Rabu, 19 September 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


SUARAM Halang Kerja Polis

Posted: 19 Sep 2012 11:30 PM PDT

 
 
Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini didatangi oleh enam orang pegawai pendaftar pertubuhan (ROS) dan polis.

Menurut peguam yang berada di pejabat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS itu datang ke pejabat SUARAM pada sekitar 11:50 pagi tadi.

"Mereka cuba untuk masuk ke pejabat untuk melakukan siasatan, tetapi kami tidak benarkan.

"Setakat ini mereka hanya berada di luar pejabat, dan kami masih tidak membenarkan mereka masuk, keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal," kata Fadiah lagi.

Serbuan ini dikaitkan dengan dakwaan SUARAM menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai "akaun yang meragukan".

Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terus terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan penyelewengan wang bernilai berbillion ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene.
 
 
 
Baca selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLES

Perhimpunan Bantah Filem Innocence of Muslim Esok

Posted: 19 Sep 2012 10:30 PM PDT

 Pergerakan Pemuda UMNO bersama lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen Barisan Nasional (BN) akan berkumpul secara aman membantah filem 'Innocence of Muslims' dan kartun dari Perancis di pekarangan Masjid Kampung Baru, esok.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 5,000 orang dijangka hadir pada perhimpunan itu. 

 
"Perhimpunan ini akan bermula selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Khairy berkata, perhimpunan aman itu jelas menggambarkan bahawa umat Islam bersama-sama rakyat pelbagai kaum di negara ini membantah sebarang usaha untuk menghina mana-mana agama.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan perhimpunan itu kepada polis.





Baca selanjutnya di REZQEENHILL 

Wanita Kantoi Di Majlis Kahwin @umbkl

Posted: 19 Sep 2012 09:00 PM PDT

Hai macam2 cara manusia sanggup buat untuk hidup. Pagi tadi SP ada terbaca di FB berkenaan dengan seorang wanita yang ditangkap mencuri di majlis perkahwinan. Kejadian berlaku di Johor. Wanita tersebut didapati mencuri hampir RM6000 ketika keluarga pengantin sedang sibuk di majlis perkahwinan.

Yang menyedihkan wanita tersebut siap bawa anak kecil yang dipercayai dijadikan sebagai perisai untuk menarik simpati orang ramai seandainya dia terkantoi.








SP: Macam2 hal....

Free Beriani Khusus Untuk LGBT @umbkl

Posted: 19 Sep 2012 07:20 PM PDT

Akhbar The Star semalam menyiarkan laporan mengenai sebuah restoran di Bangsar Utama, Fiercer Curry House telah menawarkan hidangan briyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang mengunjungi mereka dengan memakai baju berkolar V dan beg tangan lelaki.

Tawaran itu adalah bersempena memperolok garis panduan mengenai bagaimana untuk mengesan golongan pelajar yang terlibat atau terpengaruh dengan budaya gay atau lesbian yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Antaranya, ialah berpakaian ketat, berkolar-V, warna cerah dan lembut bagi gay dan tidak berminat dengan lelaki, sebaliknya gemar menghabiskan masa dengan seorang rakan wanita sahaja tanpa ditemani rakan-rakan lain, bagi lesbian.





Amatlah malang apabila garis panduan yang dikeluarkan dengan niat yang murni ini telah dipersoal bukan sahaja oleh media barat seperti Huffington Post dalam ruangan Huffpost Gay Voices, tetapi juga dipermainkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Pastinya, yang mempermainkannya adalah mereka-mereka yang langsung tidak kisah jika anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sebegini.

Antara yang menikmati briyani percuma ini ialah Alfred Loh iaitu seorang artis yang juga dikatakan terlibat dalam produksi teater untuk program Seksualiti Merdeka. Beliau menafikan beliau mewakili golongan LGBT tetapi hanya menyatakan rasa sinisnya terhadap garispanduan tersebut kerana fesyen tidak sepatutnya dihadkan kepada sesiapa.


Mengulas mengenai tawaran ini, pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, telah menyatakan kegembiraan atas reaksi umum yang didakwanya 'mentertawakan' garispanduan tersebut. Pang semestinya tidak berpijak di bumi nyata dan melihat takrif 'umum' hanya di kalangan rakan-rakannya sahaja. Ini kerana soal LGBT sememangnya menjadi kerisauan yang besar bagi ibubapa di Malaysia dari semua lapisan kaum dan agama. Jika benar kerajaan ada mengeluarkan garispanduan sedemikian, ia menunjukkan yang kerajaan amat prihatin dengan sentimen majoriti rakyat dan rakyat amat menghargainya.


