Pengikut

Nuffnang

Rabu, 15 Ogos 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PAS terus membohongi akar umbi?

Posted: 14 Aug 2012 05:19 PM PDT


Pas harus jujur pada pendukung

BEBERAPA minggu kebelakangan ini polemik mengenai hudud dan negara Islam kembali hangat diperkatakan. Isu ini bermula apabila Ketua Pemuda Pas ,Nasrudin Hassan Tantawi dalam perdebatannya pada 19 Julai lalu dengan Ulama Muda UMNO Fathul Bari Mat Jahaya, mendakwa bahawa Karpal Singh dan DAP sejak bersama Pas sudah berubah sikapnya dan semakin lunak kepada idea perjuangan Pas mengenai hudud dan negara Islam.

Namun kenyataan Nasrudin bagaikan menyergah harimau sedang tidur apabila dengan pantas disanggah Karpal yang juga Pengerusi DAP, menekankan bahawa pendiriannya dan DAP tetap tegas menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hudud. Beliau juga turut menegaskan bahawa agenda negara Islam tidak pernah dibincangkan mahupun termaktub dalam terma-terma persepakatan Pakatan Rakyat yang hari ini mempopularkan istilah Negara Berkebajikan.

Hakikatnya umum maklum bahawa DAP sebagai parti sekular amat konsisten sejak dari dulu sehingga kini tidak pernah berkompromi dengan ideologi perjuangan Islam. Malah ketika Pas bersama UMNO dan parti-parti komponen lain dalam Perikatan pada 1973, DAP kekal sendirian memperjuangkan ideologinya yang kekal sehingga ke hari ini.

Persoalannya apakah asas sebenar Pas bersama dengan sebuah parti yang bukan sahaja tegar menentang perjuangan dan prinsip-prinsip kenegaraan Islam bahkan konsisten sejak dulu tidak berkompromi dengan sebarang agenda hudud dan negara Islam sebagaimana yang menjadi teras.

Kalau kita menelusuri hujah-hujah pemimpin Pas termasuk jawapan Nasrudin Tantawi dalam sesi perdebatannya dengan Fathul Bari, ternyata Pas sering menggunakan alasan 'tahaluf siyasi' sebagai asas kerjasama mereka dengan DAP. Tahaluf siyasi bolehlah difahami dengan maksud kerjasama politik antara orang Islam dengan orang kafir.

Prinsip tahaluf siyasi ini banyak diperdebatkan ulama-ulama silam dalam disiplin ilmu Islam khususnya siyasah syar'iyyah atau ilmu politik Islam. Ia juga termasuk dalam aspek ijtihadi atau perkara-perkara yang diperselisihkan di kalangan ulama. Hukum asal persepakatan dengan bukan Islam ini dalam perbincangan siyasah syariyyah adalah 'al-bara' iaitu berlepas diri daripada perbuatan golongan bukan Islam yang mensyirikkan Allah dan sebarang pencabulan terhadap hak-hak Allah. Malah sesetengah ulama mengharamkannya berasaskan beberapa dalil syarak sebagaimana diungkapkan dalam al-Quran:

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). (Ali-'Imran: 28)

Penceramah
Sebenarnya ayat ini jugalah yang seringkali dikumandangkan oleh para penceramah Pas satu ketika dalam menghujahkan bahawa UMNO telah jatuh kepada kekufuran lantaran bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk Perikatan dan Barisan Nasional. Namun sejak akhir-akhir ini ayat seperti ini tidak lagi kedengaran dibacakan lantaran mereka sendiri kini membentuk pakatan dengan bukan Islam demi menjatuhkan Barisan Nasional dalam pilihan raya.

Sebab itulah kita harus berhati-hati dalam menghukum sesuatu perkara. Setiap ayat al-Quran yang dibaca tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsir dan dijadikan hujah bagi memenuhi selera politik masing-masing. Harus difahami konteks ayat yang dibacakan terutamanya yang melibatkan hukum-hakam. Apatah lagi melibatkan aspek ijtihadi yang berkaitan siasah yang banyak terkait dengan pelbagai prinsip-prinsip fikah seperti mengambil kira kemaslahatan rakyat, kemudaratan, keadilan dan lain-lain.

Berbalik kepada isu kerjasama politik atau kaedah tahaluf siyasi, ulama fikah hakikatnya mempunya pandangan yang berbeza-beza mengenai hukumnya. Ada yang secara tuntas mengharamkannya dan ada pula yang mengharuskannya dengan syarat-syarat yang amat ketat.

Antara yang mengharuskan termasuklah pandangan ulama-ulama daripada Mazhab Hanafi seperti yang mengatakan bahawa tahaluf adalah termasuk dalam urusan pemerintah yang perlu mematuhi beberapa syarat ketat antaranya hukum Islam yang mendominasi, bekerjasama dengan orang kafir yang boleh dipercayai, tidak boleh menjadikan mereka berada di barisan hadapan dan hendaklah dalam persepakatan tersebut umat Islam yang menjadi majoriti.

Jika ditelusuri syarat-syarat yang digariskan dalam prinsip tahaluf siyasi sebagaimana ditetapkan oleh ulama yang mengharuskannya, ternyata kerjasama Pas dan DAP masih boleh dipertikaikan keabsahannya. Manakan tidak, jika syarat dominasi dijadikan kayu ukur, berasaskan komposisi kerusi yang dimenangi Pas dalam Pakatan Rakyat, Pas hanya mempunyai 22 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen ketika ini.
DAP adalah parti dominan kerana memiliki 29 kerusi Parlimen dan PKR kedua dengan memenangi 23 kerusi Parlimen. Justeru Pas sebagai parti yang membawa aspirasi Islam bukanlah merupakan parti majoriti. Sebaliknya DAP selaku parti sekular yang jelas dan konsisten menentang hudud dan konsep Negara Islam dari dulu sehingga ke hari ini merupakan parti majoriti yang mempunyai suara dominan dalam kerjasama politik atau tahaluf siyasi Pakatan Rakyat.

Ini berbeza sama sekali dengan UMNO sebagai parti Melayu Islam yang masih menjadi teras persepakatan parti-parti dalam Barisan Nasional. Dalam Pilihan raya Umum ke-12 lalu, UMNO memenangi 78 kerusi dan merupakan parti dominan dan majoriti dalam Barisan Nasional yang memiliki 137 kerusi Parlimen. Parti MCA yang mewakili kaum Cina hanya mempunyai 15 kerusi, manakala MIC yang mewakili India empat kerusi. Lain-lain parti komponen berkongsi

Mungkin berpijak atas hakikat inilah DAP seolah-olah dilihat berjaya melunakkan Pas untuk tidak lagi menyebut mengenai hudud bahkan turut berjaya merubah agenda perjuangan Pas daripada memperjuangkan slogan negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Malah Presiden Pas, Hadi sendiri terpaksa menerangkan bahawa Negara Islam tidak pernah disebut dalam al-Quran. Bahkan ketika beliau diberi peluang oleh Allah untuk menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, pernah menyatakan pada 6 Mac 200 bahawa keutamaan melaksanakan hudud hanyalah 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.

Prinsip

Pastinya kenyataan dan sikap Pas yang tampak sudah berubah dan longgar dalam mempertahankan prinsip perjuangannya selama ini membingungkan ramai pihak. Apakah dakwaan pemimpin Pas yang berkali-kali mengatakan kehadiran mereka dalam Pakatan Rakyat berjaya mendakwah pemimpin-pemimpin bukan Islam seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain benar-benar suatu realiti atau omongan kedai kopi?

Ataupun yang kena dakwah sebenarnya adalah Pas sendiri yang kelihatan sudah meleburkan segala idealisme perjuangan mereka yang dilihat begitu keras suatu ketika sehinggakan ramai di kalangan pengikut yang menjadi mangsa ketaksuban hingga sanggup menggadaikan nyawa dan harta demi perjuangan.

Bukan itu sahaja kekerasan memperjuangkan hudud dan konsep negara Islam acuan Pas jugalah yang seringkali menjerumus umat ke dalam kancah kafir-mengkafir yang merungkai pertalian ukhuwah dan meleburkan perpaduan umat Malaysia berpuluh tahun lamanya. Masih terngiang-ngiang di telinga penulis mengingatkan ucapan-ucapan para pencacai Pas membacakan beberapa potongan ayat terpilih al-Quran yang menjadi silibus doktrin politik para ahli dengan menghukum UMNO sebagai kafir atas dakwaan menolak hudud seperti:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" (Al-Maidah:44).

UMNO hakikatnya tidak pernah menolak Islam ataupun mana-mana hukum yang ditetapkan syarak sebagaimana tuduhan Pas. Namun dalam konteks pelaksanaanya terutama berhadapan dengan realiti masa kini harus melalui proses beransur-ansur atau istilah syaraknya 'tadarruj' yang mengambil kira pelbagai pertimbangan strategik dari segi keperluan, kemampuan dan kesediaan. Ini termasuklah mempersiapkan masyarakat untuk bersedia menerima perubahan sama ada dari segi mental atau psikologinya.

Cuma apa yang penulis kesali, masih ada pendukung-pendukung Pas di akar umbi yang masih dikaburi dengan slogan-slogan perjuangan Pas dulu kala sehinggakan masih bersikap keras terhadap UMNO dengan berpegang kepada hujahan yang sama. Malah, Pas kadangkala dilihat tidak berlaku jujur terhadap pendukungnya dengan memberikan pelbagai harapan palsu untuk terus bersekongkol dengan parti yang jelas menentang Islam.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian