Isnin, 6 Ogos 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

Posted: 06 Aug 2012 03:48 AM PDT



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kerana sekali lagi saya dapat menganjurkan majlis berbuka puasa di Pejabat Parlimen Kuala Nerus beberapa hari yang lalu.

Saya sesungguhnya sangat gembira, teruja dan terharu dengan kehadiran para tetamu dan rakyat di Parlimen Kuala Nerus sekalian yang bagi saya, ia adalah satu simbol kasih sayang dan persahabatan antara kita.

Saya faham bahawa dalam kita sudah ke arah jumlah hari berpuasa yang "menurun", maka banyaklah yang menganjurkan majlis berbuka puasa. Namun saya bersyukur, majlis yang saya anjurkan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Bagi saya, kerjasama dan sokongan sedemikian wajar diteruskan pada masa akan datang. Saya rasa, jalinan kerjasama tersebut telah memberi impak yang baik kepada kita semua sebagai umat Islam.

Apa pun, kita sebenarnya jauh lebih bertuah jika dibandingkan dengan rakyat di kebanyakan negara di dunia. Bukan sahaja kita dapat mengecapi nikmat keamanan, malah rezeki yang Allah berikan kepada kita juga melimpah ruah.

Dengan keadaan sedemikian, kita telah dapat menjalani ibadah puasa dengan selesa dan sejahtera.

Oleh kerana itu, wajarlah andainya kita dapat menginsafi apa yang kita miliki ini dengan penuh rasa syukur. Fikirkanlah bahawa apa yang sedang kita kecapi ini tidak semuanya mampu dikecapi oleh orang lain.

Marilah kita belajar menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menyediakan keamanan serta kemakmuran ini.

Terima kasih kepada semua, selamat berpuasa.

Tiada ulasan:

Pengikut