Pengikut

Nuffnang

Isnin, 5 Mac 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

sumber :-

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH TPM, RAKYAT KUALA NERUS

Posted: 04 Mar 2012 06:35 PM PST



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, YAB Tan Sri MuhyiddinYassin telah menyempurnakan lawatannya ke Terengganu beberapa hari lalu. Syukurjuga kerana pada hari ini, saya mempunyai kesempatan untuk memberikan sedikitkomen atau reaksi mengenai hasil lawatan tersebut.

Terima kasih kepada YAB Tan Sri keranatelah memilih Parlimen Kuala Nerus sebagai sebahagian destinasi lawatan beliau.

Juga penghargaan yang tidak terhinggasaya ucapkan kepada puluhan ribu rakyat yang membanjiri kawasan Sekolah MenengahTeknik Kuala Terengganu sebagai memberikan sokongan kepada pucuk kepimpinannegara yang tercinta.

Selain, beberapa pengumuman atauberita baik daripada YAB Tan Sri mengenai projek Sekolah Sukan dan beberapaprojek untuk rakyat yang lain di kawasan Parlimen Kuala Nerus ini, kehadiran puluhanribu rakyat adalah sesuatu yang mengkagumkan.

Saya sangat teruja melihat semangatrakyat Kuala Nerus – satu gambaran mengenai kebangkitan mereka untuk memastikanBarisan Nasional (BN), khususnya di Parlimen Kuala Nerus berada dalam genggamankita. Ini bukan sesuatu yang retorik kerana ia sebenarnya benar-benar berlakudi depan mata kita semua.

Saya sangat optimis bahawa jika inilahsemangat yang ditunjukkan rakyat Parlimen Kuala Nerus, bukan sahaja semuakerusi yang BN miliki akan dikekalkan, malah kerusi DUN Bukit Tunggal yangdimenangi Pas pun, akan mampu kita tawan semula.

Apa pun, saya melihat satu semangatdan iltizam yang sangat luar biasa yang mampu saya terjemahkan dengan perasaanyang sangat gembira.

Mudah-mudahan kebangkitan dan semangatyang ditunjukkan rakyat ini akan berterusan. Terima kasih YAB Tan Sri MuhyiddinYassin dan seluruh penduduk dan pengundi di Parlimen Kuala Nerus.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian