Razlan's |
Posted: 04 Mar 2012 09:56 PM PST Kenyataan Rasmi. Susulan dari desakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkenaan isu akhbar The Star menyiarkan gambar Erykah Badu bertatukan Kalimah Allah. Sudah genap seminggu kesalahan ini dilakukan dan saya diberitahu surat tunjuk sebab sepatutnya sudah diberi kepada KDN dan menunggu apakah langkah seterusnya. Ramai pihak tidak berpuas hati sekiranya KDN hanya memberi amaran dan meminta kepada Akhbar The Star memohon maaf. Ini kerana kesalahan melibatkan penghinaan ke atas Agama Islam sudah dilakukan 2 kali dalam jangka masa 6 bulan dan 3 kali dalam jangka masa 1 tahun. Harunssani dan Dr Juandah dan juga NGO lain juga tidak mahu tindakan sekadar "permohonan maaf" daripada The Star. Di sini Pemuda Seputeh ingin meningatkan sekali lagi desakan yang kami buat tempoh hari kepada KDN agar mengantung sekurang-kurangnya akhbar The Star selama 1 tahun. Akhbar The Star mesti di ajar bagaimana untuk menjaga kesucian agama, bukan sahaja agama Islam tetapi kene jaga semua agama lain. Kami menunggu keputusan KDN minggu ini.... Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Published with Blogger-droid v2.0.4 |
Servis Motor Percuma Pemuda Seputeh. Posted: 04 Mar 2012 05:06 AM PST
Dibuat pada 4 mac 2012 Masa dari 9am - 4pm Perasmi. Program ini telah dirasmikan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh. Program ini telah dihehadiri seramai 400 Buah motor yang datang dati sekitar kawasan Seputeh. Program ini bertujuan untuk merapatkan orang muda bersama dengan kepimpinan BN Seputeh. Dalam ucapan perasmian oleh Datuk Mustapa beliau mengajak semua anak muda untuk mengelakkan gejala kurang sihat, jangan terlibat dengan lumba haram. Beliau mencadangkan agar Satu perlumbaan di tengah-tengah bandar kuala lumpur diadakan untuk menarik minat anak muda daripada terlibat dengan sukan bermotor. Sdr Mohd Razlan yakin Orang muda hari ini sudah dekat dengan Barisan Nasional. Slogan BN Pilihan Orang Muda sudah menampakan impak dan ini kita dapat lihat kehadiran hari ini. "YB Teresakok tidak peduli orang muda di Parlimen Seputeh. Selama beliau menjadi wakil rakyat, tidak ada satu program pun yang di buat untuk memberi kebajikan kepada orang muda, peruntukan yang diberikan kepada beliau selama menjadi wakil rakyat, Orang Muda Parlimen Seputeh tidak pernah merasa dan kita sendiri tak tahu mana pergi peruntukan yang diberikan selama ini. Published with Blogger-droid v2.0.4 |
You are subscribed to email updates from Suara Razlan's... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan