Puteri Bahagian Segambut |
Di mana Janji Manismu YB @N_Izzah? @umbkl Posted: 25 Oct 2012 06:56 AM PDT Mana mau lari wahai Nurul Izzah oi. Dulu masa sebelum PRU 12, satu Parlimen Lembah Pantai dijajanya macam² janji untuk diberikan pada rakyat setempat selepas PRU 12. Tapi sampai ke la ni, haram takda pun janji yang ditepati. Habis semua janji dicapati Nurul Izzah. MP Lembah Pantai ni pernah berjanji mahu berikan bantuan berbentuk elaun sara diri kepada penduduk sekitar RM600 sehingga RM1,500. Itu janji Nurul Izzah sebelum berjaya merampas kerusi Lembah Pantai tapi kini apabila sudah memegang posisi selaku Ahli Parlimen, janji ke mana, dia pun terus menghilang diri dan sub kepada UMNO untuk menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat di sana. Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi 'terpaksa' beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama. Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008. Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat. Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama. "Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil. "Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai," katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik, di sini, kelmarin. Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai. Malah pada pertemuan tersebut, Shahrizat turut menyatakan sokongannya terhadap Raja Nong Chik sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU13. "Beliau bersama-sama saya di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal saya menjadi Ahli Parlimen di sini (Lembah Pantai). "Saya bersama jentera Wanita akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau sebagai calon Parlimen Lembah Pantai seterusnya merampas kembali kerusi tersebut," katanya. Raja Nong Chik dalam pada itu berkata, beliau tidak terkejut dengan sokongan yang dinyatakan Shahrizat kerana telah sedia maklum sejak awal lagi. Katanya, hubungan mereka tidak seperti digambarkan pihak pembangkang yang sememangnya menginginkan perpecahan dalam Umno. "Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan beliau," katanya. Sebelum cau dari Lembah Pantai, make sure kasi clear dulu janji² yang pernah dijaja sebelum ini. Jangan sampai jadi orang MUNAFIK, janji tak dikotai. SP: Janji sape2 pn boleh janji. Budak sekolah tadika pun pandai berjanji tapi bab nak tunaikan janji tue yang tak semua orang bole buat. Janji pemimpin PR lagilah tk boleh caya sebab pemimpin PR hanya pandai tabur janji. Kepada pengundi di Lembah Pantai yang menagih janji manis YB sorang ni tunggulah sampai kucing bertanduk pun belum tentu Janji Ditepati. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan