PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- HIKAYAT "BATU API" NURUL IZZAH ?
- PRU 13 : SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU!
- PRU 13 : APABILA INI BERLAKU ?
- BAJET 2013 : PAS DAH LAMA PUPUS?
- BUDAYA SONGSANG DALAM MASYARAKAT
- PRU 13 :Najib:Jangan Risau Tarikh Pilihan Raya
- APABILA JET MENGATASI BAJET
- BILA PAS TERCEKIK GULA-GULA GETAH PAKATAN RAKYAT.
- PRU 13 : NIK AZIZ KELIRU ATAU DIKELIRUKAN?
- PRU 13 :SIAPA LEBIH GENTAR BN, PAS ATAU PKR ?
- PRU 13 : NASIB PAS DIHUJUNG TANDUK!
- MARI BACA ARTIKEL INI.
- BEZA ANTARA BN DAN PR.
- Ancaman liberalisme dan pluralisme
- "MAT SOM" PAS DILANDA TSUNAMI CERCA MERBA?
- ANWAR SEBAGAI PM?
- PENGAJARAN YANG LEPAS.
- SUARAM : ISU POLITIK ATAU KESELAMATAN ?
- PR DAN STRATEGI MENAWAN PUTRAJAYA.
- SUARAM DAN SCORPENE : AGENDA TERSEMBUNYI
- SUARA HARAM GATE
- SUARA NEGARAWAN NEGARA
HIKAYAT "BATU API" NURUL IZZAH ? Posted: 02 Oct 2012 10:01 PM PDT Komen Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung dengan cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk menganjurkan pentas patriot bagi memberikan penjelasan umum mengenai hakikat sejarah serangan kumpulan bersenjata PKM yang menjadi kontroversi ekoran kenyataan Mat Sabu pada 21 Ogos lalu menggambarkan hakikat sebenar yang sedang bermain dalam fikiran pembangkang. (Baca Malaysia Insider, Pentas Patriot: Umno Guna Pentas Semai Rasa Benci,Dakwa Nurul, 4 September 2011). Pembangkang ingin menjadikan sejarah tersebut sebagai "batu asas" dan kerana itulah sentiasa berperanan sebagai "batu api" menerusi strategi propanda mereka yang terkenal dengan pendekatan menimbulkan suasana kelam-kabut. Sebagaimana pernah dilakukan oleh ayahnya, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah amat memahami dalam situasi apa pun, jika ingin mengubah sesuatu persepsi umum, maka persepsi asal itu terlebih dahulu perlu dikelirukan. Apabila persepsi umum terkeliru, maka gerakan selanjutnya mestilah bermula. Dalam bahasa propaganda ia dikenali sebagai "neutralize" dan kemudiannya diikuti dengan kaedah-kaedah yang lebih serius melalui pernyataan bukti. Proses selanjutnya dikenali sebagai "reinforcing" atau juga dipanggil dengan istilah "indoctrination." Dalam perspektif propaganda, indoktrinasi menjadi siri pemasukan fakta baru yang sesuai dengan kehendak sumber. Berdasarkan strategi pelabelan meletakkan sejarah sebagai "batu asas" dan hentaman bertalu-talu itulah akhirnya memungkinkan Nurul Izzah ataupun Mat Sabu mampu membawa obor pembangkang sebagai hero dan heroin baru dalam sejarah persepsi masyarakat Malaysia yang semakin kehilangan kenangan sejarah kesan dari sistem pendidikan yang tidak memberikan penekanan kepada pengajian sejarah. Sebelum isu kontroversi Bukit Kepong, pembangkang pernah mempersoalkan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai syarat wajib lulus Sijil Peperiksaan Malaysia pada tahun 2013 nanti. Bagi mereka, langkah mewajibkan mata pelajaran itu akan membuka minda para pelajar dengan kaedah sebenar perspektif sejarah yang pelu mereka pelajari, dan dengan cara itu akhirnya para pelajar lebih bijak membuat penilaian. Para pelajar akan lebih cekap membuat penyisihan antara fakta sebenar dan fakta yang mempunyai nilai tambah berasaskan kepentingan pihak tertentu dalam merakamkan sejarah negara. Pembangkang menjadi takut kerana sepanjang kewujudan mereka dalam pentas politik tanah air, tindak tanduk mereka lebih bersifat "batu api" daripada sebuah pandangan yang boleh dilihat sebagai konstruktif. Kita mungkin boleh mengambil contoh dengan gelagat PAS yang terlalu inginkan kuasa sanggup mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kesucian Islam. Semasa Haji Hadi dilihat sebagai seorang tokoh muda dalam PAS, pada awal tahun 1980-an beliau telah meracuni pemikiran orang Islam dengan fatwa jihadnya. Dalam fatwa itu beliau menggesa agar orang Islam melancarkan jihad melawan UMNO sedangkan beliau sedar ahli UMNO juga merupakan orang Islam. Fatwa PAS terus menjadi bahan motivasi jihad sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu menerusi tindakan sembahyang dua imam, boikot kenduri-kendara kerana perbezaan fahaman politik dan seterusnya ialah melabelkan setiap tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai taghut. Perspektif itu telah membawa konflik dalam masyarakat Melayu sehingga kini masih terus berlaku. Sejarah kegagalan Anwar Ibrahim untuk "memerintah" menerusi rancangan 16 September 2008 juga tidak boleh dihapuskan kerana ia sudah menjadi "batu tanda" besar dalam politik Malaysia. Bahkan, liku-liku reformasi yang dilaksanakan oleh bapanya sudah pun dilihat sebagai "batu api" yang telah berjaya memecahbelahkan kehidupan bermasyarakat. Ianya akan terus tercatat sebagai fakta sejarah yang mungkin menjadi "batu tanda" yang ingin dipinda oleh Nurul Izzah. Percubaan untuk meminda sejarah negara, terutamanya yang dilihat boleh memberikan "political mileage" kepada pembangkang bukanlah bermula dengan kenyatan Mat Sabu. Sudah banyak kali dilakukan, tetapi masyarakat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian tidak boleh menerimanya kerana mereka mengetahu niat sebenar pembangkang lakukan perkara tersebut. Kita mungkin boleh jadikan ia sebagai "batu tanda" bagaimana pembangkan sentiasa ingin menghidupkan nyalaan api kemarahan rakyat dengan menyimbah minyak ke atas sesuatu isu yang bermula. Ramai rakyat Malaysia masih ingat bagaimana sekumpulan pembangkang telah menggunakan platform badan-badan bukan kerajan dan kebebasan mengeluarkan pendapat untuk mengangkat semula peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bagi melunakkan hakikat kesombongan DAP dan penglibatan komunis. Mereka mengangkat sumber yang berdasarkan catatan Inggeris berhubung dengan perkara tersebut sehingga memberikan gambaran bahawa pembangkang tidak bersalah, yang salahnya ialah orang Melayu bertindak balas ketika perarakan yang dimulakan oleh mereka bagi meraikan kemenangan. Mereka juga memperjuangkan untuk membina sebuah tugu peringatan bagi mengenang pejuang Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) di Nilai. Tujuannya adalah jelas kerana semasa pendudukan Jepun, kelompok radikal yang terpengaruh dengan ideologi komunis itu merasakan kedudukannya terancam disebabkan faktor permusuhan antara Jepun dan China semasa Perang Korea. Ketika Jepun memerintah, keturunan Cina yang tinggal di Malaysia merasakan kedudukannya terancam dan tatkala Jepun menyerah kalah, MPAJA menerusi Bintang Tiga telah mengambilalih pentadbiran. Setelah Jepun menyerah kalah, Inggeris yang kembali berkuasa mengambil langkah memerangi mereka. Untuk berhadapan dengan suasana itu, maka lebih ramai orang Melayu dibawa masuk ke dalam perkhidmatan polis dan tentera, manakala penduduk tempatan digalakkan menganggotai home guards. Suasana ini menjadi ilham kepada Sasterawan Negara, Allhayarham Usman Awang menulis sebuah novel yang sepatutnya dibaca secara meluas oleh generasi muda hari ini. Novel itu ialahTulang-Tulang Berserakan. Kita boleh minta agar Izzah membaca dan mengkaji novel itu bagi menolehkan beliau sedar bahawa sejarah itu memang menjadi "batu tanda" dan bukannya "batu api." Saya setuju dengan komen Izzah bahawa " Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya." Tetapi, bukannya perbezaan pendapat boleh diasaskan dalam konteks emosi marah dan rasa geram kerana kegagalan pembangkang untuk memerintah maka apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai tidak berguna dan tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Budaya penafian atau dikenali sebagai denialism sudah sekian lama berakar dalam pemikiran pembangkan, dan kerana itulah apa saja yang diambil oleh kerajaan dlilihat sebagai langkah yang kurang bijak. Seharusnya pembangkang berlaku jujur dalam membuat sebarang penilaian, barulah perbezaan pendapat boleh diterima sebagai sesuatu yang kontruktif dan bukannya "batu api." Kita mungkin mengingat sejarah bagaimana pembangkang melihat pembinaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan bagi menggantikan Kuala Lumpur yang semakin padat sebagai langkah yang membazir. Ketika era kepimpinan PAS dibawah Haji Fadhil Noor, tekadnya adalah mudah "jika PAS memerintah, Putrajaya akan dilelong." Memangnya Haji Fadil Noor sedar sampai bila pun PAS tidak dapat memerintah Malaysia kerana untuk menjadi pemerintah, parti itu perlu menang secara majorit. PAS bertanding dalam kawasan yang terhad, malah kurang dari separuh kerusi Dewan Rakyat. DAP juga pernah menyelar pembinaan projek Jambatan Pulau Pinang pada awal tahun 1980-an sebagai projek yang membazir kerana rakyat lebih memerlukan benda lain. Setelah membentuk kerajaan di Pulau Pinang, DAP terus menggesa kerajaan pusat agar meneruskan cadangan membina jambatan kedua walhal cadangan itu berasal dari kerajaan BN. Apakah itu bukan suatu paradok dalam sejarah politik Malaysia yang terpaksa ditelan oleh DAP? Mungkinkah suatu hari nanti DAP akan menulis sejarahnya semula agar tidak memberikan gambaran politik cetek pemimpin mereka dalam menilai sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan umum? Bagaimana DAP Pulau Pinang telah cuba menulis semula sejarah Balik Pulau menerusi tajaan sebuah risalah MyBalik Pulau? Tidakkah itu sesuatu yang jelas menggambarkan suatu kaedah untuk memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Balik Pulau. Apakah tujuan mereka melakukan perkara itu? Ia mungkin ada hubungkait dengan iltizam DAP untuk membangunkan sebuah university berbahasa pengantarkan Mandarin di situ malah penduduk tempatan telah membantahnya kerana melibatkan pengambilan tanah milik orang Melayu. Maka, dengan mengukir semula penilaian sejarah baru, maka hubungan orang Melayu dengan Balik Pulau akan dapat dipinda, dan sejarah baru akan muncul bahawa Balik Pulau merupakan kawasan yang dibuka oleh orang Cina. Itulah matlamat sebenar DAP setelah memerintah Pulau Pinang. Selepas beberapa bulan memerintah Pulau Pinang, DAP terus dilanda kontroversi besar dari kes Kg Buah Pala kepada perobohan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dan seterusnya agihan tapak kedai di KOMTAR dan kini bangunan meletakkan kenderaan bernilai RM 5 juta. Semuanya ini mewarnakan sejarah DAP di Pulau Pinang, dan tentunya akan ada usaha budaya penafian yang akan terus dicipta. Tanpa mencipta alasan baru sebagai tindakan menafikan fakta sejarah itu akan mengakibatkan parti itu tidak lagi mendapat kepercayaan pengundi, bahkan sudah ada gerakan untuk menolak kepimpinan Lim Guan Eng dengan seruan "balik ke Melaka." Sudah diberikan hadiah seluar dalam berwarna hitam, kek hitam dan sebagainya, tetapi Lim Guan Eng tetap menebalkan muka, tidak peka dengan kehendak pengundi. Masih bersikap seperti si luncai yang bakal terjun dengan labunya. Itu adalah fakta sejarah yang menjadi "batu tanda" pemerintahan DAP, yang tidak boleh dilakonkan semula bagi menjernihkan kepekatan nilai pengurusan yang dilihat cuba menerapkan keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Salahkah jika ada orang Melayu membuat penilaian bahawa apa yang dilaksanakan oleh DAP sekarang tidak banyak membantu orang Melayu, bahkan sebagai proses mengeluarkan orang Melayu dari kandang sejarahnya sendiri di Pulau Pinang untuk digantikan dengan membina semula sejarah berasaskan perspektif politik Cina? Bagaimana Pulau Pinang menyediakan kemudahan perumahan kepada rakyatnya? Lihatlah, semakin memenuhi ruang tanah di bahagian pulau dengan rumah-rumah mewah sama ada ala-Bali dan villa yang memangnya tidak mampu dibeli oleh orang Melayu? Di manakah orang Melayu akhirnya akan berkelana, Balik Pulau atau Bayan Lepas.sudah dilihat bakal terlepas manakala Kg Asam sudah pun tertinggal bekas. Inilah sejarah baru yang sedang menjadi "batu tanda" orang Melayu Pulau Pinang, yang akhirnya juga akan menjadi sasaran pembetulan politik pembangkang. Apakah apabila ada orang Melayu membangkitkan kesahihan faktanya, maka ia dilabelkan sebagai "batu api." Mungkin Nurul Izzah boleh menjawabnya, kerana setakat ini beliau sebenarnya belum mampu memberikan makna yang tepat mengenai dua istilah yang dilihat sebagai kesan sejarah. Syak wasangka telah lama ditimbulkan oleh pembangkang kerana telah menilai bahawa sejarah pembinaan negara tidak memberikan peluang kepada mereka. Mereka tidak memberikan kezahiran makna, yang ternampaknya sikap menentang yang arrogan sehingga menimbulkan suatu bentuk yang mendebarkan masyarakat. Contohnya bagaimana keadaan Kuala Lumpur apabila pembangkang melancarkan pelbagai bentuk "politik jalanan" dan memusingkan fakta sejarah. Kaji dan telitilah secara ilmiah apakah sebenarnya objek demonstrasi jalanan? Apakah objektifnya tercapai atau tidak? Nyatakan secara jujur, kewajarannya ada di mana? Kenapa demokrasi sentiasa dijadikan topeng, sedangkan dalam kepengurusan PKR tersemai begitu banyak bentuk totalitarian? Bolehkah sejarah berbohong bahawa corak kepimpinan yang dilaksanakan oleh PKR tempoh hari membawa kepada perpecahan penyokongnya, kerana kronisme dan nepotisme menjadi peraturan baru di sebalik usaha merealisasikan demokrasi sebenar? Kalau pemuda UMNO mengadakan Pentas Patriot boleh disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai "menyerang Mohamad Sabu" maka perkara yang sama pernah berlaku dan dilakukan oleh bapanya sendiri. Anwar telah menggunakan pelbagai pentas untuk menyerang peribadi Dato' Sri Najib kerana mengaggap kerusi Perdana Menteri adalah miliknya, sedangkan secara legalnya, Anwar memang tidak layak. Pernahkah Izzah bertanyakan bapanya, kenapa begitu degil Anwar ingin bersandiwara bahawa Tun Dr Mahathir telah melakukan kesilapan dan tidak berperaturan bila memecatnya pada tahun 1998? Pernahkah Izzah meneliti semula kebenaran sejarah bahawa ibu pernah berbohong bahawa Anwar telah disuntik dengan virus HIV dan diracun dengan bahan kimia arsenik beberapa hari sebelum ditahan di Penjara Sungai Buloh? Kenapa Izzah tidak mentafsirkan semua perkara itu agar benar-benar mendapat "batu tanda" bahawa ibunya pernah berbohong, tetapi bapanya masih lagi sihat sehingga sekarang setelah lebih 13 tahun "disuntik virus HIV dan diracunkan dengan arsenic". Ibunya berbuat demikian kerana inginkan simpati masyarakat, dan cuba menggambarkan suaminya tidak bersalah dan menjadi mangsa politik. Hari ini semakin terbukti bahawa sejarah bapanya adalah sebuah sejarah pembohongan, sejarah "batu api" dan sejarah seorang propagandis yang sanggup menggunakan apa saja kaedah demi mencapai hasratnya. Kita jangan lupa, sejauhmana handal atau bijak kita sekalipun, tanpa restu Allah SWT kita tidak memperolehi kemenangan, kerana kita percaya rezeki kita memangnya anugerah Allah dan bukannya hak mutlak kita. Terang dan bersuluh itu dua sifat yang amat diperlukan, kerana memberikan keterangan yang jujur akan memberikankita cahaya yang boleh memandu arah mana yang hendak kita lalu untuk derap langkah selanjutnya. Membina kekeliruan pemikiran masyarakat meskipun jangka pendeknya dianggap hebat, tetapi jangka panjangnya akan mengakibatkan kemenangan itu tidak ubah seperti malangnya Pak Kaduk. Ayam menang sabung, tapi kampong tergadai. Tolonglah Izzah memeriksa sejarah, dari mana punca kewangan yang bapanya peroleh sehingga mampu menggerakkan PKR dan menghadirkan diri seantero dunia, sehingga bapanya dilihat sebagai seorang pemimpin paling mewah serta boleh ke sana ke mari. Bukan sedikit belanja. Bukanlah calang-calang orang boleh lakukan, dan sebenarnya Anwar sudah menjadi sejarah, sebuah sejarah fenomena politik yang resah, politik serba salah kerana sentiasa membudayakan hidup dan perjuangan seperti teori kupu-kupu (pinjam istilah yang digunakan oleh Muturesan, Strategi Kemenangan Anwar). Mengkaji dan menulis semula sejarah boleh dilakukan, tetapi ia perlu bersandarkan disiplin yang betul dan pendapat semata-mata. Perlu ada bukti, maka kontroversi yang hendak ditimbulkan oleh pembangkang, masih kekurangan fakta sahih, maka itulah percubaan sedemikian dilihat keterlaluan dan membingungkan. Biarlah rakyat menilai siapa sebenarnya puteri kesayangan Anwar itu, sama ada sebagai serikandi ataupun seorang wanita yang tewas kerana kegagalannya mempertahankan sejarah yang sedang dirungkaikan oleh masyarakat apa yang telah dan sedang berlaku dalam keluarga besarnya. Tidak perlu Nurul Izzah mempersoalkan kewajaran perkara-perkara lain selagi sejarah yang telah dan sedang dibangunkan oleh kedua orang tuanya masih bersimpang-siur antara benar dan salah, antara kenyataan dan rekaan, mitos atau reality. Masyarakat akan menjadi hakim yang muktamad, kerana sejarah itu adalah sejarah masyarakat bukannya milik Nurul Izzah seorang. Batu tanda ada di mana-mana dan batu api tetap menjadi senjata pembangkang untuk membina persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Itulah sebahagian sejarah politik Malaysia yang harus difahami dan memerlukan waspada, maka Pentas Patriot menjadi kaedah terbaik menangkis sebarang percubaan memutarbelitkan fakta sejarah yang semakin semarak kerana merasakan masa terlalu sempit, keyakinan rakyat kepada kerajaan semakin kemas sedangkan pembangkang masih terkial-kial dengan retorik politiknya, cakap tidak serupa bikin, malah bikin tidak serupa cakap. Itulah sejarah yang sedang diukir dan dalam percubaan menghakiskannya untuk episod seterusnya menerusi Hikayat Batu Api Nurul Izzah. Putera Syakir Mubarak |
PRU 13 : SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU! Posted: 02 Oct 2012 09:44 PM PDT Membaca surat terbuka yang disiarkan melalui blog dan kemudiannya disiarkan kembali oleh MerdekaReview pada 8 Disember 2011, jelas membuktikan bahawa Haji Hadi amat memerlukan bangsa Melayu bagi membolehkan parti yang dipimpinnya terus melakarkan pengaruh berdasarkan retorik Islam. Bagaimana untuk mendahulukan Islam seandainya bangsa Melayu kehidupannya terumbang-ambing dilamun oleh ombak perpecahan dan bencana politik jumud sehingga orang sekampung hilang pedoman kemuafakatan, tidak mengiktiraf hak sesama manusia yang berlainan kefahaman politik dan sengketa berpanjangan kerana menuju ke syurga itu tidak ada dalam kamus politik orang lain, kecualilah PAS yang mengatakan bahawa partinya sahajalah yang memperjuangkan Islam? Islam bagaimanakah yang telah berjaya dibentuk oleh PAS sejak lahirnya parti itu sejak tahun 1951, enam puluh tahun kalau bukan menghebohkan tuduhan mengkafir sesama manusia. Bahkan, kalau Haji Hadi benar-benar jujur dengan perjuangan Islam, beliau seharus memohon maaf secara terbuka dengan bertaubat dan mengakui bahawa dari amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1980-an adalah satu kesilapan besar yang telah menodai Islam. Kebijaksanaan Haji Hadi juga memperokperandakan PAS dengan mengundur gear yang salah bagi memperoleh sokongan sekutu politiknya apabila mengorbankan beberapa prinsip dari sebuah perjuangan membentuk negara Islam kepada sebuah negara berkebajikan. Apakah kebajikan yang telah dilaksanakan oleh PAS apabila tidak pernah berlaku jujur dengan kutipan wang derma, dana pembinaan masjid tapi yang berjaya dilaksanakan ialah mendirikan tiangnya sahaja (kes di Terengganu memang banyak), mengkhianati perjanjian dengan Tuhan dalam hal melaksanakan Hukum Hudud tetapi dalam buku yang baru dilancarkan mengenai negara berkebajikan tidak ada satu pun ayat yang memperkatakan hukum tersebut. Haji Hadi dengan menggunakan platform akan terus berbohong kepada masyarakat bahawa dengan tidak menafikan bahawa "kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam" sebenarnya bukanlah digalakkan, Islam mewajibkannya sebagai usaha untuk memantapkan saliturrahim kerana manusia tidak boleh hidup secara bersendirian dan mengurung diri sebagaimana kehidupan seorang rahib. Nampaknya dalam perspektif itu Haji Hadi semakin keliru dan tebal retoriknya dengan mengatakan bahawa "Rasullullah SAW bukan dilantik menerusi pilihan raya" jadi jika ingin dipertahankan oleh Haji Hadi maka tidak perlulah beliau bersungguh-sungguh mempromosikan partinya agar menang pilihan raya nanti. Teruslah Haji Hadi bersama PAS mengharapkan akan adanya durian runtuh atau mutiara bergolek dari gunung, kerana menganggap bahawa sistem pilihan raya itu sesuatu yang bukan bersifat Islam. Itu juga merupakan suatu penjelasan Haji Hadi bagi menutup keterlaluan salah seorang pendakwah PAS yang telah menyifatkan Nik Aziz sebagai "nabi" dan sokongannya yang terdahulu apabila pernah bersetuju dengan Wan Azizah mengangkat suaminya sebagai "anugerah Tuhan" kerana takutkan akan kehilangan dokongan daripada DAP, yang pernah dituduhnya sebagai menghampiri "orang kafir" tetapi kini sudah terbalik, menanggap orang Islam yang menentang PAS sebagai menghampiri "orang kafir." Bagaimanapun Haji Hadi sebenarnya sudah terlalu berlembut sehingga menodai prinsip asas Islam yakni melihat konteks kepimpinan Melayu sebagai sesuatu yang buruk dan mendatangkan petaka walhal PAS telah lama membinasakan Islam dengan mempermain-mainkan ajaran tersebut demi kepentingan politik sempitnya. Bagaimana beliau menjelaskan menerusi frasa "ucapan pertama Rasullullah SAW ketika pertama kali menerima wahyu dari Allah SWT" dengan menyamakan "hanya bangsa Arab yang boleh menegakkan Islam,macam slogan UMNO: Hidup Melayu." Beliau sebenarnya cuba beranalogi secara keterlaluan tanpa mendefinisikan konsep Melayu itu amat kuat berakarumbikan Islam, kerana beliau bimbang dengan kebangkitan semula UMNO yang telah berjaya membangunkan budaya hidup moderat dan selaras dengan kehendak persekitaran semasa, dan bukannya bedasarkan idealism yang tidak berpijak di alam nyata. Sejak UMNO memerintah, Islam tidak dipinggirkan malah terus berkembang sebagaimana diakui oleh banyak negara Arab, dan ini cuba dinafikan oleh PAS yang sudah terdesak atau tersedak setelah 60 tahun gagal membawa Islam ke persada nyata. Dengan turut mengutip sebuah ayat al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW (Surah Muhammad ayat ke-38), Haji Hadi sebenarnya sudah termasuk dalam kategori mereka yang "berpaling (daripada menegakkan Islam)" dan kerana itulah DAP amat berhasrat besar untuk menggantikan kemunculan PAS apabila berusaha untuk meletakkan banyak calon keturunan Melayu terutama di kawasan-kawasan yang pernah ditandingi oleh PAS tetapi kalah. Prose situ sebenarnya menunjukkan bahawa kegelinciran keyakinan DAP terhadap PAS adalah besar kerana PAS semakin hancur dan hanyut dengan angan-angannya sendiri yang terlalu idealistic, tanpa mengukur baju di badan sendiri. Akhirnya, PAS telah dicabar dari dalam parti itu sendiri, oleh segelintir pemimpinnya apabila Saari Sungip mengeluarkan kenyataan Dr Hassan Ali akan digugurkan tanpa terlebih dahulu mendapat restu parti. Khalid Samad telah melakukan bai'ah akan menceraikan isterinya apabila tidak lagi setia kepada PAS. Dr Badrul Amin membuat gesaan agar si isteri atau suami yang mempunyai pasangan berlainan fahaman politik wajib memohon pembubaran perkahwinan sedangkan dalam Islam yang diharamkan ialah perkahwinan berlainan agama kerana ia bakal menghancurkan institusi keluarga, dua nakhoda dalam satu kapal. Jika Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin umat Islam dan seterusnya menentang mereka yang murtad, apakah PAS telah mengambil langkah yang sama apabila menuduh tindakan JAIS mengumpul bukti dengan menghadirkan diri ke sebuah gereja pada awal Ogos lalu sebagai langkah yang salah dan silap? Kalau JAIS telah melakukan kesilapan sehingga diistilah sebagai "menyerbu", kenapa PAS tidak berusaha membendung arus pengkristianan orang Islam yang sedang dilaksanakan menerusi pelbagai cara dan kaedah. PAS sebenarnya tidak pernah menyelamatkan akidah umat Islam sebaliknya sentiasa memesongkan umat Islam apabila menilai "Tuhan Mencarut", "Tuhan Samseng" dan halal membunuh orang UMNO. Bukankah termaktub secara jelas bahawa Melayu itu adalah Islam, sebuah bangsa yang terlalu kuat diikat dengan agamanya kerana bangsa Arab tidak semuanya diikatkan dengan Islam. PAS hanya menempelkan perkataan Islam menerusi nama partinya, tetapi hakikatnya tidak pernah bergerak menurut landasan Islam yang pragmatik, tetapi dalam konteks Islam retorik. Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah sebuah doktrin untuk mengongkong setiap pemikiran penyokong sehingga menjadi jumud, sempit dan hanya berkisar kepada persoalan ibadat semata-mata sedangkan kehidupan secara bermuamalat itulah sebenarnya telah dilaksanakan oleh Rasullullah SAW sehingga Islam diterima sebagai tata kehidupan terbaik dan paling cepat berkembang. Penggunaan sejarah bagi menggambarkan kebenaran perjuangan PAS sebenarnya suatu pendekatan yang tiada kaitan rapat, ketika Khalifah Umar al-Khattab berusaha "menjatuhkan dua kuasa besar dunia " kerana yang nak dijatuhkan oleh PAS ialah UMNO. UMNO bukanlah sebuah kuasa besar yang memerintah dunia, hanya kekal berkuasa sejak lebih 50 tahun kerana kesungguhan memelihara Melayu dan Islam. Atas kemahuan politiknya itulah Haji Hadi terlupa bahawa untuk menundukkan UMNO bukan dengan "menjual Islam" kerana orang UMNO memang kental dengan jiwa keislamannya berbanding dengan PAS yang hanya melihat ke permukaannya sahaja sedangkan di dalamnya penuh kesumat dendam. Beliau juga bercelaru apabila menjelaskan bahawa amanat Khalifah Umar al-Khattab bahawa "Kita adalah bangsa yang diberikan kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurniakan Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman menjadi bangsa lain." PAS sebenarnya sedang bermetamorphosis untuk menukarkan dirinya daripada ulat hijau kepada kupu-kupu agar lebih menarik dan mendapat sokongan DAP. Kerana itulah PAS telah membinasakan dirinya sendiri dengan mengorbankan konsep negara Islam kepada negara berkebajikan, yang mana kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS ialah mengutip derma orang ramai, tetapi tidak memulangkan hasilnya kepada penyokongnya sendiri sedangkan UMNO melakukan kutipan dana untuk membantu mereka yang memerlukan. Sejarah telah membuktikan bagaimana PAS mengumpul dana untuk Tabung Memali, tetapi keluarga mangsa tidak mendapat perhatian sebaliknya wang tersebut digunakan oleh parti untuk memaki hamun orang-orang Islam yang menentang ketaksuban. Itulah PAS sekarang, kedudukannya semakin terhina dan senang dilenturkan oleh keinginan politik DAP dan PKR. PAS telah melekakan penyokong dengan pelbagai seruan perjuangan keislaman tetapi setiap tindakannya tidak berbau nilai-nilai keislaman apabila menganggap bahawa seterusnya adalah UMNO yang sama-sama beragama Islam: mengucap syahadah yang sama, menggunakan kitab yang sama, bersembahyang dengan kiblat yang sama, dan menerima Nabi Muhammad SAW sebagai insan mulia serta teladan sempurna. Sejauhmanakah PAS berjaya melahirkan ilmuan Islam untuk menerajui kepimpinannya sedangkan PAS Terengganu semasa pemerintahan Haji Hadi mengusir anak-anak tadika daripada belajar apabila menutup premis-premis yang didirikan oleh Jabatan Perpaduan dan Kemajuan Masyarakat. Kenapa PAS begitu zalim dan tidak menghormati hak belajar yang diwajibkan oleh Islam? Pernahkah PAS memberikan penjelasan bahawa penutupan itu sebenarnya berdasarkan motif politik? Haji Hadi terperangkap lagi apabila menyedari bahawa bangsa Melayu Asia Tenggara adalah suatu bangsa yang perkasa kerana berpegang kepada Islam, tetapi lupa bahawa bangsa Melayu Malaysia sekarang diiktiraf mempunyai kekuatannya kerana UMNO telah memperjuangkan nasibnya dengan membangunkan bidang pendidikan dan setiap tahun lebih 20 peratus belanjawan digunakan untuk tujuan tersebut. Bolehkah Haji Hadi menafikan kenyataan itu? Bolehkah Haji Hadi memberikan penjelasan berapakah jumlah peruntukan tahunan PAS yang digunakan untuk membangunkan bidang pendidikan sehingga mampu melahirkan ilmuan Islam sedangkan sebahagian besar pemimpin PAS sekarang berjaya kerana mendapat perhatian UMNO. Contoh yang ketara ialah siapakah Dr Hassan Ali, Dr Syed Azman, Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad dari manakah mereka memperoleh sumber kewangan untuk melanjutkan pendidikan tinggi mereka. Bukankah mereka telah memperoleh kemudahan daripada kerajaan yang diasaskan oleh UMNO sehingga menjadikan mereka akhirnya menentang UMNO? Itukah stigma yang harus ada kepada ahli PAS, lupakan kepada asal-usulnya sendiri demi mahukan keuntungan politik. Haji Hadi harus memberikan huraian yang jelas, tidak perlu memaksakan dirinya dalam konteks idealism yang keterlaluan kerana itu adalah kesimpulan retorik yang cuba berselindung di sebalik gejala negatif yang mula disuburkan oleh fatwanya sendiri. Beliau sebenarnya semakin terbakar dengan semangat untuk berkuasa kerana masih belum puas setelah jadi Menteri Besar sepenggal di Terengganu. Maka, pengaruhnya semakin lemah sehingga Nik Aziz menganggap dirinya sebagai "nakhoda" manakala Haji Hadi hanyalah juragan simpanan sahaja. Surat terbuka Haji Hadi sebenarnya lebih banyak menikam kalbu PAS secara psikologi kerana pemerangkapan minda yang dibawanya telah menghancurkan PAS manakala UMNO semakin kuat dan bersemangat untuk membaiki kelemahannya agar terus dilihat relevan dan mantap dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Kamarun K H |
PRU 13 : APABILA INI BERLAKU ? Posted: 02 Oct 2012 09:39 PM PDT |
BAJET 2013 : PAS DAH LAMA PUPUS? Posted: 02 Oct 2012 09:22 PM PDT |
BUDAYA SONGSANG DALAM MASYARAKAT Posted: 02 Oct 2012 09:06 PM PDT Menangani Budaya SongsangDalam kita bergelut menghadapi pelbagai permasalahan yang melanda umat Islam sama ada dari sudut kesatuan dan perpaduan, keruntuhan akhlak dan kelunturan nilai, keruntuhan iman dan kegoyahan keperibadian serta berbagai bentuk gejala sosial yang menggerunkan. Umat Islam juga berhadapan dengan suatu bentuk pemikiran baru yang memuja segala bentuk kebebasan secara melampau hatta dalam budaya atau orientasi seks pun mereka tidak mahu terikat dengan cara tabi'i manusia. Gerakan untuk mencabar keutuhan kesusilaan masyarakat timur yang berteraskan ajaran Islam yang bersifat syumul ini, dapat kita lihat dengan jelas menerusi penganjuran demonstrasi dan perhimpunan-perhimpunan yang mempromosikan budaya hidup bebas termasuk orientasi seks bebas secara melampau oleh kumpulan-kumpulan yang bertopengkan perjuangan Hak Asasi Manusia (HAM) dan perjuangan anti-diskriminasi yang dipelopori oleh NGO-NGO tertentu. Pada 17 Jun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia (HAM) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah meluluskan satu resolusi berkenaan apa yang didakwa sebagai pencabulan hak asasi manusia berdasarkan orientasi seksual dan identiti gender. Apa yang menjadi kebimbangan besar kita ialah kemudaratan yang akan diakibatkannya terhadap kelangsungan tamadun dan kehidupan beragama manusia. Sesungguhnya resolusi ini terhasil daripada tafsiran yang dangkal dan bertentangan sama sekali dengan fitrah seksual manusia, norma-norma kehidupan beradab serta menafikan peranan ajaran agama. Pada masa yang sama, ia menafikan pengaruh agama dalam menjamin kesejahteraan hidup manusia. Penganjuran program-program seperti Seksualiti Merdeka yang sebenarnya sudah pun bermula sejak tahun 2008 yang bertujuan memupuk kesedaran dan memperjuangkan hak golongan yang mengamalkan orientasi seks dan memiliki identiti gender yang berbeza, iaitu lesbian, gay, biseksual, seks songsang dan beberapa kelompok seks songsang yang lain. Perjuangan atau gerakan seumpama ini pada dasarnya merupakan manifestasi ideologi humanisme sekular yang sekarang ini bergerak pantas didokong oleh arus pemikiran liberalisme atau budaya kebebasan secara melampau tanpa menghiraukan kepentingan umum. Di negara ini, kempen Seksualiti Merdeka telah mendapat bantahan secara besar-besaran dan akhirnya berjaya dihalang pelaksanaannya.-Alhamdulillah kita dapat menarik nafas lega buat seketika dengan rasa syukur tidak terhingga. Namun, larangan penganjuran program tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan, peringatan, mahupun pengajaran apatah lagi kesedaran terhadap pihak penganjur. Malah mereka telah mengambil tindakan susulan dengan memajukan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dakwaan diskriminasi terhadap golongan minoriti ini, dan mengheret negara untuk memberikan penjelasan kenapa hak "kelompok" ini dinafikan. Amalan cara hidup sebagai lesbian, gay dan dwiseksual sebenarnya bertentangan dengan undang-undang dan normal agama dan moral di negara kita. Dalam Islam amalan tersebut adalah diharamkan sama sekali dan termasuk dalam golongan dosa-dosa besar. Daripada Ibnu Abbas, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takuti menimpa umatku adalah perbuatan kaum Lut ." (Riwayat Ibn Majah). Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: "Allah s.w.t melaknat sesiapa saja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut." (Riwayat Ibn Majah) Penyertaan Malaysia dalam sesi persidangan ke19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akan berlangsung mulai 5 Mac 2012 di Geneva, Switzerland merupakan sesuatu yang amat membimbangkan. Meneliti tindak balas serta tingkah laku kumpulan yang memperjuangkan hak-hak seks songsang, proses ini bakal dijadikan landasan bagi NGO-NGO HAM tempatan bagi mengambil kesempatan untuk terus mengelirukan dan mendatangkan kehancuran terhadap masyarakat. Hal ini khususnya melalui tekanan yang dikenakan terhadap Malaysia untuk tunduk dan mengikut apa yang kononnya dikatakan sebagai "international standards and laws" bagi membenarkan amalan orientasi seksual dan identiti gender yang songsang serta bertentangan dengan syariah Islam, nilai tradisi masyarakat negara ini, dan semangat Perlembagaan Persekutuan. Kita membantah terhadap usaha-usaha yang melatari hasrat untuk melaksanakan Resolusi PBB tersebut. Manakala bagi rakyat atau masyarakat umum, mereka bertanggungjawab menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya bukan sahaja terhadap Resolusi PBB tersebut, tetapi terhadap sebarang usaha untuk mengetengahkan orientasi seks songsang ini sebagai suatu cara hidup masyarakat Malaysia. Dalam Islam, setiap insan tidak memiliki kebebasan mutlak, bahkan setiap tindak-tanduknya dibimbing oleh prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t. Hak yang digariskan dan dijamin oleh agama Islam sudah pastinya tidak sama sekali bertentangan dengan hak-hak Allah yang menjamin kepentingan dan kemaslahatan umum. Meneliti maksudnya yang terkandung dalam ajaran Islam, jelas menunjukkan bahawa sesuatu yang diperjuangkan sebagai "hak" mestilah sesuatu yang tidak sama sekali bertentangan dengan kebenaran, keadilan, kewajaran, dan kesesuaian dengan fitrah insan. Dengan kata lain, perjuangan menuntut hak bagi golongan yang mengamalkan orientasi seks di luar tabi`e sekali gus terbatal kerana ia mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan naluri murni manusia. Malah, ia sebaliknya mendatangkan kemudaratan, musibah, mala petaka, dan kehancuran terhadap segenap aspek dalam masyarakat. Orientasi seks luar tabi`e yang diamalkan oleh golongan ini bukan sahaja dilarang dan dikecam keras oleh agama Islam tetapi juga oleh agama-agama lain seperti Yahudi, Kristian, Buddha, dan Sikh. Dengan mengambil kira keadaan ini, maka perjuangan golongan ini bagi mengamalkan orientasi seks menurut kecenderungan mereka pasti bertentangan pula dengan prinsip rukun negara, khususnya yang pertama, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang merujuk kepada agama yang menjadi anutan rakyat negara ini. Selain itu, ia juga bertentangan dengan keempat-empat prinsip rukun negara yang lain, seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa bagi menghentikan kekacauan dan kehancuran yang akan diakibatkan oleh gerakan yang memperjuangkan amalan hidup yang menjijikkan itu. Hal ini kerana salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh khususnya umat Islam bagi memastikan kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Susunan MUHAMMAD BAKAR |
PRU 13 :Najib:Jangan Risau Tarikh Pilihan Raya Posted: 02 Oct 2012 09:00 PM PDT |
Posted: 02 Oct 2012 05:27 PM PDT Peristiwa beberapa orang pemimpin pembangkang menaiki jet eksekutif menjadi berita hangat. Walaupun Perdana Menteri mengumumkan bajet, tampaknya sesetengah pihak lebih mengutamakan berita jet. Saya berfikir sejenak, mengapakah jet mengatasi bajet? Saya tiba pada kesimpulan, bahawa bagi pihak tertentu, hal ekonomi secara tidak langsung adalah lebih menarik. Pemimpin yang menaiki jet eksekutif telah melukiskan gambaran kekuatan ekonomi mereka. Jika bukan hal ekonomi, kenapakah orang ramai perlu sibuk dan heboh mendengar berita Datuk Seri Anwar Ibrahim dan teman-teman pembangkang lain menaiki jet? Inilah segi yang difikirkan oleh sejumlah orang ramai. Dalam pada itu, Azmin Ali menegur Tian Chua kerana memberikan maklumat yang berbeza tentang jet tersebut. Ini menambahkan kehangatan berita jet, dan kekal mengatasi berita bajet. Kata Tian Chua, jet eksekutif itu disewa oleh pakatan pembangkang. (Utusan Malaysia, 27 September, 2012). Antara sewa dengan pinjam, ada beza yang besar. Istilah lain yang timbul ialah 'taja'. Anwar yang membandingkan pinjam jet dengan pinjam baju, ada menyebutkan bahawa kenalannya sanggup menaja jet itu. Zuraidah Kamaruddin yang turut berada dalam jet tidak memberikan jawapan yang kukuh. Kita boleh melupakan kisah orang naik jet dengan membuat kesimpulan begini: Kita tahu, selaku mantan Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri Kewangan, Anwar pasti dikelilingi kawan-kawan yang kaya-raya. Kita tidak terfikirkan Datuk Nalakaruppan menaja jet itu kerana zaman berubah, tetapi kita tahu kawan-kawan Anwar bertukar ganti. Selain berita jet, dalam kalangan pembangkang ada kisah Datuk Mansor Othman membuat komentar ringan tentang Lim Guan Eng. Timbalan Ketua Menteri mengkritik Ketua Menteri, satu hal biasa. Hal ini menjadi heboh seolah-olah orang ramai tidak tahu tentang sikap Lim Guan Eng. Kritikan Mansor adalah agak objektif. Selaku Timbalan, beliau tahu lebih berbanding kita semua. Apabila berhadapan dengan Lim Guan Eng, beliau memuji ketuanya itu. Itu biasa saja dalam politik. Rafizi Ramli ada menyatakan, bahawa berubah tempat berubahlah pandangan. Ini berada dalam lingkungan teori anjakan makna. Walaupun Mansor menafikan ada menyebutkan Guan Eng angkuh dan cocky, beliau mengakui menyebutkan 'tokong'. Perkataan 'tokong' itu katanya adalah pujian kepada Lim Guan Eng. Itu ialah anjakan makna. Berita hubungan yang mungkin tegang antara Guan Eng dan Mansor, berita pembangkang menaiki jet mewah, jika dicampur dengan berita hubungan tidak selesa antara seorang dua tokoh DAP dengan pemimpin Pas dalam hal hukum hudud, adalah faktor-faktor yang akan turut menjadi penentu keputusan pilihan raya nanti. Dalam politik, semua ini hampir keseluruhannya hanyalah cakap-cakap yang berkaitan dengan kewibawaan. Adalah berwibawa pemimpin yang menaiki jet. Di situ ada kehebatan, dan rakyat mungkin berasa agak gerun. Adalah berwibawa Mansor mengkritik Lim Guan Eng, walaupun kemudiannya beliau bimbang kalau-kalau Guan Eng lebih berwibawa daripadanya. Adalah berwibawa pemimpin DAP yang mencabar hudud, dan pemimpin Pas mesti menggambarkan kewibawaan mereka pula. Tatkala sedang memandu pada suatu petang, berkumandang dari sebuah stesen radio suara Tan Sri SM Salim mendendangkan lagu Dulu lain sekarang lain. Walaupun lagu itu secara asasnya, 'dulu bujang, sekarang dah kahwin…' namun ia membawa kesan dan impak lebih besar dari status perkahwinan seseorang. Lihat sahaja diri penyanyinya, dulu juruhebah radio, sekarang dah bergelar Tan Sri. Dulu, sewaktu menjadi juruhebah Radio Malaya, SM Salim sudah menjadi penyanyi. Hari ini beliau masih juga seorang penyanyi, dan dalam sejarah Malaysia kini sudah ada 'dulu Timbalan Perdana Menteri, kini Ketua Pembangkang'. 'Dulu lain sekarang lain…" Dulu masa saya mula berjinak dengan dunia penerbitan akhbar tabloid, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang lebih popular dengan sebutan Tok Guru baru menjadi Menteri Besar (MB) Kelantan. Kalau masa belum jadi MB beliau memakai imej Tok Guru, lepas jadi MB pun masih juga guna imej sama, kekal hingga ke hari ini. Ini berbeza dengan rakan seperjuangan beliau hari ini - Anwar Ibrahim yang menganggotai Kabinet lama sebelum Nik Aziz jadi MB. Dulu masa belum jadi menteri, penampilan Anwar cukup sederhana. Tahun-tahun awal jadi menteri, walaupun masih lagi duduk di tempat duduk hadapan kereta rasmi dan tak suka dipanggil 'Datuk' bila dah mendapat gelaran tersebut; cukuplah, menurut arahan beliau, dipanggil 'Encik Anwar Ibrahim' sahaja, tetapi sudah terlihat proses perubahan yang berlaku ke atas beliau. Daripada seorang yang makan nasi bungkus bersama rakan-rakan di Yayasan Anda, Anwar sudah mula pandai menikmati Chinese food, makan pakai chop stick dan mula menyedari tentang pakaian designers' brands. Sebelum dan selepas jadi MB, Nik Aziz tetap tinggal di rumah papan milik beliau di Pulau Melaka, Kota Bharu. Anwar pula berpindah ke Bukit Damansara (kini di Segambut) dan hidup bersama warga Kuala Lumpur yang bertaraf the rich and the famous. Tidaklah dapat dipastikan berapa harga banglo Anwar, tetapi hari ini nilai rumah di situ jutaan ringgit. Kesederhanaan Nik Aziz bukan saja mengenai rumahnya, tetapi tutur kata dan cara beliau berpakaian. Tok Guru boleh saja dihubungi (oleh wartawan ketika itu) pada bila-bila masa, dengan kata lain, beliau mengetepikan protokol harian dengan meletakkan kerja sebagai ibadat. Waktu itu juga Anwar yang kini menjadi Ketua Pembangkang memegang jawatan penting dalam kerajaan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamed. Perbandingan mudah ialah Anwar memulakan hidup sebagai pemimpin pertubuhan belia (Abim) macam juga yang dibuat Nik Aziz sehingga berjaya menambat hati banyak pihak. Pakaiannya serba sederhana dan macam juga Tok Guru, PR Anwar adalah sangat berkesan. Karakter Anwar dan juga penampilannya melalui proses perubahan sebaik beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan. Anwar mula dilihat keluar dari skop kesederhanaan. Bajunya sering dipuji kerana berjenama. Dulu masa Anwar duduk di bahagian depan kereta, budak-budak Pas kata, tunggulah, masa akan buktikan dia akan berubah. Tak lama lepas tu, Anwar sudah berani duduk di belakang, biarkan pengawal peribadinya memenuhi ruang depan. Sebab itu apabila sebuah blog kemudian dikutip oleh media arus perdana dan elektronik siar cerita Anwar bawa beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet yang disewa khas ke Sabah pada 15 September lalu, ia bukan suatu yang menggemparkan. Apa yang menghairankan ialah gambar Anwar memakai cermin mata hitam ala hero filem India, MGR dirakam dan kemudian disiarkan oleh orangnya juga. Persoalannya bukankah dengan menyiarkan gambar dan cerita mereka menaiki jet ke Sabah boleh menimbulkan kemarahan rakyat? Salah satu kempen yang mempopularkan Anwar sehingga berada ke tahap sekarang ialah ia dilihat sangat sederhana. Isu bermewah-mewah dan sering utamakan projek mewah amalan kerajaan BN adalah salah satu bahan ceramahnya. Bukankah Anwar yang mendedahkan kehidupan serba mewah anak-anak mantan Perdana Menteri bagi menunjukkan kepada umum kekayaan itu berpunca daripada sokongan bapa mereka? Hari ini apa yang dulunya haram dihalalkan kerana dia kini sebahagian daripada orang yang hidup dalam kemewahan. Anwar, dulu lain sekarang lain. |
BILA PAS TERCEKIK GULA-GULA GETAH PAKATAN RAKYAT. Posted: 27 Sep 2012 10:09 AM PDT Memerhatikan gaya berpolitik Pakatan Rakyat semakin dekat dengan pilihan raya semakin menampakkan gelagatnya yang sukakan kepada gula-gula getah. Orang yang suka mengunyah gula-gula getah mempunyai tabiat yang buruk, ada ketikanya setelah kemanisan gula-gula itu habis, bila air liur terasa tawar maka dibuangnya secara tidak berhemah. Kaedah pembuangan secara tidak berhemah ini akhirnya menyebabkan bila terpijak di jalanan, kita akan berhadapan dengan suasana tidak selesa, melekit apabila nak mengangkatkan kaki meneruskan langkah. Adakalanya juga penggemar gula-gula getah ini cuba mengurangkan kekotoran kerana mungkin tidak begitu rajin memberus gigi ataupun nafasnya berbau. Mereka yang sukakan gula-gula getah juga merupakan golongan yang sengaja melindungi keburukan tabiat walaupun dalam sesetengah situasi dengan mengunyahnya ia memberikan sedikit kelegaan apabila salah satu bahan yang terkandung di dalamnya adalah perasa pudina. Selain wangi, perasa itu juga dikenal past sebagai pembangkit aroma baharu dengan menyerap aroma busuk dan menyakitkan. Budaya itu sebenarnya turut berkembang dalam situasi politik pembangkang apabila berhadapan dengan gelagat pemimpinnya yang bercanggahan, tidak konsisten dan berbeza pendirian, maka ia cuba diserapkan dengan kaedah yang sama digunakan oleh mereka yang kurang gemar memberus gigi. Sebagai contoh, pada suatu ketika pemimpin-pemimpin PAS menolak sebarang bentuk hubungan dengan Yahudi, tetapi dua hari lepas, kerana sudah terperangkap dengan pendirian menyokong Anwar Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan "menyokong jaminan keselamatan Israel" yang gagal diterjemahkan secara jelas apabila berhadapan dengan perbahasan di Dewan Rakyat sehingga tidak memberikan kebenaran kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mencelah, Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu "boleh bekerjasama dengan Yahudi asalkan bukan Zionis." Ini bermakna, kenyataan Presiden PAS sebelumnya yang menyatakan pendirian tegas menolak sebarang bentuk persahabatan dengan Yahudi dan kenyataan baharu itu seolah-olah beliau sedang "mengunyah gula-gula getah" bagi membangkitkan aroma baharu dengan harapan perasa pudina akan menyerap kenyataannya terdahulu yang dilihat turut memberikan tekanan kepada Anwar Ibrahim. Keadaan yang sama berulangkali dilakukan oleh pemimpin PAS. Setiap kali berhadapan dengan isu tindakan yang tidak konsisten, pemimpin-pemimpin besar mereka tetap menggunakan strategi "gula-gula getah" sehingga masyarakat umum sudah boleh membaca bagaimana pemikiran mereka yang sentiasa menghalalkan cara demi memperoleh dan mengekalkan kuasa politik di samping membaiki semula kerosakan yang terjadi. Contoh yang paling ketara ialah bagaimana "budaya memakan gula-gula getah" telah mereka gunakan bagi mengembalikan keyakinan penyokong PAS apabila Presiden dan Timbalan Presidennya suatu ketika begitu ghairah membangkitkan "kerajaan perpaduan." Setelah menyedari berlakunya perpecahan yang besar dalam politik Melayu-Islam selepas PRU ke-12, Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa mengemukakan pandangan dan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu. Pada tahun 2009, dalam salah satu muktamarnya Presiden PAS membuat suatu ucapan penting tetapi sayangnya tidak dibahaskan secara mendalam, maka cadangan itu hanyalah tinggal sebagai "kominiti bayangan". Setelah terdiam seketika, gandingan antara pemimpin dua pemimpin ulamak dalan dua generasi itu memberikan menimbulkan semula pandangan itu sheingga menyebabkan Mursyidul Am PAS memberikan amaran akan mengkaji semula kebenaran bukan "orang Kelantan bertanding mewakili PAS di Kelantan." Ramai yang kebingungan ketika itu sehingga Nasharudin tidak lagi berani bercakap secara terang-terangan apa yang dimaksudkan sebagai "kerajaan perpaduan" kerana sudah diberikan amaran "meletakkan jawatan" sebagai Wakil Rakyat Bacok dan Timbalan Presiden PAS. Episod itu tidak mudah dinyahkan baunya dan dalam PRK Manek Urai, Mursyidul AM PAS memberikan pula amaran di mana pemimpin-pemimpin PAS Pusat tidak perlu turun berkempen. Kelibat Presiden PAS tidak begitu menonjol manakala Nasharudin pula terpaksa dibawa menemui penyokong PAS tatkala asakan dari UMNO bahawa PAS sebenarnya sedang mengalami krisis kepimpinan kerana Mursyidul AM PAS tetap menanggap dirinya yang telah "menjaga dan membajai parti" dan nakhoda yang perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat. Keadaan ini menjadikan PAS serbasalah kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terus memberikan tekanan bahawa "kerajaan perpaduan" bukanlah agenda yang dibincangkan dan putuskan bersama, maka ia tidak wajar diperkembangkan kerana telah mendahului keputusan Pakatan Rakyat. Setelah diadakan perbincangan bersama (DAP, PKR dan PAS) akhirnya ketiga-tiga pemimpin utama telah mengeluarkan kenyataan bahawa "pintu rundingan sudah ditutup" dan ini membawa maksud, tidak ada lagi hasrat untuk "bekerjasama dengan UMNO" atau "kembali bertaut dalam BN." Keputusan it uterus menerima tekanan daripada pelbagai kelompok masyarakat dan akhirnya Mursyidul Am PAS menyatakan pendirian, "kerjasama antara kerajaan Pusat dan Negeri boleh dilakukan, tetapi tidak dalam aspek politik." Maknanya, sekali lagi "budaya memakan gula-gula getah" telah berlaku apabila berhadapan dengan tekanan, Pakatan Rakyat melakukan desakan untuk mematikannya sehingga PAS terlupa bahawa parti itu pernah mengatakan bahawa dalam Islam, mengatakan politik itu "suku" adalah sesuatu yang bercanggah, kerana Islam adalah agama yang menyusunatur seluruh kehidupan. Dakwa PAS suatu ketika bahawa dengan memisahkan "politik" akan menjadikan sesebuah parti politik itu bersifat sekular, maka dengan secara tidak langsungnya parti yang berjiwa Islam itu telah bermutasi untuk menjadi sekular. Mutasinya menjadi semakin jelas dan berjaya membentuk kepompong apabila pada pertengahan tahun lalu, PAS telah mengisytiharkan bahawa perjuangannya kini terarah kepada dasar "negara berkebajikan" berbanding "negara Islam" yang diperjuangkan sejak penubuhannya pada tahun 1951. Budaya "memakan gula-gula getah" untuk membuang sisa-sisa yang terletak di celahan gigi kemudiannya berkembang menjadi sesuatu yang tidak lagi boleh dipadamkan sehingga kesakitannya terasa hingga kini. PAS terpaksa mencabut salah satu daripada giginya, yakni memecat Dr Hasan Ali yang turut mencabar perubahan ideology perjuangan kerana terlalu inginkan menjaga hati dan perasaan PKR dan DAP. Dalam masa yang sama, PAS terpaksa menanggung kesakitan yang amat perit apabila gusi yang berlubang kerana dicabut sebatang gigi itu masih berdarah dan bengkak. Kini, PAS sekali lagi berusaha mengunyah "gula-gula getah" bagi memaksakan dirinya dilihat tetap bersama Pakatan Rakyat meskipun pada dasarnya tidak boleh menyokong Yahudi. Oleh kerana Anwar sudah terjerat dengan kenyataannya sendiri, PAS telah melenturkan sedikit pendiriannya dengan menjelaskan bahawa boleh bekerjasama dengan Yahudi, kecuali "Yahudi yang pro-zionis." Maknanya, kutukan dan celaan yang dilakukan oleh PAS selama ini apabila para peniaga Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan peniaga Yahudi baik di Amerika Syarikat ataupun di Eropah bukanlah menjadi isu yang boleh menjejaskan kerajaan. Secara tidak langsung, PAS menyokong dan bersedia memberikan laluan kerana tidak semua Yahudi sekejam Israel. Atas desakan itu adalah lebih baik PAS bersetuju untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri secara terbuka setelah bersama berselingkuh dengan Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa salah sebuah firma perhubungan awam antarabangsa yang diberikan peranan mempromosikan negara. Itulah antara peristiwa yang boleh difahami kenapa sekarang PAS begitu gemar "memakan gula-gula getah" walaupun pada asasnya mereka sedar, bahan tersebut boleh mengakibatkan tersilap mengunyah dan intensiti untuk tertelah adalah besar, tetap juga diteruskan. PAS kini semakin hampir kepada tragedi "tercekik" dengan gula-gula getah kerana masih mempertahankan aroma memualkan Pakatan Rakyat. Walaupun sudah tercekik, PAS masih mahu terus bertahan. Mustakim Muhamad |
PRU 13 : NIK AZIZ KELIRU ATAU DIKELIRUKAN? Posted: 27 Sep 2012 09:13 AM PDT |
PRU 13 :SIAPA LEBIH GENTAR BN, PAS ATAU PKR ? Posted: 27 Sep 2012 09:06 AM PDT |
PRU 13 : NASIB PAS DIHUJUNG TANDUK! Posted: 27 Sep 2012 09:01 AM PDT PAS Kian Tersepit, Bukankah Melayu Itu "Asabiyyah"?Buat pertama kali kita mendengar sikap PAS mengajak orang Melayu untuk memperkuatkan agama Islam walaupun caranya adalah teramat silap kerana lebih ramai orang Melayu tidak percayakan parti itu. Presiden PAS sebenarnya setelah "sesat dengan fatwanya terdahulu" kini kembali sedar, tanpa sokongan orang Melayu, kedudukan parti itu tersemban menyembah bumi. Memang benar bahawa sejak UMNO mempertahankan kedudukan orang Melayu sejak 55 tahun lalu, kewibawaan dan kedudukannya makin terserlah dalam pelbagai bidang sehingga menakutkan parti itu kerana yang masih tegar menyokongnya adalah sekelompok kecil yang menjejaki usia dewasa dan emas. Akhir-akhir ini berdasarkan laporan yang menyertai PAS adalah beberapa orang penjawat awam yang sudah bersara manakala artis pula adalah mereka yang sudah semakin hilang pesonanya. Bagaimanapun, PAS dengan gegak-gempitanya bersuara "perubahan" itu sebagai petunjuk bahawa parti itu kembali mendapat sokongan orang Melayu kerana perjuangan Islamnya semakin mantap dan meresap ke dalam sanubari rakyat. Penilaian itu jelas menunjukkan PAS sebenarnya sebuah parti yang syok sendiri kerana itulah setiap kali berceramah pemimpin-pemimpin mereka seolah-olah dirasuk kemaruk kuasa dengan menggelapkan apa sahaja sisi baik orang lain, termasuk usaha kerajaan BN sejak merdeka berjaya merealisasikan kedudukan Islam secara bersyariat dengan berkesan. PAS yang semakin terkial-kial dengan pelaksanaan "hukum hudud"nya setelah lebih enam puluh tahun kewujudan parti itu masih belum mampu memberikan kesedaran yang jelas kepada orang Melayu mengenainya secara mendalam, hanya mampu memperdengarkan alunan lunak untuk mengekang sebarang bentuk jenayah secara Islamik sedangkan mekanismenya masih kelam kabut. Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, PAS tidak pernah melatih tenaga penggerak yang mampu menterjemahkan "hukum hudud" secara professional hinggakan kalaulah ianya dilaksanakan sekarang, siapakah hakim yang akan mengendalikannya. Takkanlah hakim-hakim "hukum hudud" itu merupakan ulama dalam PAS sendiri termasuk Dr Harun Din yang mengetuai pasukan mengkonsepsikan buku kecil "Negara Islam." Bahkan ketika meluluskan undang-undang tersebut pada tahun 1995 di Kelantan dan pada tahun 2002 di Terengganu, PAS tidak pernah menyediakan perancangan rapi bagi membina mahkamah-mahkamah khas yang mampu mengendalikan peraturan itu. Hal ini berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan BN, setelah menyerap masuk "Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran" pada tahun 1982, mekanisme pelaksanaan undang-undang keluarga Islam dimantapkan dengan mendirikan mahkamah-mahkamah syariah dan memberikan ruang pendidikan yang meluas bagi melahirkan lebih ramai pakar undang-undang syarie. PAS tidak pernah membangunkan institusi pendidikan yang boleh membangunkan kepakaran undang-undang Islam kerana parti itu hanya terlalu taksub untuk menang pilihan raya. Dalam bidang pendidikan misalnya, PAS pernah berlaku kejam kepada kanak-kanak prasekolah apabila menutup dan mengunci premis-premis kerajaan negeri yang digunakan oleh KEMAS dan Jabatan Perpaduan ketika memerintah di Terengganu antara tahun 2000 hingga 2004. Sepanjang pentadbirannya selama empat tahun di Terengganu, Haji Hadi tidak pun berjaya menubuhkan sekolah-sekolah agama dan mengadunkan corak pendidikan yang lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh kerajaan BN apabila kembali berkuasa pada tahun 2004. Bagi melahirkan generasi ulul-albab, kerajaan Terengganu sanggup berbelanja besar melabur dalam bidang pendidikan termasuk penubuhan sekolah, melengkapkan kurikulum, latihan guru dan penyediaan kemudahan sehingga negeri itu berjaya melahirkan kanak-kanak prasekolah yang boleh khatam al-Qur'an di usia empat, lima dan enam tahun. Jumlahnya bukanlah beberapa puluh, tetapi sekarang sudah melangkaui ke angka puluhan ribu. Integrasi pendidikan moden dan agama dilakukan dengan berkesan sehingga terdirinya sekolah-sekolah imtiyaz dan menarik minat ramai ibu bapa dari Kelantan untuk menghantar anak-anak mereka, kerana sejak memerintah semula Kelantan tahun 1990, belum terdapat sebuah sekolah pun yang berorientasikan sedemikian didirikan. Sebagaimana ketahui umum bahawa menerusi pendidikanlah sesebuah negara boleh membentuk tenaga pakar dan modal insan bagi membangunkan tamadun yang lebih baik dan besar. Sejarah kegemilangan Islam bermula dengan sikap dan kesukaan para pemimpinnya untuk menyediakan persekitaran pendidikan yang kondusif dan lebih baik. Mungkin PAS terlupa seandainya bukan kerana kecintaan kepada ilmu, maka tidak lahirlah ulama ulung seperti al-Ghazali, Hasan al-Banna dan lain-lain pakar pelbagai bidang dalam sejarah Islam. Ilmu-ilmuan Islam yang tersohor bukan sahaja mempelajari ilmu-ilmu Islam semata-mata malah turut mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu yang bersifat secular sehingga mereka berjaya mengadaptasikan berdasarkan nilai-nilai Islam menerusi keterbukaan minda dan kesungguhannya mengkaji. Oleh kerana itulah Nabi Muhammad SAW sendiri berwasiat bahawa setiap muslim perlu mencari ilmu walaupun hingga ke negeri China, tetapi, nampaknya kaedah pendidikan yang dimahukan oleh PAS dengan menolak secara total ilmu-ilmu yang bukan berteraskan Islam. Nampaknya PAS yang masih berbaki beberapa kerat ulama teramat suka untuk melihat para penyokongnya menjadi taksub sehingga melihat sistem persekolahan moden sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dikembangkan kerana ada kandungannya bertentangan dengan Islam. Itulah kejumudan pemikiran yang sedang dikembangkan oleh para ulama PAS sehingga menganggap kemahiran berbahasa Inggeris sebagai usaha tidak wajar kerana ia masih belum memisahkan dengan sekularisme dan penjajahan. Nampaknya Haji Hadi merupakan manusia yang sering berjalan secara berundur dengan tidak melihat secara menyeluruh apakah perkembangan yang berlaku dalam perhubungan dan komuniti antarabangsa. Kemajuan bangsa-bangsa yang bukan beragama Islam sekarang ialah kerana mereka boleh menyerap ilmu-ilmu dari luar sehingga menjadikan mereka sebagai bangsa yang suka mencipta dan innovative sedangkan bangsa-bangsa mendokong Islam terus menjadi masyarakat pengguna dan dibelenggu oleh teknologi barat. Secara praktikalnya, al-Ghazali menjadi lebih terkenal dalam bidang falsafah kerana hujjatul Islam itu sanggup mengkaji, memahami dan menilai secara kritis asas falsafah Greek, yang kemudiannya dibahas secara ilmiah berdasarkan perspektif Islam. Hari ini, Haji Hadi hanya sekadar merintih dan merungut tentang keburukan system pendidikan moden tetapi masih bersedia membentangkan pelan yang praktikal dan boleh diaplikasikan dalam menjadikan murid-murid di Malaysia sebagai manusia yang cerdik akalnya dan tidak musnah moral. Meskipun BN yang membangunkan system pendidikan bersifat secular, dan kemudiannya diperhalusi dengan nilai-nilai agama menerusi system piawaian yang setara, setiap mereka yang memperoleh kelulusan dalam peperiksaan berpusat kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia telah diterima secara meluas untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana negara di dunia. Keadaan ini adalh perlu bagi meminumkan para pelajar yang berada di luar negara belajar daripada kandas. Pada suatu ketika, oleh kerana tiada sistem piawaian peperiksaan yang boleh dipertahankan kualitinya secara meluas, menyebabkan ramai para pelajar terutama anak-anak Melayu yang terpengaruh dengan ideologi politik PAS ke India dan Mesir untuk meneruskan pendidikan, akhirnya ramai daripada mereka kandas dan terpaksa mengambil tempoh yang lebih lama. Dari satu aspek ia adalah sesuatu yang merugikan, kerana tidak dapat menyumbang untuk memasuki pasaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknik dan gunaan. Sejak akhir-akhir ini kemunculan lebih ramai mereka yang bergelar ustaz atau penceramah tidak lagi mempraktikkan apa yang setiap kali mereka katakan. Kalau sedikit masa dahulu, seorang imam di kampong mereka tetap mengusahakan kebun-kebun secara sepenuh masa untuk memperbanyakkan hasil tanaman untuk kegunaan manusia lain. Hari ini, imam-imam yang dilantik oleh PAS hanya tahu bercakap dan mengecam orang lain dengan pelbagai label hinggakan penceramah PAS sendiri turut meletakkan syarat, mereka perlu dibayar komisyen setiap kali berceramah. Tahun-tahun 1980-an menyaksikan bagaimana PAS mengutip derma menerusi pelbagai tabung untuk membiayai "komisyen" kepada penceramah-penceramahnya yang sudi datang walaupun dalam kebun getah atau lading kelapa sawit. Semakin tinggi kedudukannya dalam parti, maka semakin banyaklah wang derma yang dapat dikutip, dan sebahagiannya akan dibayar sebagai "komisyen" kepada penceramah. Maknanya, pemimpin-pemimpin bercakap bukan atas dasar ilmu, tetapi berdasarkan politik. Dengan menggunakan pendekatan politik "menghentam" maka semakin ramailah khalayak yang hadir. Kalau nak diikutkan kebenaran fakta yang dikemukakan oleh Mohamad Sabu dalam ceramahnya sebagai "nasi tambah", ia tidak membangunkan pemikiran positif, bahasa yang digunakan kasar, kesat dan kadangkala mencarut. Tetapi itulah sebenarnya yang disukai oleh ramai khalayak yang menyokong PAS. Intipati ceramah-ceramah pemimpin PAS tidak menjurus kepada pembentukan minda yang jelas dan positif, kerana semuanya menggunakan syllogism dan tergesa-gesa. Dalam pandangan Haji Haji yang disiarkan dalam Malaysiakini, 6 September 2012 dengan tajuk "Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan" tidak mempunyai nilai pandangan yang boleh dipertahankan, hampir kesemua pandangan peribadinya boleh dipertikaikan. Ini kerana hampir semua pemimpin PAS hanya bercakap "ikut sedap mulut" tanpa menghuraikan secara jelas dan mendalam fakta yang boleh menyokong dan mendokong premis yang dikemukakan bagi mengelakkan kesimpulan tregesa-gesa dan amat simplistik. Cuba kita renungkan beberapa fakta yang boleh menjelaskan kejengkelan politik PAS, iaitu: (1) apakah lain-lain kaum yang tidak diberikan hak istimewa telah dinafikan hak mereka sebagai warganegara? Sedangkan ramai yang tahu bahawa bukan Melayu yang merupakan 40 peratus penduduk di negara secara keseluruhannya menguasi lebih 80 peratus kekayaan negara? Tidak ada orang Melayu yang marahkan apabila bukan Melayu menjadi kaya dengan caranya. Tetapi kenapakah ramai orang Melayu dengki dengan beberapa kerat orang Melayu yang kaya. Dalam sesetengah keadaan, PAS dan PKR terus bersengkongkol dengan bukan Melayu untuk mengecam orang Melayu. Apa pendirian PAS apabila Syed Mukhtar al-Bukhary memperolehi penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang berdasarkan keupayaan dan pengalamanya menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas? DAP menentangnya kerana parti itu sebenarnya tidak mahu melihat orang Melayu kaya, tetapi orang Melayu tidak pernah mempersoalkan bagaimanakah peniaga-peniaga Cina membina kekayaannya; (2) Kenapa PAS begitu ghairah mempertahankan Penasihat PKR sedangkan pemimpin itu tidak pernah memberikan pengakuan secara jujur dari manakah punca kewangan yang mereka perolehi antara tahun 1995 hingga 1997 sehingga boleh mendepositkan ratusan juta ringgit dalam bank di Tel Aviv atas namanya, isteri, anak-anak dan saudaranya sendiri? Kalau nak dicampurkan dengan rakan-rakannya yang lain, jumlahnya mungkin lebih besar daripada tuntutan royalti minyak daripada Petronas di Kelantan; (3) Kalau benar PAS memperjuangkan Islam dan telah meletakkan Islam ditempat yang kukuh, kenapakah saban tahun dengan berprinsipkan "membangun bersama Islam", Kelantan belum muncul sebagai sebuah negeri yang termaju ataupun berjaya membebaskan rakyatnya daripada dikelompokkan sebagai kumpulan termiskin. Kenapa angkanya lebih ramai di Kelantan?Kenapa puluhan ribu anak-anak muda Kelantan terpaksa berhijrah untuk mencari sesuap nasi di negeri-negeri lain? Berapakah jumlah masjid, sekolah, dan peluang pekerjaan yang berjaya dicipta oleh PAS menerusi "membangunkan bersama Islam" sejak kembali berkuasa pada tahun 1990?; (4) Jika para pemimpin PAS Kelantan jujur dan benar-benar menggunakan peruntukan yang diberikan, termasuk wang yang dipinjam daripada kerajaan persekutuan, masalah bekalan air bersih yang menjadi rungutan sekian lama masih belum mampu diselesaikan? Ke manakah pergi wang lebih RM 600 juta yang dipinjamkan pada tahun 1997 itu? (5) Orang Melayu semakin ramai tidak mempercayai PAS kerana para pemimpinnya tidak mahu bertanggungjawab apabila sesuatu masalah timbul. Misalnya, kerugian terlalu banyak dalam Koperasi Kohilal yang diasaskan oleh ahli PAS, tidak sedikit pun mendapat perhatian untuk mencari jalan penyelesaian termasuk menyiasat "salah urus" dan "salah labor" yang berlaku sedangkan ahli-ahli yang melabur terasa "tertipu." Beberapa bulan lalu, timbul pula "penyelewengan" dalam Kelantan Gold Trade (KGT), yang menurut Menteri Besar sebagai usaha menjadikan dinar dan dirham sebagai mata wang sewaktu perasmiannya, akhir-akhir sudah bertukar kepada perniagaan "jual beli emas." Bukankah ini satu penipuan dan sebarang bentuk penipuan amatlah dibenci oleh Islam? Maknanya, menyokong PAS adalah "menghalalkan lebih banyak penipuan berlaku" pada masa depan, sedangkan penipuan sebelumnya masih banyak menyakitkan pengundinya, kecualilah kelompok yang terlalu terpengaruh dengan "sokong PAS membawa ke syurga"; (6) Kebohongan PAS sehingga boleh menjejaskan akidah. Kebohongan PAS boleh menyebabkan Islam menjadi bahan olok-olokan oleh bukan Islam, termasuk sekutunya. Boleh kita telitikan, apakah kaedah kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, yang disokong kuat oleh PAS benar-benar mencerminkan gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz? Kalau tidak mendekatinya, kenapa pemimpin-pemimpin PAS tidak berani bersuara mengkritik dan memperbetulkan kesilapan tersebut? Jangan cuba perbetulkan orang lain kalau diri sendiri masih belum betul. Mahukah Haji Hadi digelar "ulama ketam" nanti?; (7) Sedarkah Haji Hadi bahawa kepimpinan UMNO sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbetulkan sebarang kesilapan bahkan Perdana Menteri secara terbuka sudah memohon maaf dan mengakui bahawa UMNO memang pernah melakukan kesilapan. Bukankah dalam Islam orang sedar dan berusaha memperbetulkan kesilapan agar tidak berulang lagi pada depan merupakan "jihad" yang amat tinggi berbanding dengan para pemimpin PAS yang hanya tahu menegakkan benang yang basah? Boleh kita lihat, dengan gahnya PAS mendakwa hasil persahabatannya dengan DAP dan PKR, bukan Melayu semakin menerima Islam, tetapi kenapa dengan Karpal Singh seorang pun Mursyidul Am semacam "serabut perut" manakala Haji Hadi terus menukarkan secara terang-terangan "negara Islam" menjadi "negara berkebajikan."? Bukankah konsep "negara berkebajikan" itu merupakan asas ideologi sosialis yang diperjuangkan oleh PKR walaupun para pendokong PKR sendiri tidak pernah mengaplikasikan prinsip tersebut. Lihat bagaimana Anwar, Azmin Ali mempamerkan kekayaannya?; (8) Orang Melayu memang benar ada yang menipu dirinya sendiri, tetapi menjadi lebih malang lagi jika diptipu oleh ulama-ulama politik yang mahukan kuasa. Berapa ramaikah orang Melayu yang pernah dijanjikan "hidup yang lebih baik" oleh PAS dibantu, sedangkan Haji Hadi terus menikmati wang pencen bulanan yang besar? Berapa ramaikah penduduk-penduduk di sekitar pantai Kelulut, Marang dibantu oleh Haji Hadi ketika rumah-rumah mereka dilanda rebut atau ombak Laut Cina Selatan ketika musim tengkujuh? Cukupkah mereka hanya diberikan simpati dan diransang bersabar kerana itu adalah takdir? Inilah sebenarnya yang banyak dilakukan oleh PAS termasuk apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan mempersoalkan orang yang berdemo mahukan "air bersih", kerana belum lagi ada rakyat Kelantan berhadapan masalah kesihatan kerana "tiada air bersih." Terbaharu, penduduk Kg Laut mempersoalkan wakil rakyat mereka (Timbalan Menteri Besar) bukan sahaja tidak menjenguk ketika musibah banjir, banjir tidak boleh menerima cadangan rakyat supaya diambil langkah mengurangkan banjir kerana berlakunya pengorekan pasir dan penebangan hutan secara tidak terkawal di kawasan hulu; (9) Jika PAS mengambil keputusan "menjadi parti pembangkang agar menjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan" janganlah salah orang lain, kerana itu adalah pilihan PAS sendiri. PAS sebenarnya telah memilih "jalan yang salah", kerana untuk mejadi sebuah parti yang kuat, berkesan dan berkualiti, ia perlu berada bersama, kerana kekuatan itulah akan menyebabkan bukan Melayu tidak berani untuk mencabar orang Melayu. Ini mungkin tidak disedari oleh PAS sendiri, maka haruslah disedarkan mulai sekarang, akibat perpecahan dan fatwa-fatwa PASlah telah menyebabkan terlalu banyak "political bashing" kedengaran sehingga penggunaan pembesar suara sebelum azan Subuh sudah mula terhalang, dan, bukan Melayu mula meminta-minta agar wang zakat yang dikutip setiap tahun turut diagihkan juga kepada mereka, termasuk untuk rumah-rumah ibadat mereka?; (10) Seruan pemimpin UMNO terdahulu supaya PAS berada di luar bukan kerana mahukan PAS menjadi lebih baik, tetapi kerana sikap pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang "lebih sudu daripada kuah." Pemimpin-pemimpin PAS menggunakan apa sahaja kesempatan dan peluang untuk memenuhi tuntutan peribadinya sehingga ramai yang tahu, semakin ramai pemimpin PAS telah kaya, kerana itulah ramai wakil rakyat PAS turut menjadi "kontraktor", "tukang lobi projek" dan menjual tanah-tanah kerajaan kepada individu. Ada juga wakil rakyat PAS yang bertindak sebagai broker tanah, beli tanah dengan harga murah tetapi dijual berlipat ganda, contohnya di Tok Bali. Pemimpin PAS berbohong bahawa kerana kerajaan PASlah Tok Bali muncul sebagai pelabuhan perikanan yang terbesar di Pantai Timur? Benarkah? Jawabnya mudah, PAS menipu orang ramai kerana yang mendirikan kemudahan pelabuhan, pusat pendaratan dan kompek perikanan itu adalah kerajaan persekutuan, begitu juga yang menggali kuala sungai? Bolehkah PAS buktikan bahawa merekalah yang melaksanakannya?; (11) Kalau PAS menganggap konsep pembangunan yang dibawa oleh BN adalah secular, maka pemimpin-pemimpin PAS akan lebih dihormati oleh rakyat jika tidak menggunakan infrastruktur yang tidak ada roh Islam itu, dan binakan alternatifnya sehingga rakyat percaya, PAS benar-benar realistik, bukannya retorik. Kalau PAS benar-benar berjuang atas nama Islam, apabila sesuatu asasnya telah bocor, kenapakah pemimpin tidak berusaha menampalnya sebagaimana dikehendaki oleh Islam, iaitu saling bantu dan tolong menolong. Apa yang berlaku sekarang ialah, kerana marahkan pepijat, PAS sanggup membakar kelambu, walhal tanpa kelambu itulah semakin ramai pengikut parti itu diserang "politik denggi berdarah.". Apa usaha PAS untuk menangani ajaran sesat yang "hanya Islam kerana niat", tidak wajib bersembahyang dan berpuasa; memperbetulkan konsep "kerajaan langit"; kumpulan-kumpulan zikir hingga rumah bergoyang; nikah batin; cerai isteri kerana berbeza parti; putus silaturrahim kerana tidak sokong "bulan purnama" dan sebagainya; dan (12) Paling saya kecewa sekali ialah perjuangan PAS untuk mempertahankan penggunaan perkataan Islam. PAS pernah tuduh UMNO sekular, taghut kerana tidak menggunakan perkataan Islam dalam bagi nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Mursyidul Am PAS tuduh UMNO itu "buang Islam" kerana ketiadaan istilah tersebut, tetapi, ketika menawarkan "negara berkebajikan" kenapa tidak ada perkataan Islam digunakan terhadap konsep tersebut biar jadi "negara Islam berkebajikan" atau "negara berkebajikan cara Islam" atau sebagainya. Maknanya, PAS adalah parti sekular dan telah membuang Islam. Mungkin pemimpin PAS berhujah, walaupun pada konsepnya tidak ada disebutkan perkataan Islam, tidak bermakna PAS meninggalkan Islam daripada perjuangannya. Jawabnya, UMNO juga tidak pernah membuang hakikat dan nilai-nilai Islam dalam setiap aktiviti dan perancangannya, cuma lebih ramai pemimpin PAS takut mengakui penzahiran tersebut, dengan mengakuinya, bermakna pesona palsu yang dibawa oleh PAS benar-benar diketahui dengan jelas oleh penyokong-penyokong, ia bukan sahaja memalukan ulama politik, malah anak kecil pun boleh gelarkan tok-tok guru yang berpolitik itu sebenarnya tidak lagi boleh dipercayai, tidak layak memimpin dan hanya tahu bercakap, seperti kisah klasik Tok Awang Merdeka di stesen bas Kota Baharu sekitar pertengahan tahun 1970-an. Pantang tengok anak dara cantik dan putih melepak, maka didekatinya dengan pekikan: Merdeka!Merdeka!Merdeka!Tapi tangannya tetap mencuit anak dara itu. Pemimpin-pemimpin PAS pada masa samalah seperti keterpesonaan Awang Merdeka, kerana melihat orang Melayu yang semakin mula menyokong UMNO seperti "anak dara" walaupun sebahagiannya adalah "anak dara" yang pernah kena tipu oleh kempen politik yang menjanjikan "syurga" dan "bulan bintang", bulan purnama yang menjadi simbol kekuatannya sejak sekian lama semakin pudar warnanya bagaikan sedang berlaku gerhana besar akibat terlalu terikut-ikut kehendak PKR dan DAP. Itulah sandiwara terbaharu Haji Hadi untuk memperingankan beban dan dosa politik yang sedang dihadapi oleh PAS kerana ramai rakyat mulai sedar, PAS bukan benar-benar berjiwa Islam, tetapi tersangat handal memperalatkan agama atas kepentingan politik sempit dan jumud. Bukankah dengan menyebut istilah Melayu itu bermakna assabiyah? Kenapa PAS mula langkah berundur dan menelan semula kahak yang pernah diludahinya? Putera Syakir Mubarak |
Posted: 27 Sep 2012 08:40 AM PDT DEDAH EKSKLUSIF !! WUJUD GERAKAN "TOLAK" NAJIB ?!Dah lama aakj tak tulis kisah eksklusif..bukan takde idea atau bahan nak d tulis tapi dahulukan yang patut d dahulukan hehe.. Kini rasanya dah sampai masa aakj tulis sikit hari ni tang kisah d atas..maklumlah PRU13 dah dekat sangat..pikir punya pikir memang kena tulis walau tak banyak sekurang kurangnya kita ahli parti atau penyokong parti UMNO dan BN ni alert awal tang masih ada manusia yang wajib d ubah kalau dia tak berubah !! Kesan BN kalah teruk 2008 masih dok ada bara dalam kepala..masih dok d sebut dan masih terkial mencari formula terbaik untuk letak kembali BN d hati rakyat..semua peringkat kepimpinan faham dan tahu dan terima saat tanggungjawab bertukar tangan antara Pak Lah dan Najib..atas persetujuan semua dan ianya nampak amat tenang dan aman semasa Pak Lah serah tugas. Ahli parti semua tahu..Datuk Seri Najib mengambil amanah sebagai Presiden Parti UMNO dan sebagai Perdana Menteri dari Pak Lah atas dasar kononnya kelemahan Pak Lah yang gagal bawa kemenangan besar kepada BN seperti sebelumnya. Inilah persepsi yang d canang kepada seluruh ahli parti dan akhirnya Pak Lah terpaksa serahkan jawatan tertinggi tersebut kepada Najib. Kini, ayat yang sama d mainkan..ayat yang sama d jaja dari hotel lima bintang hingga ke kedai kopi bawah pokok ketapang..ahli UMNO d "nyanyikan lagu" yang sama dendangannya ketika Pak Lah d minta turun dengan hormatnya. Dato Najib kena aware benda ni..sudah ada gerakan halus..sederhana halus rasanya d peringkat sekarang..mereka bergerak..berkempen..melobi supaya calon Ahli Parlimen atau DUN adalah dari kumpulan mereka supaya mudah..bila keputusan PRU 13 tidak memuaskan..kononnya..maka mereka akan mulakan "spark" sepertimana kes Pak Lah kena dulu. Ketika saat semua komponen BN fokus untuk menang PRU13 samada majoriti 2/3 BN dapat atau keputusan lebih baik dari PRU12 atau mungkin kurang..kumpulan "kuda kayu" atau virus hanyir ini telahpun buat kerja cucuk semua ahli UMNO supaya tolak Najib kiranya tak capai 2/3 majoriti !! Kononnya Najib naik menjadi PM dan Presiden parti bukan atas undi ahli UMNO dan pelbagai konon lagi. Kumpulan ini mula tanamkan rasa kebencian kepada Najib yang tak mampu jaga isteri..dialog ini sama dengan dialog pihak pakatan haramjadah !! Najib kena berani..perlu berani meletak calon yang sememangnya calon pilihan rakyat - winnable candidate..kerana ketika mula d canang ayat calon pilihan rakyat ini..kumpulan yang tamak haloba ini mula rasa kepanasan..akhirnya bila jarum menghasut mereka berjalan..slogan "calon pilihan rakyat" ini sudah malap dan mula nak hilang. Kumpulan ini menggunakan balik slogan ini dan tujukan kepada Najib..Najib pun naik menjadi Presiden Parti bukan atas pilihan ahli atau rakyat...gilOOO doh puok ni..depa lupa..Najib ambil alih tanggungjawab atas dasar hirarki parti..kedudukan beliau ketika itu sebagai Timbalan Presiden. Najib kena berani - lakukanlah perubahan besar-besaran dalan Kabinet Menteri..ada menteri yang hanya panaskan kerusi tanpa buat apa-apa yang boleh bantu Najib sebagai PM..hanya makan gaji buta dan idea yang d zahirkan bukan datang dari otak mereka sendiri..staf bawahan punya idea..d arah staf supaya bagi idea apa nak d bentangkan..sepatutnya seorang menteri yang cetuskan idea kepada pegawai ahli mesyuarat beliau..barulah ada hasil idea yang baik selepas brainstorm...adehh berat ni..aakj kena ngajar ke ni.. Najib kena berani - letaklah muka-muka baru yang menjadi pilihan rakyat dan usah takut dengan gerakan yang dok sibuk nak jatuhkan beliau..kalau Najib mampu kekalkan momentum sekarang..rakyat akan sokong Najib..bukannya dua tiga kerat yang dok ugut nak lawan Najib !! Biar kita beri peluang kepada wajah baru yang bakal menentukan hala tuju negara bersama Najib. Najib kena berani - mana-mana kumpulan yang masih wujud sebagai virus sejak dari zaman Tun M hingga kini wajib d basmikan..bukan hapus hahaha ehhh basmi ni hapus ke...bagi aakj ayat basmi ni..minta kumpulan ini d rehatkan dari jawatan menteri..lama sangat dah..orang lain dia nampak lama sangat dok d kerusi menteri..dia sendiri tak nampak bahawa beliau sejak dari awal dok d kerusi kepimpinan Tertinggi UMNO hingga kini..apa yang dia buat yang mampu kita sebagai ahli UMNO banggakan pun aakj tak tahu. Walaupun kita bukan menjawat jawatan tertinggi UMNO d peringkat pusat tapi kita memerhati perjalanan suka duka UMNO BN ni..aakj perati..virus gila jawatan nak jadi PM ni mula sejak dari zaman Tun M..zaman Pak Lah depa dah berjaya..dan ayat yang sama bakal d nyanyikan kiranya Najib gagal dapat 2/3...perghHHHH !! dia sendiri pun menang sipi kat kawasan dia hahaha gilaaa puok ni... Aakj akan buka sikit lagi story tang ni kiranya perlu dan ada maklumat tambahan..nak aakj tulis senarai nama d sini ke hahaha opsss sabar...ni kasi panas enjin dulu... |
Posted: 26 Sep 2012 05:58 PM PDT |
Ancaman liberalisme dan pluralisme Posted: 26 Sep 2012 05:41 PM PDT |
"MAT SOM" PAS DILANDA TSUNAMI CERCA MERBA? Posted: 26 Sep 2012 05:34 PM PDT |
Posted: 25 Sep 2012 07:40 AM PDT Di kalangan pemuka kanan PR, Anwar adalah yang paling berpengalaman dalam pemerintahan hasil 16 tahun menjadi putera mahkota Umno dan anak didik (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Tetapi Anwar bukanlah seorang yang "detail" atau menyeluruh kepakarannya. Kepandaian beliau adalah berpidato dan menggunakan orang lain bagi membuat kerja atau menjadi "fall guys" kalau berlaku kepincangan. Walaupun beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pengetahuannya dalam bidang ekonomi tidaklah mengagumkan. Sekalipun beliau kini menguar-uarkan dasar popular seperti pengurangan cukai, kereta murah dan pendidikan percuma, dasar beliau ketika krisis kewangan 1997/98 berlainan sekali. Beliau mirip melaksanakan penyelesaian ala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), yang antara lain menaikkan cukai, mengurangkan perbelanjaan awam dan mengimbangi belanjawan. Beliau sangat akrab dengan Pengarah Urusan IMF ketika itu, Michel Camdessus, dan meyakini penyelesaian ikat perut IMF. Adalah sukar memahami bagaimana Anwar boleh mencapai belanjawan seimbang yang dijanjikan jikalau pada masa yang sama beliau berikrar mengurangkan cukai pemotoran dan memberikan kemudahan asas seperti air dan elektrik secara percuma kepada pengguna? Sebagai ahli politik arus perdana, acuan Anwar adalah acuan Umno. Sampai hari ini pun beliau masih mempamerkan perwatakan Umno. Yang berbeza hanyalah lambang, cogan kata dan mantera. Kalau boleh saya sebut contoh mudah dan semasa (current) sebagai pranonton atau trailer kepada apa yang mungkin berlaku sekiranya PR menubuhkan kerajaan dan Anwar menjadi Perdana Menteri adalah kisah beliau dan pemuka PR menggunakan jet persendirian (private jet) yang khabarnya dipinjamkan oleh seorang "kawan" untuk menjelajah Sarawak/Sabah baru-baru ini. Selera dan gaya Anwar adalah selera orang kaya baru yang diajarkan kepada beliau oleh "corruptors" yang mengelilingi beliau ketika beliau di puncak kuasa. Para "corruptors" ini masih ada. Malah bilangan mereka mungkin bertambah kerana yakin Anwar akan menang pada PRU nanti. Namun begitu, kita kena akui bahawa bukan Anwar seorang saja yang berkuasa dan yang menentukan hala tuju PR. Tidak kurang berpengaruh dan berkuasa adalah watak-watak seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh, Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang. Wallahualam. |
Posted: 24 Sep 2012 07:02 AM PDT Ada iktibar menarik dalam kisah bersejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511 Masihi. Armada laut Portugis telah mengepung perairan ke pelabuhan Melaka, antara pusat dagangan antarabangsa yang terbesar ketika itu. Portugis membedil dengan meriam bertalu-talu sehingga mengakibatkan kerosakan besar pada prasarana kota Melaka, harta benda dan jiwa. Kemusnahan tadi membuat orang Melaka berasa hairan dan takjub akan kehebatan peluru meriam. Betapa tidak! Selama 100 tahun merajai Dunia Melayu, kerajaan Melayu Melaka tidak pernah berhadapan persenjataan baru seperti yang digunakan Peringgi (orang Portugis dalam istilah Arab ketika itu). Pengalaman Melaka hanyalah berperang di darat dengan menggunakan senjata tajam seperti parang, keris dan lembing. Di laut, tentera Melaka melawan serangan lanun dengan cara merapati kapal lawan, kemudian menyerbu masuk ke dalam kapal. Semuanya menggunakan senjata tradisional. Kerajaan Melayu Melaka muncul sebagai kuasa di rantau Melayu ketika itu setelah mengalahkan dan menakluk banyak kerajaan pesisiran Tanah Melayu, Sumatera sehingga ke barat Jawa. Malah, tentera Melaka juga berjaya mematahkan serangan tentera Siam yang cuba bertapak ke selatan. Kuasa yang semakin kuat itu telah membolehkan kerajaan Melayu Melaka mengawal perdagangan laut, terutama Selat Melaka. Pengaruh Melaka semakin menyerlah setelah rajanya memeluk agama Islam. Ia menjadi pusat penyebaran Islam. Pengaruh kerajaan Melayu Melaka dikembangkan lagi menerusi perkahwinan diraja. Semua kejayaan itu menjadikan kerajaan Melayu Melaka terlalu yakin mengenai kehebatannya daripada sebarang ancaman. Kemakmuran mencetuskan keselesaan hidup sehingga raja dan pembesar Melaka mengambil sikap menutup diri. Melaka berbaik-baik dengan Dinasti Ming dari China yang menawarkan 'perlindungan'. Kemakmuran dan nama Melaka mengharum sebagai 'Venice di Timur' menurut catatan segelintir pengembara Eropah sehingga telah menarik perhatian besar kuasa-kuasa Eropah. Setelah membuat perancangan rapi, armada Portugis dengan teknologi baru telah memerangkap kerajaan Melayu Melaka yang kurang bersedia. Selain kapalnya yang tegap dan kukuh, Portugis telah membedil dengan meriam dari jarak jauh ke arah pelabuhan Melaka tanpa perlu turun ke darat. Apabila tentera Portugis akhirnya mendarat, sebahagian besar pertahanan Melaka sudah lumpuh dan mudah dikalahkan. Ternyata kekalahan kerajaan Melayu Melaka ada kaitan dengan sikap menutup diri sehingga gagal memanfaatkan perkembangan terkini. Namun, ini bukan kelemahan Kesultanan Melayu Melaka semata-mata. Dunia Islam yang berpusat di Timur Tengah ketika itu turut dicengkam fenomena yang sama. Sesudah 700 tahun menyumbang sebuah peradaban kepada dunia dan kemanusiaan, kekuasaan Islam menjadi lemah. Empayar Uthmaniah berpusat di Turki berkecai sesudah Perang Dunia Pertama (1914-1918) iaitu awal abad ke-20 Masihi. Sebelumnya, perkembangan Islam begitu pesat. Daripada abad ketujuh, dari Semenanjung Arab Islam menakluk Syria, Palestin, Mesir dan Afrika Utara, kemudian mara ke Barat Iran dan jazirah Arab. Dari Afrika pula, Islam berkembang ke Sepanyol dan Portugal serta hampir bertapak di Perancis di abad kelapan, kemudian tersebar ke Sicily dan masuk ke Italy sampai ke Rome pada abad kesembilan. Malah, tentera Islam di bawah kaum Tartar berjaya menakluki bahagian Russia di Eropah Utara pada abad ke-12 sampai akhir abad ke-15. Kebangkitan Islam Turki di bawah empayar Uthmaniah memuktamadkan kejayaan Islam ke atas sisa Empayar Rom iaitu Bizantium di Constantinople (kini Istanbul) pada 1453. Daerah-daerah yang dahulunya dipengaruhi peradaban lama seperti Greek, Farsi dan India kini dikuasai Islam. Hal ini membolehkan berlakunya pemindahan ilmu dan sains yang dimanfaatkan oleh umat Islam lewat proses penterjemahan dan kegiatan cendekiawannya. Selanjutnya, pembukaan pusat- pusat pendidikan di wilayah Islam menarik minat dan kehadiran dari luar, termasuk daripada kalangan bukan Muslim yang membawa pulang bahan keilmuan dan sains yang sudah diterjemahkan ke bahasa Arab. Di Eropah, minat belajar bahasa Arab bertambah kerana tujuan itu. Eropah juga menterjemahkan sendiri bahan itu ke bahasa masing-masing. Kesannya, kegiatan penterjemahan lebih berkembang di Eropah daripada di Dunia Islam sendiri. Namun, seperti Melaka, keselesaan khalifah dan pembesar menimbulkan sikap kurang peduli pada perkembangan di luar Dunia Islam dan terperangkap dengan rasa puas hati dan cukup diri. Kebangkitan dan kejayaan Islam hanya membuat Eropah menjadi lebih lapar untuk maju dan berjaya. Pertama, kekalahan awal Eropah kepada tentera Islam membataskan laluan perdagangan mereka dengan dunia lain menerusi jalan darat. Kekurangan ini mendorong Eropah membina daya saing perkapalan, termasuk teknologi meriam. Kejayaan pelayar Portugis, Vasco da Gama, menemui laluan baru ke Timur (India) melalui Cape of Good Hope di Afrika Selatan merintis usaha penguasaan Eropah menjadi kuasa penjajah dalam menguasai perdagangan di Asia Tenggara. Kedua, raja-raja Eropah berlumba-lumba menguasai dagangan ke negara-negara di Timur dengan niat meluaskan penaklukan. Dengan dasar ini, misi dagangan menjadi misi menjajah dan perlu disediakan dengan kelengkapan tentera yang cukup. Ketiga, kemenangan demi kemenangan ke atas saingan mereka menimbulkan sikap di Dunia Islam bahawa mereka tidak perlukan apa-apa dari Eropah yang terus dianggap sebagai masyarakat jahil. Kebetulan juga, terdapat keperluan yang lebih besar bagi Eropah untuk datang ke Dunia Islam daripada sebaliknya. Usaha sarjana Eropah meneroka sains dan sikap masyarakat pedagangnya untuk mengembangkan semangat kapitalisme telah memacu zaman kebangkitan (Rennaissance). Terdahulu, Eropah berada dalam zaman kegelapan kerana cengkaman kuasa gereja yang melihat kemajuan sains sebagai antiagama. Sebaliknya di Dunia Islam, tiada usaha menghantar sarjana Islam agar mengikuti perkembangan terbaru di Eropah. Para diplomat Dunia Islam juga memilih untuk tidak menetap di Eropah. Semua itu banyak merugikan Dunia Islam kemudiannya, terutama selepas abad ke-18, apabila Eropah semakin kuat dan meraih beberapa kemenangan dalam peperangan melawan pihak Islam. Dalam perundingan diplomatik lepas perang, Dunia Islam terasa lemah kerana bukan sahaja tidak mengerti bahasa Eropah, bahkan tidak berkemahiran menguasai amalan perundangan Eropah akibat tidak punya kepakaran sendiri. Ternyata sikap tertutup atau menutup diri Dunia Muslim telah membawa padah. Sebaliknya, Eropah telah belajar betapa tewas di medan perang akan melemahkan penguasaan di bidang dagangan dan seterusnya ketinggalan di bidang keilmuan dan sains. Daripada pengalaman itu mereka belajar untuk bangkit semula. Dengan menggunakan teknologi baru, mereka kembali kuat dan semakin memenangi peperangan dengan kuasa-kuasa Islam. Dengan kemenangan itu mereka kembali menguasai dagangan dunia, penemuan sains dan teknologi dan sebagainya. Ternyata rangsangan semangat yang diperolehi dari Dunia Islam telah membolehkan Eropah bangkit secara konsisten dan meraih pelbagai penemuan baru. Jalur pengalaman ini dicedok pula oleh Jepun yang gigih mempelajarinya daripada Eropah dan kemudian bangkit sebagai kuasa Asia Timur yang terawal bertaraf negara perusahaan. |
SUARAM : ISU POLITIK ATAU KESELAMATAN ? Posted: 24 Sep 2012 05:54 AM PDT Cabang pembangkang burukkan kerajaanSuara Rakyat Malaysia (Suaram) disifatkan sebagai antara 'cabang' pembangkang atau lebih tepat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan. Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong (gambar) berkata, pertubuhan tidak berdaftar itu juga tidak pernah mengamalkan ketelusan dan kebebasan serta tidak pernah berjuang menegakkan hak asasi manusia seperti dilaung-laungkan. "Suaram hanya berjuang untuk kepentingan pembangkang termasuk ke arah penubuhan sebuah negara republik dan pemikiran liberal. "Mereka juga tidak hanya mahu memansuhkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam, malah sebarang perkara yang ada kaitan dengan ajaran Islam dan budaya orang Melayu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai kontroversi berkaitan Suaram yang dipertikaikan banyak pihak ketika ini kerana didakwa cenderung menyokong agenda pembangkang selain turut terlibat secara aktif dalam program anjuran pembangkang. Menurut Lum Yong, hakikat Suaram berpaksikan kepada pembangkang dapat dilihat dengan jelas apabila hampir keseluruhan penggerak pertubuhan itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan aktivis propembangkang. Mereka katanya, termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang; R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel yang dilantik kerajaan PKR Selangor sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Menurut beliau, Suaram juga tidak mempunyai bukti kukuh dalam mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembelian kapal selam Scorpene serta penglibatan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu. "Tetapi kita mempunyai bukti Suaram sebenarnya tidak bertindak sebagai sebuah pertubuhan bebas dalam isu ini sebaliknya menjadi tangan ghaib kepada pembangkang untuk memalukan negara dan menjatuhkan kerajaan," katanya. DIPETIK DARI UTUSAN MALAYSIA 23/09/2012 Peguam dari Perancis yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memfailkan saman pemula ke atas syarikat pembuat kapal selam Scorpene iaitu DCNS dipercayai turut dibiayai menerusi dana asing yang diterima pertubuhan tidak berdaftar itu. Menurut sumber, peguam itu dipercayai dibiayai Suaram menerusi sebahagian dana asing berjumlah RM2.4 juta yang diterima Suaram sepanjang 2005 hingga 2011 seperti yang didedahkan oleh akhbar semalam. Ia termasuk RM1.6 juta yang diterima Suaram daripada National Endowment for Democracy (NED) iaitu pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman. Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835 sepanjang tempoh sama. "Kesemua dana itu disalurkan kepada Suaram menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) dan dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong," kata sumber itu. Pada 2009, Suaram melancarkan saman pemula ke atas DCNS atas dakwaan terlibat dalam rasuah pasif serta aktif dalam penjualan kapal selam Scorpene kepada Malaysia. Tindakan Suaram itu mengejutkan banyak pihak kerana ia dilihat percubaan memalukan negara kepada masyarakat antarabangsa selain menimbulkan persoalan bagaimana Suaram sebagai sebuah pertubuhan mampu membiayai kos guaman saman tersebut. Bagaimanapun Suaram kemudiannya merancang beberapa aktiviti kutipan derma dalam kempen bersepadu di ibu negara dan Pulau Pinang bagi mengumpul dana untuk menghadapi kes itu di mahkamah Perancis. Namun tindakan Suaram itu dikecam kerana didakwa cuba mengalih perhatian berhubung sumber sebenar dana yang membolehkan pertubuhan tersebut memulakan saman berkenaan sekali gus membawa kepada penyiasatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika ini. Sebelum ini, Suaram sering 'menyerang' Kementerian Pertahanan dengan fakta palsu seperti ditulis Kia Soong menerusi buku yang sarat dengan pembohongan iaitu Questioning Arms Spending in Malaysia'. Suaram juga berulang kali menyebarkan fitnah mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu dalam isu pembelian kapal selam Scorpene tersebut. Malah Suaram turut mendakwa Najib sudah diarahkan tampil di mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan namun sepina itu tidak wujud sehingga ke hari ini. Dalam pada itu, sumber itu mendakwa, Suaram dan NGO lain yang menerima dana asing itu dikatakan akan membuat laporan kepada pihak tertentu. |
PR DAN STRATEGI MENAWAN PUTRAJAYA. Posted: 24 Sep 2012 05:42 AM PDT POLITIK adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi. Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan (gambar) berterus-terang mengenai politik semasa tanah air. "Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim. "Ini disebabkan strategi pada pandangan umumnya adalah strategi yang didasari oleh pemikiran-pemikiran politik baru yang dicanangkan oleh ketua pembangkang itu," kata beliau dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur. Fuad membahagikan pengamatan beliau kepada elemen strategi berikut. Ia, kata beliau untuk renungan dan penilaian rakyat yang diakuinya kini matang dalam mengikuti perkembangan politik tanah air. 1. Strategi terus kepada rakyat - Ini bermakna dia berkomunikasi langsung dalam bentuk bersemuka atau tidak langsung dalam media sosial, media elektronik yang dikuasai serta media cetak yang dikuasai bagi maksud menyampaikan mesej dalam bahasa dan perbandingan yang mudah kepada rakyat. Dalam konteks ini, umum tahu bahawa ketua pembangkang mempunyai 'keistimewaan tersendiri' khususnya dari segi penguasaan bahasa dan juga ideologi serta hubungan awam serta 'pengurusan pentas yang bijak'. Sama ada beliau berada di dalam mahkamah ataupun luar mahkamah ataupun dalam media cetak atau media sosial, mesej yang hendak disampaikan adalah kepada rakyat. Dan bukannya kepada hakim, akhbar dan kepada penonton tv yang terbatas. Itu sebabnya kadang-kadang dia tidak menjawab soalan-soalan mahkamah. Dia tidak menjawab soalan-soalan para hakim kepadanya. Tetapi dia menjawab 'apa yang rakyat mahu dengar'. 2. Dikambinghitamkan Dalam konteks ini UMNO yang selalunya menjadi 'scapegoat' atas apa sahaja isu masyarakat. Sama ada sampah, longkang, isu tanah ataupun isu pegawai kerajaan yang kecewa ataupun isu kemalangan jalan raya, maka semua dikatakan ini perbuatan UMNO. Strateginya adalah megambil kesempatan pada ruang dan peluang untuk menghasut rakyat merasai kecewa atau marah kepada pemimpin. Lumpuhnya UMNO bererti lumpuhnya BN. Sebab itu fokus tumpuan serangan yang diberikan haruslah kepada UMNO dan UMNO dijadikan 'kambing hitam' dalam setiap kesalahan umum dan kekecewaan rakyat dalam apa jua isu. 3. Seruan mengikut pihak majoriti - Setiap pihak khususnya 'parti yang berkenaan' sering ingin menggambarkan mereka berada di pihak majoriti. Pertama, melalui meramaikan jumlah pendengar atau penonton ceramah. Yang kedua, memujuk ikon-ikon masyarakat yang kecewa seperti artis, bekas pegawai kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat yang berpengaruh untuk menunjukkan satu gelombang peralihan kepada kumpulan mereka. Itu sebabnya akhir-akhir ini kita dapat melihat ramai artis dipujuk untuk menyertai ceramah-ceramah mereka. Jadi, apa yang patut dibuat? Yang patut kita buat sebenarnya ialah tunjukkan lebih ramai lagi orang berpengaruh yang berada di pihak kerajaan. Mereka ini harus diberikan perhatian, diberikan tumpuan. Kebanyakan orang lama ini adalah orang yang sudah berjasa, sudah melalui zamannya dan mereka ini memberikan sumbangan kepada kerajaan. Jadi, sekiranya kerajaan tidak melihat kepada mereka, sudah tentulah mereka akan mencari platform yang lain. Tolong jaga kumpulan ini. 4. Kenyataan memukau 'Mereka' memberikan janji dan harapan yang dilihat macam praktikal dan logik. Tetapi sebenarnya palsu. Antaranya, memberikan harapan kepada rakyat dengan pelbagai janji seperti menurunkan harga barang dan harga minyak walaupun tidak mengambil kira pasaran dunia. Walhal tidak pula dibicarakan tentang soal bagaimana mencipta kekayaan dan bagaimana mendapatkan pertumbuhan negara. Yang dibicarakan adalah pengagihan... pengagihan...pengagihan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa rakyat sekarang ini sudah dipasak dengan pemikiran rasuah. 5. Serangan berterusan Strategi ini banyak rakyat dapat lihat. Bertalu-talu, bertubi-tubi dan berfokus khususnya kepada ketua pimpinan, dalam konteks ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran yang pelbagai. Dalam kes-kes tertentu isu dicipta seperti kes pembunuhan wanita Mongolia. Najib yang semasa itu masih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada malam 22 Ogos 2008 telah melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Walau apa pun Perdana Menteri buat, tetapi oleh kerana konsep 'kambing hitam' dan serangan bertubi-tubi, imej negatif berkenaan masih terpalit. Antaranya, ciptaan 'pengurusan pentas antarabangsa' seperti Mahkamah Perancis dan peristiwa Suaram berjumpa wakil pegawainya di Thailand (isu kapal selam Scorpene). Ini memang 'seni' pakatan pembangkang. Ketua Pembangkang juga sering kali berlagak sinis dan membuat lawak jenaka terhadap ucapan-ucapannya sendiri sehingga membuatkan orang tergelak dan sebagainya. Dan mesej yang menyebabkan orang ketawa dan tergelak ini mudah diterima oleh masyarakat walaupun serangan yang begitu keterlaluan dan bertubi-tubi ini sudah banyak kali didengar oleh masyarakat. Ada tanda-tanda, sekarang masyarakat sudah kurang ambil kisah tentang tuduhan-tuduhan itu kerana apa-apa perkara pun kalau keterlaluan, masyarakat Melayu yang mempunyai nilai dan budaya sendiri akan menolaknya. 6. Kesaksian - Ini digunakan bagi maksud untuk menangkis tuduhan-tuduhan mahkamah terhadap diri individu berkenaan yang digunakan oleh ketua pembangkang yang kemudiannya menjadi amalan kepada pengikutnya. Iaitu menggunakan seseorang atau lembaga untuk mendukung atau mengecam sesuatu tuduhan iaitu dengan cara menggunakan pakar atau ahli atau saksi langsung dalam kes-kes mahkamah. Contohnya, sekiranya sesuatu kes dibicara dengan membawa pakar forensik atau hakim tertentu dari dalam negara, maka 'dia' akan 'counter' dengan membawa pakar forensik dan bekas-bekas hakim supreme council dari luar untuk mewujudkan dua pandangan yang berbeza. Yakni, tidak ada satu pendapat yang mutlak. Malah, ada juga dengan cara agama khususnya mengambil pendapat ulama-ulama luar. Dr. Yusof al-Qhardawi contohnya, boleh digunakan bagi maksud memberi prinsip-prinsip umum menurut hukum Islam walaupun orang berkenaan mungkin tidak mengetahui perincian tentang peristiwa yang berlaku dalam satu-satu kes. 7. Pendekatan pertentangan kelas - Pakatan pembangkang merupakan gabungan longgar pelbagai ideologi politik bagi maksud jangka pendek menawan Putrajaya. Dalamnya masih tersirat agenda kaum dan agama yang ekstrem dan tersembunyi. Penyusupan parti sosialis dalam pakatan itu terlibat dalam penonjolan pendekatan pertentangan kelas yang menjadi cara terbuka. Mereka mengapi-apikan rakyat dengan membuat perbandingan kekayaan, pangkat dan kedudukan. Misalnya menanam kebencian rakyat terhadap golongan kaya (kekayaan dikaitkan dengan kronisme dan rasuah) dan menanam kebencian kepada feudalisme seperti institusi raja-raja. Pendekatan seperti ini pernah meruntuhkan banyak dinasti dan kerajaan beraja pada masa lampau. Fuad berkata, ada banyak lagi 'strategi' yang digunakan pakatan pembangkang. Dan apa yang patut dibuat ialah ia harus dijawab oleh tuan punya diri terlebih dahulu sebelum dibantu oleh orang lain. "Sekiranya tuan punya diri menjawab, barulah orang lain boleh bantu. Tapi kalau tuan punya diri mendiamkan diri, perkara itu sukar untuk pihak-pihak lain membantu," katanya. |
SUARAM DAN SCORPENE : AGENDA TERSEMBUNYI Posted: 24 Sep 2012 05:24 AM PDT Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya. Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, "SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene." Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu. Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM 'makan-angin' ke Perancis. Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis. Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis. Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini. Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata. Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato' Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita. Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun! Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai. Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato' Seri Najib. isuhot.com |
Posted: 24 Sep 2012 05:19 AM PDT SUARAM tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia menerusi serangan bertalu-talu mereka menggunakan fitnah kapal selam Scorpene dan urusniaga Perimekar dalam mendapatkan aset ketenteraan itu. SUARAM juga sentiasa meningkatkan usaha menfitnah untuk mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shiiribu dengan fakta-fakta yang serba melucukan dan saling bercanggah antara satu sama lain. Keberkesanan SUARAM dipertingkatkan dengan sokongan dan publisiti yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya daripada PKR yang tidak pernah kenal erti moral, dan takut dengan undang-undang. Anwar Ibrahim merupakan ornag yang paling kuat bercakap tentang Najib sebagai pembunuh model Mongolia itu. Manakala para penyokongnya pula sehingga ke hari ini masih berusaha mengaitkan Altantuya dengan Najib walau dengan cara apa sekalipun. Anehnya di sebalik kesungguhan mereka itu, tidak pula mereka bersungguh-sungguh untuk memberikan bukti dan fakta-fakta yang lebih bernilai bagi setiap tuduhan mereka. Rupa-rupanya apa yang dilakukan oleh SUARAM selama ini mempunyai dalang di belakang mereka. Walaupun sebelum ini, SUARAM didakwa mendapat bantuan dana dan kepakaran asing untuk operasi mereka, namun SUARAM sentiasa berjaya mengelak daripada memberikan jawapan sebenar. Pendedahan yang kurang bersungguh-sungguh dan ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa tentang modus operandi serta dana asing yang menjadi tulang belakang SUARAM, membuatkan agen-agen Zionis dalam SUARAM yang berselindung sebagai rakyat Malaysia begitu Kini punca dana mereka telah terbongkar. Tindakan pihak berkuasa menyerbu pejabat SUARAM telah membuatkan agen Zionis itu bertindakbalas. Mereka enggan bekerjasama dan membantu pihak berkuasa mendedahkan perkara sebenar. Sebaliknya dengan memanipulasi undang-undang, SUARAM berjaya menghalang pihak berkausa daripada mengambil fail-fail serta dokumen-dokumen penting. Tidak itu sahaja, merka juga berjaya menghalang petugas undang-undang daripada memasuki pejabat mereka. Dan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa serta kerajaan, SUARAM lantas membangkitkan ikrarnya untuk meneruskan isu fitnah Najib Abdul Razak, Perimekar dan Sorpene biarpun mereka tidak pernah ada bukti meyakinkan. Manakala bantuan dari pihak luar negara pula memberikan isyarat bahawa kenyataan mereka akan menurunkan harga-harga saham dan imej Malaysia akan tercemar sebagai negara yang menyekat hak asasi manusia serta tidak telus. Mengapa SUARAM begitu megah dan angkuh? Sudah tentu kerana modal Zionis yang ada di belakang setiap operasi mereka. SUARAM hanyalah 'anak syarikat' kepada PKR dan Anwar Ibrahim yang menjadi mudir sebenar. SUARAM hanyalah tempat Zionis 'melaburkan' wang kepada Anwar Ibrahim secara tidak ketara. Dek kerana itulah, sasaran SUARAM secara konsisten adalah Najib Abdul Razak dan Kerajaan UMNO-BN. SUARAM mahupun pendalang-pendalang mereka tidak peduli tentang pembunuhan Altantuya. Bahkan besar kemungkinan mereka memang terlibat dalam pengaturan pembunuhan berkenaan berdasarkan butiran yang mereka keluarkan, jauh lebih terperinci dan sangat mirip dengan kenyataan daripada saksi pertama di tempat kejadian sewaktu pembunuhan itu berlaku. Antara satu sebab SUARAM ditubuhkan selain daripada penyaluran dana Zionis kepada Anwar Ibrahim ialah untuk memastikan penurunan harga-harga saham blue chip atau saham-saham utama. Sebarang pergolakan dalam negara yang membabitkan politik atau apa-apa sahaja, pasti akan memberi kesan yang keterlaluan kepada pasaran saham di Malaysia. Apabila harga-harga saham utama itu turun ke paras terendah, pembelian secara pukal oleh pemodal-pemodal asing yang sudah tentulah bertangankan Zionis akan dilakukan. Secara tidak langsung, pembelian dan penguasaan tersebut akan menyebabkan syarikat-syarikat utama di negara ini yang menjadi sebahagian daripada pendapatan negara dan menyediakan peluang pekerjaan bagi proses peningkatan sosio-ekonomi negara akan dikuasai oleh pihak asing. Bentuk penjajahan ekonomi ini telah dilakukan oleh Zionis di beberapa buah negara. Malaysia hampir-hampir menjadi mangsa menerusi kesungguhan Anwar Ibrahim untuk membolehkan IMF memberikan 'pinjaman' tetapi pada masa yang sama menguasai dan menjarah kesemua syarikat-syarikat besar negara pada tahun 1997. Petualangan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh SUARAM sebenarnya merupakan dosa terbesar kepada rakyat Malaysia. Seandainya SUARAM terus dibiarkan, rakyat Malaysia akan lebih menderita berbanding dengan tohmahan-tohmahan yang mereka lemparkan kepada kerajaan dan Najib Abdul Razak sekarang. Posted from WordPress for Android |
Posted: 23 Sep 2012 08:57 PM PDT Suara hati Dr. MahathirSAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain. Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap. Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun. Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam. Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong. Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka. Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British. Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka. Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka. Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan. Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan. Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang. Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957. Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah. Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah. Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia. Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka. Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini. Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu. Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka. Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka. Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain. Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri. 'Wasiat' Dr. Mahathir demi perpaduan MelayuTUN Dr. Mahathir Mohamad tidak menangis lagi. Tetapi daripada luahan suara hati beliau, kita dapat merasa kekecewaannya terhadap sikap bangsanya sendiri - Melayu."Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya - perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri." Tulisan Dr. Mahathir di dalam Mingguan Malaysia semalam menjentik sudut hati orang Melayu yang ada kesedaran tentang kesan buruk perpecahan yang sedang dialami bangsa ini. Setelah sekian lama meninggalkan tampuk pemerintahan negara pada 31 Oktober 2003 (hampir sembilan tahun lalu), beliau masih tidak jemu-jemu mengingatkan orang Melayu tentang kepentingan perpaduan. Nasihat Dr. Mahathir boleh dianggap untuk memperingatkan semula dan membuka mata hati kita semua yang semakin lalai dan alpa terhadap pentingnya perpaduan di kalangan umat Melayu. Semalam, Dr. Mahathir meluahkan kesedihan dan kebimbangannya tentang nasib orang Melayu yang semakin lemah kuasa politiknya akibat perpecahan dan perbezaan politik yang melampau. Jelas, sebahagian besar di kalangan orang Melayu tidak benar-benar menghayati dan menyerapkan nasihat dan pesanan yang dibuat oleh beliau semasa dan selepas menerajui negara. Kita hanya mendengar teguran dan kritikan beliau bagaimana hendak menguatkan orang Melayu, tetapi kurang usaha dilakukan untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh beliau. Sikap kita masih belum banyak berubah terutama rakyat yang kini majoritinya adalah generasi selepas merdeka. Kita tidak merasai penderitaan hidup di bawah pemerintahan kuasa bangsa asing seperti yang dilalui oleh generasi bekas Perdana Menteri keempat itu. Sebagai insan Melayu dari Kedah yang merasai hidup tiga zaman penjajah - pemerintahan Siam, Inggeris dan Jepun - beliau sudah melihat bagaimana bangsa Melayu dihina - segala-galanya kerana kebodohan dan tidak bersatu padu. "Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka." Demikian luahan hati Dr. Mahathir. Dalam kebanyakan wawancara dengan Dr. Mahathir, beliau sering ditanya oleh para wartawan tentang politik negara dan masa depan orang Melayu. Kini secara bersendirian beliau meluahkan perihal perpecahan orang Melayu. Barangkali ada di kalangan kita yang tidak akan ambil peduli nasihat Dr. Mahathir kerana beliau bukan lagi pemimpin utama negara ini. Apatah lagi kehidupan orang Melayu kini sudah bertambah baik - punya kereta, ada rumah dan tidak ada yang kelaparan. Berbeza dengan keadaan orang Melayu sebelum dan pada awal kemerdekaan negara dahulu. Sebagai pesara, Dr. Mahathir sepatutnya tidak perlu berkecil hati dan rasa bersalah. Beliau boleh bersikap tidak ambil peduli setelah 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri. Beliau berkhidmat untuk kita - menjaga orang Melayu; mencetuskan pelbagai peluang untuk orang Melayu menjadi senang. Jadi benarkah - terpulang kepada kita sama ada hendak menggunakan peluang itu dengan betul atau tidak? Tidak mengapa kalau orang Melayu tidak lagi menghargai apa yang telah dilakukan beliau untuk kita. Tidak mengapa jika orang Melayu terus berpecah, ikut haluan masing-masing? Hakikatnya Dr. Mahathir bukan seorang pesara yang sudah lanjut usia dan ingin bersenang-lenang dalam persaraannya. Beliau adalah seorang yang tidak mengerti jemu untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai itu demi bangsanya. Beliau sudah berkali-kali berpesan supaya orang Melayu tidak mengkhianati bangsa sendiri. Jangan berpecah, kelak membinasakan masa depan bangsa. Apa yang dilontarkannya dahulu, semakin hari kian ketara kesan perpecahan umat Melayu, ditambah pula faktor cubaan campur tangan kuasa asing. Beliau kembali lagi mengulangi nasihatnya dan mengharapkan supaya orang Melayu memperbaiki kesilapan dan bangkit menjadi bangsa yang benar-benar merdeka. Sesungguhnya tiada guna kita memberi sanjungan kepada Dr. Mahathir jika segala pesanan, nasihat, ingatan serta sifat-sifat baiknya tidak kita pedulikan. Dalam ucapan terakhirnya pada majlis berbuka puasa bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada 30 Oktober 2003 (sehari sebelum bersara), beliau berkata, tiada penghargaan yang lebih besar baginya melainkan orang Melayu tidak bersengketa, tapi berganding bahu meneruskan perjuangan bangsa. Jadikanlah 'suara hati' Dr. Mahathir itu sebagai wasiat terakhir beliau untuk umat Melayu/Islam di Malaysia. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan