangat optimis bahawa jika inilahsemangat yang ditunjukkan rakyat Parlimen Kuala Nerus, bukan sahaja semuakerusi yang BN miliki akan dikekalkan, malah kerusi DUN Bukit Tunggal yangdimenangi Pas pun, akan mampu kita tawan semula.

Apa pun, saya melihat satu semangatdan iltizam yang sangat luar biasa yang mampu saya terjemahkan dengan perasaanyang sangat gembira.

Mudah-mudahan kebangkitan dan semangatyang ditunjukkan rakyat ini akan berterusan. Terima kasih YAB Tan Sri MuhyiddinYassin dan seluruh penduduk dan pengundi di Parlimen Kuala Nerus.

Pengikut