Hakikatnya, ibubapa di Malaysia amat risau melihat golongan LGBT semakin berani menonjolkan diri mereka kepada umum dengan bangga dan megah pula.


Fenomena ini sebenarnya wajar dipertanggungjawabkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat sebagai tokoh atau wira, kononnya yang berjuang untuk hak asasi rakyat Malaysia, sedangkan yang diperjuangkan sebenarnya adalah hak LGBT.


Antaranya ialah tidak lain tidak bukan, peneraju BERSIH, Ambiga Sreenavesan yang menjadi antara 'orang kuat' dalam program Seksualiti Merdeka yang mempromosi gaya hidup LGBT. Program tersebut turut mendapat sokongan Suaram di mana jurucakap Suaram, E.Nalini telah mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan program tersebut pada tahun 2011.


Selain itu, perlu diingatkan bahawa antara penganjur program ini juga adalah Majlis Peguam.


Soalnya, apakah persamaan antara Ambiga, Suaram dan Majlis Peguam dalam konteks politik di Malaysia?


Ya, mereka semuanya punya kaitan dengan Pakatan Rakyat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Gerak langkah mereka sentiasa selari dengan PR dalam usaha untuk memburuk-burukkan kerajaan.


Dan soalan seterusnya, kenapakah pejuang-pejuang LGBT ini begitu 'intim' dengan PR dan menentang kerajaan?



Tentu sekali kerana PR menjanjikan hak kepada LGBT jika mereka memerintah negara ini. Malah, kecenderungan PR untuk memberikan hak kepada golongan ini telah terbukti dalam kenyataan Anwar yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu iaitu bahawa 'undang-undang ke atas homoseksual adalah lapuk dan perlu dikaji semula'.

Sebenarnya, bagi Anwar atau PKR menyokong LGBT bukan sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangka. Bagi DAP pula, mereka dilihat mengambil pendirian 'terbuka' kepada idea-idea barat asalkan jangan 'hudud atau Negara Islam'.

Memandangkan PAS terus berdegil ingin sehidup semati dengan PKR dan DAP, maka tidak salah jika kita katakan bahawa PAS juga terbuka dengan idea memberikan hak kepada golongan LGBT ini. Malah, PAS sendiri yang menjulang Ambiga sebagai Wira dan sanggup duduk di belakang beliau berarak, berdemonstrasi untuk memburukkan kerajaan dan mengsabotaj imej negara.

Tidak mungkin PAS langsung tidak menyedari bahawa Ambiga melakukan apa yang dilakukannya iaitu memburukkan kerajaan dan mengsabotaj negara demi memastikan PR memerintah agar hak LGBT diiktiraf.

Nampaknya, perjuangan Pang Khee Teik, Ambiga, SUARAM, Majlis Peguam dan juga PR termasuk PAS, iaitu untuk membuka mata masyarakat agar menerima golongan LGBT sudah menunjukkan sedikit kejayaan. Kerana itulah, hari ini, kita lihat ada restoran yang sanggup membela mereka secara terbuka dan mendapat sambutan ramai pula.

Untuk itu, perlukah kita mengucapkan tahniah kepada PR? Dan perlukah kita mengucapkan tahniah juga kepada PAS kerana membantu menjayakan agenda syaitan ini?

Justeru, ke manakah arah Malaysia jika diperintah oleh PR? Pastinya ke neraka - dunia dan juga akhirat. 


Sumber : Bersih3Suku



SP: Jom kita TOLAK PR dalam PRU13 nanti kerana menyokong PR sama seperti kita menyokong LGBT. Nauzubillah.......

Deklarasi Kuching 1 Lagi Penipuan PR? @umbkl

Posted: 19 Sep 2012 06:21 AM PDT

Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching. Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1. Kerjasama Bersekutu

2. Perwakilan Yang Adil

3. Kewarganegaraan

4. Pengiktirafan Hak Ke Atas. Tanah Adat

5. Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah

6. Keadilan Dalam Isu Minyak

7. Pembangunan Sekata


Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana 'meminggirkan' kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji. PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut.

16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin.

Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka. Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain.

Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama 'undang-undang' dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat. Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN.

Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih. Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya.

Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin. Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?

Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius. Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.

Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain.

Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata.

Contohnya, 'menolak dan menentang hudud adalah tidak sama'. Atau 'bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama'. Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah 'manifesto PR bukan janji'.

Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa 'Deklarasi Kuching bukan janji' sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti. Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.
Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa 'Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tweet @ngehkooham mewakili suara DAP? @umbkl

Posted: 19 Sep 2012 04:31 AM PDT

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik apabila Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham meremehkan protes besar-besaran terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.  

Kita sedia maklum bahawa pendirian DAP itu ialah anti-Islam dan anti-Melayu, maka apa yang dinyatakan oleh Ngeh di twitternya adalah konsisten dengan pendirian partinya.   'Kesilapan' Ngeh, hanyalah kerana menyatakannya kepada umum sedangkan DAP bersusah payah menafikannya.   

DAP tidak pernah mempunyai sensitiviti terhadap agama dan kaum lain.  Ini adalah hakikat yang nampaknya masih ada yang tidak dapat memahaminya.  Perjuangan DAP adalah untuk kaumnya mendapat keuntungan maksima dari segala segi, di negara kita yang tercinta ini.  Itu saja. 

Buktinya boleh dilihat dari sikap DAP dalam menangani isu-isu semasa.  Jika masjid yang disimbah cat oleh anak Cina, ia adalah kenakalan anak-anak kecil.   Tetapi jika tokong, kuil atau gereja yang menjadi sasaran yang sama, DAPlah orang yang pertama memprotes dan menjadikan isu tersebut sebagai isu perkauman yang amat serius.  

Bukan kerana DAP prihatin sangat terhadap agama Buddha, Hindu atau Kristian tetapi kerana DAP ingin mencetuskan permusuhan sesama kaum, terutamanya membangkitkan kebencian terhadap kaum Melayu dan Islam.  Semuanya dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.

Begitu juga dengan kes wanita Melayu yang dipaksa berbogel dalam tahanan pihak berkuasa tetapi disangka DAP sebagai wanita Cina.  Riuh rendah DAP memperjuangkan hak wanita tersebut sehinggalah mereka mendapat tahu identitinya iaitu seorang Melayu, maka DAP pun diam membisu. 

Dan jangan kita lupa bagaimana pemimpin DAP masuk ke rumah orang Melayu tanpa membuka kasut, konon dalam lawatan 'prihatin' terhadap rakyat?  Gambar lawatan ini telah pun tersebar luas di internet dan DAP tidak mampu menafikannya lagi.  Jika ini bukan bukti sifat biadap, tidak hormat dan tidak sensitive terhadap budaya dan agama kaum majoriti di negara ini, apakah ia?

Nampaknya, dasar tertutup negara nenek moyang mereka dahulu menjadi akar yang kuat yang membentuk sikap pemimpin dan penyokong DAP.  Dasar tersebut, secara tidak langsung telah membentuk sikap tidak peduli dan tidak prihatin terhadap segala sesuatu yang tiada kena mengena dengan diri, keluarga dan kaum mereka.  

Oleh itu, pernahkah kita mendengar DAP turut prihatin dengan nasib rakyat Bosnia, Palestine atau Rohingya?   Pernahkah DAP memperjuangkan atau menunjukkan sensitiviti terhadap sesuatu isu yang di luar skop politik, iaitu yang tidak memberi keuntungan kepada kaumnya tetapi atas dasar kemanusiaan semata-mata?

Tidak, kerana  DAP tidak pernah ambil peduli terhadap kaum dan agama lain.  Malah, sifat kemanusiaan DAP juga sukar untuk dikesan. 

Di Pulau Pinang, DAP sanggup merobohkan kampung, merampas tanah dan menutup pintu rezeki peniaga-peniaga kecil tanpa berfikir panjang, semata-mata kerana mereka bukan berbangsa Cina.   Dan ini hanyalah 1% dari sifat kejam DAP yang ditonjolkan.  Bayangkan jika kuasa berada di tangan mereka sebanyak 50%? atau 80%? atau 100%? 

Dengan sikap DAP ini, kita tidak harus terkejut apabila Ngeh menyatakan yang memprotes penghinaan terhadap Rasulullah SAW adalah membuang masa dan tenaga. 

Jelas, Ngeh hanya berlaku jujur meluahkan rasa hati sebenar ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini dinafikan mereka.  

DAP boleh menafi yang kenyataan Ngeh adalah merupakan cerminan pendirian parti mereka, tetapi rakyat boleh menilai sendiri siapa DAP dari rekod sejarah parti tersebut.  

SP: Pemimpin bukan islam di dalam BN turut sama menyelar tindakan pengarah filem tersebut tetapi nampaknya tidak ada seorang pun lagi pemimpin tertinggi DAP maupun PKR mengulas mengenai isu ini. Bagi SP, DAP harus segera memohon maaf kerana kenyataan Ngeh ini nyata telah menyinggung hati umat islam di negara ini.

Tiada ulasan:

Pengikut