Selasa, 14 Ogos 2012

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


WAKIL RAKYAT 2 PENGGAL ATAU BERPENGGAL-PENGGAL..

Posted: 14 Aug 2012 09:59 AM PDT

Wakil rakyat Umno, wakil rakyat lama

Muda Mohd. Noor
 | May 16, 2012 -
FMT. 

Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.
Desasdesus PRU 13
PETALING JAYA: Menjelang pilihanraya umum 13, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin ramai senarai menteri serta ahli parlimen yang sudah empat penggal atau hampir 20 tahun memegang jawatan.
Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.
Mendahului senarai tersebut tidak lain tidak bukan ialah Najib sendiri yang menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 32 tahun pada 1982 hingga 1986. Beliau sudah tujuh penggal menajdi wakil rakyat Umno.
Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lapan penggal sejak  ahli Parlimen Pagoh pada 1978.
Tetapi wakil rakyat Umno paling lama yang masih berkhidmat ialah Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 1969 lagi.
Pemimpin kedua paling lama Umno ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mula menjadi ahli Parlimen Samarahan pada 1970.
Beberapa menteri sekarang  juga boleh dianggap cukup lama terutama Datuk Seri Rais Yatim yang menjadi menjadi kabinet semasa Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri.
Selain beliau, termasuk dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (Menteri Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian),  dan Datuk Seri Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Tidak terkecuali dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
`Kereta Mercedes'
Manakala bekas menteri yang masing menjadi ahli parlimen Umno ialah Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Seri Shahrir Samad (Johor Baru).
Ini tidak termasuk senarai Adun di seluruh negara yang lebih 20 tahun memegang jawatan itu.
Mengulas perkara tersebut, tokoh politik veteran politik Umno, Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, Umno memerlukan 60 hingga 70 muka baru yang berumur bawah 50 tahun bertanding dalam PRU 13.
"Tidak boleh meletakkan orang muda seratus peratus, biar 30 peratus orang lama. Ini gandingan terbaik Umno," katanya yang menjadi wakil rakyat Umno selama tujuh penggal atau 30 tahun.
Mengenai perlukah Umno terus mencalonkan pemimpin veteran, Tengku Mahmud yang pernah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata,  pertimbangan perlu dibuat mengikut pertimbangan semasa.
"Jika rakyat masih memerlukan mereka, beliau perlu bertanding. Dalam politik usia tidak menjadi ukuran sebaliknya prestasi dan kemampuan.
"Orang lama itu seperti kereta Mercedes. Walaupun sudah antik tetapi tetap disukai orang," katanya.

Depa Kata Taib Mahmud Dah Lama Jadi Pemimpin Dan CM


Lamanya Taib Mahmud jadi Ketua Menteri Sarawak, betullah lama sangat tetapi kalau banding dengan Nik Aziz ..... sape lebih lama jadi wakil rakyat .... Isu yang dimainkan pembangkang di Sarawak tak habis-habis melainkan usia Taib Mahmud jadi wakil rakyat dan Ketua Menteri Sarawak tanpa melihat sendiri pada wajah dan diri mereka.....
Apa mereka tak sedar, merekalah yang merupakan parti paling ramai pemimpin sudah melepasi tarikh lupus tetapi masih tidak ada tanda-tanda mahu meletakkan jawatan.
Masih mahu berpaut dengan gelaran YB sampai mati walaupun sumbangan kepada rakyat kian merosot.
Lihat sahaja umur Kit Siang. Kit Siang berpindah randah demi mencari tempat selamat untuk terus kekal bergelar YB, bermula seawal 1969 di Kota Tinggi, kini Kit Siang sudah 42 tahun jadi wakil rakyat!
Begitu juga Karpal Singh, peguam berkerusi roda yang terlalu sibuk dengan firma guamannya tetapi masih tidak mahu melepaskan jawatan YB. Karpal dah berusia 71 tahun. Dia jadi wakil rakyat seawal 1974 di kerusi Alor Setar! Dah 37 tahun dalam politik.
Sebagaimana yang aku katakan awal-awal lagi, bagaimana dengan Nik Aziz. Nak bergayut sampai mati dengan gelaran YB dan jawatan MB Kelantan, itulah Nik Aziz Nik Mat.
Melepasi 80 tahun usianya, selalu sakit dan masuk keluar hospital. Dipilih sebagai YB Pengkalan Chepa pada 1967. Maknanya dah 44 tahun jadi YB. Lamanya sangat tuuu! Bagilah ruang dan peluang pada muka baru.
Hadi Awang pula berusia 64 tahun. Dipilih sebagai YB di Marang pada 1982. Dah hampir 30 tahun.
Akhirnya Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai YB Permatang Pauh pada 1981, sudah 30 tahun dalam politik. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, air ludah jatuh ke muka sendiri.

BACA DULU BARU KOMEN...

Posted: 14 Aug 2012 09:35 AM PDT


Seksyen 114A Akta Keterangan

STOP 114A Arena Kereta menyokong kempen membantah Seksyen 114A Akta Keterangan
Hari ini 14hb. Ogos 2012 merupakan hari kempen membantah Sekyen 114A Akta Keterangan. Saya selaku pentadbir blog Arena Kereta menyatakan sokongan penuh terhadap kempen tersebut dan mendesak pihak kerajaan menarik balik sekyen berkaitan dan tidak mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang secara tidak adil kepada rakyat Malaysia selaku pengguna internet.
Jika anda kurang arif mengenai seksyen tersebut, anda boleh membaca petikan di bawah yang menerangkan secara jelas berkenaan apa itu Sekyen 114A dan implikasinya terhadap seluruh pengguna internet di Malaysia;
JOM! BANTAH SEKSYEN 114A!
Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950? Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.
Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114A yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi. Seksyen 114A Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!
p/s : Bayangkan jika anda salah seorang pembaca blog Arena Kereta menulis sesuatu komen di dalam blog ini yang bercanggah dengan aspirasi pihak kerajaan dan dituduh menghasut, maka saya selaku pentadbir blog Arena Kereta akan dipersalahkan dan boleh didakwa di mahkamah menggunakan Seksyen 114A Akta Keterangan.
Saya tidak nampak apa motif sebenar penggunaan Seksyen 114A ini, melainkan ianya salah satu cubaan untuk menutup mulut setiap pengguna internet agar menjadi 'bisu'. Untuk maklumat lebih lengkap, sila layari blog khusus untuk kempen tersebut di sini : Stop114A

Najib arah Kabinet bincang Seksyen 114A


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.

"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


PAS LEBIH DIHORMATI BILA KELUAR PR!!!!!!

Posted: 14 Aug 2012 09:17 AM PDT


Nasharuddin Mat Isa : Pas Wajar Keluar Dari Pakatan Rakyat


Kenyataan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Buletin Utama TV3 malam tadi telah menimbulkan kegelisahan dan gelabahnya pimpinan PAS baik di peringkat pusat mahupun negeri.YB Ustaz Nasharuddin menggesa agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menolak agenda PAS untuk melaksanakan hudud.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan merupakan antara yang terawal memberi respon akan kenyataan terbabit dan mengecam tindakan Ahli Parlimen PAS Bachok berkenaan.Mereka turut juga menggesa agar Ustaz Nasharuddin melepaskan jawatannya sebagai Ahli PAS dan Ahli Parlimen Bachok sekiranya sudah tidak sehaluan dengan perjuangan  parti PAS.

KP ucapkan syabas atas keberanian Ustaz Nasharuddin walaupun tahu akan risiko yang bakal dihadapi beliau daripada pimpinan PAS berikutan kenyataannya itu.Beliau lah antara yang KP boleh kata pemimpin PAS yang sudah sedar dan insaf dan ingin melihat PAS kembali kepada landasan perjuangan sebenar.Gesaan Ustaz Nasharuddin ini mungkin merupakan respon terhadap saranan Presiden JATI,Dato' Dr. Hassan Ali yang menggesa PAS agar segera memikirkan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Hari ini juga kita boleh lihat bagaimana YB Nasharuddin duduk mengiringi Dato' Seri Najib bersama-sama Ulama-ulama Arab Saudi dalam satu perjumpaan khas di Mekah.Puak-puak PAS memang sangat marah jika melihat pemimpin mereka duduk sekali dengan pemimpin UMNO.Tapi ,bagi Ustaz Nasharuddin,perbezaan dalam politik tidak pernah membezakan untuk duduk sekali dalam satu majlis ,lagi-lagi pertemuan dengan para ulama'

Nampaknya,sudah tiba masanya ulama-ulama di dalam PAS yang melihat PAS sudah terpesong dari landasan Islam untuk bangun dan memperbetulkan PAS secara terang-terangan dari terus berdiam diri demi menjaga jawatan dan pangkat di dalam parti mahupun kerajaan negeri


Pas puji sikap terbuka DAP
NOR ATIEYAH YUSOFF
14 Ogos 2012
 Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
SHAH ALAM – Pas memuji sikap keterbukaan DAP dalam menjawab isu hudud dan mengambil langkah positif untuk bermuzakarah bersama.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas mengalu-alukan sesi dialog bersama DAP dalam membincangkan isu hudud.

"Kesediaan DAP untuk berbincang membuka lembaran baru dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana sudi membuka ruang untuk isu ini.

"Berbeza dengan MCA, mereka secara terang membantah hudud dilaksanakan di negara ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bersedia muzakarah dengan Pas dalam usaha beri kefahaman lebih mendalam kepada ahli DAP tentang Islam, terutamanya hukum hudud.

Mujahid berkata, ia merupakan satu peluang baik kepada Pas kerana sikap terbuka DAP mencerminkan tahap penerimaan mereka khususnya hudud, semakin positif.

"Melalui perbincangan ini, DAP tidak semestinya perlu menerima hudud, tetapi menghalusi perkara itu dari semasa ke semasa.," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah berbincang mengenai perkara tersebut secara tidak langsung dan tiada masalah yang timbul berkaitan hukum itu.

"Sejak dari dulu lagi DAP tidak bersetuju dengan hudud, tetapi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerimanya.

" Pada masa yang sama, saya akan bertemu dengan Zairil Khir berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut