Rabu, 19 September 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DEFINISI SEKULARISME

Posted: 19 Sep 2012 06:16 AM PDT


Fahami definisi sekularisme

Cetusan Pemikiran Oleh Dr. Ismail Ibrahim

Hari Sabtu yang lalu saya berada di Pulau Pinang kerana mengambil bahagian di dalam satu majlis forum tentang sekularisme dari sudut pandangan Islam. Di dalam majlis tersebut banyak perkara yang telah dibangkitkan, antaranya ialah persoalan yang berbunyi apakah Islam menolak sekularisme? Dan apakah orang Melayu telah menganut fahaman sekularisme sehingga menolak ``parti agama'' di dalam pilihan raya umum yang lalu?


Sebelum persoalan itu dijawab, saya telah mengambil kesempatan bagi menjelaskan sedikit tentang kekeliruan yang timbul daripada persoalan tersebut. Saya cuba memberikan pandangan saya secara umum, bahawa masalah yang sering kita hadapi di dalam masyarakat umat Islam di negara kita, malah mungkin juga di negara-negara yang lain, ialah kita sering berdebat dan mempertikaikan sesuatu isu. Atau kita tidak fahami asal usul perkara itu secara yang lebih mendalam, atau yang tidak kita fahami sesuatu isu itu berdasarkan ilmu pengetahuan yang cukup.

Soal sekularisme, atau masyarakat sekular, umpamanya sering diperdebatkan, malah terdapat orang Islam yang terus menjatuhkan hukuman bahawa orang Islam di negara kita adalah sekular, dan negara kita adalah negara sekular, tanpa mengetahui apakah sebenarnya definisi sekularisme dan negara sekular itu.
Al-Quran sebenarnya telah memberi amaran tentang pertelagahan atau perdebatan yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan ini, iaitu di dalam firman Allah yang berbunyi:

Ingatlah, kamu adalah golongan yang pernah berdebat tentang urusan yang kamu mempunyai pengetahuan padanya. Tetapi mengapakah kamu berbantahan tentang urusan yang tidak kamu mempunyai pengetahuan padanya? - (Ali Imran, ayat 66).

Maka nampaknya kita lebih cenderung untuk berdebat atau berhujah tentang urusan dan isu yang tidak kita fahami dengan sebaik-baiknya seperti isu sekular dan sekularisme itu, sehingga kita terus menjatuhkan hukuman yang agak mengelirukan orang ramai.

Pentafsiran tentang fahaman sekularisme itu sebenarnya boleh dibuat berdasarkan dua pandangan. Pentafsiran golongan rasionalis dan ateis (tidak percayakan Tuhan) sering meletakkan fahaman sekularisme itu bertentangan sama sekali dengan agama. Masyarakat dan negara sekular adalah masyarakat atau negara yang ilhad, tidak beragama, dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Negara yang menjalankan pemerintahan berdasarkan fahaman sekularisme dalam pentafsiran ini adalah negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan agama, malah dalam sesetengah negara yang agak ekstrem dalam mengamalkan dasar ini, pemerintahnya tidak akan membenarkan rakyatnya mengamalkan sebarang ajaran agama secara terbuka, kerana agama adalah menjadi tabu di dalam politik pemerintahan yang tersebut. Bekas pemerintahan Kesatuan Soviet merupakan model kuasa pemerintahan politik yang pada umumnya melaksanakan dasar ini.

Namun begitu dasar pemerintahan politik kebanyakan negara Eropah tidak menjadikan agama sebagai tabu, tetapi, bagaimanapun tetap menganggap bahawa agama itu tidaklah mempunyai sebarang kaitan dengan urusan pemerintahan dan politik negara. Urusan negara dan pemerintahan adalah ditadbirkan bebas sama sekali daripada sebarang pengaruh agama.

Di United Kingdom umpamanya, Anglican Christianity masih dianggap sebagai agama negara, dan Raja atau Ratu England pula adalah menjadi ketua gereja Anglican, tetapi agama itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan di dalam urusan negara. Segala dasar dan perundangan yang dilaksanakan adalah bebas daripada elemen agama tersebut, malah gereja tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk menentang sebarang keputusan yang dibuat oleh dewan rakyat dan senat negara tersebut.

Kedua-dua kategori dasar dan falsafah sekularisme ini adalah bertentangan dengan ajaran agama kita, dan rakyat atau negara kita tidak pernah mengambil dasar dan falsafah sekularisme di dalam kedua-dua kategori ini sebagai dasar hidup individu atau dasar pemerintahan negara kita.

Kita mempunyai dasar yang terbuka untuk semua orang mengisytiharkan kepercayaan agama masing-masing, malah mengamalkannya secara terbuka. Kemudahan untuk melaksanakan amalan agama tersedia di mana-mana sahaja tanpa dapat diganggu-gugat kerana undang-undang sendiri mempunyai kuasa untuk melindunginya.

Pendeknya negara kita tidak pernah mengambil falsafah kefahaman sekularisme ini sebagai dasar pemerintahannya iaitu dengan memisahkan agama dari urusan negara, atau lebih ekstrem lagi menjadi negara yang ateis, atau tidak mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Perlembagaan negara, Rukun Negara dan amalan negara kita jelas sekali menggambarkan gabungan agama di dalam dasar pemerintahan negara.

Kita mentafsirkan agama secara yang luas dan terbuka, iaitu yang merangkumi berbagai-bagai sifat, dari sifat toleransi dan hak sama rata untuk semua penganut agama, sehingga kepada pengiktirafan semua kepercayaan rakyatnya. Malah undang-undang negara kita melindungi amalan agama rakyatnya, walaupun rakyat minoriti, seperti undang-undang yang membenarkan pengikut agama Sikh untuk tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal kerana serban atau ikat rambut pada mereka adalah merupakan simbol agama. Maka hal ini harus dihormati dan dilindungi dengan kuat kuasa undang-undang.

Negara Perancis baru-baru ini telah menguatkuasakan undang-undang untuk menghapuskan sebarang simbol agama terhadap rakyatnya di tempat awam seperti di institusi pengajian mereka. Para pelajar sekolah tidak dibenarkan memakai tudung, atau salib, atau kopiah Yahudi dan sebagainya yang melambangkan anutan agama yang tertentu.

Perkara ini dikuatkuasakan kerana negara tersebut mempunyai perlembagaan berdasarkan fahaman sekularisme, dan perlembagaan dalam bentuk ini tidak memberi sebarang hak, apalagi melindungi sebarang simbol agama rakyatnya, kerana dasar sekularisme adalah bertentangan dengan agama, dan dasar itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama secara rasminya.

Negara kita tidak mengambil falsafah sekularisme itu sebagai dasar pemerintahannya. Dasar negara kita berlandaskan agama yang mempercayai kewujudan Tuhan, hari akhirat, kebebasan beragama dan sebagainya. Ciri-ciri sekularisme yang berbentuk keduniaan, seperti mempelajari ilmu dunia, mencari harta dan memiliki kebendaan dunia, kerjasama antara semua rakyat pelbagai etnik dan keturunan, dan perwatakan negara yang lain tidaklah sebenarnya menjejaskan kedudukan pemerintahan negara kita sebagai negara yang melindungi agama, yang mengakui kewujudan Tuhan dan mengamalkan nilai-nilai agama, kerana ciri-ciri ini adalah sejajar dengan ajaran agama kita sendiri seperti menuntut ilmu, mencari harta yang dibenarkan oleh agama dan sebagainya.

Kita sebenarnya bukanlah mengambil falsafah sekularisme yang bertentangan dengan agama itu untuk dijadikan dasar pemerintahan negara kita sehingga negara kita menjadi negara sekular.

Oleh itu kehadiran ciri-ciri kehidupan dunia di dalam masyarakat negara Islam tidaklah seharusnya dilabelkan sebagai satu simbol transformasi sesebuah negara itu menjadi negara sekular. Malah berlakunya maksiat dan dosa yang dilakukan oleh rakyat di dalam sesebuah negara itu tidaklah seharusnya dianggap bahawa masyarakat atau negara itu telah menjadi negara sekular, kerana sekularisme adalah satu falsafah atau dasar yang menjadi anutan negara yang menolak agama, atau yang memisahkan sama sekali urusan agama dengan urusan kehidupan dan pemerintahan negara, malah perlembagaannya tidak akan melindungi sebarang agama.

Rasulullah semasa menubuhkan kerajaan Madinah, telah menggubal piagam Madinah yang memberi tempat kepada pelbagai kaum, Islam dan bukan Islam, kewajipan berzakat untuk orang Islam dan cukai bagi orang bukan Islam, pertahanan negara yang menjadi tanggungjawab semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama dan urusan keduniaan lain yang mempunyai kaitan dengan kehidupan pada zaman itu.

Baginda sebagai ketua negara telah bertugas menggubal undang-undang, melaksanakannya dan menjadi hakim di dalam negara yang baginda asaskan itu. Inilah sebenarnya model negara Islam yang pertama di dalam sejarah, malah model sebuah negara yang mempunyai struktur pemerintahan yang bertamadun, dalam sejarah kemanusiaan sebelumnya.

Oleh itu sekiranya pada zaman baginda lagi perlembagaan telah memasukkan urusan keduniaan dari segi undang-undang, harta benda, pertahanan negara dan sebagainya, maka dalam zaman moden yang telah berkembang dengan pesat ini, tentulah hal itu menjadi lebih penting lagi. Dunia yang telah meningkat maju dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, aktiviti ekonomi dan kewangan yang semakin kompleks dan sebagainya tentulah menuntut semua negara untuk turut terlibat di dalam urusan keduniaan moden itu.

Malah perkembangan dunia dengan dasar langit terbuka, pembangunan ICT yang pesat, gerakan globalisasi yang begitu hebat tentulah menuntut semua negara dunia bergerak dengan pantas, dan melakukan perhubungan antarabangsa dengan semua dunia luar, Barat atau Timur, Islam atau negara bukan Islam.

Cuma dalam hal ini, sebagai negara yang berpegang kepada agama dan percayakan Tuhan, tentulah negara Islam seharusnya lebih berhati-hati, iaitu tanpa mengambil segala kemajuan ciptaan dunia luar, terutamanya dasar sekularisme Barat, secara menyeluruh. Kita seharusnya menapis segala kebanjiran budaya dan ideologi luar agar sesuai dengan budaya, tradisi dan nilai keagamaan yang menjadi teras pemerintahan kita. Gerakan globalisasi yang membawa banyak racun yang mampu membunuh nilai moral dan agama serta etika kita tentulah seharusnya ditolak.

Hal inilah yang seharusnya kita fahami dengan sebaik-baiknya sebelum kita menjatuhkan hukuman sama ada negara kita negara sekular atau tidak, dan rakyat kita menganuti fahaman yang menolak agama atau tidak. Kita tidak seharusnya menjatuhkan sebarang hukuman sebelum kita memahami kes yang sedang kita perdebatkan, sebaliknya kita haruslah memahami sesuatu isu itu dengan sebaik-baiknya sesuai dengan perintah Allah di atas yang mengingatkan kita supaya berdebat dan berhujah tentang sesuatu yang kita mempunyai ilmu pengetahuan terhadapnya.

Datuk Dr. ismail ibrahim ialah Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. Respons kepada tulisan beliau dalam ruangan ini boleh dikirimkan ke

e-mel: dr_ismail_ibrahim@yahoo.com

BN PERLU DI PERTAHANKAN?

Posted: 19 Sep 2012 05:52 AM PDT


Kenapa BN perlu dipertahankan?

''NEGARA baru Malaysia sama seperti anak yang baru dilahirkan, kita tidak boleh membiarkan anak kita yang baru dilahirkan ini lemah dan dihinggapi penyakit. Ia mesti dipelihara dan dididik sama seperti tiap-tiap seorang daripada kita mendidik dan memelihara keluarga kita sendiri.
''Anak kecil ini tidak ternilai harganya. Ia muncul sebagai satu benda yang kita sama-sama pusakai dan sama-sama kita bergantung harapan. ''Kesejahteraannya bergantung kepada cara bagaimana ia dididik dan dipelihara supaya sentiasa sihat dan bertambah kuat dari masa ia masih kecil sehingga kepada masa meningkat umur dewasa. Oleh itu masa hadapannya bergantung kepada panduan daripada jagaan yang diberi oleh rakyat negeri ini sendiri.''
Ucapan ini disampaikan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Perhimpunan Agung UMNO pada 6 september 1964, iaitu kira-kira setahun selepas Malaysia ditubuhkan.
Kini tanah air bersama Malaysia yang suatu ketika wujud di bumi Allah ini bernama Tanah Melayu, semakin berkembang maju dan pada Ahad lalu (16 September) kita menyambut ulang tahun ke-49 penubuhannya.
Dalam usia sedemikian Malaysia yang dipimpin oleh Perikatan dan kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional (BN) mencapai pelbagai kemajuan.
Sememangnya kejayaan yang dicapai oleh Malaysia bukan diperolehi dalam satu malam, kita menempuh pelbagai kesukaran, dugaan dan cubaan. Ia memandangkan bukan mudah untuk menguruskan sebuah negara yang mempunyai latar belakang kaum dan agama berbeza.
Tetapi BN yang bermula dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman hinggalah sekarang di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjaya memimpin Malaysia mencapai cita-citanya untuk menjadi sebuah negara contoh kepada negara-negara lain.
Kejayaan Malaysia itu sekali gus memenuhi impian Tunku Abdul Rahman yang pada 25 Ogos 1963 menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh dibuat contoh teladan kepada seluruh dunia.
Namun begitu apa yang menjadi persoalan kepada kita, ialah apakah yang kita kecapi sekarang akan dapat dipertahankan? Apakah sanjungan dunia kepada kestabilan perpaduan rakyat negara ini akan berkekalan?.
Kita tidak harus lupakan bagaimana kelompok yang rakus mahukan kuasa politik melaungkan reformasi pada sekitar tahun 1999, mereka merasakan sudah tiba masanya BN digantikan.
Malahan sekarang, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), laungan perubahan pula dijeritkan.
Persoalannya, apakah Malaysia sudah berada keadaan begitu buruk sehingga pemerintahan kerajaan di bawah BN mahu ditukarkan sewenang-wenangnya.
''BN baru memerintah 55 tahun, kalau kita lihat kepada sejarah dunia, terdapat negara-negara yang beratus-ratus tahun hendak mencapai negara maju dan berjaya. Oleh itu kita tidak harus mudah terpengaruh dengan laungan pembangkang yang mahukan perubahan demi kepentingan politik mereka,'' kata Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Star, Datuk Yusof Ismail.
Sebagai seorang yang menjadi ahli perniagaan berjaya melalui USIMA Sdn. Bhd., Mohd. Yusof tidak mahu apa yang dikecapi oleh rakyat Malaysia sekarang tergugat hanya semata-mata termakan dengan janji dan hasutan pembangkang.
''Cuba fikirkan sejak merdeka dahulu, BN melalui gabungan tiga parti iaitu UMNO, MCA dan MIC telah berjaya membangunkan negara ini, ia semakin rancak apabila parti-parti di Sabah dan Sarawak bergabung dalam BN.
''Pelbagai dasar kita rancang dan laksanakan sehingga semua kaum mendapat manfaat, tiada siapa dipinggirkan, sebab itu kita harus pertahan BN bukannya 100 tahun lagi tetapi 500 tahun lagi kerana parti itu sahaja mampu membela nasib rakyat negara ini,'' katanya dalam pertemuan dengan penulis di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Atas sebab itulah dalam berhadapan pilihan raya umum akan datang, rakyat harus bersama-sama bertanggungjawab bagi mempertahankan apa yang kita kecapi sekarang.
Pakatan pembangkang memang mahukan kuasa politik sebab itulah biar pun berbeza ideologi politik mereka sedia bergabung dalam satu kerjasama. Namun kerjasama mereka hanya berteras hasrat untuk menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya tetapi soalnya mampukah mereka mentadbir seperti mana dilakukan oleh BN selama ini?
Mereka tidak ada perancangan, apa yang mereka lakukan sekadar menjadi 'saudagar mimpi dan pemborong janji'. Mereka hanya tahu menyalahkan BN seolah-olah mereka pilihan terbaik untuk memimpin negara.
Kita tidak menafikan dalam pentadbirannya, BN juga ada kelemahan tetapi ia tidak sampai kepada menghumban rakyat dan negara ini dalam lembah kesengsaraan dan kekacauan.
Segala permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN sebab itulah dari semasa ke semasa biar pun bertukar kepimpinan tradisi membela rakyat yang dipelopori oleh parti itu tidak pernah ditinggalkan.
BN sentiasa prihatin dengan nasib rakyat sebab itulah jika ada sebarang kekurangan atau kelemahan, kepimpinan parti itu akan memerah otak untuk mengatasinya.
Justeru, janganlah kita mudah menggadaikan masa depan negara hanya kerana taksub dan ghairah kepada slogan perubahan dan reformasi serta janji kononnya pembangkang boleh memerintah lebih baik daripada BN.
Percayalah, untuk membentuk, membangun dan menstabilkan sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia bukan mudah.
''Kita sekarang menjadi contoh kerana tidak ada satu pun negara di dunia seperti Malaysia yang mana pemimpin utamanya orang Islam dan dibantu oleh bukan Islam membangunkan negara ini sampai ke tahap sekarang.
''Tetapi pembangkang mahu merosakkan semua ini semata-mata kerana kemaruk kuasa,'' kata Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd. Noor dalam ceramahnya di Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebab itulah dalam keadaan negara berhadapan dengan mainan politik pembangkang sehingga mereka hampir berjaya menumbangkan BN dalam pilihan raya umum lalu, rakyat perlu menarik nafas lega apabila, Perdana Menteri muncul dengan gagasan 1Malaysia dengan slogan 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.'
Gagasan ini bukan slogan politik tetapi bagi meniupkan semangat kepada rakyat untuk bertaut di bawah satu payung dengan mengutamakan kesejahteraan masa depan negara.
Rakyat perlu diperingatkan selama 55 tahun merdeka, mereka hidup dalam aman damai kerana berpegang teguh kepada semangat toleransi dan muhibah serta kebijaksanaan BN memerintah.
Justeru kenapa perlu semua itu mahu dikorbankan hanya kerana ingin memenuhi tuntutan politik sesetengah puak yang kemaruk kuasa? Fikirkanlah!

TOKOH PUJAAN PAS MELAKA....TUUU DIAAA...

Posted: 18 Sep 2012 06:16 PM PDT


Lawak Pagi: Kisah Tamrin, Micasa, dll



Tamrin kononnya memberi tenaga baru kepada PAS yang dah berat hingga tak terserang UMNO. Begitu juga Kadiaq di PKR, dan lain-lain pemimpin dustbin has been yang sebenarnya kecewa dan tak dapat apa dikehendaki lalu belot.

Keluarlah cerita merepek macam Tun Mahathir suruh anwar lawan Ghaffar tapi sebenarnya anwar tak mahu. Iyakah begitu jika anwar sendiri ke sana ke mari kempen ketika itu dan orangnya ke sana kemari berusaha dapatkan pencalununan.

Entah apa lah yang diingati oleh Tamrin ini.



Masih lagikah Tamrin ingat hotel kecil bernama Micasa yang tidak jauh dari rumah Tengku Razaleigh di Jalan Langgak Golf dan rumah juga rumah dulu Tan Sri Ibrahim Menudin?

Pasti dia tidak lupa tempat yang sering dikunjunginya ketika aktif dalam politik semasa bapanya masih hidup lagi. Disitulah Tamrin sering membawa artis-artis untuk berjumpa.

Tamrin pasti tidak boleh ingat artis-artis kerana dia memang banyak main artis dan simpan perempuan sana sini hingga susah untuk diingat



Punya selalu bilek pun tak ingat. Kononnya taktik Tamrin adalah tukar2 bilek supaya tak boleh dikesan kalau bilek yang sama. Lihat apa jadi pada Chua Soi lek yang guna bilek yang sama saja. Anwar yang guna aprtment yang sama.


Kami harap jangan ada pihak nak buat kes terhadap Tamrin kerana banyak kesan atas banyak tilam dah diguna Tamrin hingga bakal penuh bilek mahkamah kalau nak bawak bahan bukti atas tuduhan zina terhadap Tamrin.

Itu kesilapan anwar yang bercengkerama di atas tilam sama dengan Smasidar hingga penuh dengan DNA mereka berdua. Kes itu tak berterusan lagi.



Pandai Tamrin walaupun gagal dalam pelajaran ketika di hantar ayahnya belajar di Australia. Macam mana nak berjaya, pasal Tamrin ni kaki nakal.

Kisahnya Tamrin diajak masuk PAS oleh Husam dan mereka berdua memang sama-sama kaki masaage. Husam kalau ambil perempaun sekali dua perempuan massage. Macam boss dia Anwar dalam Siam Doll. Dengar2 selalu ke Hotel of Golden Horses 


Dikatakan Husam pernah nak kasi tanah balak kepada Tamrin



Walaupun Tamrin masuk PAS, dia tidak boleh berwali selipar pada Nik Aziz atau sesiap sekali pun tapi hanya kepada Abuya. Kuang kuang kuang ....

PAS KENA "LAST WARNING" DENGAN KARPAL.

Posted: 18 Sep 2012 06:01 PM PDT



Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya tidak melaksanakan hudud kerana itu bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan amaran terakhir supaya mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.

"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.

Sementara itu sikap berdiam diri pemimpin DAP yang lain selain Karpal berhubung pelaksanaan hukum hudud oleh Pas dipercayai kerana parti pimpinan Lim Kit Siang itu mahu mengambil jalan paling 'selamat' kerana bimbang kehilangan undi orang Melayu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sg. Pelek, R. Vellasamy mendakwa parti itu sudah pun merancang akan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum iaitu setelah mendapat undi orang Melayu.

Menurutnya, 'Dinasti Lim' yang diterajui oleh Kit Siang selaku Penasihat DAP dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung, gusar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan menentang hudud kerana takut kalah pada pilihan raya akan datang.

"Mereka anak beranak cuma ada satu agenda iaitu menang besar pada pilihan raya akan datang tanpa sokongan orang Melayu serta kehilangan beberapa kawasan dengan mudah. Selepas menang nanti, dengan senang hati, mereka akan menggunakan alasan hudud untuk keluar daripada pakatan pembangkang.

"Sehingga itu, mungkin juga Pengerusinya, Karpal Singh akan menjadi 'mangsa' sebagai alternatif untuk terus menentang hudud," katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mencabar parti itu untuk keluar daripada pakatan pembangkang seandainya menolak pelaksanaan hukuman hudud oleh Pas.

Vellasamy mendakwa, Karpal akan terus dipergunakan dan dibiarkan berjuang keseorangan sehingga dibenci oleh masyarakat Melayu kerana menentang hudud walaupun majoriti DAP tidak bersetuju dengan hukuman tersebut.

"Walaupun pimpinan tertinggi DAP menyatakan sokongan tidak terhingga kepada Karpal, mereka hanya cakap-cakap kosong sahaja kerana semua takut kepada 'Dinasti Lim.'

"Pemimpin lain dalam DAP mendiamkan diri daripada terus menentang secara terbuka kerana takut akan kehilangan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Adakah golongan ini layak dipanggil pemimpin untuk memimpin negara?

"Karpal disukai oleh segelintir rakyat serta beberapa pemimpin lain kerana lebih telus dan lantang. Adalah sesuatu yang tidak menghairankan sekiranya Pengerusi ini turut disingkir satu hari nanti kerana kelantangan beliau menyusahkan dinasti itu, " jelasnya.

Beliau menambah, setiap kali dipersoalkan, Kit Siang dengan bijak akan memainkan isu lain bagi terus mengelirukan rakyat.

"Sehingga kini Kit Siang dan Guan Eng hanya mendiamkan diri walaupun didesak berkali-kali untuk mengeluarkan kenyataan. Kita tahu tentang agenda mereka semata-mata untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti," ujarnya.

KEMPEN 2 J - (JANJI DAN JAMIN) PR DI SABAH DAN SARAWAK.

Posted: 18 Sep 2012 05:58 PM PDT


Janji sedap PR untuk Sabah Sarawak tapi tiada isi




Merujuk deklari Kuching yang dilaporkan Sabahkini sini, berikut adalah ikrar mereka dan ini pula jawapan:

Kerjasama bersekutu;
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

Ini hanya manifesto yang kemudian hari

Perwakilan yang adil
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.


Macam mana nak kongsi kuasa jika dalam PKR pun hanya anak beranak saja yang memegang jawatan. Begitu juga dalam DAP.

Apa benda nak kongsi kuasa jika  PKR dan PAS tiada tempat dalam Sabah dan Sarawak?

Kewarganegaraan
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.


Isu PATI isu jelas. Isu kewarganegaraan untuk orang stateless yang perlu dijawab dengan jelas. Isu ini ada di sana sini. Adakah orang Sabah dan Sarawak biarkan rakyat pribumi dan orang berasal Phillipine mahu dijadikan macam orang Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan?

Mereka dah duduk bergenrasi dan anak cucu mereka lahir di Malaysia, kenapa kita tak kasi kewarganegaraan?JIka kewarganegaraan mereka dinafikan, kenapa pula Pakatan rakyat mengembarkan isu kaum India yang sedang diusahakan tapi masih belum dpaat kewarganegaraan?

Masa merdeka ratusan ribu kaum Cina tidak ada dokumen dan tidak layak jadi warganegara dan akhirnya dapat kewarganegaraan tapi sedihnya da mereka yang pulang ke kampung mereka di China dan jual passport. Apa DAP nak ajwab? 

Pengiktirafan hak ke atas Tanah Adat
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.


Cakap retorik saja. Ini sedang dan sentaisa diselesaiakan. Kebanyakkannya adalah claim yang tidak ada asas. Namun begitu dah banyak kerajaan negeri mengalah.

Percayalah bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dalah hitam putih dna tidak ada tolak ansur. Mereka lebih mekanikal dalam implementasi polisi.

Kecekapan dan kemandirian Sarawak dan Sabah
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.


Cakap tak serupa bikin. Kalau boleh itu yang mahu dilakukan untuk Sabah dan Sarawak. Buat apa kerajaan Pusat perlu hantar ramai2 orang Semenanjung jadi polis, askar, jururawatn guru, pensyarah dan lain2. Masalaalhnya rakyat Sabah dan Sarawak tidak cukup kelyakkan minima untuk mengisi jawatan2 asas ini, inikan pula jawatan tinggi.

Harap utamakan pendidikan dan kemajuan sumber insan Sabah dan Sarawak dari tak habis2 berpoliik dan main politik katak yang tak mendatangkan hasil langsung.

Sebenarnya urusan kewangan persekutuan dah diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri dan apa lagi mereka mahu tawarkan dalam hal kemandirian?

Keadilan dalam isu minyak
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.


Cuba mereka ini jelas dalam hal ini..

Ada negeri tidak layak royalti seperti Kelantan mahu diberi royalti 5%. Subsidi minyak nak dinaikkan supaya minyak bertambah murah. Kereta mahu dimurahkan supaya lebih ramai nak pakai pereta.

Sabah dan Sarawak mahu dinaikkan royaklti sedang kerajaan pusat dah naikkan peruntukan ngeri. Habis apa nak jadi kerajaan persekutuan? 


Kalau naikkan royalti, duit dari mana Petronas nak guna untuk labur dalam oil field??

Sabah dan Sarwak naikkan royalti, hibis tu negeri lain mesti nak naikkan juga. 

Tawaran yang menukmbulkan masaalah lain dan taida solution pula pada menyelesaikan masalaah seluruhnya. Janji dapat undi.

Pembangunan sekata
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.


Cakap senang. Baiklah Semenanjung ada hinghway banyak2, Sabah dna Sarawak pun mesti ada hinghway banyak2.

Fikirkah pasal density rakyat yang tidka tinggi untuk highway jadi viable. Kalau adakah highway berdasarkan privaisatin dna tol, mampukah rakyat bayar?

Kos highway di Sarawak sangat mahal dan susah untuk dibangunkan. Tanah Sarawak tanah paya. Hari ini bina besuk hilang kerana dah tenggelam dalam tanah.

Janji memang sedap.

Pakatan boleh janji dan cakap dengan sedap dan merdu tapi apa spesik dalam rancangan mereka. Apa program untuk jadikan? 


Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.   

Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching.   Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.

Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:

1.      Kerjasama Bersekutu

2.      Perwakilan Yang Adil

3.      Kewarganegaraan

4.      Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat

5.      Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah

6.      Keadilan Dalam Isu Minyak

7.      Pembangunan Sekata

Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana 'meminggirkan' kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.  

Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji.   PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?

Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut.  

16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin.  

Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka.  Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain.  

Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama 'undang-undang' dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat.  Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN.  

Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih.  Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya. 

Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin.  Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?

Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius.  Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.   

Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain. 

Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata.  

Contohnya, 'menolak dan menentang hudud adalah tidak sama'.  Atau 'bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama'.  Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah 'manifesto PR bukan janji'.  

Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa 'Deklarasi Kuching bukan janji' sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti.   Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.  

Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa 'Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai'

Deklarasi Kuching PR:  Sebuah Janji ala Manifesto yang Bukan Janji?

Tiada ulasan:

Pengikut