PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
Posted: 12 Jul 2012 01:22 AM PDT Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan ramai orang Melayu yang semakin takut mengatakan masalah bangsa Melayu. Masalah bangsa Melayu hari ini adalah hampir sama dengan masalah Melayu pada era kebangkitan bangsa Melayu khususnya pada masa-masa sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dari segi prinsipal. Bnagsa Melayu hari ini sebenarnya tidak banyak bezanya dari Melayu sebelum Dasar Ekonomi Baru, yang mana Melayu terus tertindas dengan kehadiran bangsa luar yang hanya ada satu cita-cita – meraut kekayaan untuk diri dan bangsa mereka. Kita kena ingat Melayu dahulu juga berdepan dengan masalah monopoli perniagaan bangsa Cina. Kekuatan bangsa ini disokong oleh pemerintah dari saat awal kehadiran mereka. Pemerintah masa itu menindas kita, bangsa Melayu. Persepsi Melayu malas telah di label sungguhpun malas itu bukan sesuatu yang konklusif memundurkan Melayu. Bagi Pergerakan Puteri UMNO Cheras, kehadiran bangsa lain seperti Cina yang disokong oleh British adalah punca bangsa Melayu tersisih dan hanya hidup di pinggir kota dengan kemiskinan menjadi topik kesusahan mereka. Pemerintah ketika itu sudah cukup membekalkan kekuatan ekonomi pada kaum lain dengan harapan bangsa Melayu akan terjual kedaulatan hanya kerana wang dan pengaruh ekonomi. Taktik ini benar. Bangsa Melayu terpinggir kerana kekuasaan ekonomi kepada bangsa lain. Mahukah mereka dari bangsa lain berkongsi ekonomi? Kita pernah gah dengan kongsi kuasa tetapi kongsi ekonomi haram tidak akan ada sampai bila - bila. Bangsa lain tidak akan mudah untuk menyerahkan ekuiti dan memberi sebahagian – yakni 30% pegangan, mustahil dilakukan oleh bangsa Cina. Oleh kerana itu perkongsian ini terbatal. Kongsi ekonomi tidak wujud pada masa itu mahupun sekarang. Kuasa bangsa Melayu adalah terbatas. Pergerakan Puteri UMNO Cheras percaya bangsa Melayu yang diberi ruangan oleh kerajaan tidak akan berjaya kerana persekitaran suasana politik masih dipegang oleh bangsa Cina. Kenapa bangsa Cina dominan dalam ekonomi? Mudah, kerana pemerintah telah membenarkan bangsa Cina memainkan peranan besar dalam ekonomi Tanah Melayu dari dahulu dan kekuatan mereka hari ini mampu membeli apa sahaja termasuk kuasa. Hari ini ada bangsa Melayu yang mahu mengatakan bahawa kita sepatutnya berkongsi kuasa atas alasan demokrasi. Ada yang mengatakan kerajaan hari ini gagal membangunkan Melayu selama 55 tahun memerintah. Mereka ini juga mahu persamaan semua bangsa atas dasar kesamarataan dan liberalisme. Mereka lupa bangsa lain tidak akan berkompromi dengan bangsa Melayu mengenai ekonomi dan perniagaan tetapi mereka mahu bangsa Melayu berkompromi dengan kuasa. Atas ketakutan dan atas hidup dalam kangkangan ekonomi yang mereka pegang maka bangsa Melayu harus akur? Hari ini adakah bangsa Melayu perlu akur juga dengan kuasa mereka yang semakin besar. Kita sebagai bangsa Melayu perlu fikirkan semula. Pergerakan Puteri UMNO Cheras merasakan kita perlu memartabatkan bangsa kita dan kita tidak perlu malu dalam membicarakan hal dan masalah bangsa Melayu hari ini. UMNO adalah perjuangan orang Melayu – kenapa kita perlu bertolak ansur atas perkara itu. |
KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA Posted: 11 Jul 2012 07:48 PM PDT Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berlangsung pada 14 Julai 2012 bertempat di Tingkat 8, Grand Ballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi.Sila buat pra-daftar butiran diri seperti berikut melalui email; Nama penuh: No K/P: No Telefon: FB/Twitter/Blog: Size baju: Dan hantarkan ke email : daftarkms1m.wpkl@gmail.com KEPADA AHLI - AHLI PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!! SEMUA DI JEMPUT HADIR. |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan